Friday, October 5, 2012

Asal usul zikir Subhanallah,Alhamdulillah,Laillahaillallah,Allahhu akbar dan Wala khaula wala quwata illah billah.


Asal usul zikir Subhanallah,Alhamdulillah,Laillahaillallah,Allahhu akbar dan Wala khaula wala quwata illah billah.

SUBHANALLAH....Ibnu Abas ra berkata:" Ketika ALLAH SWT menjadikan Arasy,dan menyuruh malaikat memikulnya tetapi para malaikat tidak berupaya memikulnya kerana amat berat lalu ALLAH SWT menyeru para malaikat membaca kalimah "SUBHANALLAH"dan arasy itu terasa ringan untuk dipikul dan sejak hari itu para malaikat sentiasa menyebut kalimah "SUBHANALLAH".
ALHAMDULLILAH... Ibnu Abas ra berkata:" Apabila ALLAH SWT menjadikan Adam as mula mula yang terkeluar dari mulut
Adam as ialah bersin maka ALLAH SWT mengilhamkan kepada Adam as membaca "ALHAMDULLILAH" dan ALLAH SWT
membalasnya " YARHAMUKKA RABBUKA" yang bermaksud "kerana rahmat itu AKU menjadikan kamu." 
LAILLAHA ILLAHA ILLALLAH .... Dan apabila ALLAH SWT mengutuskan nabi Nuh as di mana kaum Nabi Nuh adalah kaum
pertama yang menyembah berhala lalu ALLAH SWT mewahyukan kepada Nabi nuh supaya menyeru kaumnya untuk bertaubat.
ALLAH SWT menyuruh Nabi Nuh memberitahu kaumnya supaya sentiasa mencari keredhan ALLAH SWT dengan menyebut kalimah
"LAILLAHA ILLAHA ILLALLAH"
ALLAHU AKHBAR ....Apabila terutusnya nabi Ibrahim as dan terjadinya peristiwa korban yang mana ALLAH SWT telah menebus anak nabi Ibrahim as
dengan seekor kambing,atas rasa yang teramat gembira atas nikmat yang dikurniakan nabi Ibrahim as menyebut "ALLAHU AKHBAR".

Berkata para malaikat :"Inilah kalimah yang keempat yang terbesar dan sungguh baik.Kemudian malaikat mengabungkan keempat kalimah itu dan
di sebut "SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALAA ILAAHA WALLAHU AKHBAR"

Ketika malaikat Jibril menceritakan kisah ini kepada rasulullah saw baginda merasa kagum dan terus membaca:
"LAA HAULA WALA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIEL AZIEM"

Kemudian Malaikat Jibril as berkata :" Gabungkanlah keempat empat kalimah ini supaya menjadi...
SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKHBAR WALA HAULA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIL AZIEM".



berbagai sumber

No comments:

Post a Comment