Thursday, August 5, 2010

zikir hati

Pada sesiapa yang tergerak untuk memiliki hati yang sentiasa berzikir kalima LA ILA HA ILALLAH, amalan boleh dibuat, kaifiatnya sangat mudah,dan amalan ini merupakan amalan para waliyullah..kita bukanlah wali,tetapi setakat untuk menelusuri jalan hidup mereka yang telah beroleh ketenangan demi ketenangan dalam menjalani hidup ini kerana memiliki hati yang tidak pernah putus dari zikrullah.
Cara/kaifiyat untuk mengamalkan zikir hati:-



A) 1.Dibuat lebihkurang 10-15 minit dengan bertutup mata ucapkan kalimah LA ILA HA ILALLAH(diucap didalam hati) setiap selesai solat 5 waktu(kalau tak sempat/sibuk boleh buat dalam 1 atau 2 waktu solat).paling abdal 1 jam keatas hingga menjelang subuh selepas solat tahajjud.



2. Di buat secara duduk tahiyat akhir atau bersila.



3. Mesti dibuat dengan berwudhuk.



4.Tidak dibenarkan berlaku sebarang pergerakan badan(gatal digigit nyamuk dll jangan dilayan) sepanjang tempoh masa berzikir.



5.Setelah selesai bolehlah buka mata(tujuan mata tertutup adalah supaya membolehkan mata hati terbuka)



Sebelum memulakan WAJIB membaca 7 kali alfateha:-

i) Baca fateha dan sedekahkan pada baginda Rasulullah saw dan keluarga baginda.



ii) Baca fateha dan sedekahkan pada semua Nabi dan Rasul.



iii) Baca Fateha dan sedekahkan kepada semua para sahabat rasulullah saw.



iv) Baca fateha dan sedekahkan kepada semua ulama,mujaddid,wali wali dan orang orang soleh.



v)Baca fateha dan sedekahkan kepada semua para para malaikat.



vi)Baca fateha dan sedekahkan kepada kedua ibubapa samada yang masih hidup atau telah meninggal



vii)Baca fateha dan sedekahkan kepada diri kita sebenar(ROH) dan kalima LA ILA HA ILALLAH yang sedang kita zikirkan.

perlulah diingat bahawa natijahnya amalan zikir hati ialah untuk menjadikan pengabdian diri kita semakin mantap dan kukuh,serta menjadi orang yang paling "dekat' kepadanya...bukanlah pula sebahagian daripada kelebihan dunia seperti yang diterangkan diatas menjadi 'igauan' kita kerana takut takut amalan zikir kita menjadi tidak ihklas dan tertolak..kurniaan kurniaan itu adalah sesuatu yang bukan ditunggu tunggu,malahan ianya hanyalah anugerah Allah semata mata untu kita menjadi 'sahabat"NYA..
Seorang wali Allah pernah berkata bahwa kekeramatan itu adalah tangga permulaan dari 1000 tangga untuk 'sampai' kepada Allah,barangsiapa tertewas disini,maka dia tidak akan dapat naik ke tangga berikutnya...renungkan..



paling penting disini ianya dapat menonjolkan potensi diri kita sebenarnya yakni 'kehebatan' kita sebagai seorang islam...
dengan hati yang sentiasa zikrullah,kita mampu mengembalikan diri kita sebenar(roh) untuk mendapatkan kembali kekuatannya..
Ketika dialam roh,Allah swt bertanya "adakah AKU tuhan kamu" jawab semua roh "bahkan engkaulah"..
Disinilah rahsia terbesar kekuatan manusia iaitu apabila mampu untuk kembali kepada keadaan asalnya..manusia yang telah mampu mengembalikan dirinya kepada 'ciptaan' asal ialah manusia yang akan terselamat dari tipu daya syaitan dan hawa nafsu yang jahat..
dalahm hadis sohih muslim ada dinyatakan ketika Rasulullah saw dan para sahabat baru balik dari mencapai kemenangan diperang UHUD..rasulullah saw bersabda "kita baru pulang dari peperangan kecil dan akan berhadapan dengan peperangan besar",lalu sahabat bertanya "peperangan apakah itu wahai pesuruh Allah,rasulullah saw menjawab peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu"
Perlu diingat bahawa peperangan melawan syaitan dan hawanafsu adalah "peperangan" yang akan berterusan selagi kita masih hidup..dan perlu juga diingat bahawa kekuatan syaitan dan hawanafsu yang jahat ialah mereka boleh melihat kita sedangkan kita tidak,dan syaitan boleh masuk melalui darah kita...
Jadi senjata ampuh yang Insyallah akan dapat menumpasakan musuh musuh 'tradisi' ini ialah dengan memiliki hati yang sentiasa zikrullah..
Dengan bantuan dari tenaga zikir yang merupakan "nur" dari Allah swt,kita akan mampu menepis segala bentuk serangan dari 2 musuh ketat kita ini...Renungkanlah muslimin dan muslimat.

untuk menerima amalan ijazahan zikir hati ini sila sms saya


6 comments:

  1. Tidak layak bagi manusia itu menyatakan Al-Quran itu pedoman jika tidak membacanya, Tidak layak manusia itu menyatakan Allah itu bersama Nya jika ia tidak berzikir mengingati Nya. Tidak layak bagi manusia itu mengajak manusia lain melakukan IBADAH solat untuk mengingati allah bersama jika ia hanya mengingati Allah hanya sekadar dalam solat lima waktu sahaja, Sedangkan ingat Allah bukan sekadar dalam solat lima waktu, Bagi yang merasakan diri Nya sebenar benar hamba dan menyedari akan kekuasaan PENCIPTA Nya, Setiap pandangannya, Nafasnya, Perbuatannya, Hatinya tidak terhenti juga tidak menghentikan menyebut dalam yang disebut, Mengingati dalam yang diingati, Itulah dia ALLAH ZAT YANG MAHA MENCIPTA lagi MAHA PENCIPTA.

    ReplyDelete
  2. Saya dah mula buat amalan ini... ada lagi yang perlu anda jelaskan?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. saya mohon ijazah zikir ini-ehsan 0193404207

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum..saya mohon ijazah...
    0182151267

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...mohon ijazah tuan
    0182151267

    ReplyDelete