...Selamat datang ke Pusat Rawatan Hikmah Sejati...(No.ca0147017-x).....menyediakan rawatan alternatif secara islami.
Friday, May 13, 2011
Akibat saka
Minggu lepas saya di hubungi rakan untuk membantu seorang atuk yang sedang tenat namun seperti nyawanya enggan bercerai dengan badan,orang-orang masjid di kawasan tersebut telah di jemput untuk membaca yasin, bacaan yasin telah di buat beberapa malam namun keadaan atuk tersebut masih demikian.Pada hari saya di hubungi juga di maklumkan masalah atuk tersebut, terdetik juga di hati takkan dah takde kot atuk ni harap-harap tak bergitulah, namun saya bersetuju dengan rakan untuk datang di sebelah malamnya ke rumah atuk tersebut.Oleh kerana ini kes yang jarang sangat saya terima petang itu saya cuba hubungi juga bertanyakan kaedah yang sesuai pada guru-guru saya untuk berikhtiar bagi masalah tersebut.Malam itu saya bersama dua orang rakan bertolak dari muadzam agak lewat juga kira-kira 11.30 malam kerana menunggu rakan yang hubungi saya pada siangnya dari subang sampai.Kira-kira sejam lebih perjalanan kami pun sampai di rumah pesakit.Sampai di sana kami di sambut tuan rumah yang memang dah menunggu ketibaan kami,setelah itu saya cuba bertanyakan serba sedikit maklumat tentang masalah pesakit.Dari apa yang diceritakan kemungkinan atuk ini mempunyai saka juga amalan sewaktu mudanya yang mana bersahabat dengan jin sama ada dari keturunan atau ilmu yang dipelajarinya,saat saya masuk ke dalam rumah saya sudah merasakan bahang panas di belakang tubuh di ikuti rasa menyucuk di kepala,bahu dan kaki.Biasanya sensasi bergini menandakan adanya gangguan pada pesakit.Oleh kerana keadaan atuk yang saya lihat terlalu uzur tanpa melengahkan masa,saya terus melakukan rawatan dengan menggunakan limau purut juga paku(kaedah ridam)untuk menarik segala gangguan yang ada dalam tubuh saat menarik itulah saya melihat seperti ada sesuatu yang turun juga renjatan di kaki pesakit diikuti kemudian saya tarik juga di bahagian ubun-ubunnya.Setelah itu saya beralih kepada dadanya untuk menarik juga membuang segala ilmu yang salah jika ada,sewaktu menarik inilah pesakit seperti mengeluh serta mengeluarkan hawa angin dari mulut..uishh...terdetik dalam hati jangan tersedut sudah kes naya pulak jadinya..alhamdulilah selang beberapa minit rawatan selesai..kemudian saya beralih ke luar rumah untuk menarik juga membersihkan segala saki baki yang ada.Syukur kepada allah pesakit yang pada awalnya agar sukar untuk mengucap kalimah syahadah kini dapat mengucap dengan lancar,saya berpesan pada keluarga pesakit agar membuat bacaan yassin sahaja kemungkinan jika allah izin jika di lihat keadaannya yang uzur, pesakit tak lama akan berjalan jauh.Setelah minum setelah bersalaman saya dan rakan mohon diri untuk pulang.Keesokkan paginya saya menerima khabar yang atuk semalam telah pulang ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi inalillahi wainna ilaihi rojiun..alfatihah buat atuk tersebut moga Allah merahmati rohnya..aamiin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment