Tuesday, June 22, 2010

Pencarian berakhir pulangnya guruku bertemu ilahi

                                                  

Hari ini saya di maklumkan oleh sahabat saya tentang salah seorang Guru saya, yang saya segani juga kasihi
Sheikh Abdul Rahman bin Rashid Al-Qadiri atau panggilan mesranya tok man telah pun kembali kerahmatullah pada 18 .4.2010 yang lalu akibat kemalangan jalanraya,beliau juga adalah pengasas Seni Mempertahankan Diri Kilau Cendana Melaka dan mempunyai ratusan anak murid di seluruh malaysia.Selain itu beliau juga seorang pengamal perubatan islam,permergiannya memang amat saya rasai kerana saya telah lama tidak dapat berhubung dengannya.Sepanjang mengenalinya beliau adalah seorang yang lembut,kelihatan tenang juga tegas,beliau juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam keilmuannya.Kepada rakan-rakan seperjuangan saya teruskanlah perjuangan tok man juga sama-sama mendoakan agar rohnya ditempatkan orang-orang yang soleh juga dicucuri Al-Fatihah,salam takziah dari saya buat keluarga allahyarham.

1 comment:

  1. salam saudara . sy juga anak murid kepada tok man dan ahli kilau cendana . salam persaudaraan dr saya

    ReplyDelete