...Selamat datang ke Pusat Rawatan Hikmah Sejati...(No.ca0147017-x).....menyediakan rawatan alternatif secara islami.
Friday, June 25, 2010
Gangguan sihir
Malam ini saya dijemput untuk ke keratong bersama dengan ahli saya di pekan pahang untuk ikhtiar satu masalah gangguan hantu raya yang dikirim melalui sihir.Kira-kira pukul 9 saya dan ahli menunggu ahli dari pekan di sebuah kedai minum,sewaktu menunggu inilah saya sudah merasakan bahangnya sihir tersebut yang mana kaki juga tangan terasa perit juga mencucuk-cucuk di kulit,walaupun tidak selesa dengan keadaan tersebut saya hanya berzikir di dalam hati,mudahan-mudahan sesi malam ini dipermudahkan.Tidak lama kemudian ahli dari pekan pun sampai setelah selesai minum kami terus bertolak ke rumah pesakit.Setengah jam kemudian kami pun sampai kerumah pesakit,kami disambut oleh tuan rumah,difahamkan isteri tuan rumah ini telah lama sakit juga telah ramai yang berikhtiar untuk masalah gangguannya kira-kira puluhan orang biar betul!!kata saya dalam hati.Ketika saya dan ahli masuk kedalam rumah terasa hawa panas yang menyelubung juga mencucuk-cucuk di lengan menjadi-jadi,tanpa melengahkan masa rawatan diteruskan,pesakit di minta baring kemudian dengan kaedah dalaman pesakit di jurus melalui kepala juga di tarik melalui kaki diikuti pesakit di minta mandi limau purut,sewaktu gunakan kaedah jurus hampir mahu termuntah saya juga terasa berat untuk mengeluarkan gangguan tersebut,alhamdulillah dengan izin Allah gangguan tersebut dapat dikeluarkan,sewaktu itu pesakit merasakan seperti mahu menjerit namun dapat ditenangkan.Selesai mandi pesakit merasakan tubuh sedikit ringan juga agak lemah menandakan sihir ditubuh pesakit telah di cabut.Pesakit sebelum ini merasakan kakinya sentiasa terasa ada yang mencucuk-cucuk,gatal-gatal di badan juga tubuh sentiasa tidak bermaya.Setelah itu pesakit dibekalkan dengan air doa untuk minum.kemudian kami beralih ke luar rumah untuk menarik gangguan(jin) yang masih ada,sesi tarik di jalankan bagi mengeluarkan gangguan tersebut dari dalam rumah,kira-kira 5 ekor dapat di tarik juga di masukkan di dalam botol sebelum dibuang,akhir sekali rumah pesakit dibersihkan juga dipagar,setelah minum kami bersalaman dengan tuan rumah sebelum berangkat pulang,semoga dengan izin Allah gangguan bagi keluarga ini berakhir insyallah,alhamdulillah Allah permudahkan usaha kami malam ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment