Friday, October 7, 2011

Amalan-amalan bagi pesakit gangguan jin dan Benteng diri

Sakit akibat‘gangguan jin’ memang memeritkan. Datangnya tidak menentu. Namun, jika diamat-amati ternyata penyebabnya ialah nipisnya ‘benteng’ diri pesakit (walaupun bukan semua pesakit). Seandainya pesakit sudah disahkan sembuh, amalan-amalan kerohanian seumpama amalan fardu dan sunat (sunnah) amat perlu dititik-beratkan.
Jika anda leka dan bermalas-malasan, maka bersiap siagalah dengan gangguan-gangguan mereka. Anda harus akur bahawa tubuh badan anda sudah bukan seperti insan normal lainnya. Di dalam badan anda sudah ada highway laluan mereka. Tutupi jalan-jalan tersebut dengan amalan-amalan agama.
Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى amat mengasihi anda. Dia memberi ujian tersebut kerana hakikatnya Dia mahu memberi anda amalan tambahan agar anda lebih dekat kepadaNya.
Menurut sepotong hadith, (mafhumnya lebih kurang); Allah سبحانه وتعالى telah menetapkan kedudukan seseorang pada suatu darjat tertentu. Namun apabila Allah mendapati orang tersebut belum juga dapat mencapai tahap yang telah Dia tetapkan melalui amalannya, maka Allah سبحانه وتعالى menurunkan ujian berupa sakit dan sebagainya.
Semuanya adalah agar dengan pahala penanggungan sakit dan lain-lain ujian itu, hamba tersebut akan sampai ke darjat tersebut. Oh, betapa Maha Pengasihnya Allah.

1- Memurnikan Tauhid Dan Meluruskan Akidah:

Proses bagi memurnikan tauhid, iaitu hanya bertuhankan Allah s.w.t. dan tidak selainNya perlu menjadi amalan dan diperjuangkan seumur hidup, sehingga individu itu berjaya mengucapkan kalimah tauhid pada akhir kalamnya. Dalam erti mendalam ialah mengeluarkan segala kebesaran makhluk (selain Allah s.w.t.) dan hanya ada kebesaran Allah s.w.t. di dalam hati, jiwa dan minda. Sehingga tiada sebarang makhluk yang menjadi sumber ketakutan, ketaatan dan kepatuhan selain Allah s.w.t. Akidah wajib diluruskan pada setiap waktu melalui menuntut ilmu serta mengamalkannya dan sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk terus bertaqarrub kepada Allah s.w.t.

Semua manusia hanya perlu menyembah kepada Allah s.w.t., meminta hanya kepada Allah, berharap hanya kepada Allah, mengadu dan berdoa hanya kepada Allah s.w.t. serta mengingati Allah s.w.t. pada waktu susah dan senang. Hubungan dengan Allah s.w.t. perlu dijaga dan disuburkan dengan sentiasa bermunajat, berzikir dan mencintai Allah s.w.t. Dengan adanya perasaan ini, kita tidak perlu lagi menggunakan tangkal dan azimat. Kita tidak perlu bergantung harap kepada manusia ataupun apa jua makhluk Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang perlu diagungkan, dimuliakan dan dibesarkan.

2. Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Umat Islam perlu meyakini dan memahami bahawa tiada kejayaan melainkan mentaati perintah Allah s.w.t. serta mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Wajib meyakini bahawa setiap ajaran yang ditunjukkan oleh baginda adalah yang terbaik dan kita perlu mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Beliau adalah seorang yang maksum, iaitu terpelihara daripada segala dosa. Beliau juga yang memberi syafaat di padang mahsyar kelak. Setiap perkataan, perbuatan dan buah fikirannya adalah daripada Allah s.w.t. semata-mata.

Segala sunnah begitu dibenci oleh syaitan, iblis dan jin-jin yang jahat. Amalan sunnah Nabi s.a.w. bukan sahaja mempunyai faedah kerohanian tetapi juga perlindungan daripada gangguan mereka. Antara contoh amalan harian berdasarkan sunnah Nabi s.a.w. adalah seperti berikut:

Mengamalkan doa sebelum tidur, membaca ayat Kursi dan 3 Qul sebelum tidur. Doa-doa ini diamalkan bagi mendapatkan perlindungan daripada gangguan syaitan dan iblis.
Membaca doa dan menyebut nama Allah s.w.t. ketika masuk dan keluar rumah. Amalan ini menjadikan rumah itu terhindar daripada didiami jin, syaitan dan iblis pada hari itu.
Membaca ayat Kursi ketika keluar rumah. Allah s.w.t. melindungi orang yang mengamalkan ayat ini daripada gangguan syaitan dan iblis.
Membaca doa ketika jimak dapat mengelakkan persetubuhan dari disertai oleh jin dan syaitan, insyaAllah zuriat yang dilahirkan akan mendapat perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan syaitan dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Terdapat banyak lagi amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu kita perlu mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan sunnah Nabi s.a.w. dengan cara berguru dengan para alim ulama secara berterusan bagi memperkasa benteng diri daripada gangguan jin, syaitan dan iblis.

3. Menjaga Solat

Solat adalah tiang agama. Ia adalah salah satu dari rukun-rukun Islam. Mendirikannya adalah wajib bagi mereka yang cukup syarat-syaratnya. Selepas iman, solat adalah amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah s.w.t. Mereka yang mengaku Islam wajib mendirikan solat. Solat menghubungkan diri dengan Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w. sudah pun menunjukkan kadar minimum yang wajib dilakukan adalah 5 kali sehari semalam.

Amalan solat perlu sempurna dari segi perlaksanaan fizikal, iaitu mengikut hukum fiqh yang betul dan perlaksanaan khusyuknya. Solat yang betul dari segi perlaksanaan syariat tetapi tidak khusyuk tetap dapat pahala tetapi kurang memberi kesan pada hati. Solat yang khusyuk tetapi tidak betul seperti yang diajar oleh Nabi muhammad s.a.w. tidak diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu solat mestilah betul dari segi syariatnya dan benar dari segi khusyuknya untuk menjadi benteng kerohanian yang kuat demi melawan segala godaan jin, syaitan dan iblis. Solat yang sempurna akan dapat mencegah manusia daripada melakukan perkara-perkara keji dan mungkar. Perlaksanaan terbaik mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. ialah dengan solat berjemaah…..baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjemaah hingga baginda wafat.

Selain solat fardhu, solat-solat sunat amat perlu dilakukan sebagai cara mengukuhkan hubungan dengan Allah s.w.t. Di antara solat sunat yang amat digalakkan memperbanyakkannya ialah solat tahajjud, solat dhuha, solat witir dan solat sunat rawatib.


4. Memperbanyakkan Membaca al-Quran Dan Mentaddabur Isi Kandungannya

Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t. sebagai panduan. Al-Quran juga adalah sebagai sumber penyembuh dan rahmat yang diturunkan kepada orang-orang beriman. Al-Quran perlu dibaca setiap hari bagi mendapat petunjuk, keberkatan dan nur. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang dapat dijadikan amalan harian ataupun amalan ruqyah sebagai rawatan penyakit yang berpunca daripada jin, syaitan dan iblis. Ayat-ayat seperti ini perlu diamalkan dengan yakin kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. sahaja zat yang Maha Penyembuh. Amalkan ayat-ayat tersebut setiap hari secara istiqomah (konsisten) agar sebati dengan diri sehingga tidak ada lagi jin, syaitan dan iblis yang mampu mengganggu kita.

5. Memperbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W. Dan Ahli Keluarga Serta Sahabat-sahabat Beliau

Umat Islam digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat beliau. Orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekali , Allah s.w.t. berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali. Memperbanyakkan selawat mendatangkan rahmat Allah s.w.t. kepada pembacanya. Kita digalakkan menutup doa kita dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., supaya Allah s.w.t. mendengar doa itu. Memperbanyakkan selawat juga dapat menjamin orang itu mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. ketika berada di padang mahsyar kelak.

Bolehlah diamal mana-mana selawat dan terlebih afdhal selawat dianjurkan dalam hadis-hadis sahih seperti selawat di dalam tahiyyat akhir dalam solat.

6. Menjauhi Dan Meninggalkan Maksiat Dan Dosa

Amalan dosa dan maksiat disukai oleh jin, syaitan dan iblis. Melakukan dosa besar ataupun mengekalkan dosa-dosa kecil akan menggelapkan hati. Hati yang hitam dengan dosa sukar mendapat hidayah dan sukar mendengar nasihat. Sekiranya orang itu berkekalan dengan segala bentuk maksiat, Allah s.w.t. akan menghantar jin,syaitan dan iblis menjadi temannya. Pesakit gangguan jin digalakkan melakukan taubat nasuha, iaitu meninggalkan amalan-amalan dosa dengan melakukan solat taubat dan ditambah dengan beristighfar kepada Allah s.w.t. supaya diampuni dosanya. Amalan-amalan yang dapat melalaikan seperti bercakap lucah, mendengar muzik yang melekakan, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan perlu ditinggalkan dan dijauhi.

7. Memperbanyakkan Amalan-amalan Sunat

Setiap perkara yang baik dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. tidak disukai oleh jin, syaitan dan iblis. Melakukan banyal amalan-amalan sunat adalah cara bagi mendapatkan cinta dan kasih sayang Allah s.w.t. Antara amalan sunat yang perlu diperbanyakkan adalah solat-solat sunat, puasa sunat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, bersedekah dan bercakap yang baik-baik.

Pesakit gangguan jin juga digalakkan memperbanyakkan munajat dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya Allah s.w.t. memberkati proses penyembuhan penyakit yang dilaluinya. Selagi Allah belum memakbulkan kesembuhan, beliau perlu redha dengan sakit yang dialami dengan harapan, Allah s.w.t. memberi keampunan dosa. Kemungkinan penyakit itu akibat dosanya sendiri atau sebagai kafarah baginya. Bertahajud serta berzikir dan bertaubat juga dapat menguatkan rohani. Ia juga dapat menjadi benteng daripaga segala bentuk gangguan jin, syaitan dan iblis.

Allah s.w.t. tealh berfirman yang bermaksud:”Dan Kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Isra’ ayat: 82

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang bermaksud:”Setiap penyakit ada ubatnya (penawar) dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah” – hadis riwayat Muslim

Junjungan kita Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk mengubati bebagai macam penyakit, samada disebabkan tukang sihir seperti guna-guna atau disebabkan gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lain atau terkena gigitan binatang bisa seperti kala-jengking, lipan, ular dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. juga menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk tujuan memohon perlindungan Allah s.w.t. (pelindung diri). amalan ini telah diteruskan hinggalah ke zaman ini. Telah terbukti dengan mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang diajar oleh Rasullah s.a.w. dapat menyelesaikan masalah walaupun perubatan moden tidak mampu menanganinya. Semuanya adalah dengan kehendak Allah s.w.t.

Keberkesannya adalah bergantung sejuah mana keyakinan seseorang itu kepada Allah s.w.t. Mari kita tingkatkan iman dan yakin kita kepada Allah s.w.t. dengan mengamalkan ayat-ayatNya dalam segenap aspek kehidupan agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t.: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada siapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu, dan jika Dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? Dan (ingatlah) kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal (berserah diri) – surah ali-Imran: ayat 160

AMALAN WAJIB PESAKIT:

Amalkan zikir pendinding selepas solat subuh dan maghrib 100x sehari

Sarana untuk membentengi diri dari ganguan jin itu dinyatakan juga oleh baginda Nabi saw. dalam sabdanya: Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


dalam sehari sebanyak seratus kali, niscaya dia mendapat pahala sebagaimana orang memerdekakan sepuluh budak. Dia juga diampunkan seratus kejahatan, dibuatkan untuknya benteng sebagai pelindung dari setan pada hari itu hingga petang hari. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik darinya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak darinya.

Tasbih Nabi Yunus 100x sehari




Surah al-Fatihah
- Ayat al-Kursi
- Subhanallah 33 kali.
- Alhamdulillah 33 kali.
- Allahu Akbar 33 kali.
- Baca khawatim (penutup) surah al-Baqarah iaitu ayat 285-286 seperti di bawah:


 


(285) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.
(Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

(286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Makna mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kejahatan dan bencana syaitan atau manusia dan jin, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.

13. Baca surah-surah berikut ketika hendak tidur dan ulangi sebanyak tiga kali:
- al-Ikhlas sekali.
- al-Falaq sekali.
- an-Nas sekali.
- Bismillah 21x
- KEMUDIAN DOA: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kejahatan JIN dan niat jahat Manusia”. Hembus atau meniup tapak tangan dan sapukan ke seluruh tubuh yang tercapai oleh tangan tanpa pengecualian.
 
14. Amalkan bacaan surah al-Baqarah (seluruhnya) setiap 3 hari sekali.
15. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم sekurang-kurangn
ya 100 kali sehari.


Amalan keluar rumah

Bismillah 5



Maksudnya:

1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Khasiat Ayat Ini

1. Penawar bisa
2. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang, bisa bisa badan,gila merian
3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
4.pendinding diri
5.penggerak
6.dibaca pada minyak untuk urutan

Amalan untuk pendinding diri dan rumah


Disini diantara kaedah ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir
dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para anbiya. Ilmu ini
tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kesungguhan juga istiqamah.
 

 
Dilakukan Waktu selepas solat maghrib, seeloknya pada hari selasa bagi memagar
diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana
Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,
buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembok/benteng yg amat kebal dan juga memagar diri dengan jarak sejauh mata memandang . Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembok/benteng itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk
tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 7 kali sehingga kita berada dalam satu
tembok empat persegi yang sempurna dan satu ditengah2 diri.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk
yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.


moga bermanafaat

8 comments:

  1. Salam master, boleh saya ambil guna doa-doa dalan amalan di atas utk mendinding diri?

    ReplyDelete
  2. Salam saudara... Sy mohon izin untuk mengamalkan amalan d atas...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Izinkan saya share di blog saya untuk kebaikan kita semua.

    ReplyDelete
  4. Tuan,mohon izin untuk amalan.semoga mendapat berkat.

    ReplyDelete
  5. Tuan,izinkan untuk amalan.semoga mendapat berkat.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, Mohon share Ye.
    Dan boleh saya dapatkan nombor pusat rawatan ini,bg tujuan rawatan.

    ReplyDelete
  7. Salam .. . .pak usataz saya mohon ijzah amalan nya ya pak ustaz

    ReplyDelete