Saya dihubungi untuk ikhtiar merawat seorang pesakit yang hadir bersama suaminya yang mengalami gangguan yang mana sering sakit kepala,sering nampak kelibat hitam,sukar tidur,dada berdebar-debar,terasa mencucuk-cucuk di kaki,terasa berat di bahu,adakalanya emosi berlebihan juga selalu bermimpi budak-budak kecil berpaut di kakinya,pesakit merupakan seorang jururawat,pesakit telah berikhtiar di hospital kerajaan termasuk pakar juga pernah juga didiagonas di Institut jantung negara (IJN) malah dikatakan sihat tiada mengalami apa-apa masalah kesihatan,sebelum ini pesakit kurang yakin untuk mendapat rawatan alternatif memandangkan pesakit seseorang jururawat pastilah ia lebih kepada perubatan moden,saya merujuk kepada kata-kata ustaz sarhan yang manusia ini terbahagi kepada dua iaitu jasmani dan rohani,jasmani memerlukan makanan seperti nasi,minum, pakaian dan sebagainya manakala rohani pula makanannya umpama zikir,solat,sedekah,zakat .Bergitu juga penyakit ianya terbahagi kepada 2 iaitu penyakit rohan dan jasmani.Sihir,saka dan gangguan jin tergolong dalam penyakit rohani,Jika dengan kaedah perubatan moden tidak dapat mengesan penyakitnya cubalah berikhtiar mendapat rawatan alternatif juga rawatan islam.Seperti biasa pesakit diberikan air doa untuk di minum juga kaedah pemutus lalu saya gunakan kaedah rukyah untuk mengesan gangguan dalam diri pesakit.Saat saya membaca alfatihah pesakit ini kelihatan resah dan terbatuk-batuk, ketika itu saya merasakan renjatan di tapak tangan apabila letakkan tangan di kepala pesakit biasanya itu menandakan memang ada gangguan dalam diri pesakit,ketika membaca ayat kursi pesakit ini kerasukkan lalu saya cuba berdialong dengan jin yang berada dalam tubuh pesakit,hasil dialog jin ini mengatakan ia adalah dari jin saka telah lama tinggal dengan pesakit,jin2 saka ini bertapak di kepala,bahu,perut, juga di tulang belakang saya cuba memujuknya masuk islam dan berdoa Allah perlihatkan kepadanya penempatan islam namun jin itu tetap enggan.Apabila saya minta ia keluar dari tubuh pesakit jin mengatakan ia telah di paku di kedua-dua leher tak dapat keluar biasalah politik jinla ni,saya berkata kepada jin tersebut mengapa ia tidak cabutkan sendiri paku tersebut,jin itu mengatakan “kalau engkau kuat engkau cabutlah”.Oleh kerana jin ini agak degil saya bacakan ayat pembakar juga ayat kursi berulang-ulang,sebelum itu telah saya pasakkan jin tersebut dengan huruf potong.Jin tu cuba meronta-ronta tapi seolah terkunci “engkau buat apa kat aku hah”teriak jin “ahh kenapa kaki aku berat”,saya tidak pedulikan kata2 jin tersebut dengan meneruskan bacaan ayat kursi berulang-ulang “arghhh panas,panas,api besar..api besar” “kenapa engkau cabut paku itu hah...arghh..” jin ini kelihatan teramat marah namun tidak berdaya berbuat apa-apa selain menjerit sakit kepanasan,”aku dendam kau,aku dendam kau “teriak jin,saya katakan pada jin saya hanya berpegang pada kalimah lahaulawalaquwata illa billahil aliyil adzim,bukan saya yang membakarnya semua dengan izin juga kuasa Allah,saya minta ahli team laungkan azan lalu saya menarik jin ini keluar dari ubun-ubun lalu pesakit terjatuh terbaring ,saya minta suami pesakit sedarkan pesakit juga membasuh mukanya serta berikan air minum.Akhir rawatan saya bekalkan pesakit dengan air dan limau untuk minum juga mandi selepas asar 3 hari berturut-turut serta meminta pesakit buat amalan untuk pendinding dirinya.Alhamdulillah pesakit kini dari yang di maklumkan bertambah pulih juga dapat tidur tanpa gangguan.
No comments:
Post a Comment