...Selamat datang ke Pusat Rawatan Hikmah Sejati...(No.ca0147017-x).....menyediakan rawatan alternatif secara islami.
Friday, September 17, 2010
Jin balas dendam
Sehari sebelum menyambut hari raya aidilfitri ketika saya sedang membeli barang keperluan di supermarket saya di hubungi seorang teman yang minta saya ke rumahnya untuk melihat anak saudaranya yang kerasukan ketika dalam perjalanan pulang berhari raya di rumah neneknya di muadzam,saya mengatakan insyallah saya akan datang untuk lihat keadaannya,esok nak raya pun ada jugak gangguan cetus hati saya.Setelah pulang ke rumah saya dan seorang teman segera pergi ke rumah pesakit yang berada di rumah neneknya.Saat sampai di rumahnya saya tidak merasakan apa-apa yang negatif di lihat juga anak saudaranya sudah berada dalam keadaan stabil,dari yang di ceritakan ketika dalam perjalanan menaiki kereta tiba-tiba pesakit merasakan badannya panas lalu kerasukkan hingga ke rumah,dalam kelam kabut pesakit meronta teman yang hubungi saya telah azan di telinga anak saudaranya hinggakan jin yang merasuk anak saudaranya kepanasan juga keluar,anak saudaranya kira-kira 3 jin yang di lihat keluar dari tubuhnya.Pesakit telah lama alami gangguan juga pernah di rawat sebelum ini dan sembuh seketika kira-kira beberapa bulan dan berulang kembali ianya berpunca sejak bermimpi di datangi seorang tua,dan ada ketikanya pesakit akan meracau-racau kerasukkan.Pesakit juga sering terlihat lembaga seakan hantu cina di rumahnya adakalanya mencangkung di atas almari juga di sudut penjuru rumahnya,pesakit juga mengatakan mahluk jin telah datang dalam mimpi dan mengatakan ia kan menganggu ketika menjelang hari raya.Teman saya meminta juga untuk melihat keadaan anak saudaranya itu,saat pesakit di sebelah saya ia kelihatan resah juga mengoyang-goyangkan kakinya,awal rawatan saya berikan air yang telah didoakan lalu cuba diagonas pesakit,ketika meletakan tangan di kepala pesakit saya merasakan tapak tangan mencucuk-cucuk biasanya pengalaman saya jika bergitu masih ada jin yang bersarang dalam tubuh,saya mulakan bacaan dengan alfatihah,3qul,ayat kursi juga doa seterusnya saat dirukyah kaki pesakit mengeletar juga kepalanya pusing kekanan kekiri berkali dan sesekali mendengus marah,lalu saya cuba dialog namun tiada jawapan saya memberikan amaran agar ia keluar dan akhirnya bersuara ia tidak mahu keluar,bila di tanya adakah dia islam ia mengaku islam tetapi bila minta mengucap syahadah dia diam mmg politik jinla ni gerutu hati saya, setelah 3x beri amaran dan jin masih berdegil saya membaca doa pembakar jin saat itu pesakit di lihat kepanasan juga mengigil-gigil kesakitan lalu saya menepuk belakang tubuhnya 3x hingga ia sedar kembali.Saya cuba mencari punca gangguan juga beberapa maklumat dari pesakit,oleh kerana gangguan yang telah lama pesakit ini dapat melihat makhluk halus yang menganggunya,lalu saya memanggil juga menarik makhluk jin yang menganggunya untuk berdialong dengan pesakit,saya meminta pesakit memejamkan mata dalam beberapa minit jin yang di panggil menjelma sebagai orang tua muncul di hadapan pesakit berpakaian serba hitam juga ada tali merah di tubuhnya.Hasil dialog dengan jin tersebut ternyata ia bukan islam malah mengatakan ia telah di beritahu bahawa ajaran nabi muhammad itu tidak benar,wah ada juga di kalangan jin yang menyebarkan dakyah sesat sesama mereka setelah berhujah jin ini mengalah,jin mengatakan ia boleh keluar tetapi 2 adik beradiknya tidak mahu,mereka ini rupanya pernah di pasung oleh seorang perawat selama ini dan kehadiran mereka kali ini adalah untuk membalas dendam,ingat manusia jer pandai berdendam jin pun dah advanced,saya memberi pilihan kepada mereka namun 2 beradik dari kalangan jin ini masih berdegil,tiba-tiba jelmaan jin ini hilang dari pandangan pesakit saya,saya minta pesakit melihat di sekelilingnya jika masih ada namun pesakit tidak dapat melihatnya,ketika itu saya merasakan hawa panas berbahang di belakang pesakit,nampaknya jin ini nak main-main lalu saya minta pesakit di baringkan saya selubungkan kain dengan kain putih,saat di selubungkan pesakit resah juga mendengus-dengus dan menjerit bersuara engkau orang nak buat apa dekat aku hah!! he.he jin kantoi patutlah hilang rupanya masuk dalam badan pesakit,saya tidak menghiraukan keadaan pesakit yang mendengus-dengus kali ini saya mengunakan kaedah jurus untuk mengeluarkan jin dalam badan pesakit manakala kain di tarik oleh teman saya melalui hujung kaki,saat di jurus jin dam badan pesakit meraung dengan kuat Arghhhhhh... dan badan sedikit terangkat juga kaki mengeletar hinggakan ahli keluarganya di dalam rumahnya terperanjat terdengar raungannya,alhamdulillah dengan izin Allah jin dapat di keluarkan hai berpeluh juga dahi dibuatnya dah lama tak buat keje menjurus nih,pesakit tidak bermaya keletihan seperti ada sesuatu yang tercabut dari tubuhnya,lalu saya minta teman saya berikan air minum juga untuk di sapukan di tiap sendi dan mukanya.Pesakit di mandikan dengan ais juga minyak wangi malam itu di luar rumah, juga alhamdulillah pesakit kelihatan cergas juga segar setelah di mandikan,tugas terakhir saya adalah untuk menangkap 2 lagi adik beradik jin yang menganggu pesakit,dengan izin Allah saya dapat menangkap keduanya lalu di hantar ke tempat lain,saat menarik untuk di masukan ke dalam botol berdesing telinga saya dibuatnya.Pesakit saya bekalkan air minum juga untuk mandian,saya memberi pesanan agar pesakit membuat amalan 3qul juga ayat kursi untuk pendinding dirinya,setelah minum juga makan dodol raya saya minta diri untuk beransur pulang.Alhamdulillah saat berhari raya tiada gangguan lagi pada pesakit dengan izinnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment