Saturday, June 3, 2017

Hikmah Puasa bagi kesihatan Rohani&Jasmani

                           




Sebagaimana kita tahu, terlalu banyak kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh-pembunuh utama ialah seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri. Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.

Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya.

Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.

Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.

*Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa*

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.

*Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulamak berkenaan puasa*

Menahan lapar di bulan puasa ataupun diluar bulan puasa mengandungi faedah dan manfaat yang sangat besar untuk kesihatan badan dan kesihatan hati manusia. Hal ini sudah diterangkan oleh Rasulullah S.a.w dan telah dicontohkan oleh baginda dan keluarganya;

Rasulullah S.A.W bersabda ; yang ertinya,“Berpuasalah supaya kamu sihat.” (Hadith Riwayat Abu Naiim)

Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”. (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasai)

Sayyidatina Aisyah rodhiyallohu anha berkata :


مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ شَعِيرٍ يَوْمَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ حَتَّى قُبِضَ

“Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang walaupun dengan roti gandum dua hari berturut-turut sampai beliau wafat.”(Muttafaqun alaihi)

Nabi S.a.w bersabda :


أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat.” (Hadith Riwayat Al-Bazzar)

Al-Imam Ath-Thabrani juga meriwayatkan dengan sanad hasan yang bermaksud; “Orang yang banyak kenyang di dunia mereka adalah orang yang banyak lapar di akhirat.”

Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan : "Dunia adalah penjaranya orang mukmin dan syurganya orang kafir.”


Thursday, May 25, 2017

Ramadhan Tiba Lagi

                                 
                               


Rasulullah SAW bersabda bahwa pada Bulan Ramadhan dibagi menjadi 3 bahagian diantaranya :

(1). Pada 10 hari pertama di Bulan Ramadan adalah Rahmat. Pada 10 hari itu, banyak sekali rahmat yang diturunkan Allah kepada kita. Oleh krena itu sebaiknya di 10 hari pertama ini, kita byk berdoa dan beribadah kepada Allah agar setiap hari kita berada di dalam rahmatNya.

(2) Kemudian 10 hari kedua di Bulan Ramadhan adalah maghfirah, Pada 10 hari kedua bnyak sekali dosa yg diampunkan bila kita bertaubat. Pada 10 hari kedua hendaklah kita memperbanyak sholat malam, berdoa dan dzikir,serta banyak2 bermuhasabah diri/bertaubat nasuhah. Karena pada sepuluh hari kedua ini adalah kesempatan kita untuk mengurangi dosa-dosa yang sudah kita perbuat. Dan hendaknya kita berdoa dan zikir untuk memohon ampunan Allah agar di ampuni dari dosa-dosa dan di jauhkan dari siksa api neraka.

(3). Dan sepuluh hari terakhir di Bulan Ramadhan adalah penghindaran diri dari siksa api neraka. Sepuluh hari terakhir inilah kesempatan kita untuk menyucikan diri kita dan banyak2 berdoa agar kita senantiasa dihindarkan dari api neraka. Pada 10 hari terakhir ini terdapat pula malam lailatul Qadr, yaitu malam yang lebih mulia dari seribu bulan (QS. Al-Qadr). Oleh karena itu, hendaknya di 10 hari terakhir, kita benar – benar berjuang untuk mendapatkan lailatul Qadr.


Doa Menyambut Ramadhan


“Ya Allah! Sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh keberkatan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan daripada petunjuk dan perselisihan. Bulan Ramadhan telah datang, maka selamatkan kami di dalamnya, salurkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit ini.


Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang daripada semua yang tidak Dikau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan keburukan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku kerana perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.


Tuhanku! Dikau sedarkan daku, tapi daku belum juga menyedarinya. Dikau usir daku daripada larangan-Mu, tapi daku masih belum juga terusir, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku!!!


Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku ketika amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan pengampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.


Ya Allah! Daku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan perlu pada rahmat-Mu. Sementara Dikau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkatan kepada semua hamba-Mu, Dikau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Dikau menghitung semua amal mereka, Dikau yang membagikan rezeki mereka. Dikau ciptakan mereka berbeza-beza dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua perlu pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan daku tergolong pada hamba-Mu yang soleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.


Ya Allah! Hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.


Ya Allah! Semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keberputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riak atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Dikau redhai.


Kerana itu, daku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, mematuhi perintah-Mu, redha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, ketenangan dan taubat yang sebenarnya; daku memohon semua itu kepada-Mu Ya Rabbal ‘alamin.


Tuhanku! Dikau dikianati dan dicurangi kerana kelembutan-Mu, Dikau ditaati kerana kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Dikau tidak pernah dicurangi olehku dan oleh seluruh penghuni bumi. Maka jadilah Dikau bagi kami Yang Maha Pemurah dengan segala kurniaan-Mu, Yang Maha Perihatin dengan segala kebaikan-Mu. Wahai Yang Maha Pengasih daripada semua yang mengasihi.


Semoga selawat sentiasa tercurahkan kepada Muhammad SAW dan keluarganya, selawat yang abadi yang tidak terhitung jumlahnya dan tidak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Penyayang daripada semua yang mengasihi!”


(Petikan dari kitab Mafatihul Jinan)

Friday, May 12, 2017

Terapi Warna dalam Islam


Terapi warna dalam bahasa perubatan, terapi ini digelar ‘Cromotheraphy’. Manakala di dalam Perubatan Islam ianya dipanggil 'Atthibul Hayat'.

Di dalam sistem ini, warna yang berbagai itu memainkan peranan sebagai ikhtiar kepada meredakan atau menyembuhkan penyakit.

Secara ringkasnya untuk keterangan di sini, warna-warna ini samada dipakai dalam bentuk pakaian atau sebagai pemandangan di tempat tinggal atau menjemurkan air di dalam botol yang diwarnakan dengan warna tertentu dan disaluti dengan kertas plastik berwarna di tengah cahaya matahari untuk tujuan sinergi cahaya. Ianya dibiarkan antara 2-3 jam. Kemudian air ini diminum 2-3 kali sehari oleh pesakit.

Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa khasiat warna kepada penyakit tertentu, BiiznILLAH:


HIJAU : Bertindak ke atas selaput lendir di dalam keseluruhan sistem badan terutamanya usus. Oleh itu, sangat berguna untuk cirit-birit, penyakit kulit dan lain-lain. InsyaALLAH.


KUNING : Semua jenis penyakit di hati seperti sirosis, sakit kuning, sembelit yang berpunca dari gangguan fungsi hati. InsyaALLAH.


BIRU : Semua penyakit di bahagian kerongkong seperti Tosilitis, Streptococcal pharyngitis (sakit tekak streptokokus), batuk yang kronik, susah menelan, sakit dalam tekak dan lain-lain. InsyaALLAH.


UNGU : Berguna kepada masalah saraf dan kesakitan bahagian saraf, Sciatica(sakit saraf) dan lain-lain. InsyaALLAH.


MERAH : Rheumatism, Arthritis, Masalah Penglihatan, masalah saraf dan masalah cirit birit kronik. InsyaALLAH.


Mari kita sama-sama martabatkan KEDUDUKAN SEBENAR Perubatan Islam di kalangan Masyarakat ISLAM Khususnya.


* TERAPI WARNA ini amat sesuai untuk mereka yang punyai masalah KEJIWAAN, KEMURUNGAN, MENTAL dan seangkatan dengannya


Banyak fakta menarik tentang warna yang perlu kita tahu di antaranya:


1.warna dalam bahasa arab adalah "laun" dan "Alwaan"yang bermaksud warna-warna.ia disebut sebanyak 7 kali di dalam Al-quran.untuk rujukkan surah An nahl ayat 13 dan 69,surah Ar rum ayat 22,surah Fathir sebanyak 2 kali dalam ayat 27 dan 28 serta surah Az zumar ayat 21.ia mengambarkan betapa warna amat penting dalam kehidupan manusia.
2.warna bertindak sebagai penghantar isyarat dalam bentuk getaran.dan sebagai manusia setiap getaran yang di terima memberikan rasa teruja dan tenang.maknanya setiap warna mempunyai sifat panas dan sejuk untuk emosi.
3.warna boleh membongkar rahsia personaliti seseorang manusia yang tidak dapat di tafsirkan secara mata kasar.
4.setiap warna mewakili aura yang berbeza...sebagaimana bumi di lindungi dengan 7 lapisan langit,tubuh manusia juga sepatutnya di lindungi oleh 7 lapisan aura dan semuanya berkaitan dengan warna.


                                                               

Monday, May 8, 2017

Bidara Gaharu




khasiat Daun Bidara sudah terbukti secara ilmiah banyak mengandung manfaat. Salah satu Manfaat daun bidara adalah untuk ubat jerawat, membersihkan kulit dari kotoran, dan menjaga kulit dari kerosakan. Daun bidara dapat melindungi kulit dari kerosakan yang diakibatkan oleh sinar UV matahari.Bidara sangat bermanfaat untuk mengubati demam panas ataupun dingin, baik pada orang dewasa ataupun anak-anak.Khasiat daun bidara untuk mempercantik wajah sudah dipercaya sejak zaman kuno di China. Daun bidara secara efektif dapat mengatasi masalah jerawat dan berbagai macam efek penuaan dini seperti kedutan di muka dan lingkaran hitam pada bahagian mata. 

Ibnu Sina dalam kitabnya - Babbu Thabbu : Kitab Perihal Perubatan yang dikarang memperincikan bahawa khasiat Oud dalam bahasa Arab atau Gaharu iaitu terdapat 14 Khasiat yang utama yang berkeupayaan untuk merawat penyakit merangkumi setiap inci tubuh badan manusia mulai dari Minda -hingga ke urat-urat saraf iaitu antaranya : 

Rawatan yang melibatkan bahagian kepala :

1.Minda Cerdas, & Genius
2.Otak
3.Emosi
4.Tekanan perasaan
5.Sukar Tidur
6.Sinus
7.Batuk
8.Kahak
9.Sakit Tekak
10.Resdung
11.Sakit Kepala/pening
12.Sakit Mata/Rabun


Mandian Bidara Untuk Membersihkan Aura Anda


Bak pancaran gelombang energi Aura anda memancar keluar sesuai dengan kondisi kesihatan dan kejiwaan anda. Dari sisi Psikis, banyak sekali keadaan dan orang-orang disekitar kita baik disedari atau tidak memberikan pengaruhnya terhadap pancaran dan kualiti Aura anda.

keadaan yang tidak kondusif , orang-orang dengan energi negatif , emosional , depresi dan penuh beban dan tekanan akan mempengaruhi kesihatan anda yang akan terlihat jelas dari pancaran Aura anda bagi orang-orang yang mendapat hidayah hal ini akan terlihat seperti warna-warna gelap yang mengelilingi diri anda.

Apabila secara terus menerus mengalami dan berada dalam lingkungan seperti ini, energi ini dapat mempengaruhi melalui aura anda dan mengganggu secara psikis dan dalam waktu lama pengaruhnya akan terasa pada tubuh fizik serta emosional anda

Bagi sebagian orang terutama kaum wanita hal ini nampak lebih jelas pada wajah yang mulai terlihat kusam tidak cerah dan menarik

Jadi bagaimanakah anda dapat menghilangkan pengaruh energi negatif ini dan tetap nampak segar dan bagi kaum wanita tetap tampil cantik dan memancarkan Aura yang cerah ?

Ada solusi sederhana yang dapat membantu dalam membersihkan fikiran, tubuh, jiwa dan lingkungan kehidupan anda

Mendekatkan diri kepada Yang Maha Kuasa sesuai dengan keyakinan masing-masing, dan selalu mengambil sikap positif , selalu berfikir positif dan optimis adalah satu dari cara anda untuk memiliki perisai dari pengaruh negatif diatas.

Hindari bergaul dengan orang-orang yang selalu membawa Anda untuk berfikir negatif, tidak optimis atau selalu mengeluh terhadap keadaan . Jagalah jarak dengan mereka. Sedarilah bahwa anda dan keluarga Anda memiliki hak untuk menjadi sihat dan bahagia

Selalu melihat sisi positif dalam dalam hidup, menutup pintu fikiran dan menghentikan fikiran-fikiran negatif. Buka fikiran anda hanya untuk fikiran positif, penuh rasa syukur

Mandi dengan Air Laut , mandi di pantai dan pastikan untuk merendam seluruh tubuh Anda minima 30 menit didalam Air laut akan membantu membersihkan Aura negatif yang melekat di badan Anda

Namun bila anda berada jauh dari Air Laut, larutkan garam bukit dalam Air untuk membasahi badan Anda hal ini juga dapat membersihkan tubuh dan menyingkirkan energi negatif.

Daun Bidara pun memiliki kemampuan untuk membantu Anda membersihkan energi negatif dan mengembalikan pancaran Aura anda dan bagi wanita ini akan mengembalikan Aura kecantikan di wajah mereka

Cara yang umum digunakan  dititiskan kedalam Air Mandi atau dalam sebuah bekas dan kemudian digunakan untuk Mandi.

Hal ini apabila dilakukan minimal 2 kali seminggu akan sangat membantu untuk membersihkan badan dan badan energi anda.

Bagi yang berminat untuk dapatkan BIDARA GAHARU hubungi DR YATI di talian wassup +60107880995

Sunday, May 7, 2017

Tips Gangguan Berulang

   
             
       
         
PENGURUSAN BULU KETIAK DAN BULU KEMALUAN YANG TIDAK TERURUS.
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ: الاِخْتِتَانُ وَالاِسْتِحْدَادُ وَقَصُّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ وَنَتْفُ الإِبْط
“Fitroh itu ada lima: khitan, istihdad (cukur bulu kemaluan), menipiskan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (HR. Al-Bukhori dan Muslim) (1).
-Andai bulu yang perlu di
cukur dan dicabut itu dibela, seperti itulah kita membela makhluk tersebut pada tubuh kita, biarpun membuat rawatan beribu-ribu kali.
وَقَّتَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الْأَظْفَارِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ وَنَتْفِ الإِبْطِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْمًا
“Rasulullah SAW memberikan waktu kepada kami untuk menipiskan misai, memotong kuku, mencukur bulu kemaluan, dan mencabut bulu ketiak, agar tidak membiarkannya lebih dari empat puluh hari.” (HR. Muslim no. 258 dan An-Nasa’i no. 14).
2) PENGURUSAN PAD PERIOD ATAU HAID YANG TIDAK SEMPURNA
- Pad atau kain haid dibuang merata, serta tempat keluar darah haid tidak dibasuh bersih sebelum menukarkannya dengan pad yang lain. Pesankan pada anak-anak dara juga ibu-ibu anak dara.
3) MANDI WAJIB YANG TIDAK SEMPURNA
-Ini yang rata-rata orang ambil ringan. Belajar, belajar, belajar...        
4) Mandi dengan kain basahan, dielakkan pakai kulit semata-mata. Selesai mandi, kain tersebut, disebat-sebat perlahan ke tubuh, dalam hati mengucapkan Taawudz, sambil berdoa, Ya ALLAH, gugurkanlah segala anasir-anasir yang menghalang ibadahmu kepadamu( dalam hati)
Maka, hal inilah yang perlu diambil kira baik bagi perawat atau pesakit dalam menangani masalah gangguan tegar.
Adalah tugas perawat hanya mendoakan sahaja, sebaik-baik merawat adalah pesakit itu sendiri, iaitu kebersihan zahir juga kebersihan bathin.



ILMU MU HANYA SETITIS AIR DARI 7 LAUTAN


Nabi Musa AS ditegur Allah kerana mengatakan dirinya paling berilmu dan tidak menyandarkan “YANG MAHA BERILMU DAN MAHA MENGETAHUI” kepada Allah. Pun begitu,Allah tidak menghukum Musa sebaliknya memberitahu bahawa ada manusia yang lebih berilmu dari Musa dan lelaki itu tinggal di tempat pertemuan 2 laut. Musa pula tidak sombong, segera mahu dicari lelaki itu demi cintanya pada ilmu. Jika manusia pilihan sehebat Musa AS pun sanggup merendah diri dan mengembara demi ilmu, apatah lagi kita (al-Kahf dan Sahih al-Bukhari).
Ini antara gambaran luasnya ilmu Allah:
قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan" (al-Kahfi)
Dalam surah Luqman pula Allah berfirman:
وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Ertinya: Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Luqman).
7 lautan? Dalam huraian ulama’ 7 lautan dalam  ayat Luqman itu tidak bermaksud angka yang hakiki kerana orang Arab biasa menggambarkan sesuatu yang luar biasa banyaknya dengan bilangan 7 (Tafsir al-Razi). Bukan setakat 7, 70 (al-Taubah) dan 700 (al-Baqarah) juga menggambarkan jumlah yang besar. Seolah dimaksudkan jika lautan yang sedia ada diulang tambah berjuta kali ganda sekalipun, ilmu Allah masih belum habis dikaji dan ditulis. Ilmu itu bukan hanya ilmu  agama bahkan merangkumi segala ilmu yang wujud di alam ini.
Sesetengah manusia tertipu. Baru dipinjamkan sedikit ilmu, terus disangka dirinya paling berilmu mengalahkan “Allamah.” Baru kenal sedikit “istilah” ilmu sudah mendongak ke langit mengalahkan Mufti dan Professor. Sedangkan Ilmunya hanyalah “sebutir debu halus” yang berterbangan di antara 7 gurun padang pasir di seluruh dunia. Tahunya pula hanya sekadar setitis air dari limpahan 7 lautan dunia. Inilah yang disebut Khidir kepada Musa ketika mereka memulai pengembaraan:
فَانْطَلَقَا يَمْشِيَانِ عَلَى سَاحِلِ الْبَحْرِ لَيْسَ لَهُمَا سَفِينَةٌ فَمَرَّتْ بِهِمَا سَفِينَةٌ فَكَلَّمُوهُمْ أَنْ يَحْمِلُوهُمَا فَعُرِفَ الْخَضِرُ فَحَمَلُوهُمَا بِغَيْرِ نَوْلٍ فَجَاءَ عُصْفُورٌ فَوَقَعَ عَلَى حَرْفِ السَّفِينَةِ فَنَقَرَ نَقْرَةً أَوْ نَقْرَتَيْنِ فِي الْبَحْرِ فَقَالَ الْخَضِرُ يَا مُوسَى مَا نَقَصَ عِلْمِي وَعِلْمُكَ مِنْ عِلْمِ اللَّهِ إِلَّا كَنَقْرَةِ هَذَا الْعُصْفُورِ فِي الْبَحْرِ
Ertinya: Lalu mereka berdua berjalan di tepi lautan…..kemudian sebuah sampan bersetuju menumpangkan mereka berdua tanpa bayaran. Tiba-tiba bertenggeklah seekor burung pada hujung sampan dan membenamkan paruhnya meminum air barang sekali atau dua patukan. Khidir berkata: “WAHAI MUSA, TIDAK LANGSUNG MENJEJASKAN ILMU ALLAH DENGAN (BANDINGAN) ILMU-KU ATAU ILMU-MU MELAINKAN SEPERTI (AIR YANG BERBAKI) PADA PATUKAN (SELAMAN PARUH) SI BURUNG INI” (Sahih al-Bukhari).
Ya Allah. Kurniakan kami kesedaran untuk menuntut ilmu dan hiasilah hati jantung kami dengan sifat rendah diri.