Saturday, May 11, 2013

Penyembuhan melalui Terapi Air bacaan Yassin








Penggunaan air yassin sebagai penyembuh kepada pelbagai penyakit seperti yang disenaraikan dibawah ini 

Kepada pesakit yang sedang dalam rawatan doktor dan makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan. Teruskan makan ubat seperti biasa. Boleh amalkan terapi ini juga.

Senarai Penyakit Yang Dapat disembuhkan dengan Terapi Air Yassin adalah:
Tekanan Darah Tinggi
Anemia (Kekurangan darah)
Rematik (Sakit pada sendi/otot)
Kelumpuhan
Kegemukan
Radang sendi
Resdung
Tachycardia-degupan jantung pantas dan tidak normal.
Selalu pening dan mual
Batuk
Leukimia
Asma
Bronkitis
paru-paru berair
Radang selaput
Batu Karang
Penyakit urogenital (organ seks)
Kandungan Asid Tinggi dalam darah.
Perubatan Hermorrhage & Opthalmia (Mata berair dan merah)
Haid Tidak Teratur
Kanser Payudara
Migrain
Sakit Dalam Kepala
Cara-cara rawatan.

1. Minum enam (6) gelas air Yassin (1.5 liter) sehari.

2. Pada waktu pagi setelah anda bangun dari tempat tidur, (tanpa gosok gigi) minum 1.5 liter air iaitu Yassin, 5 hingga 6 cawan. Baru anda boleh mencuci muka setelahnya minum air yassin.

3. Perkara ini sangat penting untuk rawatan yang lebih berkesan, jangan minum atau makan apapun selepas diminum dalam tempoh waktu 1 jam sebelum dan sesudah minum ini 1.5 liter air Yassin.

4. Elakkan minum air limau atau lemon, air tapai atau minuman yang beralkohol pada malam sebelumnya.

5. Jika sukar untuk minum 1.5 liter air Yassin pada satu masa, bolehlah dilakukan secara berperingkat. Untuk permulaannya, anda boleh minum empat gelas dulu dan tunggu dua atau lima minit kemudian habiskan dua gelas lagi.

Anda mungkin akan buang air kecil 2 sampai 3 kali dalam masa satu jam, namun ia akan menjadi normal setelah beberapa waktu.

Nota:
Disarankan agar pesakit Artheritis atau rematik melaksanakan terapi ini tiga kali sehari, pagi siang, dan malam iaitu, 1 jam sebelum makan selama satu minggu, dan kemudian dua kali sehari sampai penyakit hilang.

Bagaimana peraturan meminum Yassin Air?

Meminum air minum Yassin biasanya dapat memurnikan dan membersihkan tubuh manusia secara zahir dan batin. Ia akan membuat usus besar lebih berkesan dengan cara membentuk darah baru, dalam istilah perubatan dikenali sebagai "aematopaises". Bahawa mucousal fold pada usus besar dan usus kecil diaktifkan oleh cara ini, merupakan fakta yang tak diragui, seperti teori yang menyatakan bahawa darah segar baru dihasilkan oleh mucousal fold.

Bila usus dibersihkan, maka nutrient dari makanan yang dimakan beberapa kali sehari akan diserap dan dengan kerja mucousal fold itu diubah menjadi darah segar. Darah merupakan hal penting dalam menyembuhkan penyakit dan memelihara kesihatan dan kerana itu air yassin hendaknya diminum dengan teratur.

InsyaAllah segala penyakit dan penawarnya, kita mohon dan berdoalah kepada Allah SWT. Hanya Allah berkuasa menentukan segalanya keatas sesuatu. Kita sebagai hambaNya hanya berusaha dan berikhtiar sahaja.

Pelbagai Kegunaan Air Yaasiin
Rawatan untuk keluarkan angin dari badan:
Rawatan ini sesuai untuk sesiapa yang selalu perut kembung, kencing tidak teratur dan juga mereka yang terasa terkena sampuk atau sihir.

1. Ambil 1/2 gelas air biasa, masukkan dalam periuk dan panaskan selama 5 minit.
2. Kemudian tumbuk halia basah sebesar ibu jari, dan masukkan dalam periuk.
3. Tapiskan air halia dalam gelas.
4. Penuhkan gelas dengan air Yaasiin.
5. Tambahlah sedikit ais dan gula (untuk sedapkan rasa).
6. Bila air dah sejuk minum, InsyaAllah, sendawa kita, dan terkeluar angin dari badan.
Rawatan untuk badan bagi cramp, lenguh-lenguh, sesak nafas:
Rawatan ini sesuai untuk mereka yang sudah berapa kali berurut tetapi cramp dan lenguh-lenguh masih tidak mahu hilang.
1. Ambil halia basah satu genggam.
2. Tumbuk sampai lumaat (atau guna blender tetapi jangan tambah air). Basuhkan dulu bekas cili di blender atau lesung dengan air limau nipis – untuk elakkan pijar cili pada kulit kita.
3. Curahkan 1-2 sudu air Yaasiin.
4. Bancuhkan dalam bekas plastik (yang ada tudung).
5. Sapu bancuhan halia pada bahagian badan yang hendak dirawat:-
Kejang kaki (cramp) – sapu seluruh kaki dari paha ke jari kaki, juga dari pusat ke ari-ari (elakkan kemaluan untuk elakkan pijar)
Lenguh-lenguh otot – sapu di seluruh tulang belakang, perut, dan bahagian lenguh tersebut kalau kencing tidak teratur – sapu dari ari-ari
Sesak nafas – sapu di dada dan perut
Penyeri muka – sapu di seluruh muka, termasuk kelopak mata (hati-hati jangan sampai masuk mata)
6. Halia yang lebih simpan dalam peti ais.


InsyALLAH mana-mana tempat yang ada angin akan rasa panas (seperti terbakar) selama 20 minit lebih. Ulang lagi selama 3-4 hari sehingga rasa panas dari halia tidak terasa lagi.
Memagar rumah:
Cara memagari guna sembur air Yaasiin untuk rumah baru, sekiranya kita tidak tahu amalan pagar rumah, atau tidak mampu/sempat panggil orang memagari rumah. Selain itu cara memagar ini amat sesuai sekiranya kita menginap di kediaman sementara seperti di hotel.
1. Ambil penyembur baju.
2. Masukkan air paip biasa sampai 3/4 penuh.
3. Masukkan air Yaasiin.
4. Sembur semua penjuru-penjuru bilik rumah kecuali bilik air — Tidak perlu basah, sembur sikit sahaja.
5. Untuk tempat-tempat yang selalu kita duduki seperti bilik TV, bilik makan dan bilik tidur, sembur ke siling-siling.
6. Sembur bahagian luar pintu rumah dan pintu dapur.
7. Sembur pagar-pagar di sekeliling rumah.



Berbagai sumber

1 comment:

  1. Salam..terima kasih atas perkongsian ilmu..saya alami kemurungan akibat perasaan rendah diri ..bolehkah saya merawat diri sendiri dgn amalan di atas?@ perlu consult dgn perawat scr terus..saya ada masalah kewangan,agak sukar utk ke tmpt2 rawatan..

    ReplyDelete