Monday, May 2, 2011

Perihal santau


Kebelakangankan ini saya banyak menerima pesakit yang terkena santau dan ada diantaranya menderita hingga bertahun-tahun,bahayanya santau ini jika Allah izinkan santau ini boleh membawa maut jika lambat dirawat,jika di lihat istilah santau ini SAN adalah bagi manakala TAU adalah mati. Walaupun seseorang itu baru terkena santau natijah kesan santau ini agak berpanjangan manakala pesakit yang dirawat mengambil masa untuk pulih akibat dari santau ini.Disini saya paparkan sedikit berkenaan santau dari berbagai sumber.
Ramai berpendapat bahawa santau dan racun adalah sama, manakala rawatannya juga adalah sama, hanya terdapat beberapa ciri perbezaan bagi menentukan orang itu samada terkena santau atau racun.
Kesan racun dapat dikesan dalam masa yang singkat sejurus sahaja termakan atau terminum racun, mangsa akan menderita serta-merta.
Manakala kesan santau hanya dapat di kesan dalam masa yang agak lama.
Mangsa tidak akan menyedari melainkan mangsa memakan limau nipis atau memakan nenas dibuat dengan bahan-bahan semula jadi seperti akar-akar kayu (racun tradisional) manakala santau berlainan dari cara pembuatan racun.

Jenis-Jenis Santau
Santau terbahagi kepada 2 jenis:
1. Santau yang diperbuat daripada bahan biasa dan diberi secara langsung kepada mangsa seperti di letak ke dalam makanan dan minuman.
Ia tidak berkait dengan pemujaan jin dan syaitan.
Ini agak mudah diubati.
2. Santau yang disertai dengan pemujaan jin dan syaitan.
Santau ini juga dikenali sebagai ‘santau angin’.
Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang mempunyai sayap.
Jin tersebut mampu terbang di udara, biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Tanda-Tanda Terkena Santau
1. Batuk berterusan, batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti habuk-habuk kaca.
2. Keluar darah yang berpanjangan bagi wanita kadangkala 1 bulan atau lebih.
3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam jumaat, kadangkala sakit akan menjadi lebih kritikal ketika hampir waktu solat jumaat.
4. Sakit dan sesak nafas terutamanya pada waktu maghrib.
5. Lenguh seluruh anggota badan.
6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
8. Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusukannya.
11. Mimpi binatang menakutkan seperti ular.
12. Mimpi bertemu ketua agama-agama lain dan mimpi pergi ke tempat ibadah mereka.

Kesan-Kesan Santau
1. Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.
2. Hilang daya ingatan.
3. Kulit merekah dan keluar air bisa dan nanah.
4. Berubah sifat seperti sifat sabar menjadi panas baran.
5. Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
6. Gugur bulu-bulu pada badan.
7. Kelopak mata menjadi hitam akibat dari tidur yang sering terganggu.
8. Kanser dan ketumbuhan.
9. Keguguran bayi.

Racun Santau Kategori Rohani Pengenalan Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.


2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.


3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.


Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.


Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai 'santau angin' atau 'santau seru', santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau. Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada 2 jenis santau:

1. Santai yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.
Sintom Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi. Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan. Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

Simptom atau kesan yang lain termasuk:

1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.

2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.

3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.

4. Kurang daya ingatan.

5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.

6. Sakit di bahagian tengkuk.

7. Kesan lelah atau asthma.


Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.


Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.
Santau ini terbahagi kepada 2 iaitu:
  • Ibu santau
  • Santau
Pecahan santau:
  • Santau angin
  • Santau makanan
Santau adalah amalan sihir.  Penghantaran sihir atau sihir tuju-tuju oleh Jin laknatullah. Ibu santau bersifat khusus. Manakala santau bersifat umum. Santau angin dihantar dengan punca angin yang berbisa ke dalam tubuh manusia melalui pembuluh darah terus meresapi keseluruh urat saraf. Manakala santau makanan pula diletakkan sesuatu barang yang merbahaya di dalam makanan seperti miang buluh,serbuk kaca atau sebagainya. Kedua-dua jenis ini bersifat halus dan ghaib dari pandangan manusia melalui tuju-tujunya.

Santau boleh diubati dengan sepenuhnya melalui bacaan-bacaan ayat khusus al-quran juga herba.
Perawat juga berisiko di santau dalam ikhtiar merawat,dengan pendedahan sebergini jika mereka yang mengalami masalah demikian segeralah mendapat rawatan dengan perawat yang berhampiran dalam ikhtiar mencari kesembuhan kerana pengalaman saya ada diantaranya pesakit  mengambil mudah dalam gangguan sebergini.Dan ada diantaranya kisah rawatan dari sahabat-sahabat seperjuangan ada juga pesakit yang tidak tahu menilai hanya diberi sekitar RM20 pada perawat yang membantu sekurang-kurangnya hargailah juga usaha mereka dari segi masa,tenaga juga risiko yang mereka terima.Nak ikhlas pun harus bertempat juga kerana khidmat rawatan ini menerima upah hukumnya harus,yang hairannya kalau ke hospital hatta ke pakar sanggup pula berhabis beratus juga beribu ringgit.Yang banyak ragam dan kedekut ni kebanyakannya datang berkereta besar pesanan saya kepada sahabat-sahabat kalau jumpa pesakit bergini berikan sahaja panadol ataupun air cap badak minta doa sendiri.


Doa pengelak santau







Amalkan membaca ayat ini setiap hari sebagai pendinding diri.
Baca doa ini 7 x sebelum memasuki kedai makan/restoran.


1 comment:

  1. hehehe...tuan hikmah RM 20 tu ok lagi. Ada saya dapat 5 ringgit jer.bayar tol pun tak lepas...belum kos minyak lagi

    ReplyDelete