Monday, August 30, 2010

Telur dan tulang


Dalam bulan puasa ni rawatan diteruskan tetapi tidaklah serancak bulan-bulan sebelumnya mungkin berkahnya ramadhan,minggu lepas saya dihubungi seorang cikgu yang meminta untuk membantu ikhtiarkan masalah ibunya yang dikatakan mempunyai saka juga berperangai pelik yang mana seleranya hanya ingin makan telur juga sup tulang, makanan lain jika disediakan tidak akan dijamahnya.Sebelumnya ada juga berikhtiar tetapi apabila perawat hadir ibunya lari ke rumah anaknya tak mahu dirawat.Sebelum kedatangan saya ke rumahnya di sebelah malamnya disegamat,siangnya saya mengalami sakit kepala satu hari hinggalah selesai solat magrib saya merasakan tubuh berbahang panas dalam hati saya mengatakan pastilah gangguan ini tahu saya ingin hadir juga cuba menganggu agar saya tidak dapat hadir membantu pesakit.Jam 9 malam saya dah seorang ahli team bertolak dari muadzam ke segamat.Kira-kira jam 10 malam saya sampai ke kampungnya,sewaktu masuk di persimpangan kepala merasa amat berat juga sakit manakala ahli team saya terasa ingin mahu muntah,dalam perjalanan saya membaca doa-doa perlindungan didalam hati boleh tahanlah gangguan ni gerutu hati saya.Sewaktu sampai di perkarangan rumahnya ahli keluarga pesakit sudah siap menunggu di perkarangan rumah,kami berbual sebentar sebelum memulakan rawatan,saya difahamkan pesakit dari pagi hingga saya sampai tidak boleh bangun juga demam juga mengadu sentiasa kepanasan sehari sebelum saya datang keadaan sihat.Melihat keadaan pesakit yang uzur terbaring saya minta ahli team memberi minum air doa juga membaca ikrar pemutus saka,pada awalnya pesakit tidak boleh minum namun disuapkan jua melalui sudu oleh anaknya,saat masuk ke rumahnya saya sudah merasakan bahang panas juga sakit kepala saya bertambah dengan leher terasa panas.Setelah itu saya merukyah pesakit,ketika itu pesakit kelihatan resah juga kakinya bergetar ia mengadu badannya panas juga kakinya bisa,oleh kerana keadaan tidak mengizinkan terpaksa saya gunakan kaedah pamungkas untuk menarik gangguan dalam diri pesakit di masukkan ke dalam botol,ketika proses tarik kaki ibu jari pesakit bergerak2 sehingga selesai,pesakit mulai bangun juga mahu ke tandas kerana sakit perut juga mahu buang hajat mungkin ada gangguan yang bersarang dalam tubuhnya turut keluar saat itu,setelah itu saya minta pesakit di mandikan dengan air limau di campur ais juga minyak kasturi,saat di mandikan oleh anak saudaranya pesakit mengigil2 kesejukkan,selesai mandi pesakit kelihatan tenang juga tidur tidak lagi mengadu kepanasan,manakala tiba tiba sakit kepala saya juga hilang fahamlah saya sakit kepala saya berpunca dari gangguan tersebut,ahli team saya kemudiannya membersihkan kawasan  juga rumahnya dipagar dengan menggunakan garam,pesakit saya bekalkan air minum juga limau untuk mandian.Gangguan yang diambil dihantar ke tempat yang sepatutnya,ahli keluarganya ada mengambil gambar melalui hp juga terlihat imej didalam botol namun saya tak sempat merakamnya untuk di isi dalam blog,Setelah selesai saya dan ahli team singgah minum di persimpangan segamat sebelum pulang,pesakit ini masih dalam pantauan saya,mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan kepada pesakit.

No comments:

Post a Comment