Thursday, April 21, 2011

Zikirullah Kunci Khazanah Langit Dan Bumi

Adalah dikhabarkan bahawa Sayiddina Uthman ibn Affan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang "Maqalad As-Samawi Wal-Ardh" (Kunci Langit Dan Bumi) mengenai firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi
Renungan Dari Surah Az-Zumar (39), Ayat 63.
Mafhum Ayat: Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan ALLAH yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi.



Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:

Ertinya:
Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia yang awal Dia yang akhir
Dia yang zahir Dia yang bathin
Yang menghidupkan Yang mematikan
Dia yang hidup tanpa mati
Pada-Nya segala kebaikan
Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.

Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:
Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni, 
kedua : terlepas daripada siksaan neraka, 
ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan, 
keempat : dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat, 
kelima : dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a., 
keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil, 
ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga, 
kelapan, dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga, 
kesembilan, dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan, 
kesepuluh : permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”.

" Jika kamu hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya "

(Al-Quran : Ibrahim ; 14:34)



Berbagai sumber

No comments:

Post a Comment