Friday, September 17, 2010

Dadah pun ada jin??


Beberapa hari lepas saya di minta untuk merawat seorang adik kenalan yang terlibat dengan ketagihan dadah,malam itu keluarga dan yang mahu dirawat sampai kira-kira jam 8 malam.Awal rawatan saya minta yang mempunyai masalah ketagihan dadah meminum air kelapa yang telah saya tranfer dengan kaedah shaktivat juga doa,he..he..puas jugalah saya lihat yang ketagihan itu nak menghabiskan minum 3 biji kelapa mau kembung perut di buatnya,cuma yang menghairankan saya bila pesakit berada di dekat saya terasa bahang panas,setelah habis di minum saya minta pesakit duduk berlunjur kaki lalu saya cuba merukyah,saat merukyah saya terasa ada yang bergerak-gerak di kepalanya juga kedua-dua kaki seperti terkena renjatan,lalu saya minta jin-jin dadah yang bersarang dalam tubuhnya turun di kedua-dua ibu jari kakinya,pesakit merasakan ada sesuatu yang bergerak turun merayap menjalar hingga di kedua ibu jarinya kemudian saya menarik semua gangguan yang ada dalam tubuhnya,saat di tarik seperti badannya juga turut di tarik mengikut gerakan tangan saya,saya menariknya berulang kali hingga selesai.Tak sangka juga saya rupanya dadah ini juga punya kaitan dengan jin benarlah seperti yang saya terbaca dahulu dadah ini saat dibuat ianya juga di puja.Setelah itu saya mengunakan kaedah shaktivat kira-kira 30minit terlihat pesakit seperti ingin mahu muntah.Selesai 30 minit saya minta pesakit dimandikan dengan ais juga minyak wangi.Pesakit kelihatan segar daripada mulanya yang agak nampak tak bermaya,saya bekalkan air minum juga minyak wangi untuk mandi selama 3 minggu berturut-turut.Sebelum pulang saya memberi nasihat juga dorongan agar pesakit menghentikan tabiatnya kerana ianya masih di peringkat awal dan masih tidak terlambat lagi untuk berubah.Doa saya moga dianya diberikan kekuatan juga semangat untuk hentikan ketagihannya kerana saya hanya berikhtiar pokok pangkalnya ianya harus dari hati juga kesedaran pesakit itu sendiri.

3 comments:

  1. asalammualaikum, memang betul wahai saudara.. Bahan kimia itu lah jin... ilmu kimia itu adalah sihir.. fahamilah....

    ReplyDelete
  2. DaDaH pUn AdA jIn...SUBAHANALLAH!!! HARAP2 ORANG YG BERKETAGIHAN DADAH DAPAT BERUBAH.

    ReplyDelete
  3. Ini semua taktik orang Kafir nak mengkayalkan dan binasakan anak-anak Islam kita.Agar rosak akidah hilang panduan dan senang menumbangkan kerajaan Islam.

    ReplyDelete