Thursday, July 9, 2015

Rahsia LAILATULQADAR


LAILATULQADAR merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan 1000 bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Qadr ayat 1 dan 2 yang bermaksud: Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam Lailatulqadar. Tahukah kamu apakah malam al-qadar itu? Malam Lailatulqadar adalah lebih baik dari 1000 bulan.
Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1000 bulan.
Kebesaran Lailatulqadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut telah diturunkan al-Quran dan keduanya, pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.
Disebutkan sebagai Lailatulqadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatulqadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang ke-20 Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.
Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam ke-27."
Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud: Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil dari 10 malam akhir bulan Ramadan.
Jelas daripada kedua-dua hadis di atas bahawa Lailatulqadar itu hanya berlaku pada satu malam sahaja dari bulan Ramadan, dan ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadan al-Mubarak ini.
Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatulqadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut.
Allah SWT sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:
# Allah SWT menyembunyikan Lailatulqadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadan.
# Allah SWT menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.
# Allah SWT menyembunyikan sembahyang wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.
# Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)
# Allah SWT menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita berhenti melakukan apa jua bentuk maksiat.
# Allah SWT menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.
# Allah SWT menyembunyikan kedatangan Hari Kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.
# Allah SWT menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.
Walau bagaimanapun berkaitan dengan Lailatulqadar, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah:
# Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
# Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang-benderang walau pun berada dalam kegelapan.
# Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.
# Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.
Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al-Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.
Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah SWT, biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu

 Utusan Melayu (M)

SELAMAT BERAMAL

Aromaterapi BERKESAN membantu mengurangkan masalah TEKANAN MENTAL dan KEMURUNGAN


Ketahui bagaimana Aromaterapi BERKESAN membantu mengurangkan masalah TEKANAN MENTAL dan KEMURUNGAN ini dari terus meningkat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pakar Psikologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, jika melihat kepada laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006, 11 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah mental.

“Ini bermakna kira-kira 2.6 juta daripada keseluruhan penduduk mengalami gangguan berkaitan psikologi dan jumlah ini agak ketara,” katanya yang juga merupakan Pensyarah Kanan Universiti Malaya dalam bidang ini.

Dr. Muhsin menasihatkan mereka yang mempunyai simptom gangguan mental agar mendapatkan rawatan awal supaya masalah tidak berlanjutan.

“Kebanyakan pesakit di Malaysia bertemu pakar selepas 24 bulan mengalami masalah. Berbanding di Amerika Syarikat, jika mereka tidak boleh tidur dalam masa tiga hari sahaja mereka terus bertemu doktor untuk mendapatkan nasihat,” katanya.

Dalam pada menjalani rawatan Dr. Muhsin menekankan pesakit perlu mengambil ubat seperti antipsikotik dan antidepression yang telah diberi doktor untuk membantu penyembuhan.


Adakah anda pernah mengalami masalah TEKANAN atau STRESS?
Bagaimana untuk mengetahui adakah anda sedang tertekan atau tidak ?

Tinjauan Kesihatan Mobiliti dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Statistik ini amat menakutkan iaitu satu angka yang tinggi kerana menunjukkanseorang daripada enam (1:6) rakyat negara ini adalah pesakit mental.
Pastikan anda dan keluarga SIHAT DAN BEBAS dari statistik di atas!
Apakah maksud Aromaterapi ?
Istilah aromaterapi sebenarnya terdiri daripada dua perkataan yang membawa maksud yang amat besar. Perkataan Aroma adalah membawa maksud Bauan atau haruman, manakala Terapi adalah membawa maksud rawatan. Aromaterapi merupakan perawatan menggunakan bauan atau haruman semulajadi. Aromaterapi itu sendiri adalah terapi yang menggunakan pati mianyak bunga-bungaan dan tumbuhan untun membantu memperbaiki kesihatan, membangkitkan semangat, membangkitkan keghairahan, menenangkan jiwa dan merangsang proses penyembuhan.
Bagaimanakah Aromaterapi Berfungsi ?
Menurut Dr. Alan Huck (Pakar Neurology Psikiatri dari pusat penelitian deria dan rasa di Chicago), bau mempunyai pengaruh secara langsung terhadap otak manusi. Di dapati bahawa hidung kita berkemampuan untuk menangkap lebih daripada 100000 bau yang terdapat dipersekitaran kita. Ia berlaku tanpa kita sedari.

Bauan tersebut akan mempengaruhibahagian otak yang berkaitan dengan mood (suasana), emosi, ingatan dan pembelajaran. Misalnya, dengan menghirup aroma Lavender, ia akan meningkatkan gelombang-gelombang alfa di dalam otak dan gelombang inilah yang akan membantu kita untuk berasa releks dan tenang.
Teori Bagaimana Aromaterapi Berfungsi
i- Minyak diserap melalui kulit dan dialirkan melalui darah. Pengaliran darah ke seluruh tubuh akan memberi kesan kepada organ-organ tertentu ataupun fungsi badan. Pakar-pakar terapi menyatakan bahawa terdapat banyak minyak pati yang mempunyai satu kesan anti-radang, yang boleh membantu menyembuhkan penyakit artritis dan kesakitan otot. Minyak lain boleh membantu dengan masalah pernafasan atau menghalang atau menghalau jangkitan dengan membantu meningkatkan sistem imun anda.

ii- Berkaitan dengan dengan deria bau anda. Apabila menghidu sesuatu bau, bau tersebut akan terus berhubung dengan otak. Makanan, bunga-bunga, wangian dan tananam membebaskan molekul-molekul kecil kepada udara dan merangsang sel-sel saraf bau anda (olfaktori). Sel-sel itu menghantar satu pesanan untuk otak anda untuk menafsirkan bau tersebut. Kemudian, bau tersebut akan bertindak balas di dalam badan secara fizikal dan emosi. Contohnya, bau boleh mengubah kadar penafasan dan membuat anda berasa tenang atau teruja. Oleh kerana minyak pati boleh merangsang deria hidu anda, jadi ini adalah salah satu proses yang penting dalam aromaterapi.
Sejak kebelakangan ini, masyarakat kita dikejutkan dengan pelbagai kes bunuh diri dan cubaan membunuh diri. Lebih memeranjatkan lagi apabila ada dari golongan profesional seperti doktor dan peguam yang mengambil keputusan untuk bunuh diri dan ramai dari kita tidak faham mengapa keputusan itu diambil.
Kajian juga membuktikan bahawa TEKANAN sering kali dialami oleh ramai wanita sama ada pelajar, suri rumah atau wanita bekerjaya. Bebanan di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.
Saban hari mereka bekerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman. 

berbagai sumber.

Cawangan AURA HIKMAH CENTER DI SABAH kini di buka


Tuesday, April 7, 2015

Inilah Air Yang Sejuk Untuk Mandi dan Minum



بسم الله الرحمن الرحيم



Setiap huruf di dalam Kitab Suci ini mengandungi rahsia, khasiat dan ubatnya, apatah lagi apabila ada kalimah seperti "..ini adalah air sejuk untuk mandi dan untuk minum." Semestinya kehebatan dalam arahan Allah itu bukan sesuatu yang patut dipandang rendah atau terus diabaikan begitu sahaja.


SURAH SAD, AYAT 41-43

Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika dia menyeru Tuhannya, “Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan penderitaan (penyakit) dan bencana.”

(Allah berfirman)
“Hentaklah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.”

Dan Kami anugerah dia dengan mengumpulkan kembali keluarganya dan Kami lipatgandakan jumlah mereka sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang berfikiran sehat.

Ayat-ayat ini merupakan dalil dan pegangan dalam sistem rawatan aromaterapi . Nabi Ayyub a.s. telah mengalami keadaan yang sangat kronik dan ada ulama’ tafsir yang mengatakan bahawa penyakitnya yang sebenar ialah kanser kulit.

Namun penawar yang diberikan kepadanya oleh Allah Yang Maha Esa merupakan sesuatu yang sangat asas tetapi nyata hebat jika diketahui ilmu disebalik air sejuk dan unsur-unsur lain yang terlibat.

Di dalam hadith juga terdapat ajaran tentang mandi air sejuk iaitu hadis riwayat At-Tirmizi dalamJami’ nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ yang bermaksud:

“Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam – dan demam itu adalah percikan api neraka- hendaklah ia memadamkan demam itu dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari. Hendaklah ia mengucapkan Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan RasulMu.

Lalu menyelam sebanyak tiga kali, selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga ulangi lima hari. Jika belum sembuh juga maka tujuh hari. Biasanya tidak lebih dari tujuh hari dengan izin Allah.

Air sungai, air mata air atau air perigi boleh digunakan untuk rawatan mandian kerana
kandungan mineral dan oksigen di dalamnya.
Kata-kata kunci dalam hadis tersebut boleh dihuraikan seperti berikut:-

"Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam – dan demam itu adalah percikan api neraka..”

Penyakit yang boleh dirawat dengan mandian atau rendaman bukan sahaja demam semata-mata tetapi semua penyakit yang berunsur panas seperti jangkitan, keradangan (kecuali radang usus), kanser, migraine, masalah kardiavaskular, tekanan darah tinggi dan semua keadaan yang berpunca dari “oxidative stress”, berlebihan toksin dan asid.

“..hendaklah ia memadamkan demam itu dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir.”

Sekiranya pesakit mampu berjalan maka berendam di sungai adalah yang terbaik. Oleh kerana tidak mudah pergi mencari sungai untuk tujuan tersebut maka Mandian ais disediakan sebagai simulasi mandi sungai. Jika pesakit boleh bangun tetapi tidak mampu untuk berjalan maka boleh dijiruskan air yang sejuk, dan sekiranya pesakit langsung tidak dapat bangun , maka jerlunkannya dengan air yang sejuk sekerap yang boleh.
Arahan untuk mandi di dalam air sungai adalah disebabkan beberapa faktor terutamanya apa yang terkandung di dalamnya. Komposisi mineral di dalam air sungai berbeza di satu tempat dengan tempat yang lain tetapi secara amnya kandungan adalah lebih kurang seperti berikut:-


Bicarbonate, 58ppm
Sulphate, 11ppm
Chloride, 7.8ppm
Nitrate, 1ppm
Calcium, 15ppm
Magnesium, 4.1ppm
Sodium, 6.3ppm
Potassium, 2.3ppm
Iron, 0.7ppm
Silica, 13ppm
Jumlah 120ppm


AIS
Ais adalah “painkiller” semulajadi. Penggunaannya di dalam rawatan dikenali sebagai “cryotherapy” atau “cold therapy”. Terapi ini kini digunakan untuk merawat kanser yang menyerang hati, paru-paru dan buah pinggang. Terapi sejuk melegakan tisu yang meradang dan menghalangnya daripada terus berlakunya kerosakan.

Terapi mandian air sejuk membantu mengeluarkan kotoran metabolisma yang merbahaya dari otot-otot. Banyak pasukan-pasukan sukan dan pelari jarak jauh luar negara berendam dalam ais bukan sahaja untuk melegakan kesakitan dan merawat otot-otot tetapi juga sebagai pencegahan dari kecederaan sukan.

Rasulullah saw pernah berdoa:

“Ya Allah, bersihkanlah diriku dengan air, air batu dan embun.”

Di sini, “bersihkanlah” tidak bererti secara fizikal atau zahir tetapi kebersihan secara spiritual, dari segi jiwa dan rohani. Hanya air yang sejuk boleh melakukannya. Ini adalah bersangkut-paut dengan hukum makruh mengambil wudhuk dengan air yang telah dipanaskan dengan pancaran matahari.

“Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari.’

Terdapat dua sebab yang diketahui kenapa disebut waktu mandian di sini iaitu selepas fajar. Pertama ialah suhu air sungai pada waktu itu yang paling rendah, seperti sejuknya air batu. Pentingnya terapi sejuk telah diterangkan di atas.

Kedua ialah kerana pada waktu itu,sinaran infrared jauh adalah yang paling banyak dan pada ukuran yang paling sesuai untuk rawatan(ukuran infrared jauh antara 8-14 mikron). Supaya mandian dapat dilakukan bukan sahaja pada waktu fajar, sinaran infrared jauh digunakan di kolam Mandian Sistem An Nisaa supaya pesakit akan mendapat rawatan dari sinaran ini tidak kira waktu mandiannya.

Sinaran infrared jauh mudah diserap jauh ke dalam kulit dan tisu dan bertambah berkesan apabila kulit dibasahi dengan air. Infrared jauh memanaskan tisu dan otot-otot lalu melancarkan darah, menggetarkan sel supaya menjadi aktif dan merangsangkannya supaya berfungsi dengan lebih effisien.

Sel seterusnnya menyebarkan getaran itu lebih jauh untuk sampai ke sel tubuh yang lebih dalam. Sinaran ini akan merangsang tenaga infrared semulajadi yang sedia ada dalam tubuh dan memecahkan gumpalan atau ketulan asid dan toksin supaya lebih mudah dinyahkan dari sistem tubuh.
Infrared jauh diperlukan oleh semua benda hidup untuk proses pembentukan dan reproduksi sel. Sinaran ini sangat efektif melegakan kesakitan.

“Hendaklah ia mengucapkan Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan RasulMu.”

Nyata di sini bahawa tanpa menyerah diri dan tanpa keimanan terhadap penyembuhan yang hanya akan berlaku dengan izinNya, tidak ada ertinya pada mandian yang dilakukan walaupun di dalam suasana yang sempurna. Juga, hadith-hadith dan sunnah Nabi wajib diterima sebagai utusan dari wahyu Allah dan diamalkan oleh setiap orang yang beriman.

“Lalu menyelam sebanyak tiga kali..”

Semasa mandian di dalam kolam, pesakit akan dikehendaki menyelam sebanyak tiga kali. Amalan ini adalah supaya tekanan dari air menolak segala unsur yang negative atau unsur yang tidak patut berada dalam tubuh badan samada dalam bentuk gas, cecair atau pepejal. Bermacam-macam benda akan kelihatan atau dibau dalam air yang mana pesakit akan dapat melihatnya atau merasanya sendiri.

Kombinasi air yang sejuk, batu, garam dan aromaterapi
menjadikan selaman seperti ini satu pengalaman yang amat sukar untuk diceritakan.
Ketenangan yang luarbiasa dapat dikecapi jika pesakit melakukannya dengan
baik dan penuh yakin.

“..selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga ulangi lima hari. Jika belum sembuh juga maka tujuh hari. Biasanya tidak lebih dari tujuh hari dengan izin Allah.”

Ini merupakan tempoh yang telah ditetapkan dan diikuti di dalam rawatan Mandian.Dalam kebanyakan kes, tiga hari sudah mencukupi kecuali kes kronik seperti angin ahmar dan kanser di mana mandian selama tujuh hari berturut-turut adalah perlu.


Berbagai sumber ilmiah.