Tuesday, January 4, 2011

Jenis-jenis tenaga

1. TENAGA UBUDIYAH

 Doa seorang yang soleh dengan penuh kepercayaan.
 

 Jiwa yang suci, bersifat rendah diri, takwa, tawakal dan sabar.
 
 Apabila seseorang itu semakin suci jiwanya, aura atau gelombang elektromagnetnya tadi akan memiliki cahaya daripada alam ruh atau cahaya kerohanian yang suci membuka diri untuk menerima tenaga Illahiyah.

Seseorang yang hampir dengan Allah jiwanya kuat dan memiliki beberapa keajaiban seperti maunah atau karamah.

Sains Fizik :

  Semakin kecil luas permukaan sesuatu objek itu, maka semakin tinggi daya yang bertumpu padanya.

  Tenaga keupayaan sesuatu objek.

  Semakin tinggi seorang itu ke atas bumi (dari paras laut), semakin rendah tekanan udaranya (atmosfera) manakala tekanan di dalam dada tinggi menyebabkan manusia sesak nafas, manusia akan mati.

Ulama Tasawuf, Syaikh Abu Yazid Al-Bustami berkata :

Semakin tinggi perjalanan ruhnya ke hadrat Allah (langit) perasaannya semakin hancur terhadap dirinya, sehingga kemuncak pendakiannya akan leburlah dirinya (binasa) atau fana. Tenggelam ia dalam syuhud kepada Allah SWT sehingga perasaannya seolah-olah tiada wujud dirinya.

Sains Fizik :

Contoh : Atom hidrogen, bakteria, virus, air terjun.

Mengecilkan diri ini sebenarnya kita menjadi seperti atom, mikroorganisma (bakteria, virus). Semakin kecil atom (jisim relatif rendah) maka semakin hebat tenaganya  Hidrogen. Semakin kecil bakteria/virus maka semakin tinggi risiko, kuat kuasanya, sukar dikesan atau di musnahkan!

Sains Islam :
 
Seseorang yang berjiwa tenang dan tawadhu, maka ia memiliki tenaga yang tinggi dan kuat.
2. TENAGA KEROHANIAN

Diperolehi daripada amal soleh seperti solat, al-Quran, sedekah, selawat dan sebagainya.

3. TENAGA DALAM

i) Tenaga Kerehatan

Ia adalah satu tenaga yang wujud ketika janin mula terbentuk. Tenaga inilah yang bekerja membentuk tubuh dengan sempurna. Apabila selesai, tenaga ini diam dalam keadaan tidur di dalam tulang sulbi. Ia berada dalam lapisan yang lebih dalam dari nasma dan dibungkus di dalam 7 lapisan. Dalam aliran metafizik, ia dipanggil Kundalini(gulungan/lingkaran)

Mengikut Sufi, ia adalah tenaga Ruh al-Hayat yang bergabung dengan oksigen.

Tenaga yang tersimpan ini boleh dibangkitkan apabila seseorang itu melakukan teknik pernafasan yang disertakan keheningan yang tinggi.

ii) Tenaga Nasma

Ulama Tasawuf :
- Qarin, Nasma
- Ia semakin kuat bila teknik penafasan yyang teratur bergabung dengan konsentrasi akal.

Sains Fizik :
- Medan elektromagnet pada tubuh badan manusia.
- Ia dikenali juga dengan Tenaga Dalam, CChi, Prana, Tenaga Batin, Human Eenergy Field


Gelombang elektromagnetik = NASMA / diri batin / Qorin/ Aura

4. TENAGA FIZIKAL

- Penghasilan tenaga daripada proses penguraian dan sintesis karbohidrat, protein atau lemak dengan enzim dengan kehadiran oksigen (metabolisma).

- Tenaga disimpan dalam molekul ATP (adenosina trisfosfat). Apabila badan memerlukan tenaga, molekul ATP dipecahkan dengan mudahnya untuk membebaskan tenaga.

5. TENAGA MINDA

Sains Fizik :

  Ia adalah gabungan unsur zohir dan unsur ghaib (Ruh).

  Ia bertindak sebagai pemancar dalam mengolahkan gelombang

  Ia berkebolehan menjadikan tenaga dalam bentuk gambaran dalam dirinya sehingga
akhirnya menjadi kenyataan di alam zahir dengan izin Allah.

  Ia memiliki gelombang yang amat laju melebihi kelajuan cahaya biasa.

Sains Islam :

  Akal yang bersifat air boleh mengawal dan memadamkan sifat api iaitu nafsu.



6. TENAGA EMOSI

Sains Fizik :

  Keheningan/ketenangan memiliki tenaga yang kuat. Umpama objek pegun (tak bergerak) dengan objek yang bergerak  kereta.

Sains Islam :

  Seseorang yang tenang memiliki tenaga Ilahiyah yang amat hebat! Doa makbul, hajat
mudah tercapai,

"Kasih sayang adalah suatu tenaga yang tinggi, mempunyai gelombang penyembuh pelbagai penyakit yang berkaitan dengan emosi dan boleh melemahkan syaitan. Syaitan tidak memiliki sifat kasih sayang."
7. TENAGA ALAM

- Tanah/bumi : zat makanan, permata/kristal, wangian/aroma tumbuhan

- Cahaya matahari

- Cahaya bulan

- Air

No comments:

Post a Comment