Thursday, November 8, 2018

PENERAPAN KEBATINAN PERSILATAN




PENERAPAN KEBATINAN SILAT SELAYANG CAHAYA DARI PERGURUAN HANG TUAH


Assalamualaikum untuk makluman semua Pencinta Ilmu Persilatan Nusantara.

Perguruan Andeta Sakti akan membuat satu penerapan kebatinan silat, berpaksikan kpd Silat Selayang Cahaya dari Perguruan Hang Tuah, kepada yang berminat boleh mengambil penerapan ini secara jarak jauh (dari rumah masing2) dimana walaupun penerapan secara jarak jauh namun kemampuan, kelebihan dan keupayaan yang dimiliki dijamin sama dan setaraf dgn pesilat yang menuntut dan belajar di kelas / gelanggang persilatan. Penerapan ini mengambil masa hanya 10 minit shj tetapi kebatinan yang diterapkan adalah sama dan setanding sepertimana pesilat yang menuntut dari asas hingga khatam yang mengambil masa beberapa tahun untuk tamat.

Silibus yang terdapat didalam Penerapan Kebatinan Silat Selayang Cahaya ini merangkumi:

1.jurus / pelebat

2.gerak seni tangan kosong

3.gerak seni senjata

4.Buah pukul

5.tangkapan dan kuncian

6.tempur (sparring)

7.Ilmu2 tambahan

Sesiapa sahaja boleh handal bersilat dalam masa 10 minit

KAEDAH PENERAPAN KEBATINAN PERSILATAN

Kepada Peserta yang mengambil Penerapan kebatinan persilatan Selayang Cahaya akan menerima pancaran “gelombang ilmu” dipancarkan melalui kaedah kebatinan dari Perguruan Tua Selayang Cahaya di Sulawesi dipancarkan terus ke tubuh dan kemudiannya ilmu tadi dipancarkan pula kehati naluri dan akal fikiran sehingga ditafsirkan oleh diri individu terbabit dalam bentuk gerakan persilatan, pukulan, seni, jurus dan sebagainya mengikut silibus pembelajaran yang dipancarkan dari perguruan Selayang Cahaya tersebut. Justeru ditegaskan disini bahawa kaedah ini berlawanan sama sekali dengan kaedah masukkan khadam kedalam tubuh sehingga pemilik tubuh boleh bersilat sedangkan Persilatan Selayang Cahaya pula melalui kaedah pembelajaran jarak jauh secara pancaran gelombang ilmu terus kepada murid.

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN
DEMI MENJAGA AGAMA BANGSA TANAH AIR

berminat hubungi Wakil Perguruan +60179145756

Friday, August 31, 2018

KELAS PENGAJIAN ANDETA SAKTI


Assalamuaikum
Sedikit Makumat dan Info

Perguruan Andeta Sakti menawarkan kepada yang berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu kebatinan dan ilmu hikmah dari perguruan berteraskan surah surah pendek yang dibaca dalam solat seperti Al fatiha, surah Al ikhlas dsbnya , selawat serta zikir zikir mudah seperti tasbih dan bismillah. konsep yang dibawa dalam Andeta Sakti adalah mengajar kepada ahlinya untuk menggunakan segala rahsia dalam bacaan2 yang nampak mudah tapi mempunyai hikmah yang besar. misalnya istighfar satu yang amat mudah disebut namun di Andeta Sakti diajar bagaimana dalam istighfar ada rahsia yang boleh digunakan untuk mengesan / meramal tindakan yang kita buat berbanding dgn tentangan musuh / gangguan pesakit. Dalam sistem pengajian Andeta Sakti ianya telah diolah agar peserta dapat belajar secara jarak jauh mengikut kesesuaian masa sendiri menggunakan media sosial / kelas maya


SOALAN SOALAN LAZIM YANG SERING DITANYA

Apakah Maksud Perguruan Andeta Sakti?
Adakah makna ilmu ini ada kaitan dengan ilmu hitam atau perkara –perkara yang boleh mensyirikkan ALLAH?


(JAWAPAN) :

Perguruan bermaksud sekumpulan orang atau jemaah yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya. Bila disebut perguruan ianya membayangkan gedung ilmu
Andeta dalam ilmu bermaksud kekuatan, kebijaksanaan kemantapan dan kehebatan

SAKTI dalam ilmu bukan bermaksud kesaktian atau magic tapi ianya bermaksud himpunan penguasaan kepelbagaian ilmu


Matlamat Andeta Sakti adalah

1) untuk menyambung perjuangan dakwah melalui bidang ilmu2 hikmah yang berteraskan aliran sufi dan suluk

2)berdakwah dan menyadarkan masyarakat agar menjauhi perkara2 syirik dan khurafat dalam ilmu2 kebatinan, rawatan dan persilatan selari dengan fungsi dan peranan Andeta Sakti sebagai penyambung dakwah maka tiada unsur2 syirik dalam ilmu Andeta sakti malah Andeta Sakti lah wadah perjuangan menentang syirik dan mungkar


Adakah Ilmu Kebatinan ini serupa Sebagaimana Ilmu dengan Tenaga Dalam?

(JAWAPAN):

 Ilmu kebatinan tidak sama dengan tenaga dalam kerana kebatinan adalah aliran perkongsian dari kelebihan dan kekuatan zikir serta surah yang djamakkan oleh jemaah dalam sesubuah perguruan dan disebarkan semula dalam bentuk kekuatan aura yang boleh dipindahkan, dipinjamkan dan dikongsikan oleh jemaah dalam perguruan tersebut

Adakah ilmu ini mempunyai pantang larang tertentu?

(JAWAPAN):

Tidak seperti ilmu2 kebatinan Melayu yang ada pantang larang, ilmu dalam Perguruan Andeta Sakti tiada pantang larang langsung


Adakah saya boleh menyertai Andeta Sakti jika saya tidak solat dan banyak melakukan dosa?

(JAWAPAN ):

Sekiranya anda meninggalkan solat dan melakukan dosa , itu adalah tanggungjawab anda sendiri, dan ia adalah urusan anda dengan Tuhan.

Andeta sakti tidak mencampuri urusan anda namun kami yakin apabila anda bersama andeta sakti anda dengan sendirinya akan berubah secara beransur-ansur kearah kebaikan dan keimanan tanpa dipaksa


Adakah ilmu ini boleh dikuasai oleh semua orang ? Atau hanya orang yang sudah mempunyai hati yang bersih sahaja ?

(JAWAPAN ):

Sekali lagi diingatkan disini bahawa sesiapa sahaja boleh menguasai ilmu ini dan memperolehi hasilnya seperti yang diinginkan. Tidak mengira jenis apa sekalipun orang itu. Boleh dikuasai oleh semua yang beragama Islam.

Bolehkah ilmu ini serasi dengan ilmu yang pernah saya tuntut ?

(JAWAPAN ):

Tidak ada sebarang efek negative dengan mana-mana ilmu yang telah dipelajari. Insya ALLAH boleh sekiranya anda memiliki ilmu mahupun barangan berasaskan khadam, ilmu hitam dan sebagainya anda masih boleh menyertai andeta sakti dan andeta sakti tidak akan mencampuri kerana itu ilmu anda dan hak anda, walaupun anda berada dalam andeta sakti kami tidak akan menyentuh ilmu2 anda namun kami berdoa agar suatu hari nanti anda akan kembali ke pangkal jalan.


Apakah keilmuan yang di ajarkan di Perguruan Andeta Sakti?


(JAWAPAN ):

Jika dalam pengajian ilmu di sesetengah pesantren ada banyak pecahan ilmu utama seperi fiqah tauhid tafsir hadith dan sebagainya namun ada sesetengah pesantren pula mereka ada satu pecahan lagi yang disebut bidang ilmu hikmah. pecahan dari bidang ilmu himah ini lah yang dibawa oleh Andeta Sakti dan diselarikan dengan bidang praktikal ilmu ailran sufi dan suluk dan ditawarkan oleh Perguruan Andeta Sakti.                    
Dalam Perguruan Andeta Sakti pelbagai bidang dalam bidang ilmu hikmah ini ditawarkan kepada jemaah yang merangkumi Ilmu-ilmu Dalam Bidang Rawatan (permasalahan zahir dan batin), serangan nyata dan ghaib, serangan jarak jauh dan jarak dekat, dindingan dan kalisan dari gangguan nyata ataupun ghaib, kehidupan, pendekatan alam ghaib dan banyak perkara lagi yang meliputi bidang ilmu2 hikmah mengikut silibus pengajian yang di susun oleh perguruan.


Ada berapa tahap pengajian dalam perguruan Andeta sakti?

(JAWAPAN):

Peringkat pengajian di Andeta Sakti Pentauliahan bagi :-

1.Peringkat guru asuhan
2.Peringkat guru penuh / guru ilmu 3.Peringkat guru utama
4.Peringkat mahaguru
5.Peringkat mahaguru agong
6.Peringkat pendeta

SENARAI ILMU2 YANG DIAJAR DIKELAS ANDETA SAKTI SETAKAT HARI INI

1. ILMU MEMULAKAN PENGAJIAN PERGURUAN
2. ILMU KEKUATAN DIRI DAN PERGURUAN.
3. ILMU PEPERANGAN AYAT 3
4. IBU KEBATINAN AYAT 5.
5. ILMU KIRIMAN FATIHA ( RAWATAN JARAK JAUH).
6. IC PERGURUAN (keterangan dan fungsi).
7. ZIKIR AGONG PERGURUAN AS
8. ILMU SELAWAT.
9. ILMU AYATUL QURSI.
10.KAEDAH PENGAMBILAN KEBATINAN.
11.ILMU MEMINDAHKAN JIN
12.ILMU ASAS MENGENAI ALAM GHAIB.
13.ILMU AWAL KEHIDUPAN.
14.ILMU PERJALANAN FATIHAH.
15.ILMU AWAL SEBUTAN.
16.ILMU MEMAKAI KASUT.
17.ILMU DARI GURU TUA.
18.ILMU CINDAI ALAM SAKTI.
19.ILMU PENAWAR DEMAM.
20.ILMU SENTUHAN BISMILLAH .
21.ILMU MERAWAT BAYI SAKIT KUNING
22.ILMU MENGAWAL KENDERAAN DARI KEHILANGAN
23.ILMU MERAWAT PENYAKIT ASMA
24.ILMU KALIMAT KURSANI JAWI SAKTI.
25.ILMU LANGKAH HULUBALANG.
26.ILMU DUIT DARI PERBENDAHARAAN
27.ILMU PAYUNG ALAM
28.ILMU MERAWAT ANAK KENCING MALAM
29.ILMU SERANGAN TIKAMAN BATANG PISANG
30.ILMU SERANGAN TIKAMAN BUMI
31.ILMU MENETANG JIN YANG MERASUK TUBUH
32.ILMU BERKOMUNIKASI DENGAN PESAKIT YANG KOMA
33.ILMU SURAH IKHLAS PAYUNG ALAM
34.ILMU MERAWAT SAKIT KEPALA AKIBAT SIHIR .
35.ILMU MENGHADAPI MUSUH YANG BERILMU KEBATINAN
36.ILMU JURUS SUDUT 7 (RAWATAN DAN SERANGAN).
37.ILMU MERAWAT DEMAM PANAS
38.ILMU MEMATAHKAN KEKUATAN MUSUH
39.ILMU MERAWAT BISA2 BADAN
40.ILMU MENGHINDAR PERBALAHAN.
41.ILMU MINYAK JUBAL SAKTI
42.JURUS SERANGAN AYATUL QURSI
43.JURUS SERANGAN SURAH ANNAS
44.ILMU PASUNG BORNOWO ALAM.
45.ILMU AURA PERGURUAN NAGA HIJAU.
46.ILMU PENGERUN PERGURUN BELANG PUTIH.
47.ILMU AURA SUKMA.
48.ILMU KAWALAN DAN SERANGAN BISMILLAH.
49.ILMU PAYUNGAN DIRI
50.ILMU TARIK REZEKI.
51.ILMU RAWATAN ANGIN BISA DAN ANGIN SIHIR
52.BENGKUNG TEPUH GEMPUR (ILMU HARIMAU).
53.ILMU PERTEMPURAN NYATA DAN GHAIB.  
54.ILMU SEKUMIT BERAS.
55.ILMU RAWATAN AYATUL QURSI JABAL SAKTI
56.ILMU BIASAN HANTARAN MUSUH
57.SEJARAH ASAL USUL PERGURUAN HANG TUAH
58.ILMU RAWATAN SIHIR LIMAU KASTURI.
59.ILMU MENGESAN JIN JARAK DEKAT.
60.SEJARAH HANG TUAH SIRI 1
61.ILMU KAWALAN BISMILLAH.
62.JURUSAN SERANGAN GENCANA KALI SAKTI.
63.ILMU PUKULAN PERGURUAN HANG TUAH
64.ILMU BISMILLAH SENAFAS.
65.ILMU MENYERANG MUSUH MELALUI AIR
66.ILMU MENUTUP SERANGAN MELALUI AIR
67.ILMU DEWATA KAYANGAN
68.SEJARAH HANG TUAH SIRI 2
69.ILMU BUNGA ROSELLE
70.ILMU SERANGAN API

Yuran Pendaftaran Hanya
RM100 Seumur Hidup(Pengajian jarak jauh)
# Kelas di FB Close Group
# Tiada Yuran Bulanan
# Ilmu2 Percuma Diberikan
# Tiada Syarat dan Pantang Larang
# Pengambilan ini untuk Jemaah baru bagi Guru Asuhan Andeta Sakti._*
# Pentauliahan dari Perguruan bagi yang Tamat Silibus
# Sokongan dari perguruan dalam hal-hal berkaitan.
# Dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang diberikan dalam Perguruan Andeta Sakti.

Mereka yang betul-betul berminat dan
Boleh hubungi di talian Wassap +60179145756 untuk maklumat lanjut

Wednesday, August 8, 2018

MINYAK RAWATAN JUBAL SAKTI



Kegunaan minyak jubal sakti dengan izin allah dapat membantu


1.untuk menawarkan bisa2 badan yang disebabkan oleh angin dalam badan dan sakit2 badan, hanya sapu atau urut sahaja ditempat yang sakit

2.merawat bahagian tubuh yang terkena serangan ghaib, serangan ilmu hitam dan sihir, gangguan jin dan sebagainya contoh terkena santau dibahagian dada, sapu sahaja minyak ini dibahagian dada dan tempat2 lain yang sakit

3.merawat dan menutup jejak pada bahagian tubuh yang lebam2 terkena gigitan jin, contoh ada ahli keluarga kita yang sering lebam2 di kaki dan peha kerana gigitan pelesit atau bajang, hanya sapu sahaja minyak ini di tempat yang terkena gigitan tersebut dan bahagian2 lain bagi mengelakkan gigitan berulang ditempat yang sama dan mengelakkan gigitan ditempat yang baru

4.merawat dan menawar bisa akibat gigitan atau sengatan serangga hanya sapu sahaja ditempat yang terkena gigitan atau sengatan.

5.mengelurakan jin pada tubuh badan sama ada jin yang telah sedia ada menetap dalam tubuh akibat menuntut ilmu (berguru menggunakan ilmu khadam) mahupun jin yang merasuk dalam tubuh yakni kerasukan atau histeria. Sering sapu dibahagian jari2 kaki pesakit setiap hari sehingga sembuh bagi saka dsbnya, jika kerasukan juga disapu dijari kaki orang yang sedang dirasuk.

6.digunakan membantu mempercepatkan proses rawatan masalah saka, minyak ini sering disapu pada bahagian tubuh yang sakit bagi melemahkan kedudukan saka dalam tubuh, contoh saka menetap di kedudukan rahim dalam tubuh, maka dengan sering menyapu minyak ini pada bahagian rahim akan menyebabkan saka menjadi lemah dan saka tidak betah untuk menetap dalam rahim tersebut.

7.digunakan membantu mempercepatkan proses rawatan membuang ilmu yang tidak baik dari tubuh badan contohnya membuang ilmu hitam, ilmu susuk dan ilmu yang lain. Pada no 5 tadi membuang jin dan pada no 7 ini membuang ilmu2 hitam yang diterapkan pada tubuh, hanya perlu menyapu minyak jubal ini tangan dan kaki setiap hari sehingga sembuh.

8.membuang khadam2 pada senjata dan barangan, hanya sapukan miyak ini pada senjata atau barang yang ditempel oleh makhluk ghaib, jika senjata disapu dari pangkal membawa kehujung senjata

9.membantu dalam meringankan sakit2 biasa (masalah hospital) selain pengambilan ubat dan rawatan yang diatur oleh pihak hospital boleh digunakan minyak ini bersama2 untuk jalan ikhtiar. Contoh sakit pinggang, makan ubat sprt mana diarah oleh doktor dan pada masa yang sama sapu minyak ini pada pinggang. Jika sakit kanser paru2 disapu pada dada begitulah perumpamaannya , In sha allah berkat doa, zikir2 dan surah2 yang dibaca akan membantu mempercepatkan proses rawatan pihak hospital.

10.disapukan pada jari kaki dan pelipat2 sendi untuk kanak2 yang sering demam, sering terkujat, sering menangis, sering meracau waktu tidur dan sering tidak sihat akibat terganggu jin dan syaitan.

pertanyaan sila whatsapp +60179145756

Saturday, June 3, 2017

Hikmah Puasa bagi kesihatan Rohani&Jasmani

                           




Sebagaimana kita tahu, terlalu banyak kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh-pembunuh utama ialah seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri. Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.

Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya.

Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.

Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.

*Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa*

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.

*Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulamak berkenaan puasa*

Menahan lapar di bulan puasa ataupun diluar bulan puasa mengandungi faedah dan manfaat yang sangat besar untuk kesihatan badan dan kesihatan hati manusia. Hal ini sudah diterangkan oleh Rasulullah S.a.w dan telah dicontohkan oleh baginda dan keluarganya;

Rasulullah S.A.W bersabda ; yang ertinya,“Berpuasalah supaya kamu sihat.” (Hadith Riwayat Abu Naiim)

Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”. (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasai)

Sayyidatina Aisyah rodhiyallohu anha berkata :


مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ شَعِيرٍ يَوْمَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ حَتَّى قُبِضَ

“Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang walaupun dengan roti gandum dua hari berturut-turut sampai beliau wafat.”(Muttafaqun alaihi)

Nabi S.a.w bersabda :


أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat.” (Hadith Riwayat Al-Bazzar)

Al-Imam Ath-Thabrani juga meriwayatkan dengan sanad hasan yang bermaksud; “Orang yang banyak kenyang di dunia mereka adalah orang yang banyak lapar di akhirat.”

Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan : "Dunia adalah penjaranya orang mukmin dan syurganya orang kafir.”


Thursday, May 25, 2017

Ramadhan Tiba Lagi

                                 
                               


Rasulullah SAW bersabda bahwa pada Bulan Ramadhan dibagi menjadi 3 bahagian diantaranya :

(1). Pada 10 hari pertama di Bulan Ramadan adalah Rahmat. Pada 10 hari itu, banyak sekali rahmat yang diturunkan Allah kepada kita. Oleh krena itu sebaiknya di 10 hari pertama ini, kita byk berdoa dan beribadah kepada Allah agar setiap hari kita berada di dalam rahmatNya.

(2) Kemudian 10 hari kedua di Bulan Ramadhan adalah maghfirah, Pada 10 hari kedua bnyak sekali dosa yg diampunkan bila kita bertaubat. Pada 10 hari kedua hendaklah kita memperbanyak sholat malam, berdoa dan dzikir,serta banyak2 bermuhasabah diri/bertaubat nasuhah. Karena pada sepuluh hari kedua ini adalah kesempatan kita untuk mengurangi dosa-dosa yang sudah kita perbuat. Dan hendaknya kita berdoa dan zikir untuk memohon ampunan Allah agar di ampuni dari dosa-dosa dan di jauhkan dari siksa api neraka.

(3). Dan sepuluh hari terakhir di Bulan Ramadhan adalah penghindaran diri dari siksa api neraka. Sepuluh hari terakhir inilah kesempatan kita untuk menyucikan diri kita dan banyak2 berdoa agar kita senantiasa dihindarkan dari api neraka. Pada 10 hari terakhir ini terdapat pula malam lailatul Qadr, yaitu malam yang lebih mulia dari seribu bulan (QS. Al-Qadr). Oleh karena itu, hendaknya di 10 hari terakhir, kita benar – benar berjuang untuk mendapatkan lailatul Qadr.


Doa Menyambut Ramadhan


“Ya Allah! Sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh keberkatan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan daripada petunjuk dan perselisihan. Bulan Ramadhan telah datang, maka selamatkan kami di dalamnya, salurkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit ini.


Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang daripada semua yang tidak Dikau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan keburukan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku kerana perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.


Tuhanku! Dikau sedarkan daku, tapi daku belum juga menyedarinya. Dikau usir daku daripada larangan-Mu, tapi daku masih belum juga terusir, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku!!!


Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku ketika amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan pengampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.


Ya Allah! Daku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan perlu pada rahmat-Mu. Sementara Dikau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkatan kepada semua hamba-Mu, Dikau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Dikau menghitung semua amal mereka, Dikau yang membagikan rezeki mereka. Dikau ciptakan mereka berbeza-beza dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua perlu pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan daku tergolong pada hamba-Mu yang soleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.


Ya Allah! Hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.


Ya Allah! Semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keberputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riak atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Dikau redhai.


Kerana itu, daku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, mematuhi perintah-Mu, redha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, ketenangan dan taubat yang sebenarnya; daku memohon semua itu kepada-Mu Ya Rabbal ‘alamin.


Tuhanku! Dikau dikianati dan dicurangi kerana kelembutan-Mu, Dikau ditaati kerana kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Dikau tidak pernah dicurangi olehku dan oleh seluruh penghuni bumi. Maka jadilah Dikau bagi kami Yang Maha Pemurah dengan segala kurniaan-Mu, Yang Maha Perihatin dengan segala kebaikan-Mu. Wahai Yang Maha Pengasih daripada semua yang mengasihi.


Semoga selawat sentiasa tercurahkan kepada Muhammad SAW dan keluarganya, selawat yang abadi yang tidak terhitung jumlahnya dan tidak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Penyayang daripada semua yang mengasihi!”


(Petikan dari kitab Mafatihul Jinan)

Friday, May 12, 2017

Terapi Warna dalam Islam


Terapi warna dalam bahasa perubatan, terapi ini digelar ‘Cromotheraphy’. Manakala di dalam Perubatan Islam ianya dipanggil 'Atthibul Hayat'.

Di dalam sistem ini, warna yang berbagai itu memainkan peranan sebagai ikhtiar kepada meredakan atau menyembuhkan penyakit.

Secara ringkasnya untuk keterangan di sini, warna-warna ini samada dipakai dalam bentuk pakaian atau sebagai pemandangan di tempat tinggal atau menjemurkan air di dalam botol yang diwarnakan dengan warna tertentu dan disaluti dengan kertas plastik berwarna di tengah cahaya matahari untuk tujuan sinergi cahaya. Ianya dibiarkan antara 2-3 jam. Kemudian air ini diminum 2-3 kali sehari oleh pesakit.

Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa khasiat warna kepada penyakit tertentu, BiiznILLAH:


HIJAU : Bertindak ke atas selaput lendir di dalam keseluruhan sistem badan terutamanya usus. Oleh itu, sangat berguna untuk cirit-birit, penyakit kulit dan lain-lain. InsyaALLAH.


KUNING : Semua jenis penyakit di hati seperti sirosis, sakit kuning, sembelit yang berpunca dari gangguan fungsi hati. InsyaALLAH.


BIRU : Semua penyakit di bahagian kerongkong seperti Tosilitis, Streptococcal pharyngitis (sakit tekak streptokokus), batuk yang kronik, susah menelan, sakit dalam tekak dan lain-lain. InsyaALLAH.


UNGU : Berguna kepada masalah saraf dan kesakitan bahagian saraf, Sciatica(sakit saraf) dan lain-lain. InsyaALLAH.


MERAH : Rheumatism, Arthritis, Masalah Penglihatan, masalah saraf dan masalah cirit birit kronik. InsyaALLAH.


Mari kita sama-sama martabatkan KEDUDUKAN SEBENAR Perubatan Islam di kalangan Masyarakat ISLAM Khususnya.


* TERAPI WARNA ini amat sesuai untuk mereka yang punyai masalah KEJIWAAN, KEMURUNGAN, MENTAL dan seangkatan dengannya


Banyak fakta menarik tentang warna yang perlu kita tahu di antaranya:


1.warna dalam bahasa arab adalah "laun" dan "Alwaan"yang bermaksud warna-warna.ia disebut sebanyak 7 kali di dalam Al-quran.untuk rujukkan surah An nahl ayat 13 dan 69,surah Ar rum ayat 22,surah Fathir sebanyak 2 kali dalam ayat 27 dan 28 serta surah Az zumar ayat 21.ia mengambarkan betapa warna amat penting dalam kehidupan manusia.
2.warna bertindak sebagai penghantar isyarat dalam bentuk getaran.dan sebagai manusia setiap getaran yang di terima memberikan rasa teruja dan tenang.maknanya setiap warna mempunyai sifat panas dan sejuk untuk emosi.
3.warna boleh membongkar rahsia personaliti seseorang manusia yang tidak dapat di tafsirkan secara mata kasar.
4.setiap warna mewakili aura yang berbeza...sebagaimana bumi di lindungi dengan 7 lapisan langit,tubuh manusia juga sepatutnya di lindungi oleh 7 lapisan aura dan semuanya berkaitan dengan warna.


                                                               

Monday, May 8, 2017

Bidara Gaharu




khasiat Daun Bidara sudah terbukti secara ilmiah banyak mengandung manfaat. Salah satu Manfaat daun bidara adalah untuk ubat jerawat, membersihkan kulit dari kotoran, dan menjaga kulit dari kerosakan. Daun bidara dapat melindungi kulit dari kerosakan yang diakibatkan oleh sinar UV matahari.Bidara sangat bermanfaat untuk mengubati demam panas ataupun dingin, baik pada orang dewasa ataupun anak-anak.Khasiat daun bidara untuk mempercantik wajah sudah dipercaya sejak zaman kuno di China. Daun bidara secara efektif dapat mengatasi masalah jerawat dan berbagai macam efek penuaan dini seperti kedutan di muka dan lingkaran hitam pada bahagian mata. 

Ibnu Sina dalam kitabnya - Babbu Thabbu : Kitab Perihal Perubatan yang dikarang memperincikan bahawa khasiat Oud dalam bahasa Arab atau Gaharu iaitu terdapat 14 Khasiat yang utama yang berkeupayaan untuk merawat penyakit merangkumi setiap inci tubuh badan manusia mulai dari Minda -hingga ke urat-urat saraf iaitu antaranya : 

Rawatan yang melibatkan bahagian kepala :

1.Minda Cerdas, & Genius
2.Otak
3.Emosi
4.Tekanan perasaan
5.Sukar Tidur
6.Sinus
7.Batuk
8.Kahak
9.Sakit Tekak
10.Resdung
11.Sakit Kepala/pening
12.Sakit Mata/Rabun


Mandian Bidara Untuk Membersihkan Aura Anda


Bak pancaran gelombang energi Aura anda memancar keluar sesuai dengan kondisi kesihatan dan kejiwaan anda. Dari sisi Psikis, banyak sekali keadaan dan orang-orang disekitar kita baik disedari atau tidak memberikan pengaruhnya terhadap pancaran dan kualiti Aura anda.

keadaan yang tidak kondusif , orang-orang dengan energi negatif , emosional , depresi dan penuh beban dan tekanan akan mempengaruhi kesihatan anda yang akan terlihat jelas dari pancaran Aura anda bagi orang-orang yang mendapat hidayah hal ini akan terlihat seperti warna-warna gelap yang mengelilingi diri anda.

Apabila secara terus menerus mengalami dan berada dalam lingkungan seperti ini, energi ini dapat mempengaruhi melalui aura anda dan mengganggu secara psikis dan dalam waktu lama pengaruhnya akan terasa pada tubuh fizik serta emosional anda

Bagi sebagian orang terutama kaum wanita hal ini nampak lebih jelas pada wajah yang mulai terlihat kusam tidak cerah dan menarik

Jadi bagaimanakah anda dapat menghilangkan pengaruh energi negatif ini dan tetap nampak segar dan bagi kaum wanita tetap tampil cantik dan memancarkan Aura yang cerah ?

Ada solusi sederhana yang dapat membantu dalam membersihkan fikiran, tubuh, jiwa dan lingkungan kehidupan anda

Mendekatkan diri kepada Yang Maha Kuasa sesuai dengan keyakinan masing-masing, dan selalu mengambil sikap positif , selalu berfikir positif dan optimis adalah satu dari cara anda untuk memiliki perisai dari pengaruh negatif diatas.

Hindari bergaul dengan orang-orang yang selalu membawa Anda untuk berfikir negatif, tidak optimis atau selalu mengeluh terhadap keadaan . Jagalah jarak dengan mereka. Sedarilah bahwa anda dan keluarga Anda memiliki hak untuk menjadi sihat dan bahagia

Selalu melihat sisi positif dalam dalam hidup, menutup pintu fikiran dan menghentikan fikiran-fikiran negatif. Buka fikiran anda hanya untuk fikiran positif, penuh rasa syukur

Mandi dengan Air Laut , mandi di pantai dan pastikan untuk merendam seluruh tubuh Anda minima 30 menit didalam Air laut akan membantu membersihkan Aura negatif yang melekat di badan Anda

Namun bila anda berada jauh dari Air Laut, larutkan garam bukit dalam Air untuk membasahi badan Anda hal ini juga dapat membersihkan tubuh dan menyingkirkan energi negatif.

Daun Bidara pun memiliki kemampuan untuk membantu Anda membersihkan energi negatif dan mengembalikan pancaran Aura anda dan bagi wanita ini akan mengembalikan Aura kecantikan di wajah mereka

Cara yang umum digunakan  dititiskan kedalam Air Mandi atau dalam sebuah bekas dan kemudian digunakan untuk Mandi.

Hal ini apabila dilakukan minimal 2 kali seminggu akan sangat membantu untuk membersihkan badan dan badan energi anda.

Bagi yang berminat untuk dapatkan BIDARA GAHARU hubungi DR YATI di talian wassup +60107880995