Thursday, February 2, 2012

Rahsia Lalang - Penawar Asma & Sengal-Sengal Tulang,Sendi & Otot



KHASIAT KEHEBATAN LALANG
Nama saintifiknya : Imperata Cylindrica
Kumpulan : Liliopsida
Spesis : Cylindrica

* Lalang adalah sejenis rumput liar yang tumbuh merata-rata dimana-mana sahaja. Ia dikenali sebagai jenis rumput yang paling degil kerana sukar dimusnahkan. Pertumbuhannya diladang tanaman sering menyebabkan gangguan kepada tanaman lain. Biasanya lalang akan memenangi perlumbaan dalam pertumbuhan rumput-rumput lain dan ia membiak dengan pantas tanpa disedari, kerana pembiakannya melalui akarnya yang melebar didalam tanah.

* Tetapi sebenarnya lalang mempunyai penuh kehebatan sebagai penawar pelbagai penyakit, sesuai dengan kekuatan semua bahagian medianya daripada daun hingga kepada akar.

* ANTARA KEHEBATAN LALANG SEBAGAI PENAWAR /UBATAN

1. Bagi wanita lepas bersalin yang ingin mengecutkan peranakan. Ambilkan akar lalang campurkan dengan kemenyan dan dibakar, tetapi jangan sampai rentung. Kemudian bancuhkan dengan sedikit air dan tempelkan pada peranakan. Lakukan berulang-ulang kali.

2. Untuk kegunaan meningkatkan TENAGA BATIN . Akar lalang dicampurkan dengan beluru dan rebung buluh gading, direbus dan diminum airnya . Tenaga Batin akan lebih kuat, ampuh dan mampu bertahan lama.

3. Jika ada yang mengidap LELAH ( Asma ) . Rebuskan akar lalang, airnya campurkan dengan madu lebah dan diminum .

4. Untuk melawaskan kencing dan batu karang - Akarnya dikeringkan dan direbus kemudian diminum. Sebaik-baiknya jika ada daun dukung anak boleh dicampurkan sekali lebih mujarab.

5. Mengubati DEMAM - Akar lalang dikeringkan, direbus dan diminum hangat 1 sudu pada sekali minum atau secekak akar lalang direbus pada anggaran 4 gelas air dan direbus sehingga menjadi anggaran 2 gelas airnya, campurkan dengan gula batu atau madu dan diminum 3 kali sehari

6. Sengal-Sengal Tulang, Urat dan Otot - Daun lalang dibakar sehingga menjadi abu dan kemudian tempelkan pada bahagian yang sengal

7. Menawar Darah Tinggi - Minum air rebusan akar lalang 3 kali sehari . pagi, tengahari dan malam

8. Akar lalang sebenarnya mengandungi sumber gula yang mampu menjadi penawar kepada kencing bernanah, Syphylis dan buah pinggang dengan meminum air rebusan lalang berterusan mengikut peraturan yang tertib 2 kali sehari pagi dan malam.

9. Menyembuhkan luka - Tumbuk akar lalang hingga lumat dan tempelkan pada luka

10. Air mandian akar lalang . Jika anda inginkan kesegaran rebus akar lalang dan campurkan dengan sebaldi air digunakan untuk bilasan mandi. Anda akan merasakan kesegarannya

* Begitulah antara khasiat kehebatan lalang yang sering kita benci, tetapi ia mampu menyumbang kepada kesihatan manusia, jika mengamalkannya dengan penuh keyakinan dan tawakal kepada Allah S.W.T. Mohon lah keizinan , fatihah dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebelum anda memulakan rutin penggunaan harta alam ini untuk tujuan perubatan dan kesihatan.

berbagai sumber






No comments:

Post a Comment