Dah lama rasanya tak update kisah-kisah rawatan dalam blog namun ikhtiar-ikhtiar rawatan masih dilakukan cuma sejak kebelakangan ini banyak membantu pesakit dengan kaedah jarak jauh bagi-bagi pesakit yang memerlukan diantaranya di johor,singapore,selangor, juga kelantan namun bagi kes-kes yang berat melibatkan saka juga sihir yang sudah bertahun mengambil masa juga untuk di bantu dengan kaedah ini malah berbulan jugak nak handle...kadang-kadang tu malas juga nak buat kerana ada sesetengahnya pesakit ni nak mudah dan senang jer minta buat amalan untuk diri pun susah nak buat belum lagi yang terlalu obses dengan jin juga telahan-telahan nujum pak belalang sebelumnya kerana itu saya lebih suka diagnos simptom-simptom penyakit juga gangguan dari menjadi nujum pak belalang yang mana di bimbangkan membawa fitnah,bagi saya rawatan jarak jauh ini harus ada kerjasama dari kedua-kedua pihak dalam permudahkan usaha rawatan di lakukan apapun kaedah dilakukan berbalik semula pada hakikat yang mana kesembuhan itu dari Allah adakalanya Allah berikan penyakit itu merupakan kifarah juga untuk kita lebih dekat dengannya,mungkin sebelum ini tak pernah dengar cd rukyah sekarang dah rajin dengar sekurang-kurangnya mendengar bacaan kalamullah itu mudahan-mudahan melembutkan hati juga beroleh kebaikan, rasanyalah kalau tak sakit entah bila nak dengar cd rukyah ,Hakikatnya disini perawat hanyalah mendoakan dalam membantu kesembuhan dan bukan menyembuhkan.Alternatif lain yang dapat saya bantu ialah mengesyorkan mereka berjumpa perawat-perawat yang berdekatan melainkan pesakit sendiri sanggup untuk hadir diri dalam berikhtiar untuk rawatan,bagi saya mudah dengan cara berdepan dengan pesakit dari gunakan kaedah jarak jauh yang memerlukan tenaga yang banyak juga pemerhatian yang lebih.
Saya masih ingat beberapa bulan yang lalu merawat pesakit wanita yang mengalami sedikit gangguan namun ada sesuatu yang ingin saya kongsikan tentang kebesaran Allah taala yang mana saat saya merukyah pesakit ini ia terlihat kalimah Allah juga huruf-huruf hijaiyah mengelilinginya dengan memancarkan sinar putih bersinar,jika di tanyakan kepada saya mengapa demikian tidaklah dapat saya menjawabnya melainkan menyerahkan atas kekuasaan Allah semata... kerana seperti yang di jelaskan perawat hanya mendoakan yang menyembuhkan hanyalah Allah s.w.t.wallahuallam
No comments:
Post a Comment