Sebelum solat jumaat saya dihubungi seorang rakan yang minta bantu seorang pesakit di rompin yang mana ahli team ada singgah di rumah pesakit pagi tersebut,saya berjanji akan datang pada sebelah malamnya,malamnya saya dan team bergerak dari muadzam waktu itu jam 10.00 dan sampai ke rompin kira2 jam 11.00mlm,apabila sampai kami bergerak ke rumah pesakit tapi masalahnya kami tak jumpa rumah pesakit walhal ahli team yang bersama kami selaku pentunjuk jalan dah singgah kerumah pesakit di sebelah siangnya tadi,memang menghairankan setelah berpusing 2,3 kali masih tak jumpa rumah tersebut,lalu teman saya menghubungi seorang kenalan yang tinggal di situ minta panduan kerumah pesakit,setelah itu kami pun pergi masyallah masih tak berjumpa lagi rumahnya,saya merasakan ada sesuatu yang menghalang dari kami ke rumah pesakit saat itu di dalam kereta saya bacakan surah al falaq berulang kali berdoa agar allah permudahkan urusan kami,tidak lama kemudian dengan rahmat allah kami berhasil berjumpa dengan rumah pesakit,rupa2nya kami tadinya sudah lalu didepan rumah pesakit cuma rumahnya tidak terlihat malam itu, team saya yang singgahnya siang tadi pun binggung di buatnya,setelah sampai di halaman rumahnya ahli keluarga pesakit telah sedia menunggu jangkaan mereka kami tidak jadi datang,rupa2nya ditutup pandangan ini memang pernah berlaku kepada perawat2 sebelum ini.Melihat keadaan pesakit memang mengharukan saya kerana terlantar tidak dapat bergerak kerana sudah lebih 20tahun mengidap penyakit yang berpunca dari sihir yang mana pesakit ada membuka gerai makan,setiap kali ke gerai makan pesakit akan rebah tidak sedarkan diri,penyakitnya berlarutan hinggalah kini dan hanya mengambil dan ubatan2 di hospital.
Sewaktu didalam rumah saya memang agak tidak selesa kerana merasakan energi negatif yang mencucuk di pinggang juga belakang badan,memandangkan pesakit telah uzur saya pun merukyah dengan ayat2 pembatal sihir,ketika saya rukyah terlihat air matanya bergenang di kelopak mata namun tiada tindakbalas jin dalam tubuhnya dan saya dapati pesakit di sihir melalui media sihir lalu saya berdoa agar barang sihir tersebut hancur,setelah membersihkan tubuhnya saya minta ahli saya team saya membantu menyalurkan tenaga penyembuhan,saat itu terlihat tubuhnya dapat bergerak juga mengangkat sebelah tangan walaupon belum cukup kuat,manakala ahli team membersihkan juga memagar rumah pesakit,setelah itu saya mengesan pada isteri pesakit terkena juga bahang sihir tersebut melalui perantaraan isteri pesakit tersebut saya mengambil barang2 sihir yang terdapat dikedainya juga dibersihkan tubuh isterinya,pesakit dibekal air minum juga limau untuk mandian sebelum pulang, doakan moga allah meberi kesembuhan kepada pesakit,kerana saya hanya mampu mendoakan juga berikhtiar namun kesembuhan itu dari allah jua.
No comments:
Post a Comment