Sunday, October 3, 2010

Rawatan menurut Al-Quran & As-Sunnah

Berikut ini di jelaskan beberapa perkara mengenai asas perubatan :
  • Hukum menuntut ilmu perubatan
  • Hukum mengajar ilmu perubatan
  • Hukum berubat
  • Hukum mengubat dan hak pesakit
  • Hukum menerima ganjaran
Hukum menuntut ilmu perubatan
Alim Ulamak sepakat mengatakan bahawa menuntut ilmu perubatan itu hukumnya Fardu Kifayah,atau satu tanggunggjawab yang di kenakan ke atas orang Islam secara umum untuk mempelajarinya.Sekiranya ia di pelajari orang dalam satu kumpulan maka terlepaslah tanggungjawab orang lain.Semakin sedikit orang yang melakukan tanggungjawab fardu Kifayah itu,maka semakin banyaklah pahala yang di perolehi oleh mereka,kerana mereka merupakan kumpulan orang yang melepaskan tanggungjawab yang seharusnya di pikul oleh orang ramai.
Hukum mengajar ilmu perubatan
Hukum mengajar ilmu perubatan ini wajib bagi orang yang arif mengenainya apabila tiba masanya dan masyarakat pula memerlukannya.Menyembunyikan ilmu itu adalah berdosa dan termasuk dalam golongan orang yang bakhil serta kufur nikmat Allah.Kewajipan ini bergantung kepada faktor-faktor luar,seperti keadaan tempat,penilaian dari orang yang hendak belajar dan lain-lain lagi.
Hukum berubat
Hukum berubat ada dua iaitu harus dan wajib.Pada orang awam hukumnya harus ketika ia masih dapat menanggung kesakitan dan dapat bersabar serta penyakit itu belum teruk.Ia menjadi wajib sekiranya seseorang itu tidak dapat menanggung kesakitan.
Bagi orang khusus ,iaitu seperti Para Wali dan Nabi dimana maqam mereka tinggi dalam menghadapi ujian Allah,hukum berubat adalah haruis.Bagi mereka penyakit itu adalah ujian dari Allah.Kerana itu jika Allah member sakit sebagai ujian maka ia tidak perlu di ubati.Ia perlu diterima dan Allah sahajalah yang menyembuhkannya.Malah kalau penyakit itu di terjadi sebagai ujian,ia tidak akan sembuh biarpun diubati selagi Allah tidak mahu menyembuhkannya.
Hukum mengubat dan hak pesakit
Selain dari berziarah,mengubati pesakit juga merupakan satu kewajipan bagi orang yang mengetahuinya.Orang yang berilmu tetapi tidak sudi menyebarkan kepada masyarakat yang memerlukannya,ia di anggap kufur nikmat.Begitu juga dengan memberi rawatan kepada orang yang memerlukannya.
Bagi orang yang arif khidmat rawatan kepada pesakit adalah salah satu ciri-ciri bersyukur kepada anugerah Allah.Allah memberi seseorang itu ilmu,dan orang yang berilmu itu memberi khidmat melaui ilmu yang dimilikinya dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah,Allah berjanji bahawa ia akan menambahkan lagi keberkatan ilmu yang dimiliki oleh orang yang mensyukuri nikmat Allah di samping memberi rezeki hidup di dunia,ketetapan iman dan juga ketenangan kepada mereka.Dalam Surah Ibrahim :7 Allah berfirman:
"SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR PASTI KAMI AKAN TAMBAH (NIKMAT) KEPADA KAMU,DAN JIKA KAMU MENGINKARI (NIKMATKU).SESUNGGUHNYA AZABKU SANGAT PEDIH"
Seperti yang di jelaskan bahawa berubat itu hukumnya wajib,tetapi kewajipan itu bergantung kepada pihak kedua,iaitu orang yang mengubatinya.Ertinya biarpun berubat itu wajib,tetapi orang yang mengubatinya tidak ada,maka kewajipan tersebut tidak akan terlaksana.Oleh itu orang yang mengubatinya itu mesti ada untuk memenuhi keperluan wajib pesakit itu.
Hukum menerima ganjaran
Harus mengambil ganjaran dari pesakit atas usaha pengubatan yang mengunakan ayat-ayat al-quran ataupun jampi-jampi yang tidak membawa kepada kufur.Sebuah hadist riwayat dari Abd Saad Al-Khudri menyatakan bahawa ia dan sahabat-sahabatnya telah diutuskan oleh Rasulullah dalam sepasukan tentera yang kecil bilangannya,iaitui lebih kurang 30 orang.Apabila tiba di sebuah kampung,mereka telah meminta izin dari penghulu kampung tersebut untuk menumpang bermalam,makan dan minum tapi tidak diizinkan .Dengan takdir Allah penghulu tadi telah di sengat kala dan tidak sembuh biarpun telah diubati oleh beberapa oleh orang ahli ubat.
Dalam keadaan kesana kemari mencari ubat,ada diantara mereka yang mencadangkan supaya menemui kumpulan tentera islam tadi,kalau-kalau  ada di antara mereka yang boleh mengubatinya.Mendengarkan pertanyaan tersebut Abu Saad sanggup mengubati penghulu kampung tersebut,tetapi ia tidak mahu pergi kecuali sekiranya mereka sanggup berjanji memberi beberapa ekor kibas sebagai upah,kerana sebelum itu ia dan sahabat-sahabatnya telah meminta izin untuk bermalam di kampung tersebut tetapi tidak di dibenarkan,malah mereka tidak sedikit pun di pedulikan atau di hormati sebagai daif.Sekiranya pengulu itu tidak sembuh seperti sedia kala mereka tidak perlu memberi upah.
Setelah berjanji memberi 30 ekor kambing kibas,Abu Saad pun menemui penghulu tersebut dan membaca AL-FATIHAH sebanyak 7 kali dengan 7 kali ludah yang sederhana semburnya.Dengan takdir Allah penghulu itu pun pulih seperti sediakala lalu menunaikan janjinya.
Dalam keadaan demikian terlintas di hati Abu Saad sama ada perbuatannya itu membolehkan kan ia menerima upah.Adakah seseorang itu boleh mengambil upah melalui usaha demikian rupa.Lalu ia pun berunding dengan sahabat-sahabatnya yang lain.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bertanya Rasulullah.Mendengarkan pertanyaan Abu Saad itu Baginda tertawa dan bertanya "Dari mana Abu Saad mengetahui bahawa AL-FATIHAH itu adalah ubat.Ia sebenarnya bukan setakat ubat sahaja tetapi IBU dari semua ubat".Rasulullah membenarkan mereka menerima upah tersebut dan meminta supaya satu bahagian daripadanya diberikan kepadanya:
"Terimalah olehmu semua akan kibas dan untukkan bagiku serta kamu satu bahagian"
Dari keterangan hadis itu ternyata bahawa mengambil upah dari pesakit hasil usaha menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan adalah harus dan tidak makruh sama seperti mengambil upah mengajar Al-Quran sebagaimana menurut pendapat mazhab Shafie,Maliki,Ahmad dan Ishak.Nmun demikian Imam Abu Hanifah menegah seseorang itu mengambil upah mengajar Al-Quran tetapi mengharuskan mengambil upat mengubati pesakit yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau zikir.
Rasulullah s.a.w telah meminta Abu Said supaya sebahagian dari upah yang diterima itu diberikan kepadanya dan kepada sahabat supaya hasil tersebut dibahagi-bahagikan kepada orang lain.Abu Said sebenarnya berhak menerima semua kibas tersebut kerana ia yang mengubatinya.Tetapi Abu Said ketika itu berada di kalangan sahabat yang seharusnya di hormati,lebih-lebih lagi ketika meminta izin untuk bermalam di kampung tersebut.Abu Saad adalah disertai oleh para sahabat yang lain.
Walaupun hukuman menerima saguhati dan upah perubatan itu adalah harus akan tetapi jika tidak di ambil adalah lebih baik,kerana perubatan menurut cara ini kemujaraban dan kesembuhannya bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan pengubat.Semakin jujur dan ikhlas seseorang itu makin makbullah doanya.
Anggaplah semua itu pemberian Allah,berusaha kerana Allah,berniat kerana Allah,maka kerana jika sudah bekerja kerana Allah maka ganjaran utama dari Allah,bukan dari manusia.

Hukum menerima bayaran rawatan
Kata Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni"Ada pun mengambil upah rukyah,maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan harus dan beliau sendiri mengatakan 'tidak mengapa".Kata Ibnu Hazam pula dalam Kitab Al-Mahalli,"Upah rukyah adalah harus"
Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitabnya Feqh As-Sirah berkata "Malik.Syafie,Ahmad Ishak dan Abu Thaur berpendapat harus mengambil upah rawatan manakala Abu Hanifiah memperincikan iaitu haram mengambil upah bagi mengajar Al-Quran dan harus pula untuk rukhah"

Berdasarkan sandaran-sandaran di atas dapat di simpulkan bahawa dibolehkan mengambil ganjaran(bukan sedekah)dari usaha rawatan rukyah sama ada di tentukan kadarnya atau tidak.

Terdapat juga di kalangan masyarakat kita yang tidak dapat menilai jumlah ganjaran yang perlu di beri kepada perawat.Perlu diingat perawat mempertaruhkan diri,nyawa dan keluarnganya dalam membantu juga merawat pesakit,adakalanya perawat atau keluarganya di ganggu juga diserang oleh kerana makhluk jin ini juga dukun-dukun sihir membalas dendam atas kerja-kerja rukyah juga rawatan yang dilakukan kepada pesakitnya

Perawat juga perlu mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarganya.Kerja-kerja merawat adakalanya mengurangkan kerja-kerja lain yang perlu dilakukan.

Amalan doa,zikir,ilmu dan sebagainya.
Doa,zikir,ilmu dan juga amalan kalimah-kalimah juga ayat-ayat Allah dibaca oleh perawat setiap hari,terutamanya selepas solat merupakan Nur,yang terbina dan terkumpul padat dari masa ke semasa pada diri pengamal.Hasil dari amalan tersebut ialah kekuatan batini yang sukar di perolehi dengan jalan lain.Nur yang terkumpul pada diri tadi dapat di alirkan untuk mengubati pesakit melalui sentuhan,kerana itulah seseorang yang Nurnya kuat,keyakinan terhadap Allah semakin meningkat dan menjadikan dirinya semakin hampir pada Allah .Ini menyebabkan doanya mudah diterima.Lantaran itu terdapat perawat yang dapat menolong menyembuhkan pesakit melalui sentuhan tangannya sahaja.
Nur yang wujud pada diri yang membentuk keutuhan iman tidak akan berkurangan biarpun digunakan untuk menolong ramai pesakit.Nur itu bukan merupakan benda Maddi,ia semakin bertambah melalui amalan ibadah seumpama ini di samping menambahkan keyakinan diri melihatkan natijah baik dari hasil amalannya.Atas penjelasan ini juga kita dapati ramai pesakit yang berpunca dari gangguan-gangguan makhlus halus itu sembuh,atau terlepas dari gangguan makhluk-makhluk halus tadi hanya dengan bertentangan mata dengan perawat tadi.Nur itu bersifat metafizik,dan makhluk halus itu nature hidupnya adalah bersifat metafizik juga.Bila ia mendapati perawat itu mempunyai nur yang kuat,dan dapat mengatasi kekuatannya,maka makhluk-makhluk halus itu pun lari dengan sendirinya dan juga kepanasan.
Nur yang wujud pada perawat melalui amalan yang di jelaskan akan berkurangan atau hilang akibat perbuatan maksiat dan yang di tegah oleh Allah yang di lakukan oleh perawat berkenaan.  


No comments:

Post a Comment