Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.
Malah, Japanese Medical Society juga sudah melakukan kajian membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan gemar meminum air putih mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Namun, tahukan di antara kita bahawa terdapatnya waktu-waktu tertentu yang terbaik untuk mengamalkan minum air putih?
Seeloknya, kita digalakkan untuk minum segelas air putih sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur.
Selain itu, minum air putih sebelum mandi juga dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.
Mengamalkan minum air putih sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang lebih elok, mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita.
Bagi mereka yang sentiasa menitik beratkan tentang kesihatan dan bentuk tubuh yang cantik, mengamalkan minum air putih 30 minit sebelum menjamah makanan adalah terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan kesihatan perut dari membuncit. Selepas kita mengambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu banyak berikutan kandungan perut kita sudah hampir penuh dan membuatkan kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk menjamah makanan yang terlalu banyak.
Bukan sahaja air itu sememangnya penting untuk tubuh kita, mengambilnya mengikut waktu saranan penasihat kesihatan juga terbukti berkesan untuk kita mengekalkan kesihatan bagi jangka masa panjang. Jadi, eloklah kiranya kita mengubah cara dan waktu minum air putih supaya dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit.
Terapi air putih
- Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
- Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
- Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
- Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.
Kelebihan Minum Air putih ketika perut kosong
Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi. Ia juga baik untuk penyakit antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak
Kaedah-kaedahnya :
1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan di samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.
Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kerap kencing beberapa kali.
Adalah lebih baik jika kita teruskan kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang-orang Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan. Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum .
Bolehkah Minum Air Sambil Berdiri?
Rasulullah SAW menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum air berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang.
Adapun minum air berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut.Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.”
Selain itu, ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Apabila kita minum airsambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.
berbagai sumber
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteinfo yang sangat berguna.. terima kasih banyak
ReplyDeletehttp://duniakecantikankesihatan.blogspot.com/