Thursday, October 13, 2022

kHIDMAT RAWATAN

Adakah Keluarga, Kenalan atau Diri Anda Sendiri Mempunyai Tanda-tanda Berikut?

 ✓ Rasukan ✓ Histeria ✓Susah tidur ✓ Mimpi buruk ✓ Mimpi menakutkan ✓ Mimpi kotor ✓ Sering terjaga malam ✓ Terdengar bisikan ✓ Lebam-lebam tanpa sebab terutamanya diantara pusat dan lutut ✓ Sering ditindih ketika tidur ✓ Nampak kelibat lembaga ✓ Nampak susuk jin ✓ Rasa diperhatikan ✓ Mimpi terima sesuatu ✓ ✓ Badan panas/bahang bukan demam ✓ Sakit kepala ✓ Rasa benda bergerak di badan ✓ Badan rasa sejuk pada waktu tertentu.   

Itu adalah kelaziman tanda-tanda samada gangguan jin,zat jahat atau serangan sihir 


Kaedah Rawatan 

1.Setiap pesakit akan melalui sesi diagnosis penyakit.
2.Sejurus selepas itu, pesakit akan melalui sesi rawatan.

Kaedah rawatan kami memerlukan air mineral (untuk diminum) dan (mandian) sebagai ikhtiar rawatan berterusan semasa pesakit berada di rumah.

Oleh itu diwajibkan setiap pesakit membawa sendiri air semasa berkunjung. 
Sesi susulan akan ditetapkan untuk pemantauan. Sekurang-kurangnya 3 kali sesi rawatan adalah disyorkan
Bagi kebanyakkan kes, supaya penyakit dapat dipantau dan diusahakan sebaiknya.

Kami juga menawarkan khidmat pemulihan rumah dan premis perniagaan.

"Allah turunkan daripada Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat" (Ayat 82:Surah Al-Isra)

Untuk tujuan perubatan boleh terus whatsup untuk temujanji rawatan sekitar Muadzam shah dan sekitarnya  

www.wasap.my/60179145756/RAWATAN/ 

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

Bagi yang ingin berikhtiar tetapi jauh 

kaedah rawatan

Setiap pesakit akan melalui sesi diagnosis penyakit terlebih dahulu.
Setelah rundingan pesakit akan di tetapkan hari dan waktu rawatan.


Teras Rawatan 
“Kesembuhan Dengan Kembali Kepada Allah” 

Wednesday, October 12, 2022

HUKUM RAWATAN JARAK JAUH

Pendapat Mufti berkaitan Rawatan Jarak Jauh “#DIHARUSKAN Kaedah Rawatan Jarak Jauh” 

Soalan: Ada hamba Allah yang bertanyakan pendapat saya tentang kaedah perubatan Islam jarak jauh. Jawapan: Kaedah rawatan jarak jauh adalah antara kepelbagaian kaedah rawatan yang dipraktikkan di pusat-pusat rawatan Islam di Malaysia.

Hal ini berdasarkan hadith Nabi saw yang menyarankan agar seseorang itu mendoakan sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya itu. Ia juga termasuk dalam konteks doa yang mendapat perkenan Allah swt kemakbulannya. وعن أبي الدرداء رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أنه سمع رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يقول: ما من عبد مسلم يدعو لأخيه بظهر الغيب إلا قال الملَك: ولك بمثل 

 Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba Muslim yang mendoakan kebaikan untuk saudaranya di belakangnya (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan terdapatnya Malaikat yang akan berkata: Bagi engkau segala kebaikan yang engkau doakan untuknya.” 

 عن عبد الله بن عمرو عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ما دعوة أسرع إجابة من دعوة غائب لغائب 

 Maksudnya: “Tiadalah doa yang segera dimakbulkan (oleh Allah) daripada doa seorang Muslim kepada seorang Muslim yang lain yang tidak bersama dirinya.” . . 

Berkaitan dengan penggunaan kaedah rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit, dapat dibahagikan kepada dua pandangan yang utama dari sudut keharusan dan pengharaman penggunaan kaedah ini. 

Pertama: DIHARUSKAN untuk menggunakan kaedah jarak jauh jika terdapat keuzuran dan kepayahan dari sudut keengganan pesakit untuk datang mendapatkan rawatan akibat daripada masalah dan penyakit yang dihadapi seperti masalah gangguan, terkena sihir sehingga menyukarkan pergerakan atau boleh mendatangkan kecederaan jika bersama dengan orang ramai dan lain-lain lagi.

Selain itu, DIHARUSKAN juga menggunakan kaedah ini dalam situasi ia dilakukan dalam keadaan langsung di mana perawat dan pesakit saling berhubung dan saling mendengar antara satu sama lain melalui penggunaan alat telekomunikasi seperti telefon.

Ini bermakna semasa rawatan sedang dilakukan wujud perhubungan langsung antara pesakit dan perawat serta ia dilakukan dalam keadaan kedua-dua pihak sedar. Walaupun begitu, dari sudut pelaksanaan kaedah ini, perawat perlu menggunakan kaedah ruqyah al-shar‘iyyah dan menggunakan bahan rawatan yang dibenarkan serta menghindari daripada menggunakan jampi yang mengandungi unsur syirik dan pemujaan kepada selain Allah serta bahan-bahan yang diharamkan seperti najis, benda-benda yang kotor, busuk, menjijikkan dan sebagainya lagi.

Dalam situasi yang lain pula, juga termasuk dalam rawatan jarak jauh adalah melalui amalan solat hajat dan mendoakan kesembuhan bagi pesakit.

Melalui amalan ini, ia adalah DIHARUSKAN, bahkan Nabi SAW sangat menggalakkan seseorang Muslim itu mendoakan kesejahteraan bagi Muslim yang lain dan adalah lebih berkesan jika doa yang dipanjatkan tersebut tidak diketahui oleh sahabat yang didoakan tersebut melainkan Allah swt sahaja.

Sumber:Mufti

Saturday, October 8, 2022

MAULIDUR RASUL

SALAM MAULIDUR RASUL 1444H Selamat menyambut Maulidur Rasul pada 9 Oktober 2022 bersamaan 12 Rabiul Awal 1444H kepada semua umat Nabi Muhammad ﷺ. Semaikan rasa kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi kita Muhammad ﷺ dengan membanyakkan selawat kepadanya serta mengikuti sunnahnya. "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya." [Surah Al-Ahzab: 56] 

 Selawat ke atas Nabi Muhammad 

: "اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ