Saturday, December 4, 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib
doa-akhir-tahun
Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
doa-awal-tahun


HIKMAH MEMBACA DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.
Sesiapa yang membaca doa Akhir tahun ini, Syaitan berkata :“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Sesiapa yang membaca doa Awal tahun ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

No comments:

Post a Comment