Gambar hiasan
Beberapa bulan ini saya banyak merawat kes yang berkaitan dengan sihir dan sesetengahnya tak sempat nak update kat blog,malam merawat siang kerja memang letih dibuatnya, akhir bulan lepas saya merawat kes jarak jauh yang berkaitan dengan sihir pemisah kerana pesakit berada di jauh di johor terpaksalah saya merawat dengan kaedah jarak jauh,hari pertama saya merawat pesakit merasakan tindakbalas di dalam tubuh seperti panas,mengantuk etc,malam kedua pesakit merasakan ada yang bergerak-gerak di dalam perut juga berpeluh-peluh serta muntah ,malam ketiga alhamdulillah pesakit merasakan tubuhnya segar juga agar ringan dan malam itu juga pesakit ini bermimpi berjumpa dengan seseorang yang memakai serban berjubah putih hanya tersenyum padanya tanpa berkata apa-apa padanya,keesokan harinya pesakit ini sms saya menceritakan perihal mimpinya semalam dan bertanya yang berjubah tu maza ker?kerana pesakit ini mmg berhasrat ingin bertemu saya jika berpeluang ke pahang,saya pun tak dapat mengatakan apa-apa syukur sahaja pada allah mungkin ada maunah dari allah kata saya padanya, malahan saya juga termenung bercampur hairan kerana ini merupakan kali ke 2 pesakit bertanyakan juga mengalami hal demikian,apapun saya serahkan saja pada allah, wallahulallam.
No comments:
Post a Comment