Rawatan alternatif kaedah Islam dan holistik ini bukan sahaja berperanan sebagai satu bentuk kesinambungan usaha rawatan moden malah menjadi pelengkap dalam menilai dan menyelesaikan masalah sesuatu penyakit. Rawatan ini bukan sahaja sebagai langkah reaktif yang bertindak untuk mengubati penyakit sahaja malah bertindak preventif dan proaktif yaitu menilai aspek menyeluruh dari segi sebab penyakit, langkah pencegahan dan sebagainya.
Holistik dan Menyeluruh
Pendekatan secara holistik ini adalah satu cara penyelesaian untuk jangka panjang. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mendapat penyakit yang disebabkan kuman yang dibawa oleh lalat, kita tidak hanya merawat penyakit tersebut dan mencari punca penyakit itu. Punca jangkitan disini adalah kuman yang datang dari lalat. Pendekatan moden hanya memberi penawar penyakit dan pembunuh kuman serta lalat sebagai reaksi jangkitan itu. Tetapi dalam holistik, kita turut menilai sebab kehadiran lalat membawa penyakit itu. Lalat itu kemungkinan datang dari longgokan sampah terbiar yang berada dikawasan tempat pesakit menginap.
Sekiranya sampah tersebut dialihkan atau dibersihkan, maka masalah lalat itu akan berakhir. Contoh ini walaupun tidak dapat memberi gambaran yang lebih tepat berkenaan pendekatan prenventif dan proaktif dalam holistik tetapi jelas untuk difahami peranannya sebagai satu rawatan alternatif selain rawatan moden.
Gaya Hidup Sihat dan Harmoni.
Islam bukan sekadar agama atau kepercayaan kepada Tuhan yang Esa dan Muhammad Pesuruh Allah tetapi menjadi tunjang dalam setiap aspek kehidupan. Bidang dan ilmu perubatan sama ada moden, alternatif atau tradisional termasuk dalam Islam. Islam adalah gaya kehidupan yang menaja keamanan dan keharmonian. Islam menyarankan kita mencintai diri sendiri, keluarga dan orang lain.
Gaya kehidupan yang sihat ini merangkumi cara pemakanan, pergaulan, pemikiran, kerohanian dan sebagainya. Semua gaya hidup yang baik dan sihat ini disarankan oleh semua orang, semua kaum, semua agama dan semua kepercayaan. Bagaimanapun, panduan yang digunakan dalam islam untuk menilai dan menentukan standard gaya hidup yang baik dan harmoni itu berdasarkan Al Quran dan ‘Role Model‘ Muhammad Pesuruh Allah. Gaya hidup yang baik dan sihat adalah satu usaha menurut Islam berhubung kait dengan keyakinan dan kepercayaan bahawa menjaga diri, fizikal, mental dan spiritual adalah tanggungjawab setiap individu.
Tanggungjawab ini bukan sahaja tanggungjawab umum sebagai seorang manusia didunia tetapi juga sebagai amanah dari Pencipta manusia dan alam semesta ini. Pencipta manusia ini telah mencipta akal manusia dan alam semulajadi. Hubungan antara Pencipta, Manusia dan Alam termasuk dalam satu sistem. Alam dan manusia ini boleh berusaha bantu membantu tetapi hanya Pencipta yang akan mengizinkan, memperbaiki, menguruskan dan memudahkannya.
Perawat bukanlah yang menyembuhkan penyakit, bukan juga teknologi dan ubat penawar yang menyembuhkan. Tugas perawat menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang terbaik adalah untuk bersama – sama membantu memohon keampunan dan rahmat dari Allah, tuhan pencipta. Adalah salah sekiranya perawat meminta pertolongan dari kuasa alam atau kuasa ghaib selain dari Allah, tuhan pencipta manusia dan alam.
Kaedah Islam bukan hanya menggunakan pendekatan secara fizikal dan mental, tetapi turut mencari penyelesaian melalui aspek kerohanian. Dewasa ini, banyak pendekatan motivasi mempraktikkan aspek ini yang dikenali sebagai Spiritual Intelligence – SQ, selain menyentuh aspek Mental – IQ dan Emotional Intelligence – EQ. Gabungan pendekatan tersebut dikenali sebagai ESQ.
Terapi Informasi
Selain itu, rawatan kaedah islam juga mengamalkan terapi secara informasi (Information Therapy) yang menggabungkan bacaan doa, zikir, bacaan Al Quran, tazkirah dan motivasi dalam rawatan. Sebahagian dari anda mungkin terfikir adakah logik jika anda telah disahkan oleh doktor mendapat barah hati setelah sekian lama batuk berdarah terus mendapat rawatan hospital tetapi pada masa yang sama ingin mencuba rawatan alternatif lain yang hanya menggunakan bacaan doa?
Sesungguhnya asas perubatan ini adalah bermula dari keyakinan. Keyakinan itu bukan sahaja melalui minda atau akal, tetapi dari dalam hati. Setiap manusia dianugerahkan kuasa ajaib yang dapat menakluki bumi ini dan berbeza dengan makhluk lain. Kuasa ini adalah akal atau minda kita. Kuasa pada minda kita ini mampu untuk menguasai pergerakan sistem badan kita sendiri.
sumber
seiringsyariat wordpress
No comments:
Post a Comment