Rawatan ISLAM ?
Bila disebut sahaja rawatan Islam ramai membayangkan ia adalah suatu rupa bentuk rawatan yang HANYA menggunakan ayat- ayat suci al-Quran, doa dan Ruqyah (jampi) tertentu semata- mata yang boleh memberi maksud seolah- olah rawatan melalui pendekatan atau kaedah lain bukan sebagai rawatan Islam.
Sebenarnya tanggapan seperti ini adalah suatu kekeliruan yang telah lama wujud dalam masyarakat. Ini kerana sebenarnya ungkapan 'rawatan Islam' adalah satu istilah umum bagi apa jua bentuk dan kaedah rawatan yang bertujuan memulih atau mengubati sesuatu penyakit melalui cara dan pendekatan yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam.
Sama ada melalui kaedah rawatan yang berdasarkan wahyu ( al-Quran & Hadith) atau berdasarkan kajian dan percubaan. Ia tidak hanya terbatas kepada satu-satu kaedah sahaja. Banyak kaedah rawatan tergolong dalam pengertian rawatan Islam seperti kaedah tradisional yang berorentasikan pengambilan herba, kaedah akupuntur, urut, refleksi, kaedah guna haba, gelombang, warna dll.
Sebenarnya perubatan Homeopathy malah kaedah- kaedah moden seperti yang diamal di hospital juga jika dipandang dari segi prinsipnya boleh digolong dalam keumuman pengertian rawatan Islam. Ini selama diketahui tidak menggunakan kaedah, cara, bahan yang bertentangan dengan Islam juga selama tidak memberikan mudharat atau membahayakan seseorang itu.
Jika jelas dan terbukti ada percanggahan dengan prinsip dan hukum Syara' atau berlaku kemudhratan yg nyata maka ketika itu hilanglah ciri 'Islamik' tersebut darinya.
Jika jelas dan terbukti ada percanggahan dengan prinsip dan hukum Syara' atau berlaku kemudhratan yg nyata maka ketika itu hilanglah ciri 'Islamik' tersebut darinya.
Rasulullah saw ada menyebut dalam banyak Hadith tentang berbagai kaedah rawatan yang boleh diamalkan oleh kita seperti berbekam, berpuasa, pengambilan bahan- bahan alami seperti madu, cendawan, jintan hitam, bawang putih dll.
Namun di samping itu semua Rasulullah saw juga pernah mengajarkan suatu bentuk rawatan lain iaitulah rawatan menerusi ayat/bacaan Al-Quran, Ruqyah (jampi) dan doa- doa tertentu. Kaedah perubatan yang berdasarkan Hadith Nabi saw seperti ini dikenali dengan Thibbun Nabawy( rawatan cara Sunnah). Rawatan seperti ini tentunya menduduki tempat yang lebih istimewa.
(*Menggunakan nama Rawatan Islam semata- mata terkadang boleh mengelirukan apabila rawatan yang diberikan hanyalah menggunakan kaedah terapi al-Quran atau Ruqyah. Maka lebih tepat jika dinamakan seperti Pusat Terapi/Rawatan al- Quran.... atau Terapi ar-Ruqyah.....atau Terapi as- Sunnah... atau pun boleh juga menggunakan nama2 yang sesuai seperti Pusat Rawatan al-Hikmah, al-Kauthar. al-Bayaan dsb tanpa perlu menyebut perkataan Islam. Ini bagi mengelakkan tanggapan seolah-olah selain kaedah tersebut sebagai bukan 'rawatan Islam'.
AL-HIKMAH ( الحكمة)
Hikmah adalah suatu ilmu yang membicarakan bagaimana menyempurna & mengatasi segala keperluan dan masalah kehidupan manusia baik yang menyangkut urusan dunia mahupun akhirat. Soal perubatan pula termasuk salah satu bidang penting dalam Ilmu Hikmah. Ulama yang mempeloporinya dikenali sebagai Hukama'.
Manakala rawatan kaedah hikmah ini dilihat sinonim dengan rawatan Islam secara umumnya. Ini kerana Ilmu ini juga bersandarkan petunjuk dan asas Syariat di samping itu ia 'diindahkan' lagi dengan anugerah 'ilham' dari Allah swt kepada mereka. Firman Allah swt:
Ertinya: Dia mengurniakan pengetahuan/ kefahaman itu (al-hikmah) kepada sesiapa yang ia kehendakinya. Dan barangsiapa yang diberikan al-Hikmah itu maka sesungguhnya dia telah dianugerahkan suatu kurniaan yang banyak dan tiadalah mahu mengambil pengajaran itu kecuali orang- orang yg berakal"
- (Al- Baqarah ayat 269)
Rawatan Hikmah adalah suatu bidang yang sangat luas merangkumi kesemua kaedah rawatan Islam. Banyak sekali karya dalam bidang ini ditulis oleh ulama besar silam seperti Al-Ghazali, Al-Buuni, Al- Jauzi, As-Suyuthi, An- Nazilie dll yang tak terhitung jumlahnya.
Rawatan Islam dan rawatan Hikmah secara umumnya ialah kaedah- kaedah rawatan yg tidak bercanggah dengan prinsip serta asas ajaran Islam yang kaya dengan berbagai pendekatan dan cara.
Cuma adakalanya sesetengah kaedah hikmah mungkin dilihat agak luar biasa malah ada yang gopoh menghukumnya Bid'ah. Sebenarnya orang yang suka menghukum pihak lain sebagai sesat atau bidaah hanya kerana perkara tersebut "tak dibuat oleh Nabi saw" sewajarnyalah mempelajari kaedah2 usul dan prinsip hukum yg lima (wajib, sunat, harus, haram dan makruh)sebelum dengan mudah menghukum sesuatu atau seseorang itu sebagai sesat atau bidaah. Ini kerana istilah Bidaah itu sendiri bukannya merujuk kepada hukum lima tersebut. Perkara bidaah yg dilarang atau sesat itu ialah dlm soal2 Aqidah atau ibadah khusus yang dilarang melakukan tokok tambahnya.
Adapun dalam soal2 kehidupan lainnya seperti masalah perubatan, pekerjaan manusia dll sekalipun ia tidak dilakukan oleh Nabi saw tiada pula larangan mengerjakannya asal ia tidak bercanggah dengan hukum Syariat yang nyata atau selama tiada dalil atau nas khusus yang melarangnya.
Ada orang yang keliru lalu mudah menghukum seseorang perawat itu sesat,bidaah dsb semata-mata apabila perawat tersebut melakukan sesuatu amalan atau kaedah rawatan tertentu yang mungkin tidak popular di sisinya atau tidak diketahuinya. Namun bila dihalusi ternyata ia sebenarnya yang keliru kerana apa yang dilakukan perawat itu sebenarnya masih tidak bercanggah dengan Syariat. Bak kata pepatah " bukan tiap2 yang masyhur (popular) itu mesti sebenarnya".
RAWATAN DENGAN AL-QURAN
Sesungguhnya rawatan secara Quranik tergolong dalam rawatan Hikmah yg utama malah ia memiliki ciri- ciri khusus. Ia bersifat holistik berbanding rawatan Islam lain.
Sesetengah pengamal kaedah al-Hikmah khasnya para Hukamak ada mendapat anugerah Allah (Futuhaat Ilahiyyah) swt seperti yang disebutkan sebagai suatu pertolongan Allah dalam melakukan sesuatu amalan hikmah itu. Bagi kita yang mempercayai adanya Ilhaam, Karomah dan Ma'unah (iaitu anugerah pertolongan Allah swt bagi hamba- hambanya yg soleh) perkara ini tidaklah asing lagi. Samada ia berupa perkara luar biasa atau suatu perkara hebat yang susah hendak dilakukan oleh manusia lain. Soal ketaqwaan dan keimanan adalah syarat dan asas utama bagi segala amalan mereka.
Namun seperti yg dimaklumi bukanlah semua perkara ajaib atau luar biasa itu anugerah pertolongan Allah swt kerana perkara- perkara negatif, jahat juga punyai ciri-ciri 'keluarbiasaan'nya seperti sihir, ilmu hitam dsb. Cuma yang satu diredhai Allah dan yang satu lagi dimurkainya.
Cukuplah bila disebutkan al-Hikmah adalah suatu anugerah Allah swt kpd hambanya bila mana ia menjadikan al-Quran , ketaqwaan sebagai jalan dan pegangan hidupnya. Berbeza dgn umpama amalan sihir dsb yg menjadikan syaitan dan perkara kufur sebagai mainan hidupnya. Banyak perkara zahirnya nampak serupa atau seiras..tapi hakikatnya masih jauh berbeza atau tidak sama. Hanya orang berilmu boleh mengenal pasti dan membezakan antara dua perkara 'hebat' dan 'luarbiasa' tersebut.
Namun seperti yg dimaklumi bukanlah semua perkara ajaib atau luar biasa itu anugerah pertolongan Allah swt kerana perkara- perkara negatif, jahat juga punyai ciri-ciri 'keluarbiasaan'nya seperti sihir, ilmu hitam dsb. Cuma yang satu diredhai Allah dan yang satu lagi dimurkainya.
Cukuplah bila disebutkan al-Hikmah adalah suatu anugerah Allah swt kpd hambanya bila mana ia menjadikan al-Quran , ketaqwaan sebagai jalan dan pegangan hidupnya. Berbeza dgn umpama amalan sihir dsb yg menjadikan syaitan dan perkara kufur sebagai mainan hidupnya. Banyak perkara zahirnya nampak serupa atau seiras..tapi hakikatnya masih jauh berbeza atau tidak sama. Hanya orang berilmu boleh mengenal pasti dan membezakan antara dua perkara 'hebat' dan 'luarbiasa' tersebut.
Rawatan mengunakan al-Quran ada mempunyai berbagai pendekatan dan kaifiat. Antaranya ada yang dibacakan ayat/ surah tertentu kepada pesakit secara langsung. Ada pula yang dibacakan pada benda/ objek tertentu seperti air,minyak dsb.
Malah ada kalanya dengan ditulis ayat atau Surah tertentu di atas pinggan, piring putih atau kertas dsb dengan menggunakan tinta suci tertentu. Menulisnya pula haruslah dengan kaifiat dan cara tertentu...kemudian dilarutkan dengan air (samada untuk diminum, disapu atau dimandi oleh pesakit) dan beberapa cara lagi.
Biasanya pada setiap kali rawatan disertakan pula dengan Ruqyah (jampi), zikir- zikir, selawat dan doa- doa tertentu.
Dalam sebuah Hadith Nabi saw menyebutkan:
الفاتحة شفاء من كل داء - روا ه مسلم
“ Al- Fatihah itu adalah penawar bagi semua penyakit ”- (riwayat Muslim) dan juga sabda Baginda s.a.w :
خير الدواء القرءان- رواه ابن ماجه
“ Sebaik-baik ubat adalah al- Quran ” - ( riwayat Ibnu Majah)
Semua ini sesuai dengan maksud ayat 82 Surah al- Isra’ yang menyatakan Al-Quran itu diturunkan sebagai Syifaa’ (penawar) dan Rahmat bagi kaum mukminin. Rawatan dengan al-Quran mempunyai kaifiat dan rahsia tertentu dimana ilmu ini diperolehi menerusi bimbingan dan‘ijazah'dari seseorang guru.
Namun ia bukanlah suatu yang sukar untuk dipelajari. Banyak kitab peninggalan para Hukama’ silam yang boleh dijadikan rujukan dan panduan. Namun dewasa ini agak kurang yang boleh membimbing dan mengajar kitab dan ilmu tersebut. Oleh itu tidaklah semua yang bergelar ustaz mesti tahu dan mampu mempraktikkannya kerana ilmu seperti ini jarang dijadikan kursus di universiti kecuali sekadar menelaahnya secara 'sambil lalu' sahaja.
Sewajarnya kita merujuk dan bertanya kepada mereka yang ahli di bidang tersebut jika ada sebarang kemusykilan yang timbul. Maksud Firman Allah swt :
“Bertanyalah kamu kepada ahli sesuatu perkara itu jika kamu tidak mengetahui"
(Bak kata pujangga "manusia suka memusuhi apa yang ia tidak tahu". Maka sering kita dapati si fulan menyalah, mem'bid'ah' atau menyesatkan si fulan yang lain semata-mata kerana ada suatu perkara yang ia kurang tahu atau fahami sebaiknya. Apalagi jika ada sesuatu kelebihan itu ia sendiri tidak boleh lakukan. Umpama seseorang yang tidak mampu mendaki gunung yang tinggi akan mengatakan kepada orang lain bahawa kerja tersebut adalah pekerjaan sia-sia atau merbahaya semata-mata kelemahannya mendaki gunung itu jua. Walhal dalam kitab- kitab ulama/hukama silam sarat dengan bermacam-macam hikmah, keajaiban dan kehebatan yang boleh diperolehi melalui berkat & mukjizat al- Quran itu sendiri)
sumber
An-anwaa
No comments:
Post a Comment