Benarlah kata Rasulullah, "berbalik lah kepada al-quran dan hadith". Islam itu Syumul, segala-galanya ada dalam Islam. Perawatan penyakit pun sudah termaktub dalam al-quran. Al-Quran adalah syifa' atau penyembuh.
Tujuan utama perubatan holistik ini adalah untuk mengembalikan keharmonian kekuatan fitrah (sistem imuniti) agar tubuh berupaya menyembuhkan dirinya sendiri melalui proses kimia tubuh yang sangat kompleks. Untuk merealisasikan tujuan tersebut, tindakan pemulihan yang dikenali sebagai pencucian dan pengimbangan perlu dilakukan.
Pencucian ialah tindakan menyapu bersih kotoran dalam tubuh manakala pengimbangan pula ialah pengaturan semula tindakan hormon dalam tubuh supaya berada dalam keadaan seimbang.
Otak manusia terbahagi kepada dua iaitu otak sedar yang terletak di bahagian atas dan otak naluri yang terletak di bawah. Otak naluri mempunyai kebijaksanaan mengatur proses-proses kimia di dalam tubuh dan ia terdapat dalam bentuk simpul-simpul saraf yang dikenali sebagai hipotalamus.
Hipotalamus berhubungan rapat dengan Kelenjar Pituitari dan ia mengawal naluri manusia dan mempengaruhi emosi. Kelenjar Pituitari inilah yang mengatur semua kelenjar-kelenjar hormon dalam tubuh. Keharmonian tubuh bergantung kepada keseimbangan hormon-hormon di bawah kawalan Kelenjar Pituitari.
Keseimbangan hormon dan kerjasama antara hormon akan memberi kesan kepada emosi, rasa hati dan perangai seseorang. Pembawa sifat anda samada berani atau takut adalah dipengaruhi oleh hasil persenyawaan baka induk (gen) kedua ibu bapa anda. Ia dikenali sebagai Deoxyribo Nucleac Acid (DNA).
Di dalam ketamadunan Islam dan sejarah perkembangannya, bidang teknologi perubatan telah lama dipraktik dan diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa “Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan juga untuk mengembalikan kesihatan ketika hilang”.
Perubatan merangkumi 2 perspektif utama iaitu:
1. Perubatan Rawatan
2. Perubatan Kawal-Cegah
Sebagaimana Islam memberi keutamaan kepada aqidah, ia juga memberikan perhatian kepada bidang perubatan samada Perubatan Rawatan atau Perubatan Kawal-Cegah, sekali pun perhatiannya terhadap Kawal-Cegah itu lebih banyak
Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Diantaranya ialah merawatinya ketika ia sakit. Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam beberapa hadisnya memerintahkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan dengan berubat untuk menyembuhkan penyakitnya.Sabda Baginda Nabi Muhammad s.a.w. “ Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu, berubatlah tetapi jangan berubat dengan yang haram”.
Nabi s.a.w. sendiri berubat untuk dirinya dan menyuruh keluarga dan sahabatnya yang dihinggapi penyakit supaya berubat.
Apabila penyakit itu bertemu ubatnya maka sembuhlah ia. Itulah yang disebut sebagai keserasian. Namun dalam proses mencari ubat, manusia sering menemui jalan buntu apabila usaha-usaha yang dilakukan itu tidak berjaya.
Sering kita dengar bahawa seseorang itu kadang-kadang dijangka tidak mempunyai harapan untuk terus hidup. Jika ia hidup usianya mungkin dalam jangka 6 bulan atau setahun. Jangkaan seumpama itu biar pun pada lazimnya atau pengalaman, kajian saintifik atau sebagainya tidak seharusnya dijadikan satu hukuman untuk tidak memberikan harapan hidup biar pun jangkaan ini benar-benar terjadi. Hanya Allah s.w.t. yang menentukan ajal maut seseorang. Walaupun doktor menjangkakan umur pada tarikh-tarikh tertentu, namun selagi jangkaan tarikh tersebut tidak menepati ketentuan Allah s.w.t. orang berkenaan tetap hidup.
Dalam kaedah perawatan Islam, unsur yang dapat menyembuhkan bukanlah ramuan ubat semata-mata tetapi juga unsur harapan kepada Allah s.w.t. yang tidak akan mensia-siakan orang yang bergantung kepadaNya. Setiap kali putusnya harapan dan cita-cita, maka sulit lagilah pesakit itu akan sembuh. Sesungguhnya rawatan yang hakiki mestilah merangkumi jasmani dan rohani sekali gus. Dengan pendekatan ini ramai para tabib atau doktor telah membuktikan mereka mampu merawat pesakit mereka dengan lebih sempurna dan sewajarnya. Akhirnya mereka telah menghasilkan keputusan yang cemerlang.
Maka selepas beberapa penyiasatan dan renungan yang mendalam, mereka telah membina satu falsafah baru mengenai rawatan ini diatas asas berikut:
1. Pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan.
2. Pegangan dan kepercayaan kepada Allah s.w.t.
Manakala rawatan secara fizikal adalah menggunakan ubat-ubatan dan memanafaatkan pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan. Rawatan jenis ini adalah diakui oleh Islam bahkan ada diantaranya disebut dalam Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w.
Kesimpulannya, mendapatkan rawatan adalah dituntut oleh Islam sebagai satu langkah untuk memelihara dan menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan. Dalam hal ini Islam melalui petunjuk Rasulullah s.a.w. bukan sekadar memberi galakan kepada orang sakit supaya mendapat rawatan, tetapi juga telah mengemukakan satu pendekatan terbaik untuk merawat penyakit iaitu pendekatan bersepadu yang menggabungkan usaha secara jasmani dan rohani. Islam juga terlalu menitik beratkan akan menjaga kebersihan kerana ia adalah tabiat pencegahan terbaik dalam menjaga kedua-duanya. Didalam konteks ketahanan atau penyebaran dakwah Islam juga ditegaskan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah, tetapi kedua-duanya adalah baik”.
RAWATAN PENYAKIT JASMANI
1. Peranan empat unsur
memainkan peranan di dalam tubuh manusia iaitu tanah, api, air dan
angin. Kompilasinya ialah
panas, sejuk, lembab dan kering. Kemudian di ikuti panas dan lembap,
panas dan kering, sejuk dan
lembap, sejuk dan kering. Maka perubatan haruslah mempunyai
kaitan antaranya.
2. Cara rawatannya:
a. Seperti yang diilhamkan
(sunnatullah dan fitrah) seperti bila lapar, maka harus makan, bila
haus harus minum, bila letih harus
rehat, bila mengantuk harus tidur.
b. Memerlukan analisa dan
diagnos seperti tubuh tak stabil, suhu badan naik, sakit di bahagian
tubuh dan lainnya. Maka ianya
dibahagikan lagi kepada dua jenis:
i. Penyakit secara
fizikal - penyakit semulajadi seperti selesema, demam, barah, jantung dsb
ii. Penyakit konduktif -
iaitu penyakit jangkitan atau penyakit wabak.
CARA RASULULLAH
MENGUBATI DIRI SENDIRI
1. Baginda tidak
menggunakan ubat kimia sebagaimana yang dipelopori bangsa romawi dan
yunani yang mana
perubatan itu juga telah diaplikasikan oleh Ibnu Sina dalam thesisnya.
2. Bahaya ubat kimia
(Eqrobadjin) ialah ketagihan atau kerosakan badan. Jika sembuh terlalu
pantas, bermakna dosa
kifarah hanya dapat terhapus sedikit atau belum sempat terhapus. Ini
mengurangkan dekatnya
diri kita pada Allah.
3. Rasulullah hanya
memilih makanan khasiat tinggi di Tanah Hijaz berdasarkan wahyu dan
ucapan jibril terus
kepadanya. Orang bukan islam menafsirkan ianya ilmu perubatan fitrah
semulajadi, sebagaimana
haiwan mengubati dirinya contohnya kucing akan menjilat minyak
pelita (zaitun) apabila
ia terkena racun.
4. Perubatan Rasulullah
bolehlah dikira sebagai pembinaan semula sel tubuh dengan bersandar
dan bertawakal kepada
Allah melalui zikir, doa, membaca al-quran, bersolat, berpuasa,
bertaubat, berbuat baik
sesama manusia, menolong sesama manusia dan bersedekah. Ternyata
ia juga memberi
'penyembuhan' terhadap rohani lalu menguatkan pula badan si pesakit tadi.
MENCEGAH MAKAN
BERLEBIHAN
Nabi saw telah melarang
kita dalam soal makan dan minum secara berlebihan, dalam musnad
yang diriwayatkan oleh
Rasulullah saw ditakhrij oleh At-Tirmizi, Ibn majah dan Al-Hakim serta
Ibn Hibban di mana
At-Tirmizi berkata "hadist ini hasan":
"Tidak ada bejana
yang lebih buruk yang dipenuhi oleh manusia melainkan perutnya sendiri.
Cukuplah seseorang itu
menggunakan beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang
punggungnya. Jika
terpaksa, maka ia boleh mengisi sepertiga perutnya dengan makanan,
sepertiga lagi dengan
minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas."
Di dalam hadits ini
Rasulullah saw memberikan petunjuk kepada kita agar jangan melampau
dalam makan, sehingga
tidak sesuai dengan keperluan, dan akan menyebabkan seseorang
mudah terkena penyakit.
Allah swt berfirman, ertinya, "…Makan dan minumlah, dan janganlah
berlebih-lebihan.
Sesunguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan."
(al-A'raf:31)
1. Terdapat dua
pembahagian jenis iaitu:
a. Penyakit material
-Puncanya ialah dari
makanan sama ada kerana lebih makan, makan benda yang tak
sepatutnya, makan
makanan yang sukar dihadam dan makan dari pelabagai jenis lauk.
-Makanan dipecahkan
kepada tiga peringkat iaitu:
i. Tingkat diperlukan
tubuh
ii. Tingat memadai
iii. Tingkat
membazir
- Dalam bab 5 ada
dijelaskan tahap pengambilan makanan yang disyorkan nabi untuk manfaat
tubuh. Mengambil makanan
secara berlebihan akan membuat badan lemah, rosak hati, malas
beribadah, syahwat tidak
terkawal dan kelemahan otak.
. Penyakit bukan
material
-Penyakit bukan akibat
makanan seperti wabak, luka, perubahan cuaca, penyakit berjangkit,
penyakit keturunan,
sihir dsb.
2. Tiga cara perubatan
nabi:
a. Menggunakan ubat
herba juga pemakanan sunnah
b. Menggunakan ubat
berdasarkan Al-quran
c. Gabungan kedua kaedah
ubatan tadi
Dalam konsep perubatan,
nabi menunjukkan bahawa perlunya ada ketaqwaan, tawakal,
usaha dan doa dalam
merawat. Memperbaiki jasmani tanpa memperbaiki hati tidak ada guna
sama sekali. Walaupun
badan rosak, tetapi hati tetap ingat Allah maka bahayanya adalah kecil
sekali kerana bahaya itu
tidaklah memudaratkannya malah memberi manfaat dan kifarah.
Mudah-mudah kita
mendapat taufikNya.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)