Thursday, October 11, 2012

Kelebihan air yang di Doa



Air adalah sumber utama kepada semua benda hidup. Asal kepada wujudnya hidupan di muka bumi ini juga bermula dari air.Allah berfirman: “Tidakkah orang-orang kafir mengetahui bahawa langit dan bumi adalah keduanya bertaut (bersatu), lalu Kami belahkan keduanya? Kami jadikan tiap-tiap yang hidup dari air. Tidakkah mereka percaya?”. (Surah Al-Anbiya:30)


Aura Berseri
Jika air yang dibaca zikir mampu mengeluarkan aura berseri pada wajah, maka begitu juga sebaliknya. Air yang dibiarkan terdedah dengan bunyi-bunyian lagu rancak yang tidak berfaedah akan memburukkan molekul-molekul air tersebut. Paten air tidak akan serasi dan bentuknya akan merubah kepada imej yang negatif.
Oleh yang demikian, secara logiknya, air yang memiliki molekul yang buruk akan memberi kesan yang tidak baik kepada si peminum seperti mana air bermolekul indah memberi kesan sempurna kepada peminumnya. Dalam erti kata lain, air yang tidak dibaca bismillah, tidak akan dapat memancarkan keserian wajah pada si peminum, bahkan mungkin menjadikan orang lain tidak suka untuk melihat wajahnya setelah meneguk air yang tidak dibacakan puji-pujian ke atas Allah padanya.


KAJIAN SAINTIS JEPUN MENGENAI MOLEKUL AIRDr. Masaru Emoto, seorang saintis Jepun menulis dalam karyanya yang cukup terkenal berjudul “The True Power Of Water” menyatakan bahawa air boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan “mengerti” serta “merekod” ucapan seperti pita magnetik atau cakera padat. Semakin kuat konsentrasi pengucap, semakin jelas pesanan tercetak di dalam air. Ketika dibacakan doa untuk kesembuhan penyakit di depan sebotol air maka terakam imej.
Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk dan berkata “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.
Di dalam bukunya iaitu “The Hidden Message in Water”, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air mempunyai sifat yang boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi yang diberikan oleh pemberi pesanan (contoh pembaca doa perubatan menggunakan air) maka akan semakin kuat dan berkesan rakaman yang dirakamkan pada molekul air berkenaan. Maka air itu boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.
Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalahstrukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Air dan cecair merupakan antara agen penyimpanan memori dan mampu menyimpan sesuatu gelombang ataupun frekuensi dari sumber tenaga luar misalnya frekuensi daripada bacaan doa seseorang.


Berbagai sumber

No comments:

Post a Comment