Tuesday, October 19, 2010

Perjanjian jin


Suatu pagi jumaat kira-kira jam 7.45 pagi ketika dalam perjalanan saya terbaca sms dari seseorang kenalan yang berbunyi” ada orang nak jumpa engkau  makhluk halus, tidak puas hati kerana saudara dia hilang, dia tanya kenapa saudaranya di pasung juga ingin tahu di hantar kemana”.Terkejut juga saya tiba-tiba terima sms bergitu pagi2,sampai ke tempat kerja pun saya memikirkan tentang hal tersebut,kira-kira jam 9 pagi ketika sarapan saya di hubungi rupa-rupanya kenalan  yang hantar sms beritahu  berkenaan anak saudaranya yang ada saya rawat  sehari sebelum hari raya yang pernah saya tulis di blog sebelum ini,saya di maklumkan kira-kira pukul 6 pagi anak saudaranya kerasukan selama 2 jam kerana jin itu tidak mahu keluar selagi tidak berjumpa dengan saya walaupun ayah pesakit memujuk,jin berkenaan hanya  mahu bercakap dengan saya,dalam tempoh 2 jam 3 orang yang cuba merawat juga berunding namun jin ini enggan keluar,pada permulaan mereka tidak kenal pasti siapa yang dimaksudkan jin berkenaan, setelah jin itu menyebut nama saya baru ayah pesakit tahu sayalah yang jin ingin berjumpa,ayah pesakit membuat helah katakan pada jin yang mahu bawa dia kepada saya barulah jin berkenaan mahu berganjak,lalu pesakit di bawa kepada seorang lagi perawat namun jin tetap enggan yang akhirnya bosan keluar sendiri dari tubuh pesakit sebelum keluar jin mengatakan yang ia akan kembali semula.Kenalan saya meminta saya melihat anak saudaranya itu di rompin ,saya mengatakan akan pergi bersamanya selepas solat jumaat nanti.Kira-kira jam 2.30 petang kenalan saya sampai di rumah untuk membawa saya ke rompin bersama seorang lagi kenalan saya,walhal dalam hati saya juga risau takut di persalahkan atas apa yang terjadi kepada pesakit namun saya tawakalalallah sahaja.Ketika dalam perjalanan melintas di sebuah kampung saya sudah merasakan gelombang jin yang mana pasti sedang menunggu kedatangan saya.Pukul 3.30 kami tiba di rumah pesakit di bandar rompin, masuk rumah pesakit saya sudah merasakan bahangnya,setelah mendengar cerita serba sedikit dari pesakit ,saya mulakan rawatan dengan memberi minum air yang telah didoakan,ketika saya membaca fatihah terlihat kaki pesakit seperti terkena renjatan lalu saya membaca doa sulaiman terus memanggil jin yang mahu berjumpa dengan saya...pesakit terus kerasukan dengan nafas yang termengah-mengah,lalu saya memberi salam dan mengatakan sayalah maza yang ingin dia jumpa,jin itu terus dengan nada yang marah minta dilepaskan 2 saudaranya yang di penjara,saya katakan padanya saudaranya itu telah membuat kesalahan kerana itu dikurung,jin itu mengatakan jika saudaranya dilepaskan ia akan pergi dan tidak akan kembali menganggu pesakit,saya mengajaknya memeluk agama islam  namun ia enggan kerana ia mengatakan telah berikrar dengan syaitan untuk menyesatkan manusia,saya tanyakan padanya apa yang syaitan beri pada mereka,jin berkata syaitan menjanjikan kesejahteraan kepada mereka ,saya jelaskan padanya ia hanyalah tipu daya iblis dan syaitan semata-mata dan saya katakan padanya Allah akan memberi taubat kepada jin melainkan iblis dan syaitan,jin hanya terdiam dan saya katakan tiada paksaan dalam islam terpulangla padanya,saya katakan saya boleh lepaskan dengan syarat ia berjanji atau baiah terlebih dahulu,namun ia enggan selagi 2 saudaranya tidak dilepaskan,saya mengatakan jika allah izin saya akan minta 2 saudaranya di lepaskan kemudian dia harus membuat perjanjian,jin menganggukkan kepala tanda setuju.Lalu saya berdoa agar Allah permudahkan usaha saya kerana bimbang juga dipersalahkan nanti tambahan pula saya sudah lupa di mana saudaranya di hantar.Saya katakan pada jin yang saya akan ambil saudaranya lalu di masukkan dalam botol untuk di kenal pasti,saya membaca doa sulaiman dengan niat menarik kedua saudaranya lalu menarik masukkan di dalam botol,namun bila minta di kenal pasti jin mengatakan itu bukan saudaranya,saya mula pening bagaimana nak usahakan kalu ikutkan mahu saja saya hantar jin ini  sekali ke sana oleh kerana tidak mahu hal ini berpanjangan saya cuba dengan jalan berbincang.Jin itu mengatakan saudaranya berada di serambi madinah.Saya mengatakan yang saya akan hadirkan penjaga(jin islam) serambi madinah dam minta ia beri laluan.Saya membaca doa sulaiman juga berdoa agar Allah hadirkan penjaga berkenaan,setelah penjaga itu hadir saya memberi salam lalu menyatakan maksud tujuan saya hadirkannya untuk minta kebenaran melepaskan kedua saudara jin yang di kurung,penjaga berkata kepada saya” kamu percaya kata mereka” aduh!!memang bisala kena ayat tu,saya jelaskan tentang hal tersebut kepadanya ia memberi keizinan dan katanya jika keduanya di hantar dia tidak akan terima lagi,barulah saya faham juga tahu jin-jin yang di hantar kerana selain di penjara jin-jin berkenaan juga di tarbiah juga didakwah seperti pusat pemulihan juga rupanya wallahuallam.Setelah mendapat izin saya tarik kedua jin tersebut di masukkan ke dalam botol untuk di kenal pasti oleh saudaranya,bila minta di kenal pasti jin itu tiba-tiba marah dengan mengatakan saya bersubahat dengan penjaga tersebut,saya katakan padanya dia itu penjaga tempat tu jadi saya minta izinla dari segi adabnya takkan nak main langgar semua,barulah jin itu diam.Setelah di kenal pasti ternyata benar itu kedua saudaranya,jadi saya meminta jin itu membuat perjanjian seperti yang di persetujuinya,saya minta jin itu ikut baiah yang saya bacakan,apabila sampai pada DEMI ALLAH  AKU BERSAKSI DAN BERSUMPAH DENGAN APA YANG TELAH AKU UCAPKAN jin ini terdiam setelah saya ulangi perkataan tersebut barulah jin itu mengikut,saya bertanyakan kepadanya di mana jalan ia mahu keluar jin mengatakan ia mahu keluar dari ubun2 pesakit ini,saya katakan akan memasukkannya dalam botol bersama saudaranya sebelum di hantar ke tempat asalnya,setelah itu rakan saya azan, saya menarik keluar di masukkan kedalam botol,manakala kepada  penjaga serambi madinah saya ucapkan terima kasih atas kesudiannya juga bertanya adakah dia kenal ustaz majid ia mengatakan ia kenal(jangan ada yang salah faham ,ustaz majid bukan berdamping dengan jin tapi ustaz majid yang  pernah juga berdoa kepada Allah untuk penempatan tersebut)setelah memberi salam saya menghantarnya pulang.Saya menepuk-nepuk belakang pesakit untuk memusnahkan tapak2 jin di tubuh pesakit.Pesakit saya bekalkan air minum juga atar kasturi untuk mandian serta meminta membuat amalan ayat kursi.Alhamdulillah pesakit kini pulih seperti sediakala manakala jin yang menganggu saya hantar ke tempat asalnya.

1 comment:

  1. Salam, saya nak tanya, perjanjian nenek moyang dengan jin dahulu kala, boleh kah dirungkaikan?... -IRa

    ReplyDelete