Wednesday, August 18, 2010

Santau


                   Gambar hiasan

Dalam beberapa hari puasa saya dihubungi seorang wanita dari johor yang minta di lihat kondisinya yang mana sering sakit kepala juga batuk lebih kurang sebulan tidak berhenti-henti,telah buat rawatan di hospital namun dikatakan tiada apa masalah hanya dikatakan mengalami semput sahaja,lalu saya doagonas mimpinya mempunyai simptom sihir juga ada kaitan dengan santau angin,yang membimbangkan saya pesakit ini jika batuk ia terbau seperti darah pada pendapat saya pesakit ini telah mengalami luka dalaman akibat sihir.Saya minta pesakit menyediakan 3 biji kelapa muda yang mana saya terpaksa merawat dengan kaedah jarak jauh.lalu saya membuat pengisian tenaga juga bismillah 5 untuk menawarkan bisa juga racun tersebut dari merebak ke seluruh tubuh,hari pertama pesakit ini minum air kelapa ia merasakan lehernya panas juga terasa mahu muntah,setelah itu saya merawat dengan kaedah terapi jarak jauh,ketika terapi inilah saya merasakan bisa juga miang ditubuh tindakbalas dari energi negatif pesakit,saat ini merasakan panas di bahagian dada juga ulu hati.Saya minta pesakit menghabiskan air kelapa hingga 3 hari di samping saya membantu dengan terapi jarak jauh.Alhamdulillah selepas 3 hari pesakit merasakan ada perubahan cuma sakit kepalanya juga batuknya masih ada yang mana tidak seperti sebelumnya,ikutan selepas itu pesakit merasakan perutnya seperti dicucuk2 juga bermimpi di kelilingi beberapa orang yang wajahnya hitam,saya berpendapat ianya bukan setakat santau tapi juga melibatkan sihir puja melibatkan perantaraan jin yang mana ada masanya pesakit merasakan seperti ada seseuatu yang mengekorinya.Malam berikutnya saya minta disediakan sebiji botol kosong dengan kaedah jarak jauh saya cuba memasungkan jin-jin perantaraan sihir kedalam botol,pesakit mendengar seperti guli didalam botol,pesakit juga cuba mengambil gambar dengan hpnya yang mana katanya ada terlihat imej lembaga wallahuallam, lalu saya minta botol itu di buang ke sungai yang mengalir manakala saya teruskan rawatan dengan membatalkan sihir tersebut juga menghancurkan barang permujaan.Dalam merawat ini juga saya di counter attack oleh dukun-dukun yang menyedari saya membantu pesakit,tak senang duduk juga di buatnya hinggakan rumah terasa panas juga bisa ketika memijak lantai,namun alhamdulillah allah masih melindungi saya dan segala kirimkan dapat dihancurkan.Kini alhamdulillah pesakit semakin pulih dari penyakitnya dan masih dalam pantauan juga rawatan susulan, saya menasihatkan pesakit agar mengamalkan doa pendinding juga berhati-hati dalam pergaulan.Dalam bulan ramadhan ini masih lagi ada kerja sihir menyihir ni,jin-jin pula tak reti-reti nak bercuti yela yang kena ikatkan syaitan dengan iblis je manakala jin2 tidak diikat kalu diikat jin camner pula jin-jin islam nak berpuasa.

No comments:

Post a Comment