بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap huruf di dalam Kitab Suci ini
mengandungi rahsia, khasiat dan ubatnya, apatah lagi apabila ada kalimah
seperti "..ini adalah air sejuk untuk mandi dan untuk minum."
Semestinya kehebatan dalam arahan Allah itu bukan sesuatu yang patut dipandang
rendah atau terus diabaikan begitu sahaja.
SURAH SAD, AYAT 41-43
Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika
dia menyeru Tuhannya, “Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan penderitaan
(penyakit) dan bencana.”
(Allah berfirman)
“Hentaklah kakimu, inilah air yang sejuk
untuk mandi dan untuk minum.”
Dan Kami anugerah dia dengan mengumpulkan
kembali keluarganya dan Kami lipatgandakan jumlah mereka sebagai rahmat dari
Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang berfikiran sehat.
Ayat-ayat ini merupakan dalil dan
pegangan dalam sistem rawatan aromaterapi . Nabi Ayyub a.s. telah mengalami
keadaan yang sangat kronik dan ada ulama’ tafsir yang mengatakan bahawa penyakitnya
yang sebenar ialah kanser kulit.
Namun penawar yang diberikan kepadanya
oleh Allah Yang Maha Esa merupakan sesuatu yang sangat asas tetapi nyata hebat
jika diketahui ilmu disebalik air sejuk dan unsur-unsur lain yang terlibat.
Di dalam hadith juga terdapat ajaran
tentang mandi air sejuk iaitu hadis riwayat At-Tirmizi dalamJami’ nya menerusi
hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ yang bermaksud:
“Apabila salah seorang di antara kamu
diserang demam – dan demam itu adalah percikan api neraka- hendaklah ia
memadamkan demam itu dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir.
Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari. Hendaklah ia
mengucapkan Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan
benarkanlah bimbingan RasulMu.
Lalu menyelam sebanyak tiga kali, selama
tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga
ulangi lima hari. Jika belum sembuh juga maka tujuh hari. Biasanya tidak lebih
dari tujuh hari dengan izin Allah.
Air sungai, air mata air atau air perigi
boleh digunakan untuk rawatan mandian kerana
kandungan mineral dan oksigen di dalamnya.
kandungan mineral dan oksigen di dalamnya.
Kata-kata kunci dalam hadis tersebut
boleh dihuraikan seperti berikut:-
"Apabila salah seorang di antara
kamu diserang demam – dan demam itu adalah percikan api neraka..”
Penyakit yang boleh dirawat dengan
mandian atau rendaman bukan sahaja demam semata-mata tetapi semua penyakit yang
berunsur panas seperti jangkitan, keradangan (kecuali radang usus), kanser,
migraine, masalah kardiavaskular, tekanan darah tinggi dan semua keadaan yang
berpunca dari “oxidative stress”, berlebihan toksin dan asid.
“..hendaklah ia memadamkan demam itu
dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir.”
Sekiranya pesakit mampu berjalan maka
berendam di sungai adalah yang terbaik. Oleh kerana tidak mudah pergi mencari
sungai untuk tujuan tersebut maka Mandian ais disediakan sebagai simulasi mandi
sungai. Jika pesakit boleh bangun tetapi tidak mampu untuk berjalan maka boleh
dijiruskan air yang sejuk, dan sekiranya pesakit langsung tidak dapat bangun ,
maka jerlunkannya dengan air yang sejuk sekerap yang boleh.
Arahan untuk mandi di dalam air sungai
adalah disebabkan beberapa faktor terutamanya apa yang terkandung di dalamnya.
Komposisi mineral di dalam air sungai berbeza di satu tempat dengan tempat yang
lain tetapi secara amnya kandungan adalah lebih kurang seperti berikut:-
Bicarbonate, 58ppm
Sulphate, 11ppm
Chloride, 7.8ppm
Nitrate, 1ppm
Calcium, 15ppm
Magnesium, 4.1ppm
Sodium, 6.3ppm
Potassium, 2.3ppm
Iron, 0.7ppm
Silica, 13ppm
Jumlah 120ppm
AIS
Ais adalah “painkiller” semulajadi.
Penggunaannya di dalam rawatan dikenali sebagai “cryotherapy” atau “cold
therapy”. Terapi ini kini digunakan untuk merawat kanser yang menyerang hati,
paru-paru dan buah pinggang. Terapi sejuk melegakan tisu yang meradang dan
menghalangnya daripada terus berlakunya kerosakan.
Terapi mandian air sejuk membantu
mengeluarkan kotoran metabolisma yang merbahaya dari otot-otot. Banyak
pasukan-pasukan sukan dan pelari jarak jauh luar negara berendam dalam ais
bukan sahaja untuk melegakan kesakitan dan merawat otot-otot tetapi juga
sebagai pencegahan dari kecederaan sukan.
Rasulullah saw pernah berdoa:
“Ya Allah, bersihkanlah diriku dengan
air, air batu dan embun.”
Di sini, “bersihkanlah” tidak bererti
secara fizikal atau zahir tetapi kebersihan secara spiritual, dari segi jiwa
dan rohani. Hanya air yang sejuk boleh melakukannya. Ini adalah bersangkut-paut
dengan hukum makruh mengambil wudhuk dengan air yang telah dipanaskan dengan
pancaran matahari.
“Hendaklah ia mandi selepas fajar,
sebelum terbit matahari.’
Terdapat dua sebab yang diketahui kenapa
disebut waktu mandian di sini iaitu selepas fajar. Pertama ialah suhu air
sungai pada waktu itu yang paling rendah, seperti sejuknya air batu. Pentingnya
terapi sejuk telah diterangkan di atas.
Kedua ialah kerana pada waktu itu,sinaran
infrared jauh adalah yang paling banyak dan pada ukuran yang paling sesuai
untuk rawatan(ukuran infrared jauh antara 8-14 mikron). Supaya mandian dapat dilakukan
bukan sahaja pada waktu fajar, sinaran infrared jauh digunakan di kolam Mandian
Sistem An Nisaa supaya pesakit akan mendapat rawatan dari sinaran ini tidak
kira waktu mandiannya.
Sinaran infrared jauh mudah diserap jauh
ke dalam kulit dan tisu dan bertambah berkesan apabila kulit dibasahi dengan
air. Infrared jauh memanaskan tisu dan otot-otot lalu melancarkan darah,
menggetarkan sel supaya menjadi aktif dan merangsangkannya supaya berfungsi
dengan lebih effisien.
Sel seterusnnya menyebarkan getaran itu
lebih jauh untuk sampai ke sel tubuh yang lebih dalam. Sinaran ini akan
merangsang tenaga infrared semulajadi yang sedia ada dalam tubuh dan memecahkan
gumpalan atau ketulan asid dan toksin supaya lebih mudah dinyahkan dari sistem
tubuh.
Infrared jauh diperlukan oleh semua benda
hidup untuk proses pembentukan dan reproduksi sel. Sinaran ini sangat efektif
melegakan kesakitan.
“Hendaklah ia mengucapkan Dengan nama-Mu,
ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan
RasulMu.”
Nyata di sini bahawa tanpa menyerah diri
dan tanpa keimanan terhadap penyembuhan yang hanya akan berlaku dengan izinNya,
tidak ada ertinya pada mandian yang dilakukan walaupun di dalam suasana yang
sempurna. Juga, hadith-hadith dan sunnah Nabi wajib diterima sebagai utusan
dari wahyu Allah dan diamalkan oleh setiap orang yang beriman.
“Lalu menyelam sebanyak tiga kali..”
Semasa mandian di dalam kolam, pesakit
akan dikehendaki menyelam sebanyak tiga kali. Amalan ini adalah supaya tekanan
dari air menolak segala unsur yang negative atau unsur yang tidak patut berada
dalam tubuh badan samada dalam bentuk gas, cecair atau pepejal. Bermacam-macam
benda akan kelihatan atau dibau dalam air yang mana pesakit akan dapat
melihatnya atau merasanya sendiri.
Kombinasi air yang sejuk, batu, garam dan
aromaterapi
menjadikan selaman seperti ini satu pengalaman yang amat sukar untuk diceritakan.
Ketenangan yang luarbiasa dapat dikecapi jika pesakit melakukannya dengan
baik dan penuh yakin.
menjadikan selaman seperti ini satu pengalaman yang amat sukar untuk diceritakan.
Ketenangan yang luarbiasa dapat dikecapi jika pesakit melakukannya dengan
baik dan penuh yakin.
“..selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh,
Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga ulangi lima hari. Jika belum sembuh juga
maka tujuh hari. Biasanya tidak lebih dari tujuh hari dengan izin Allah.”
Ini merupakan tempoh yang telah
ditetapkan dan diikuti di dalam rawatan Mandian.Dalam kebanyakan kes, tiga hari
sudah mencukupi kecuali kes kronik seperti angin ahmar dan kanser di mana
mandian selama tujuh hari berturut-turut adalah perlu.
Berbagai sumber ilmiah.
“Ya Allah, bersihkanlah diriku dengan air, air batu dan embun.” Sungguh besar kuasaNya
ReplyDeleteterimakasih atas infonya . .
ReplyDelete