Gambar hiasan
kebelakangan ini saya banyak merawat masalah-masalah yang berkaitan gangguan saka juga sihir terpaksalah saya membuat jadual temujanji dengan pihak-pihak berkenaan,ada satu keluarga di pahang yang mana telah disihir sealama 6 tahun dikatakan 200 orang perawat telah berikhtiar juga membantu, keluarga ini pernah juga berikhtiar hingga ke Solo jawa bagi mengatasi masalahnya,saya pula entah orang yang ke berapa agaknya.Sewaktu saya merukyahnya pesakit(wanita)ia sendawa berterusan hinggalah kerasukkan namun saya tidak endahkan juga berdialog dengan jin yang menghuni tubuhnya,saya teruskan bacaan pembatal sihir juga memberi amaran kepada jin supaya ia keluar melalui muntah,kerana saya lihat jin-jin sihir ini bersarang di perut pesakit yang mana dapat di lihat perut wanita ini tiba-tiba keras juga membesar,saya berikan air yang telah didoakan untuk minum tapi katanya jin ianya racun dan enggan minum,saya minta suami pesakit berikan minum walaupun pada mulanya ia enggan tapi akhirnya mengalah,setelah minum tak semena-mena wanita ini muntah tidak berhenti-henti kira-kira sebesen jugakla..rakan saya terus menepuk di bahagian belakang juga pinggang bagi memusnahkan tapak-tapak jin yang bertapak di situ,tiba-tiba wanita ini melurut kakinya seperti membuang sesuatu di ulangnya 2x lalu rebah dan sedarkan diri,setelah itu saya minta pesakit di mandikan dengan mandian limau purut juga dibekalkan air minum,alhmdulillah pesakit merasa tubuh sedikit segar juga ringan...pesakit ini masih dalam pantauan saya kerana gangguannya agak lama ia perlukan masa untuk di rawat.
Setelah 2 hari merawat keluarga ini tak silap saya,sewaktu saya sedang minum bersama rakan di kedai saya dapat merasakan sesuatu gelombang negatif yang mencucuk di kulit,manakala di bahagian belakang sebelah kiri saya terasa sesuatu yang meletup-letup di luar tubuh,biasanya bergini tahulah saya ada counter attack dari dukun-dukun yang tidak senang saya membantu mangsa-mangsa mereka,Malam itu setelah pulang saya terasa tubuh berbahang panas apabila saya melihat di cermin(kaedah cermin)terlihat seakan-akan tubuh saya mengeluarkan asap nipis..wah!ini tak boleh biarkan gerutu hati saya akan membawa mudarat jika dibiarkan lalu saya solat hajat juga wirid minta Allah beri pengajaran juga kembalikan sihir kepada pengirimnya,tidak lama kemudian alhamdulillah serangan di rasakan telah tiada namun kesannya masih saya rasakan di tubuh terpaksa melakukan pembersihan akibat serpihan-serpihan serangan tersebut,rentetan dari itu terpaksa saya menangguhkan beberapa sesi rawatan bagi memulihkan tenaga juga benteng diri.Baru-baru ini saya mendapat berita dari rakan saya tentang kisah seorang yang juga membuat rawatan di pasoh dinegeri sembilan telah meninggal sewaktu ke bilik air yang mana didapati dadanya punyai tanda lebam kebiruan dikatakan terkena sihir tuju dari dukun wallahuallam,namun ajal maut ditentukan Allah bukannya dukun,buat teman-teman seperjuangan bersama-sama kita membanteras perbuatan dukun-dukun sihir ini,moga Allah berikan perlindungan,maunah juga kekuatan kepada kita aamiin.
No comments:
Post a Comment