Wednesday, December 30, 2009

Rawatan Yang Disediakan



Rawatan Penyakit


Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Riwayat Abu Daud)

Saudara dan saudari sekelian, melalui sabda baginda dalam hadis tersebut, yakinlah bahawa setiap penyakit yang diturunkan ada penawarnya. Dari itu janganlah kita berputus asa dari berikhtiar mengubati dan mengatasi masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, sebarang ketentuan adalah hak Allah. Kita perlu terus berharap kepadaNya setiap satu adalah dalam rencananya.

Demikianlah, disamping berusaha hendaklah kita berdoa dan terus betawakal kepadaNya semoga penyakit kita sembuh dan masalah yang dihadapi selesai.

Bagaimanapun, Ketentuan adalah haknya. Sabar dan redha akan pemberiannya adalah tanda kesyukuran. Berusahalah, berusahalah, insyaAllah.

Kami berharap dapat membantu anda sebaik mungkin. Bagaimanapun, empunya diri perlu terlebih dahulu membantu diri sendiri. Mulakan dengan keyakinan dan azam yang kuat kepadaNya. Selangkah kita mencari jalan ikhtiar ertinya kita telah menongkat diri untuk menolong diri kita. Kekuatan itu ada pada diri sendiri. Semoga ALLAH menolong kita bersama.
Selawat dan salam keatas Junjungan kita Baginda Rasul Muhammad SAW. Sekian.


Hadis berkaitan Perubatan

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam pernah mengutarakan masalah berubat, sebagaimana di dalam beberapa hadis. Di antaranya,

1. Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda,

"Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah `azza wa jalla." (HR. Muslim)


2. Dari Abu Hurairah radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda,

"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya." (HR. Al Bukhari dan Muslim)

3. Dari Usamah bin Syarik radhiallahu' anhu, bahawa beliau berkata,

"Aku pernah di sisi Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam lalu datanglah sekumpulan arab dusun. Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat? ." Baginda menjawab, "Iya, wahai para hamba Allah berubatlah. Ini kerana Allah `azza wa jalla tidaklah meletakkan sesuatu penyakit melainkan meletakkan pula ubatnya, kecuali satu penyakit." Mereka bertanya, " Penyakit apakah itu? ." Baginda menjawab, "Penyakit ketuaan."

(HR. Ahmad, Al Bukhari dalam Al-Adabul Mufrod, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi, beliau berkata bahawa hadis ini hasan sahih. Syaikhuna Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i mensahihkan hadis ini di dalam kitabnya Al-Jami'us Sahih mimma Laisa fish Sahihain 4/486)


4. Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda,

"Sesungguhnya Allah `azza wa jalla tidaklah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya. Ubat itu diketahui oleh orang yang boleh mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak boleh mengetahuinya. " <------- paham rasanya hadis ni kan


(HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim, beliau mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi. Juga Al-Bushiri mensahihkannya dalam kitab Zawaidnya. Lihat Takhrij Al-Arnauth atas Zadul Ma'ad 4/12-13)
Penyakit penyakit Medik

PENYAKIT JANTUNG

DARAH TINGGI

KENCING MANIS

PENYAKIT KULIT

SUSAH TIDUR

SENGAL-SENGAL URAT/TULANG

KETAGIHAN DADAH

BUASIR

GASTRIK

SAKIT KEPALA/MIGRAIN

ASMA / lelah

JERAWAT

STRESS

GOUT

RESDUNG

BATU KARANG

MAGRAIN

Masalah dan Gangguan

GANGGUAN MENTAL

GANGGUAN MAKHLUK HALUS

MASALAH KERJA

MASALAH RUMAH TANGGA

MASALAH KEKASIH

MASALAH ANAK

BUANG SAKA

KERASUKAN

LAMBAT JODOH



No comments:

Post a Comment