Monday, March 24, 2014

Aura Hikmah Di Sabah

RAWATAN ISLAM benteng mukmin adalah satu-satunya Rawatan Islam yang menyediakan AMALAN BENTENG DIRI yang MENCEGAH kita dari 3 jenis unsur khianat :-
1. KHIANAT DARI SERANGAN MANUSIA - Memukul, Merompak, Meragut, Merogol, Menyamun, Membunuh dan sebagainya.2. KHIANAT DARI SERANGAN JIN - Sihir, Santau, Busung, Guna-guna, Pukau dan sebagainya. Jin itu sendiri boleh menyerang kita ketika kita berada ditempatnya contohnya seperti rumah lama, hutan dan sebagainya.3. KHIANAT DARI SERANGAN BINATANG BERBISA - Ular, Anjing, Lipan, dan sebagainya.* Jadi ini adalah salah satu jalan IKHTIAR kita untuk keselamatan diri kita dan keluarga untuk mengelakkan diri kita dari SERANGAN KHIANAT. InshaAllah.* Selain itu, AMALAN BENTENG DIRI ini juga dapat MERAWAT diri kita dari segi ROHANI & JASMANI. Sekiranya didalam badan terdapat penyakit, gangguan jin, bisa-bisa, angin dan sebagainya. Ia akan merawatnya dari hari ke hari. InshaAllah.* Amalan Benteng Diri ini juga tidak menggunakan unsur-unsur JIN, KHADAM, SERUAN, JAMPI SERAPAH, MENTERA, PUJA MEMUJA dan sebagainya. Kerana Amalan Benteng Diri ini 100% menggunakan Ayat-ayat dari AL-QURAN & HADITH Rasulullah S.A.W.* InshaAllah dengan IKHTIAR ini kita dapat hidup bahagia & sejahtera. Dengan Izin Allah S.W.T.

TAHAP KEILMUAN YANG KAMI AKAN AJARKAN ADALAH
AMALAN BATHAMIMASAS PERTAHANAN DIRI
AMALAN BATHAMIMRAWATAN ISLAM
AMALAN BATHAMIM PELENGKAP

Sekiranya tuan / puan berminat dalam memiliki ilmu yang bertindak sebagai pendinding DALAM MENJAGA KESELAMATAN DIRI hubungi wakil kami 
hyatt 0107880955 

Qada Dan Qadar


Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.
Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.
ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR
SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA
ANTARA BENTUK KETAATAN
SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA
KONSEP QADA DAN QADAR
PERINGATAN
PENUTUP

Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.
Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala. Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala. Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: ayat 186).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat at-Tarmizi).

Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa. Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).

Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:
- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
- Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…
(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).

Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.