Tuesday, November 4, 2014

Simposium Perubatan Islam Malaysia SPEIM 1



PENGENALAN: 
Ilmu Perubatan Islam merupakan salah satu cabang disiplin ilmu yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Hari ini masyarakat semakin sedar akan kepentingan Perubatan Islam dalam perawatan jasmani dan rohani. Namun salah faham dari sudut ilmu dan praktikal terus menjadikan masyarakat keliru.Ini ditambahi pula dengan kesempatan oleh golongan orientalis mewujudkan istilah-istilah baharu yang lebih menarik nampak seperti Islamik tetapi ianya bukan dari ajaran Islam sebenar.

Simposium Perubatan Islam Malaysia SPEIM 1 merupakan satu program ‘DAKWAH’ untuk memperjelaskan kepada masyarakat berkaitan Perubatan Islam dalam hal kehidupan masa kini dan yang berkaitan dengannya. Ianya sebahagian ilmu Islam yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan sebuah ketamadunan zaman dan kemajuan negara masa kini. SPEIM 1 akan membawa kenyataan Perubatan Islam yang sebenar dari sudut Al-Quran, As-Sunnah, Qiyas dan Ijma’ Ulama dalam memperkukuhkan pengamalan dari sudut Aqidah, Ibadah, Al Hayah ( Biologi ), An Nafs ( Psikologi ), As Sirah ( Sirah ) dan At Tawarikh ( Sejarah ).

MATLAMAT
Mengembalikan kefahaman sebenar terhadap Perubatan Islam yang tulen.

OBJEKTIF

1 Memahami kepentingan Perubatan Islam dalam kehidupan manusia.

2 Mengembalikan keyakinan aqidah dalam kesihatan melalui Perubatan Islam.

3 Membina jaringan dakwah Islam melalui pengembangan ilmu Perubatan Islam.

4 Membezakan syariat Perubatan Islam yang tulen dan palsu.

5 Membina kecemerlangan Perubatan Islam dalam pengamalan oleh pengamal dan penglibatan oleh masyarakat.

ANJURAN & PENGURUSAN
Anjuran bersama UiTM Pulau Pinang dan Persatuan Terapi Islam Al Fatah Malaysia

Pengurusan acara Qolbu Solehin Management

TEMPAT
Dewan Seminar, UiTM Pulau Pinang, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

TARIKH & MASA
28 November 2014 ( 3.00-6.00 petang )
29 November 2014 ( 8.00 pagi- 6.00 petang )

PENYERTAAN
Terbuka & PERCUMA
( jamuan,e-nota & sijil )

PENDAFTARAN
NAMA>NO KP>EMEL>ALAMAT ke
Wassap : 012-7625455

 Sumber qolbusolehin



Monday, September 15, 2014

Thibbun Nabawi ( HOLISTIK )


Benarlah kata Rasulullah, "berbalik lah kepada al-quran dan hadith". Islam itu Syumul, segala-galanya ada dalam Islam. Perawatan penyakit pun sudah termaktub dalam al-quran. Al-Quran adalah syifa' atau penyembuh.

Perubatan Holistik
Perubatan holistik ialah satu kaedah perubatan yang menyeluruh, merangkumi rawatan kepada permasalahan jasad dan rohani dengan menggunakan unsur alamiah dan ilahiah.



Tujuan utama perubatan holistik ini adalah untuk mengembalikan keharmonian kekuatan fitrah (sistem imuniti) agar tubuh berupaya menyembuhkan dirinya sendiri melalui proses kimia tubuh yang sangat kompleks. Untuk merealisasikan tujuan tersebut, tindakan pemulihan yang dikenali sebagai pencucian dan pengimbangan perlu dilakukan.
Pencucian ialah tindakan menyapu bersih kotoran dalam tubuh manakala pengimbangan pula ialah pengaturan semula tindakan hormon dalam tubuh supaya berada dalam keadaan seimbang.

Otak manusia terbahagi kepada dua iaitu otak sedar yang terletak di bahagian atas dan otak naluri yang terletak di bawah. Otak naluri mempunyai kebijaksanaan mengatur proses-proses kimia di dalam tubuh dan ia terdapat dalam bentuk simpul-simpul saraf yang dikenali sebagai hipotalamus.

Hipotalamus berhubungan rapat dengan Kelenjar Pituitari dan ia mengawal naluri manusia dan mempengaruhi emosi. Kelenjar Pituitari inilah yang mengatur semua kelenjar-kelenjar hormon dalam tubuh. Keharmonian tubuh bergantung kepada keseimbangan hormon-hormon di bawah kawalan Kelenjar Pituitari.

Keseimbangan hormon dan kerjasama antara hormon akan memberi kesan kepada emosi, rasa hati dan perangai seseorang. Pembawa sifat anda samada berani atau takut adalah dipengaruhi oleh hasil persenyawaan baka induk (gen) kedua ibu bapa anda. Ia dikenali sebagai Deoxyribo Nucleac Acid (DNA).

Di dalam ketamadunan Islam dan sejarah perkembangannya, bidang teknologi perubatan telah lama dipraktik dan diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa “Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan juga untuk mengembalikan kesihatan ketika hilang”.


Perubatan merangkumi 2 perspektif utama iaitu:
1.      Perubatan Rawatan
2.      Perubatan Kawal-Cegah

Sebagaimana Islam memberi keutamaan kepada aqidah, ia juga memberikan perhatian kepada bidang perubatan samada Perubatan Rawatan atau Perubatan Kawal-Cegah, sekali pun perhatiannya terhadap Kawal-Cegah itu lebih banyak
Islam mewajibkan  setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Diantaranya ialah merawatinya ketika ia sakit. Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam beberapa hadisnya memerintahkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan dengan berubat untuk menyembuhkan penyakitnya.Sabda Baginda Nabi Muhammad s.a.w.  “ Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu, berubatlah tetapi jangan berubat dengan yang haram”.

Nabi s.a.w. sendiri berubat untuk dirinya dan menyuruh keluarga dan sahabatnya yang dihinggapi penyakit supaya berubat.

Apabila penyakit itu bertemu ubatnya maka sembuhlah ia. Itulah yang disebut sebagai keserasian. Namun dalam proses mencari ubat, manusia sering menemui jalan buntu apabila usaha-usaha yang dilakukan itu tidak berjaya.

Sering kita dengar bahawa seseorang itu kadang-kadang dijangka tidak mempunyai harapan untuk terus hidup. Jika ia hidup usianya mungkin dalam jangka 6 bulan  atau setahun. Jangkaan seumpama itu biar pun pada lazimnya atau pengalaman, kajian saintifik atau sebagainya tidak seharusnya dijadikan satu hukuman untuk tidak memberikan harapan hidup biar pun jangkaan ini benar-benar terjadi. Hanya Allah s.w.t. yang menentukan ajal maut seseorang. Walaupun doktor menjangkakan umur pada tarikh-tarikh tertentu, namun selagi jangkaan tarikh tersebut tidak menepati ketentuan Allah s.w.t. orang berkenaan tetap hidup.

Dalam kaedah perawatan Islam, unsur yang dapat menyembuhkan bukanlah ramuan ubat semata-mata tetapi juga unsur harapan kepada Allah s.w.t. yang tidak akan mensia-siakan orang yang bergantung kepadaNya. Setiap kali putusnya harapan dan cita-cita, maka sulit lagilah pesakit itu akan sembuh. Sesungguhnya rawatan yang hakiki mestilah merangkumi jasmani dan rohani sekali gus. Dengan pendekatan ini ramai para tabib atau doktor telah membuktikan mereka mampu merawat pesakit mereka dengan lebih sempurna dan sewajarnya. Akhirnya mereka telah menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Maka selepas beberapa penyiasatan dan renungan yang mendalam, mereka telah membina satu falsafah baru mengenai rawatan ini diatas asas berikut:

1.      Pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan.
2.      Pegangan dan kepercayaan kepada Allah s.w.t.

Manakala rawatan secara fizikal adalah menggunakan ubat-ubatan dan memanafaatkan pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan. Rawatan jenis ini adalah diakui oleh Islam bahkan ada diantaranya disebut dalam Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Kesimpulannya, mendapatkan rawatan adalah dituntut oleh Islam sebagai satu langkah untuk memelihara dan menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan. Dalam hal ini Islam melalui petunjuk Rasulullah s.a.w. bukan sekadar memberi galakan kepada orang sakit supaya mendapat rawatan, tetapi juga telah mengemukakan satu pendekatan terbaik untuk merawat penyakit iaitu pendekatan bersepadu yang menggabungkan usaha secara jasmani dan rohani. Islam juga terlalu menitik beratkan akan menjaga kebersihan kerana ia adalah tabiat pencegahan terbaik dalam menjaga kedua-duanya. Didalam konteks ketahanan atau penyebaran dakwah Islam juga ditegaskan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah, tetapi kedua-duanya adalah baik”.
RAWATAN PENYAKIT JASMANI 

1. Peranan empat unsur memainkan peranan di dalam tubuh manusia iaitu tanah, api, air dan 

angin. Kompilasinya ialah panas, sejuk, lembab dan kering. Kemudian di ikuti panas dan lembap, 

panas dan kering, sejuk dan lembap, sejuk dan kering. Maka perubatan haruslah mempunyai 

kaitan antaranya. 
2. Cara rawatannya: 
a. Seperti yang diilhamkan (sunnatullah dan fitrah) seperti bila lapar, maka harus makan, bila 
haus harus minum, bila letih harus rehat, bila mengantuk harus tidur. 
b. Memerlukan analisa dan diagnos seperti tubuh tak stabil, suhu badan naik, sakit di bahagian 
tubuh dan lainnya. Maka ianya dibahagikan lagi kepada dua jenis: 
i. Penyakit secara fizikal - penyakit semulajadi seperti selesema, demam, barah, jantung dsb 
ii. Penyakit konduktif - iaitu penyakit jangkitan atau penyakit wabak. 
CARA RASULULLAH MENGUBATI DIRI SENDIRI 
1. Baginda tidak menggunakan ubat kimia sebagaimana yang dipelopori bangsa romawi dan 
yunani yang mana perubatan itu juga telah diaplikasikan oleh Ibnu Sina dalam thesisnya. 
2. Bahaya ubat kimia (Eqrobadjin) ialah ketagihan atau kerosakan badan. Jika sembuh terlalu 
pantas, bermakna dosa kifarah hanya dapat terhapus sedikit atau belum sempat terhapus. Ini 
mengurangkan dekatnya diri kita pada Allah. 
3. Rasulullah hanya memilih makanan khasiat tinggi  di Tanah Hijaz berdasarkan wahyu dan 
ucapan jibril terus kepadanya. Orang bukan islam menafsirkan ianya ilmu perubatan fitrah 
semulajadi, sebagaimana haiwan mengubati dirinya contohnya kucing akan menjilat minyak 
pelita (zaitun) apabila ia terkena racun. 
4. Perubatan Rasulullah bolehlah dikira sebagai pembinaan semula sel tubuh dengan bersandar 
dan bertawakal kepada Allah melalui zikir, doa, membaca al-quran, bersolat, berpuasa, 
bertaubat, berbuat baik sesama manusia, menolong sesama manusia dan bersedekah. Ternyata 
ia juga memberi 'penyembuhan' terhadap rohani lalu menguatkan pula badan si pesakit tadi.
MENCEGAH MAKAN BERLEBIHAN 
Nabi saw telah melarang kita dalam soal makan dan minum secara berlebihan, dalam musnad 
yang diriwayatkan oleh Rasulullah saw ditakhrij oleh At-Tirmizi, Ibn majah dan Al-Hakim serta 
Ibn Hibban di mana At-Tirmizi berkata "hadist ini hasan": 
"Tidak ada bejana yang lebih buruk yang dipenuhi oleh manusia melainkan perutnya sendiri. 
Cukuplah seseorang itu menggunakan beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang 
punggungnya. Jika terpaksa, maka ia boleh mengisi sepertiga perutnya dengan makanan, 
sepertiga lagi dengan minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas." 
Di dalam hadits ini Rasulullah saw memberikan petunjuk kepada kita agar jangan melampau 
dalam makan, sehingga tidak sesuai dengan keperluan, dan akan menyebabkan seseorang 
mudah terkena penyakit. Allah swt berfirman, ertinya, "…Makan dan minumlah, dan janganlah 
berlebih-lebihan. Sesunguhnya Allah tidak menyukai  orang-orang yang berlebihan." (al-A'raf:31)
DUA JENIS PENYAKIT 

1. Terdapat dua pembahagian jenis iaitu: 

a. Penyakit material 

-Puncanya ialah dari makanan sama ada kerana lebih  makan, makan benda yang tak 

sepatutnya, makan makanan yang sukar dihadam dan makan dari pelabagai jenis lauk. 
-Makanan dipecahkan kepada tiga peringkat iaitu: 
i. Tingkat diperlukan tubuh 
ii. Tingat memadai 
iii. Tingkat membazir 
- Dalam bab 5 ada dijelaskan tahap pengambilan makanan yang disyorkan nabi untuk manfaat 
tubuh. Mengambil makanan secara berlebihan akan membuat badan lemah, rosak hati, malas 
beribadah, syahwat tidak terkawal dan kelemahan otak.
. Penyakit bukan material 
-Penyakit bukan akibat makanan seperti wabak, luka, perubahan cuaca, penyakit berjangkit, 
penyakit keturunan, sihir dsb. 
2. Tiga cara perubatan nabi: 
a. Menggunakan ubat herba juga pemakanan sunnah 
b. Menggunakan ubat berdasarkan Al-quran 
c. Gabungan kedua kaedah ubatan tadi
Dalam konsep perubatan, nabi menunjukkan bahawa  perlunya ada ketaqwaan, tawakal, 
usaha dan doa dalam merawat. Memperbaiki jasmani tanpa memperbaiki hati tidak ada guna 
sama sekali. Walaupun badan rosak, tetapi hati tetap ingat Allah maka bahayanya adalah kecil 
sekali kerana bahaya itu tidaklah memudaratkannya malah memberi manfaat dan kifarah. 
Mudah-mudah kita mendapat taufikNya. 

Monday, March 24, 2014

Qada Dan Qadar


Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.
Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.
ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR
SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA
ANTARA BENTUK KETAATAN
SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA
KONSEP QADA DAN QADAR
PERINGATAN
PENUTUP

Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.
Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala. Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala. Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: ayat 186).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat at-Tarmizi).

Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa. Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).

Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:
- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
- Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…
(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).

Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.