Di antara cara Rasulullah S.A.W bagi mengubati gangguan jin dan syaitan adalah:-
i) Membaca surah Al-Baqarah ke telinga si pesakit. Baringkan si pesakit dan bacakan surah Al-Baqarah di telinganya, kerana syaitan sangat takut kepada surah Al-Baqarah. Sabda Nabi saw di dalam musnad Ahmad Hanbal, "Janganlah jadikan rumah kamu sunyi seperti kuburan. Rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan".
ii) Membacakan surah Al-Falaq dan An-Naas, dan menyuruh pesakit mengamalkannya, seperti mana kita lihat di dalam hadis di atas.
iii) Membaca "a'uzu bikalimaatillah at-taammah, min syarrima khalaq", iaitu aku berlindung dengan kalam Allah, daripada kejahatan yang Dia ciptakan. Ini merupakan amalan yang diajarkan kepada Rasulullah saw kepada para sahabat. Juga dari amalan sunnah banyak membaca "A'uzubillahi minas syaitaanir rajiim".
iv) Membacakan Ayat Kursi sebelum tidur. Kata syaitan sendiri kepada Abu Hurairah ra, "Sesiapa yang membacakan Ayat Kursi setiap kali sebelum tidur, maka dia tidak akan dihampiri syaitan hingga ke pagi", dan amalan ini disahihkan oleh Rasulullah S.A.W.
v) Membacakan jampi Jibrail as ke atas pesakit, iaitu "Bismillahi arkiq, min kulli syai'in yukziq, wa min kulli sharrin haasid, Allahu yushfiq, bismillahi arkiq", yang bermaksud, "Dengan nama Allah aku jampikan engkau, dari segala apa yang mengganggu dirimu, dan dari segala kejahatan orang yang dengki, Allah lah yang menyembuhkan kamu, dengan nama Allah aku jampikan engkau". Jampi ini dibacakan Jibrail as ketika nabi terkena sihir, dan Rasulullah S.A.W sembuh setelah sekali bacaan. Jampi ini juga boleh dibacakan ke atas air, dan diberikan kepada pesakit untuk mandi dan minum.
vi) Menggunakan daun bidara untuk dijadikan air mandi kepada pesakit, atau diberikan kepada pesakit untuk di hidu. Kaedah ini dipelopori oleh Ibnu Taimiyah. Ini kerana beliau mendapati jin amat alah kepada bau daun bidara. Kaedahnya, ikatkan sedikit daun bidara kepada batu-batu kecil, dan rendamkan di dalam botol berisi air. Ambil sedikit air dari botol dan dicampurkan di dalam air mandian, paling kurang selama seminggu.
vii) Mencari punca sihir, sepertimana di dalam hadis, dan menghapuskannya. Ini merupakan kaedah yang paling berkesan di dalam mengubati sihir.
viii) Adapun cara yang terakhir tetapi juga terpenting, adalah si pesakit menyemak semula amalan dan disiplin dirinya menurut Islam. Jikalau ada di dalam hati perasaan hasad, dengki, enggan menutup aurat dan sebagainya, maka perbaikilah segera. Ini kerana syaitan, menurut Imam Ahmad Hanbal adalah seperti anjing yang kelaparan. Jika di tangan kita ada tulang dan daging, berapa kali kita halaupun anjing itu, ia akan datang kembali, kerana kegemarannya ada pada kita. Begitu juga syaitan. Syirik, bidaah, hasad dan sebagainya, adalah kegemaran syaitan, maka betapa baik si pengubat atau kaedah yang digunakan, jikalau si pesakit sendiri enggan berubah, maka tidak hairan jikalau gangguan datang semula.
Sesungguhnya tiada nasihat yang lebih baik dari perkataan Rasulullah S.A.W, dan tiada sunnah yang lebih baik dari sunnah Rasulullah S.A.W. Bagindalah sebaik-baik bapa, sebaik-baik suami, sebaik-baik jeneral peperangan, sebaik-baik guru, sebaik-baik pemimpin, sebaik-sebaik sahabat, dan sebaik-baik ciptaan. Dengan bantuan Al-Quran dan sunnah yang sahih, insya-Allah segala gangguan dapat kita hindari.
Ya Allah, jauhilah kami dari gangguan Iblis dan anak cucunya, laknatilah mereka, dan jauhilah mereka dari hamba-Mu yang soleh.
Ya Allah, tingkatkanlah kecintaan dan kefahaman kami kepada sunnah Muhammad S.A.W, leraikan prasangka kami terhadapnya andai ada, berikanlah kami kefahaman tentangnya dan jauhilah kami dari kejahilan tentangnya.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W , keluarga dan sahabat baginda.
Wallahualam
berbagai sumber
aslkm wrbt...amat2lh dijamin dgn amalan2 yg diajukan oleh datuk umat iaitu junjungan besar nabi muhammad s.a.w. .yg sgt2 menyayangi dan berusaha membawa umat2nya ke jalan ketakwaan dan beriman di jalan sirotol mustaqim...(Allah s.w.t)..sesungguhnya firmanNya,lebih kurg b'bunyi begini "engkau cintailah atau ikutlah sunnah2ku(nabi mhammd s.a.w.)nescaya engkau akan disayangi oleh Allah Taala(azzawajalla)amin ya rabbal alamin...
ReplyDelete