Thursday, April 18, 2013

Wangian Kasturi Kijang


Kasturi merupakan wangian yang terbaik di dunia,kehebatan haruman kasturi telah diperkatakan sejak zaman berzaman,Kita biasa mendengar,apa sahaja yang berbau wangi akan dikatakan seharum kasturi,ia mudah ditemui pada bait-baik puisi,kisah-kisah romantis,lagu-lagu,epik-epik cinta dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW sendiri.

Nabi Muhammad SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).

Namun apakah rahsia,khasiat dan keistimewaan yang terkandung di dalam haruman kasturi sehingga baginda bersabda sedemikian?

Dari manakah asalnya kasturi ini?

Terdapat beberapa riwayat yang jelas tentang perkaitan antara wangi-wangian itu dengan nikmat di syurga. Iman Ibnu Qayyim rah pernah menulis,"Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga, Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."
ABU Hurairah berkata: "Ya Rasulullah SAW,daripada apakah dibuat syurga itu? Jawab Baginda: "Daripada air." Kami bertanya: "Beritakan mengenai bangunan syurga!" Jawab Rasulullah bermaksud: "satu bata daripada emas dan satu bata lagi daripada perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan vakut. (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).
Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

Bagaimanakah haruman kasturi ini sampai ke dunia?

Mengikut rujukan pengarang Kitab Iq Al-Alqaa dan juga Kitab Jaami Karaamat Al-Aliyaa, sesungguhnya ketika Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi,baginda telah diziarahi oleh seekor kijang betina,lalu Nabi Adam A.S telah menghadiahkan kijang tersebut secebis daun dari syurga,dengan izin Allah SWT menjadikan kijang itu berbau harum seharum kasturi.

Pada hari ini,keturunan/nasab kijang tersebut telah menghasilkan wangian kasturi yang tumbuh di bahagian bawah perut kijang jantan dipanggil bintil kasturi (musk deer gland/pods).
manusia memproses kasturi tersebut untuk dijadikan minyak wangi dan ubat-ubatan.

Kasturi daripada Kijang merupakan hasil daripada haiwan yang paling mahal di dunia.


Khasiat Memakai Haruman Kasturi 


Kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman.Abu Yusuf Ya'quq ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi merupakan antara tokoh-tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan menggunakan kasturi didalam kajiannya mengenai kimia dan haruman.Beliau telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama Kitab Kimiya al'Itr (Book Of the Chemistry of the Perfume)
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam yang lain,kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan,antaranya:
1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi merupakan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim).
2) Memberi Ketenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Mampu menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Menguatkan tubuh badan.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).


Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu
1) Mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan
2) Melancarkan peredaran darah
3) Merangsang penyingkiran darah haid
4) Mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.

Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser.
Di negara-negara barat,penggunaan kasturi lebih kepada penghasilan wangi-wangian kerana mereka sedar bahawa haruman daripada kasturi mempunyai keistimewaan dan nilai terapi yang tersendiri.Harga minyak kasturi juga amat mahal di sana berbanding di negara asia.



PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN



Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit.


Kaedah Penggunaan Kasturi Kijang


Bagi mendapatkan keberkesanan kasturi kijang yang telah dibacakan ayat Al Quran dan doa syifa' ini maka perlulah secara adabnya digunakan dengan bertertib. Berikut adalah beberapa panduan untuk pengguna kasturi kijang bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Perubatan Kasturi Kijang untuk masalah dalaman wanita:

1. Keputihan
2. Kegatalan
3. Senggugut
4. Berbau

Kaedah:

1. Mulakan dengan bismillah
2. Baca Al Fatihah 1X, Selawat - 3X
3. Sapu kasturi kijang pada jari telunjuk. Ratakan
4. Sapukan dalam faraj 7 malam berturut-turut
(Agak sedikit pedih kerana minyak kasturi kijang bersifat panas)


Minyak Kasturi Kijang untuk masalah:

1. Histeria
2. Kena Sampuk
3. Gangguan Jin

Kaedah:

1. Baca Bismillah, Fatihah dan Selawat
2. Sapu pada lidah dan hidung
3. Titis 3 titik pada air dan minum (Mungkin MUNTAH)

InsyaAllah.

Kasturi  Kijang untuk:

1. Sawan Tangis
2. Sawan Malam/Terkejut-terkejut

Tanda:

- Telinga/Tangan/kakii Sejuk
- Menangis airmata tak keluar
- Bayi sentiasa nak berdukung/melekat di badan 

Penggunaan:

1. Baca bismillah dan selawat
2. Sapu pada kening, belakang telinga, ubun-ubun, dan tapak kaki

(peringatan: untuk bayi hanya disapu sedikit sahaja minyak kasturi kijang ini) 


Kasturi Kijang untuk masalah berikut:

1. Sesak nafas
2. Dada berdebar-debar
3. Rasa Seram Sejuk
4. Batuk
5. Lelah
6.Sakit Jantung

Kaedah:

1. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan Selawat
2. Sapu pada dada dan leher
3. Sapu SEDIKIT SAHAJA pada lidah




Untuk masalah seperti berikut:

1. Pukau
2. Menghilangkan Gangguan Makhluk Halus
3. Cerdaskan Akal

Cara Penggunaan

1. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan Selawat ke atas Nabi s.a.w.
2. Sapu minyak kasturi pada urat nadi.
3. Calit minyat pada kening dan belakang telinga

Untuk masalah:

1. Sihir
2. Santau

Kaedah:

1. Mulakan dengan bismillah
2. Baca Fatihah 3X
3. Baca Selawat 7X
4. Ambil 1 jag besar air mineral/air masak 
5. Tuang 5 titik kasturi kijang ke dalam air
6. Bagi pesakit minum SAMPAI MUNTAH
7. Jika muntah berdarah, tolong pantang makan - benda tajan, bisa dan pedas selama 1 minggu
8. Selain darah, mungkin akan muntah benda lain
9. Rawatan muntah - 3 malam berturut-turut
10.Jika muntah berdarah - sambung hingga malam ke 5,, dan ke 7 jika perlu, sehingga bersih.

Kijang kasturi untuk membantu menguatkan organ luaran lelaki

Cara penggunaan :

1. Mulakan dengan bismillah dan selawat
2. Sapu rata dari pangkal hingga ke hujung zakar
3. Biarkan hingga 20 minit sebelum bersama isteri

Khasiat kasturi kijang

1. Suami mendapat kekuatan luar biasa
2. Isteri mendapat nikmat luarbiasa3. Mengelakkan benih dari gangguan jin dan syaitan
4. Mengelakkan anak downsyndrome
5. Membantu menyelesaikan masalah dalaman wanita



berbagai sumber moga bermanafaat

4 comments:

  1. Salam. Mohon untuk saya kongsikan maklumat yang amat berguna ini untuk rakan rakan dan saudara kita yang lainnya di dalam facebook saya.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    ada jual tak admin??
    kalau ada sms saya..0192595019

    ReplyDelete
  3. blh tak bg tau saya yg mne satu patut sy guna

    ReplyDelete