Saturday, October 23, 2010

Hikmah yassin

Amalan yassin

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang

Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri

Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s. a. w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 – Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s. w. t.
(harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).

Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s. w. t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam

Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal – Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s. w. t.

Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 – Datang dengan tiba-tiba Tiupan 11 – Hancur Tiupan 111 – Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 – Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?

Ayat 78 dan 79 – Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 – Untuk Hajat Ayat 82 – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air
100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

Buah Zaiton – Elok untuk kulit Kurma – Berkhasiat (memberi tenaga) Delima – Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab Ad Tin – Memberi kekuatan – tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahualam.


1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Sumber http://fauzynm

Tuesday, October 19, 2010

Perjanjian jin


Suatu pagi jumaat kira-kira jam 7.45 pagi ketika dalam perjalanan saya terbaca sms dari seseorang kenalan yang berbunyi” ada orang nak jumpa engkau  makhluk halus, tidak puas hati kerana saudara dia hilang, dia tanya kenapa saudaranya di pasung juga ingin tahu di hantar kemana”.Terkejut juga saya tiba-tiba terima sms bergitu pagi2,sampai ke tempat kerja pun saya memikirkan tentang hal tersebut,kira-kira jam 9 pagi ketika sarapan saya di hubungi rupa-rupanya kenalan  yang hantar sms beritahu  berkenaan anak saudaranya yang ada saya rawat  sehari sebelum hari raya yang pernah saya tulis di blog sebelum ini,saya di maklumkan kira-kira pukul 6 pagi anak saudaranya kerasukan selama 2 jam kerana jin itu tidak mahu keluar selagi tidak berjumpa dengan saya walaupun ayah pesakit memujuk,jin berkenaan hanya  mahu bercakap dengan saya,dalam tempoh 2 jam 3 orang yang cuba merawat juga berunding namun jin ini enggan keluar,pada permulaan mereka tidak kenal pasti siapa yang dimaksudkan jin berkenaan, setelah jin itu menyebut nama saya baru ayah pesakit tahu sayalah yang jin ingin berjumpa,ayah pesakit membuat helah katakan pada jin yang mahu bawa dia kepada saya barulah jin berkenaan mahu berganjak,lalu pesakit di bawa kepada seorang lagi perawat namun jin tetap enggan yang akhirnya bosan keluar sendiri dari tubuh pesakit sebelum keluar jin mengatakan yang ia akan kembali semula.Kenalan saya meminta saya melihat anak saudaranya itu di rompin ,saya mengatakan akan pergi bersamanya selepas solat jumaat nanti.Kira-kira jam 2.30 petang kenalan saya sampai di rumah untuk membawa saya ke rompin bersama seorang lagi kenalan saya,walhal dalam hati saya juga risau takut di persalahkan atas apa yang terjadi kepada pesakit namun saya tawakalalallah sahaja.Ketika dalam perjalanan melintas di sebuah kampung saya sudah merasakan gelombang jin yang mana pasti sedang menunggu kedatangan saya.Pukul 3.30 kami tiba di rumah pesakit di bandar rompin, masuk rumah pesakit saya sudah merasakan bahangnya,setelah mendengar cerita serba sedikit dari pesakit ,saya mulakan rawatan dengan memberi minum air yang telah didoakan,ketika saya membaca fatihah terlihat kaki pesakit seperti terkena renjatan lalu saya membaca doa sulaiman terus memanggil jin yang mahu berjumpa dengan saya...pesakit terus kerasukan dengan nafas yang termengah-mengah,lalu saya memberi salam dan mengatakan sayalah maza yang ingin dia jumpa,jin itu terus dengan nada yang marah minta dilepaskan 2 saudaranya yang di penjara,saya katakan padanya saudaranya itu telah membuat kesalahan kerana itu dikurung,jin itu mengatakan jika saudaranya dilepaskan ia akan pergi dan tidak akan kembali menganggu pesakit,saya mengajaknya memeluk agama islam  namun ia enggan kerana ia mengatakan telah berikrar dengan syaitan untuk menyesatkan manusia,saya tanyakan padanya apa yang syaitan beri pada mereka,jin berkata syaitan menjanjikan kesejahteraan kepada mereka ,saya jelaskan padanya ia hanyalah tipu daya iblis dan syaitan semata-mata dan saya katakan padanya Allah akan memberi taubat kepada jin melainkan iblis dan syaitan,jin hanya terdiam dan saya katakan tiada paksaan dalam islam terpulangla padanya,saya katakan saya boleh lepaskan dengan syarat ia berjanji atau baiah terlebih dahulu,namun ia enggan selagi 2 saudaranya tidak dilepaskan,saya mengatakan jika allah izin saya akan minta 2 saudaranya di lepaskan kemudian dia harus membuat perjanjian,jin menganggukkan kepala tanda setuju.Lalu saya berdoa agar Allah permudahkan usaha saya kerana bimbang juga dipersalahkan nanti tambahan pula saya sudah lupa di mana saudaranya di hantar.Saya katakan pada jin yang saya akan ambil saudaranya lalu di masukkan dalam botol untuk di kenal pasti,saya membaca doa sulaiman dengan niat menarik kedua saudaranya lalu menarik masukkan di dalam botol,namun bila minta di kenal pasti jin mengatakan itu bukan saudaranya,saya mula pening bagaimana nak usahakan kalu ikutkan mahu saja saya hantar jin ini  sekali ke sana oleh kerana tidak mahu hal ini berpanjangan saya cuba dengan jalan berbincang.Jin itu mengatakan saudaranya berada di serambi madinah.Saya mengatakan yang saya akan hadirkan penjaga(jin islam) serambi madinah dam minta ia beri laluan.Saya membaca doa sulaiman juga berdoa agar Allah hadirkan penjaga berkenaan,setelah penjaga itu hadir saya memberi salam lalu menyatakan maksud tujuan saya hadirkannya untuk minta kebenaran melepaskan kedua saudara jin yang di kurung,penjaga berkata kepada saya” kamu percaya kata mereka” aduh!!memang bisala kena ayat tu,saya jelaskan tentang hal tersebut kepadanya ia memberi keizinan dan katanya jika keduanya di hantar dia tidak akan terima lagi,barulah saya faham juga tahu jin-jin yang di hantar kerana selain di penjara jin-jin berkenaan juga di tarbiah juga didakwah seperti pusat pemulihan juga rupanya wallahuallam.Setelah mendapat izin saya tarik kedua jin tersebut di masukkan ke dalam botol untuk di kenal pasti oleh saudaranya,bila minta di kenal pasti jin itu tiba-tiba marah dengan mengatakan saya bersubahat dengan penjaga tersebut,saya katakan padanya dia itu penjaga tempat tu jadi saya minta izinla dari segi adabnya takkan nak main langgar semua,barulah jin itu diam.Setelah di kenal pasti ternyata benar itu kedua saudaranya,jadi saya meminta jin itu membuat perjanjian seperti yang di persetujuinya,saya minta jin itu ikut baiah yang saya bacakan,apabila sampai pada DEMI ALLAH  AKU BERSAKSI DAN BERSUMPAH DENGAN APA YANG TELAH AKU UCAPKAN jin ini terdiam setelah saya ulangi perkataan tersebut barulah jin itu mengikut,saya bertanyakan kepadanya di mana jalan ia mahu keluar jin mengatakan ia mahu keluar dari ubun2 pesakit ini,saya katakan akan memasukkannya dalam botol bersama saudaranya sebelum di hantar ke tempat asalnya,setelah itu rakan saya azan, saya menarik keluar di masukkan kedalam botol,manakala kepada  penjaga serambi madinah saya ucapkan terima kasih atas kesudiannya juga bertanya adakah dia kenal ustaz majid ia mengatakan ia kenal(jangan ada yang salah faham ,ustaz majid bukan berdamping dengan jin tapi ustaz majid yang  pernah juga berdoa kepada Allah untuk penempatan tersebut)setelah memberi salam saya menghantarnya pulang.Saya menepuk-nepuk belakang pesakit untuk memusnahkan tapak2 jin di tubuh pesakit.Pesakit saya bekalkan air minum juga atar kasturi untuk mandian serta meminta membuat amalan ayat kursi.Alhamdulillah pesakit kini pulih seperti sediakala manakala jin yang menganggu saya hantar ke tempat asalnya.

Monday, October 18, 2010

Jin terbakar




Saya dihubungi untuk ikhtiar merawat seorang pesakit yang hadir bersama suaminya  yang mengalami gangguan yang mana sering sakit kepala,sering nampak kelibat hitam,sukar tidur,dada berdebar-debar,terasa mencucuk-cucuk di kaki,terasa berat di bahu,adakalanya emosi berlebihan juga selalu bermimpi budak-budak kecil berpaut di kakinya,pesakit merupakan seorang jururawat,pesakit telah berikhtiar di hospital kerajaan termasuk pakar juga pernah juga didiagonas di Institut jantung negara (IJN) malah dikatakan sihat tiada mengalami apa-apa masalah kesihatan,sebelum ini pesakit kurang yakin untuk mendapat rawatan alternatif memandangkan pesakit seseorang jururawat pastilah ia lebih kepada perubatan moden,saya merujuk kepada kata-kata ustaz sarhan yang manusia ini terbahagi kepada dua iaitu jasmani dan rohani,jasmani memerlukan makanan seperti nasi,minum, pakaian dan sebagainya manakala rohani pula makanannya umpama  zikir,solat,sedekah,zakat .Bergitu juga penyakit ianya terbahagi kepada 2 iaitu  penyakit rohan dan jasmani.Sihir,saka dan gangguan jin tergolong dalam penyakit rohani,Jika dengan kaedah perubatan moden tidak dapat mengesan penyakitnya cubalah berikhtiar mendapat rawatan alternatif juga rawatan islam.Seperti biasa pesakit diberikan air doa untuk di minum juga kaedah pemutus lalu saya gunakan kaedah rukyah untuk mengesan gangguan dalam diri pesakit.Saat saya membaca alfatihah pesakit ini kelihatan resah dan terbatuk-batuk, ketika itu saya merasakan renjatan di tapak tangan apabila letakkan tangan di kepala pesakit biasanya itu menandakan memang ada gangguan dalam diri pesakit,ketika membaca ayat kursi pesakit ini kerasukkan lalu saya cuba berdialong dengan jin yang berada dalam tubuh pesakit,hasil dialog jin ini mengatakan ia adalah dari jin saka telah lama tinggal dengan pesakit,jin2 saka ini bertapak di kepala,bahu,perut, juga di tulang belakang saya cuba memujuknya masuk islam dan berdoa Allah perlihatkan kepadanya penempatan islam  namun jin itu tetap enggan.Apabila saya minta ia keluar dari tubuh pesakit  jin mengatakan ia telah di paku di kedua-dua leher tak dapat keluar biasalah politik jinla ni,saya berkata kepada jin tersebut mengapa ia tidak cabutkan sendiri paku tersebut,jin itu mengatakan “kalau engkau kuat engkau cabutlah”.Oleh kerana jin ini agak degil saya bacakan ayat pembakar juga ayat kursi berulang-ulang,sebelum itu telah saya pasakkan jin tersebut dengan huruf potong.Jin tu cuba meronta-ronta tapi seolah terkunci “engkau buat apa kat aku hah”teriak jin “ahh kenapa kaki aku berat”,saya tidak pedulikan kata2  jin tersebut dengan meneruskan bacaan ayat kursi berulang-ulang “arghhh panas,panas,api besar..api besar” “kenapa engkau cabut paku itu hah...arghh..” jin ini kelihatan teramat marah namun tidak berdaya berbuat apa-apa selain menjerit sakit kepanasan,”aku dendam kau,aku dendam kau “teriak jin,saya katakan pada jin saya hanya berpegang pada kalimah lahaulawalaquwata illa billahil aliyil adzim,bukan saya yang membakarnya semua dengan  izin juga kuasa Allah,saya minta ahli team laungkan azan lalu saya menarik jin ini keluar dari ubun-ubun lalu pesakit terjatuh  terbaring ,saya minta suami pesakit sedarkan pesakit juga membasuh mukanya serta berikan air minum.Akhir rawatan saya bekalkan pesakit dengan air dan limau untuk minum juga mandi selepas asar 3 hari berturut-turut serta meminta pesakit buat amalan untuk pendinding dirinya.Alhamdulillah pesakit kini dari yang di maklumkan bertambah pulih juga dapat tidur tanpa gangguan.

Sunday, October 10, 2010

Musuh perawat

Perawat mempunyai ramai musuh dikalangan jin dan manusia.

Dikalangan jin tentulah jin-jin yang menyerang pesakit yang dirawat oleh perawat berkenaan. Jin-jin juga ada keakraban, kita belasah kawan baiknya kita akan diserang balik oleh kawannya. Bila kita belasah jin yang diternak oleh tukang sihir, rakan-rakan jin ini akan membalas dendam.

Apabila pesakit membakar batu-bata atau kertas, tukang sihir yang kepanasan akan mengarahkan seluruh bala tenteranya menyerang pesakit dan perawat berkenaan.

Jin saka juga bertindak lebih ganas dari jin sihir... hanya dengan menyatakan rasa benci pemilik saka kepada perawat, jin saka akan bertindak.

Jin pendamping pula akan menunjukan bahawa persahabatan mereka adalah bermakna, menyerang perawat tidak kira masa demi membuktikan kehebatan empunya amalan ayat pendamping

Dikalangan manusia tentulah tukang sihir dan pengupah merupakan musuh utama kepada perawat.

Tukang sihir yang tewas akan merasa aib dan tercabar kehebatannya. Mereka akan menambah pemujaan demi mendapatkan jin-jin yang lebih power. Maka makin ramailah kanak-kanak bawah umur yang hilang, berleluasa penzinaan dan pembunuhan demi memenuhi tuntutan syaitan untuk mendapatkan jin berpangkat sarjan, major, kapten dan seumpamya. Tukang sihir adalah golongan yang pantang tewas... tewas bererti tidak hebat. Bagi mereka ALLAH tidak berkuasa... yang berkuasa adalah JIN dan SYAITAN.

Oleh kerana bomoh sudah tercemar eloklah tiada lagi istilah bomoh... kerana bomoh adalah tukang sihir dan tukang sihir adalah bomoh. Kalau saudara membaca tulisan BOMOH sebutlah TUKANG SIHIR. Bagi saya hanya ada dua jenis rawatan iaitu rawatan fizikal dan kerohanian. Rawatan fizikal adalah seperti allopathy(hospital), homeopathy, penggunaan madu, herba, urut dsb. Rawatan kerohanian pula terbahagi kepada dua iaitu Islamic dan non-islamic... dan bomoh termasuk non-Islamic.

Bilakah pemerintah boleh bertindak menyekat kegiatan mereka... sama2lah kita berdoa dan berusaha. Saya juga amat-amat menanti satu badan induk yang bertindak bagi mengesahkan amalan perawat. Terus-terang saya katakan saya mendapat maklumat beberapa orang pengamal perawat dari pertubuhan terkemuka telah jauh menyeleweng tanpa sebarang tindakan.

Tukang upah adalah manusia yang penuh dengan PHD. Mereka amat kecewa bila melihat mangsa masih berdiri gagah. Dia akan mencari bomoh demi bomoh yang berselindung sebagai bomoh.

Satu lagi musuh perawat yang kurang diberi perhatian tetapi mempunyai impact yang kuat kepada perawat adalah di kalangan perawat sendiri. Perawat yang ada PHD. Jika dalam ilmu gerakan Islam, Fathi Yakan seorang ulamak aktivis Ikwanul Muslimin meletakan bahawa musuh utama gerakan Islam adalah ulamak yang dengki... begitulah juga dalam rawatan Islam, kedapatan mu'allij yang kelihatan tersohor merasa tercabar dengan kemunculan mu'allij2 baru.

Tentunya mu'allij tersohor ini tidak akan menggunakan teknik kotor misalnya menggunakan jin untuk menghentam mu'allij junior. Mu'allij ini menyebarkan fitnah kononnya mu'allij junior sesat, bersahabat, berdamping, bersaka dsb sehingga nama mu'allij junior ini tercemar. Jika mu'allij ini menganggotai pertubuhan yang sama... tentu sekali mu'allij junior ini akan disingkirkan.... Ternyata fitnah begini lebih dahyat dari serangan jin dan tukang sihir.

Sepatutnya kita bersifat syukur melihat kehebatan junior melebihi senior, belajar darinya dan berdoa semoga sama2 dapat membantu sesama insan.

Perawat jangan bersedih! anda masih ada kawan. Kawan anda adalah perawat yang jujur yang mungkin anda kenali ataupun tidak. Anda harus merasakan anda bersama mereka berbakti kerana ALLAH semata.

Perawat juga ada sahabat jin. Jin-jin yang anda telah bebaskan dari perhambaan kepada tukang sihir adalah sahabat anda. Jin-jin yang anda telah Islamkan sentiasa mendoakan kebahagian anda. Jin-jin yang mengganggu anda tetapi anda doakan supaya ALLAH memberinya hidayah dan anda memaafkannya akan sanggup berbuat apa sahaja untuk anda kerana ketulusan hati anda. Cuma anda jangan ambil peluang... yakinlah jin-jin ini ada berkeliaran berhampiran anda, membantu anda disaat anda amat2 memerlukan.

Kalau anda tiada rakan perawat, tiada jin sebagai sahabat yakinlah ALLAH bersama anda. Siapakah yang lebih anda harapkan selain dariNYA?



PUNCA SESEORANG LAMBAT SEMBUH DARI GANGGUAN JIN
1) Pesakit terlalu beriktikad pada perawat bahawa perawat mampu MENYEMBUHKAN gangguan jin yang dialami pesakit.Perlu diingat,perawat tiada kuasa langsung dalam menyembuhkan sebarang penyakit,hanya ALLAH SWT yang mempunyai kuasa mutlak dalam penyembuhan.Tugas perawat hanyalah sebagai tukang doa,dan tak lebih dari itu pun.Pesakit perlu betulkan iktikad bahawa hanya Allah SWT mampu memberi kesembuhan dan berjumpa dengan perawat hanyalah sebagai satu usaha dan ikhtiar.

2) Pesakit tidak melakukan sebarang rawatan susulan.Disini pesakit hanya datang dengan SEKALI SAHAJA berjumpa perawat.Senario orang melayu di M`sia nie bila berubat,hanya datang sekali sahaja dan minta terus sembuh.Perlu diingat rawatan susulan amat-amat penting,kerana jin juga bersifat "self healing",dimana jin akan sembuh dengan sendirinya akibat serangan perawat terdahulu jika tiada rawatan susulan.

3) Pesakit suka bertukar-tukar jumpa perawat.Disini senarionya,dengan hanya sekali pergi berjumpa perawat dan pesakit pula tidak sembuh-sembuh,dengan serta merta pesakit berjumpa dengan perawat yang lain tanpa menerima rawatan susulan dari perawat terdahulu.Saya syorkan pesakit perlu membuat minimum 3x rawatan susulan (2 minggu sekali) pada satu-satu perawat demi mengelakkan bercampurnya kaedah-kaedah rawatan.

4) Pesakit agak malas beramal dan duduk goyang kaki kat rumah.Sejurus menerima rawatan dari perawat,pesakit perlulah beramal ayat-ayat pagar diri tiap-tiap lepas solat secara istiqomah dengan ulangan sebanyak 7x.Ini penting bagi mengelakkan jin gangguan terdahulu memasuki semula jasad pesakit.


sumber catatan akrine dan ustaz ahmad

Sunday, October 3, 2010

Rawatan menurut Al-Quran & As-Sunnah

Berikut ini di jelaskan beberapa perkara mengenai asas perubatan :
  • Hukum menuntut ilmu perubatan
  • Hukum mengajar ilmu perubatan
  • Hukum berubat
  • Hukum mengubat dan hak pesakit
  • Hukum menerima ganjaran
Hukum menuntut ilmu perubatan
Alim Ulamak sepakat mengatakan bahawa menuntut ilmu perubatan itu hukumnya Fardu Kifayah,atau satu tanggunggjawab yang di kenakan ke atas orang Islam secara umum untuk mempelajarinya.Sekiranya ia di pelajari orang dalam satu kumpulan maka terlepaslah tanggungjawab orang lain.Semakin sedikit orang yang melakukan tanggungjawab fardu Kifayah itu,maka semakin banyaklah pahala yang di perolehi oleh mereka,kerana mereka merupakan kumpulan orang yang melepaskan tanggungjawab yang seharusnya di pikul oleh orang ramai.
Hukum mengajar ilmu perubatan
Hukum mengajar ilmu perubatan ini wajib bagi orang yang arif mengenainya apabila tiba masanya dan masyarakat pula memerlukannya.Menyembunyikan ilmu itu adalah berdosa dan termasuk dalam golongan orang yang bakhil serta kufur nikmat Allah.Kewajipan ini bergantung kepada faktor-faktor luar,seperti keadaan tempat,penilaian dari orang yang hendak belajar dan lain-lain lagi.
Hukum berubat
Hukum berubat ada dua iaitu harus dan wajib.Pada orang awam hukumnya harus ketika ia masih dapat menanggung kesakitan dan dapat bersabar serta penyakit itu belum teruk.Ia menjadi wajib sekiranya seseorang itu tidak dapat menanggung kesakitan.
Bagi orang khusus ,iaitu seperti Para Wali dan Nabi dimana maqam mereka tinggi dalam menghadapi ujian Allah,hukum berubat adalah haruis.Bagi mereka penyakit itu adalah ujian dari Allah.Kerana itu jika Allah member sakit sebagai ujian maka ia tidak perlu di ubati.Ia perlu diterima dan Allah sahajalah yang menyembuhkannya.Malah kalau penyakit itu di terjadi sebagai ujian,ia tidak akan sembuh biarpun diubati selagi Allah tidak mahu menyembuhkannya.
Hukum mengubat dan hak pesakit
Selain dari berziarah,mengubati pesakit juga merupakan satu kewajipan bagi orang yang mengetahuinya.Orang yang berilmu tetapi tidak sudi menyebarkan kepada masyarakat yang memerlukannya,ia di anggap kufur nikmat.Begitu juga dengan memberi rawatan kepada orang yang memerlukannya.
Bagi orang yang arif khidmat rawatan kepada pesakit adalah salah satu ciri-ciri bersyukur kepada anugerah Allah.Allah memberi seseorang itu ilmu,dan orang yang berilmu itu memberi khidmat melaui ilmu yang dimilikinya dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah,Allah berjanji bahawa ia akan menambahkan lagi keberkatan ilmu yang dimiliki oleh orang yang mensyukuri nikmat Allah di samping memberi rezeki hidup di dunia,ketetapan iman dan juga ketenangan kepada mereka.Dalam Surah Ibrahim :7 Allah berfirman:
"SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR PASTI KAMI AKAN TAMBAH (NIKMAT) KEPADA KAMU,DAN JIKA KAMU MENGINKARI (NIKMATKU).SESUNGGUHNYA AZABKU SANGAT PEDIH"
Seperti yang di jelaskan bahawa berubat itu hukumnya wajib,tetapi kewajipan itu bergantung kepada pihak kedua,iaitu orang yang mengubatinya.Ertinya biarpun berubat itu wajib,tetapi orang yang mengubatinya tidak ada,maka kewajipan tersebut tidak akan terlaksana.Oleh itu orang yang mengubatinya itu mesti ada untuk memenuhi keperluan wajib pesakit itu.
Hukum menerima ganjaran
Harus mengambil ganjaran dari pesakit atas usaha pengubatan yang mengunakan ayat-ayat al-quran ataupun jampi-jampi yang tidak membawa kepada kufur.Sebuah hadist riwayat dari Abd Saad Al-Khudri menyatakan bahawa ia dan sahabat-sahabatnya telah diutuskan oleh Rasulullah dalam sepasukan tentera yang kecil bilangannya,iaitui lebih kurang 30 orang.Apabila tiba di sebuah kampung,mereka telah meminta izin dari penghulu kampung tersebut untuk menumpang bermalam,makan dan minum tapi tidak diizinkan .Dengan takdir Allah penghulu tadi telah di sengat kala dan tidak sembuh biarpun telah diubati oleh beberapa oleh orang ahli ubat.
Dalam keadaan kesana kemari mencari ubat,ada diantara mereka yang mencadangkan supaya menemui kumpulan tentera islam tadi,kalau-kalau  ada di antara mereka yang boleh mengubatinya.Mendengarkan pertanyaan tersebut Abu Saad sanggup mengubati penghulu kampung tersebut,tetapi ia tidak mahu pergi kecuali sekiranya mereka sanggup berjanji memberi beberapa ekor kibas sebagai upah,kerana sebelum itu ia dan sahabat-sahabatnya telah meminta izin untuk bermalam di kampung tersebut tetapi tidak di dibenarkan,malah mereka tidak sedikit pun di pedulikan atau di hormati sebagai daif.Sekiranya pengulu itu tidak sembuh seperti sedia kala mereka tidak perlu memberi upah.
Setelah berjanji memberi 30 ekor kambing kibas,Abu Saad pun menemui penghulu tersebut dan membaca AL-FATIHAH sebanyak 7 kali dengan 7 kali ludah yang sederhana semburnya.Dengan takdir Allah penghulu itu pun pulih seperti sediakala lalu menunaikan janjinya.
Dalam keadaan demikian terlintas di hati Abu Saad sama ada perbuatannya itu membolehkan kan ia menerima upah.Adakah seseorang itu boleh mengambil upah melalui usaha demikian rupa.Lalu ia pun berunding dengan sahabat-sahabatnya yang lain.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bertanya Rasulullah.Mendengarkan pertanyaan Abu Saad itu Baginda tertawa dan bertanya "Dari mana Abu Saad mengetahui bahawa AL-FATIHAH itu adalah ubat.Ia sebenarnya bukan setakat ubat sahaja tetapi IBU dari semua ubat".Rasulullah membenarkan mereka menerima upah tersebut dan meminta supaya satu bahagian daripadanya diberikan kepadanya:
"Terimalah olehmu semua akan kibas dan untukkan bagiku serta kamu satu bahagian"
Dari keterangan hadis itu ternyata bahawa mengambil upah dari pesakit hasil usaha menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan adalah harus dan tidak makruh sama seperti mengambil upah mengajar Al-Quran sebagaimana menurut pendapat mazhab Shafie,Maliki,Ahmad dan Ishak.Nmun demikian Imam Abu Hanifah menegah seseorang itu mengambil upah mengajar Al-Quran tetapi mengharuskan mengambil upat mengubati pesakit yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau zikir.
Rasulullah s.a.w telah meminta Abu Said supaya sebahagian dari upah yang diterima itu diberikan kepadanya dan kepada sahabat supaya hasil tersebut dibahagi-bahagikan kepada orang lain.Abu Said sebenarnya berhak menerima semua kibas tersebut kerana ia yang mengubatinya.Tetapi Abu Said ketika itu berada di kalangan sahabat yang seharusnya di hormati,lebih-lebih lagi ketika meminta izin untuk bermalam di kampung tersebut.Abu Saad adalah disertai oleh para sahabat yang lain.
Walaupun hukuman menerima saguhati dan upah perubatan itu adalah harus akan tetapi jika tidak di ambil adalah lebih baik,kerana perubatan menurut cara ini kemujaraban dan kesembuhannya bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan pengubat.Semakin jujur dan ikhlas seseorang itu makin makbullah doanya.
Anggaplah semua itu pemberian Allah,berusaha kerana Allah,berniat kerana Allah,maka kerana jika sudah bekerja kerana Allah maka ganjaran utama dari Allah,bukan dari manusia.

Hukum menerima bayaran rawatan
Kata Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni"Ada pun mengambil upah rukyah,maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan harus dan beliau sendiri mengatakan 'tidak mengapa".Kata Ibnu Hazam pula dalam Kitab Al-Mahalli,"Upah rukyah adalah harus"
Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitabnya Feqh As-Sirah berkata "Malik.Syafie,Ahmad Ishak dan Abu Thaur berpendapat harus mengambil upah rawatan manakala Abu Hanifiah memperincikan iaitu haram mengambil upah bagi mengajar Al-Quran dan harus pula untuk rukhah"

Berdasarkan sandaran-sandaran di atas dapat di simpulkan bahawa dibolehkan mengambil ganjaran(bukan sedekah)dari usaha rawatan rukyah sama ada di tentukan kadarnya atau tidak.

Terdapat juga di kalangan masyarakat kita yang tidak dapat menilai jumlah ganjaran yang perlu di beri kepada perawat.Perlu diingat perawat mempertaruhkan diri,nyawa dan keluarnganya dalam membantu juga merawat pesakit,adakalanya perawat atau keluarganya di ganggu juga diserang oleh kerana makhluk jin ini juga dukun-dukun sihir membalas dendam atas kerja-kerja rukyah juga rawatan yang dilakukan kepada pesakitnya

Perawat juga perlu mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarganya.Kerja-kerja merawat adakalanya mengurangkan kerja-kerja lain yang perlu dilakukan.

Amalan doa,zikir,ilmu dan sebagainya.
Doa,zikir,ilmu dan juga amalan kalimah-kalimah juga ayat-ayat Allah dibaca oleh perawat setiap hari,terutamanya selepas solat merupakan Nur,yang terbina dan terkumpul padat dari masa ke semasa pada diri pengamal.Hasil dari amalan tersebut ialah kekuatan batini yang sukar di perolehi dengan jalan lain.Nur yang terkumpul pada diri tadi dapat di alirkan untuk mengubati pesakit melalui sentuhan,kerana itulah seseorang yang Nurnya kuat,keyakinan terhadap Allah semakin meningkat dan menjadikan dirinya semakin hampir pada Allah .Ini menyebabkan doanya mudah diterima.Lantaran itu terdapat perawat yang dapat menolong menyembuhkan pesakit melalui sentuhan tangannya sahaja.
Nur yang wujud pada diri yang membentuk keutuhan iman tidak akan berkurangan biarpun digunakan untuk menolong ramai pesakit.Nur itu bukan merupakan benda Maddi,ia semakin bertambah melalui amalan ibadah seumpama ini di samping menambahkan keyakinan diri melihatkan natijah baik dari hasil amalannya.Atas penjelasan ini juga kita dapati ramai pesakit yang berpunca dari gangguan-gangguan makhlus halus itu sembuh,atau terlepas dari gangguan makhluk-makhluk halus tadi hanya dengan bertentangan mata dengan perawat tadi.Nur itu bersifat metafizik,dan makhluk halus itu nature hidupnya adalah bersifat metafizik juga.Bila ia mendapati perawat itu mempunyai nur yang kuat,dan dapat mengatasi kekuatannya,maka makhluk-makhluk halus itu pun lari dengan sendirinya dan juga kepanasan.
Nur yang wujud pada perawat melalui amalan yang di jelaskan akan berkurangan atau hilang akibat perbuatan maksiat dan yang di tegah oleh Allah yang di lakukan oleh perawat berkenaan.