Mari kita renungkan sejenak, bahawa setiap firman Allah yang direkodkan di dalam Al Quran, adalah perkataan dari Allah S.W.T sendiri, Pencipta sekalian alam ini. Kita perlu juga mengetahui, bahawa ayat-ayat Allah bukanlah hanya sekadar pembacaan mulut kita sahaja.
Setiap kali kita membaca Al Quran, ayat-ayat ini mempunyai tenaga dan frekuensi yang amat kuat, di mana kita selalu mendengar dari ustaz-ustaz dan para alim ulama yang mengatakan bahawa ayat-ayat Al Quran mempunyai khasiat. Dalam istilah sains, perkataan khasiat ini sebenarnya adalah merupakan tenaga.
Sebagai bukti, Allah telah memberi jaminan, bahawa isi kandungan Al Quran akan tetap terpelihara sehingga hari kiamat, dan tidak akan dapat diselewengkan, ditiru, atau pun dipalsukan. Ianya hanya boleh bertukar bentuk, iaitu dari bentuk asal (firman Allah) yang diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W oleh perantaraan Malaikat Jibril A.S di dalam bahasa Arab (yang direkodkan/dijilidkan), sehingga ke bentuk moden, yang pada hari ini boleh kita temukan dalam bentuk CD, Software dan sebagainya.
Tetapi isi kandungannya tidak akan pernah berubah, tidak akan dapat dipinda atau diubah oleh sesiapapun kerana adanya jaminan pemeliharaan dari Allah.
Apakah pula definisi tenaga di dalam fizik?
Tenaga di dalam fizik merupakan suatu kuantiti skalar yang menerangkan jumlah kerja yang dapat dilakukan oleh sesebuah daya dan juga merupakan sejenis ciri pada objek dan sistem yang menuruti sebuah Hukum Keabadian. Jenis-jenis tenaga termasuklah tenaga kinetik, keupayaan, haba, graviti, bunyi, cahaya, elastik dan elektromagnetik.
Mengikut Prinsip Keabadian :
Tenaga tidak boleh hilang atau dimusnahkan tetapi ia boleh di tukar kepada bentuk yang lain.
Perhatikanlah kesinambungan definisi tenaga yang dapat kita lihat dari penerangan diatas. Maka janganlah kita memandang rendah pada pembacaan ayat-ayat Al Quran, kerana setiap pembacaan, ianya mengeluarkan tenaga yang amat kuat frekuensinya. Amalkanlah ayat-ayat Al Quran dalam hidup kita. Tenaganya boleh berfungsi sebagai ubat, penawar, meluaskan kemewahan rezeki, ketaqwaan, keimanan dan akhlak yang positif.
Kebenaran AL QURAN adalah benar dan terus di buktikan secara SAINTIFIK
Tubuh badan manusia dibina dari lebih dari 53 trillion sel-sel yang hidup dan sentiasa bergetar. Hasil daripada getaran itulah yang mengeluarkan haba dan memanaskan tubuh badan manusia. Sel-sel tubuh manusia memerlukan zat makanan untuk hidup dan melakukan fungsinya.
Kajian terkini menggunakan “ nano teknologi ” telah mendapati bahawa dalam setiap sel itu pula mengandungi 10,000 sel hidup yang memiliki kebijaksanaan (intelligence) dan melaksanakan fungsi seperti mana yang telah diprogramkan. Program-program ini dikawal oleh otak melalui talian maklumat yang disampaikan menerusi sistem saraf (meredian lines). Talian saraf ini seumpama talian telefon yang memerlukan tenaga eletrik bagi membawa denyutan (pulse) maklumat daripada otak ke anggota tubuh menerusi saraf sebagai “arahan” dan sebaliknya maklumat daripada anggota tubuh dihantar sebagai “ laporan ” kepada otak supaya otak dapat memproses maklumat itu dan mengenalpasti keadaan anggota berkenaan.
Sekiranya anggota itu sakit, maka otak akan mencari penyelesaiannya seperti mengeluarkan enzim-enzim atau kimia tertentu bagi memulihkan anggota berkenaan. Kesemua proses biologi ini tersusun dalam satu rangkaian proses yang berhubung kait antara satu sama lain.
Fenomena dalam tubuh manusia ini amat menakjubkan para pengkaji dan saintis ditambah pula dengan penemuan Medan Tenaga Manusia (Human Energy Field (HEF)) oleh Dr Willian Kilner pada tahun 1911 lagi. Kilner memanggilnya sebagai AURA dan istilah ini masih digunakan sampai hari ini.
Kajiannya mendapati bahawa medan tenaga manusia ini memiliki beberapa lapisan tenaga utama. Lapisan paling hampir berada dalam tubuh hingga ke kulit.
Lapisan kedua meliputi satu inci daripada kulit dan lapisan ketiga meliputi 6 inci daripada lapisan kulit tubuh manusia. Ujian teliti telah dilakukannya dan mendapati bahawa kadar lapisan tenaga ini berbeza berdasarkan umur, jantina, kesihatan, kebolehan mental dan emosi seseorang.
Dr Wilhelm Reich, seorang saintis dan juga psychiatrist menamakannya “orgone” dan menemui bukti bahawa aliran tenaga dalam tubuh manusia mempunyai hubungan rapat dengan keadaan fizikal dan psikologi manusia. Reich mengakui bahawa teknik rawatan akupuntur yang diamalkan oleh tabib-tabib cina semenjak ribuan tahun dahulu dengan melepaskan halangan tenaga yang tersekat dalam sistem saraf manusia mampu menghapuskan fikiran negatif, tekanan emosi dan kesakitan fizikal.
Pada tahun 1930, Dr Lawrence Bendit dan Phoebe Bendit juga menemui bukti hubungan antara medan tenaga manusia dengan kesihatan dan keupayaan penyembuhan tubuh, malah kaitannya dengan kepercayaan agama dan kerohanian. Ini disokong oleh Dr Schafica Karagula dan Dr Dianne yang mendalami fenomena ini dan berjaya mengkaitkannya sehingga kepada masalah gangguan fikiran otak hinggalah ke perut.
Perlu kita ingat, medan tenaga manusia ini adalah berasaskan tenaga yang dihasilkan oleh sel-sel tubuh manusia yang bergetar disebabkan oleh getaran atom-atom dalam sel tersebut.
Dr. Richard Dobrin, Dr John Pierrakos dan Dr Barbara Ann Brennan pula membuat kajian dan analisa terperinci tentang medan tenaga manusia ini dan berjaya membuktikan bahawa tenaga ini juga menghasilkan sinar cahaya. Mereka menggunakan alat pengesan cahaya yang amat sensitif hingga boleh mengesan kadar gelombang cahaya serendah 350 nanometer. Kadar sinar cahaya ini amat bergantung kepada kesihatan, perasaan dan emosi seseorang dan penemuan yang paling menakjubkan adalah kaitannya dengan kepercayaan keagamaan dan spiritual seseorang.
Amat benarlah hadis yg diriwayatkan Bukhari dan Muslim yg mafhumnya :
" Sesungguhnya umatku akan dipanggil kelak dgn muka2 dan tangan2 yg bercahaya dari bekas wuduk,maka barangsiapa dari kamu dapat memperpanjangkan cahaya mukanya maka hendaklah dia melaksanakannya "
Sementara hadis riwayat ibnu Asaakir dan Dailammi pula berbunyi :
" Istighfar itu papan catatan amal,kemilau cahayanya "
Pernah juga kita terdengar Nur yg terpancar dari wajah org2 soleh dan Nur dari wajah RAsulullah SAW.
Dr. William Eidson dan Karen Gestla dari Universiti Drexel, Dr Hiroshi Motoyama dari Jepun, Dr Zheng Rongliang dari Universiti Lanzhou juga membuat kajian lanjut berkenaan medan tenaga ini. Sementara itu, sekumpulan saintis dari Bioinformation Institute of A.S Popow mengumumkan penemuan kukuh bahawa organisma hidup mengeluarkan getaran tenaga berfrekuensi antara 300 hingga 2000 nanometers. Mereka memanggilnya sebagai ‘Medan Tenaga Bio” atau “Bioplasma”.
Penemuan ini disahkan oleh Akademi Perubatan Moscow dan disokong oleh penyelidikan di Great Britain, Netherlands, Germany, Amerika dan Poland.
Sel-sel tubuh memerlukan air sebagai sumber makanan utama dengan membentuk 70% daripada tubuh adalah air. Berlandaskan fakta ini dapatlah kita simpulkan bahawa makanan dan minuman yang baik akan membentuk sel-sel yang baik. Sel-sel yang baik ini pula akan bergetar mengeluarkan tenaga. Perubahan kekuatan bioplasma dan sinar cahaya oleh tenaga itu pula telah dibuktikan secara saintifik berkait rapat dengan kadar kesihatan, fizikal, emosi, malah psikologi dan kerohanian seseorang. Maka kini terbongkarlah secara saintifik rahsia rawatan alternatif yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu yang digelar sebagai sains kuno.
Dapatlah kita fahami kini bagaimana logik dan relevennya amalan masyarakat kita yang diwarisi dari petua dan kaedah ulama silam seperti amalan mingguan membaca Surah Yasin yang biasanya diisi sebagai program amal pada malam Jumaat dan ada antara kita yang mengambil kesempatan menadah air sempena keberkatan daripada bacaan Surah Yasin tersebut.
Adakah amalan meminum air Yasin ini adalah perbuatan sia-sia? Adakah ia amalan khurafat, bidáh dan tak logik akal? Allah SWT menciptakan asbab bagi setiap kejadian. Bagaimana pula asbab bagi pelbagai mukjizat ayat Al-Quran ini? Sains dan Al-Quran tidak dapat dipisahkan. Sains berada didalam Agama dan Al-quran.
Kata alim ulama, membaca Al-Quran membawa keberkatan dan kini sains telah membuktikan kebenarannya. Keberkatan bererti baik dan bermanafaat dunia dan akhirat. Apabila getaran suara daripada bacaan Al-Quran bertembung dengan getaran sel-sel tubuh yang juga bergetar, ia akan berinteraksi dan bersatu.
Getaran bacaan Al-Quran daripada ayat-ayat tertentu memberi makna dan impak berbeza menurut maksud ayat-ayat tersebut. Maka dakwaan bahawa ayat-ayat shifa yang memberi impak perubatan zahir dan batin merupakan kenyataan yang amat benar secara saintifiknya.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israa’ ayat 82 mafhumnya:
“Dan Kami turunkan daripada Al-Quran apa yang menjadi penyembuh(ubat) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman(yang mempercayainya) dan tiadalah Al-Quran itu menambahkan kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”
Sabda Rasulullah SAW;
“Lazimilah kamu menggunakan dua penyembuh iaitu manisan madu(asli) dan Al-Quran.”
Allah SWT berkuasa “mencipta dari yang tiada” dan manusia hanya berupaya mencipta dari yang ada. Maka anugerah “mencipta dari yang ada” patutlah dimanfaatkan oleh manusia. Ciptalah gelombang dan getaran positif kedunia ini dari pemikiran, suara, tulisan, lukisan dan perasaan serta niat yang baik. Getaran-getaran tersebut akan berinteraksi dengan apa saja binaan dan unsur didunia ini, apatah lagi bioplasma tubuh manusia yang bersifat halus dan lembut.
Penciptaan rawatan menerusi air yang dibacakan atau ditulis ayat Al-Quran memang secara sainsnya terbukti memberi kesan kepada organisma bioplasma samaada manusia, binatang, tumbuhan atau apa saja yang seunsur dengannya.
Asasnya, semua kejadian daripada Allah, itulah akidah kita. Berusaha dan bersungguh, dengan izin Allahlah usaha dan ciptaan kita akan berhasil. Sementara manusia yang takut untuk mencipta apa-apa tidak akan merasai bertapa hidupnya alam ciptaan Allah ini.
Lapangkan dada dan minda, bacalah ayat-ayat Allah SWT dengan penuh penjiwaan, apabila getaran ayat-ayat ini telah berinteraksi dengan getaran bioplasma tubuh, kita akan dapat rasai betapa tenangnya emosi dan perasaan kita. Ketenangan inilah yang mententeramkan fikiran dan merawat getaran bioplasma neuron otak agar berfungsi seperti sediakala.
Otak yang mengawal semua fungsi sel dan tenaga manusia akan memproses dan memberi reaksi yang sesuai dengan mengeluarkan kimia tubuh samada kimia di otak atau cecair kimia di organ-organ tubuh bagi memperbetulkan organ-organ yang terganggu. Itu hanya impak daripada penciptaan getaran daripada bacaan Al-Quran, apatah lagi jika ayat-ayat suci ini ditulis.
Air yang terdedah kepada gambar, bacaan, muzik dan getaran fikiran, emosi atau niat akan berubah struktur molekul airnya dan membentuk getaran-getaran bioplasma sesuai dengan sifat yang dipancarkan.
Cubalah anda mengambil dua gelas air longkang yang kotor dan letakkan salah satu gelas tersebut berdekatan dengan segelas air bersih yang dibacakan atau dituliskan ayat suci Al-Quran. Bezakan antara keduanya seminggu kemudian, anda akan dapati air dalam gelas tersebut akan bertukar lebih bersih dan lebih bersinar dari air longkang dalam gelas yang anda pinggirkan sendirian. Ini adalah kajian mudah bagi membuktikan interaksi getaran bioplasma dalam air.
Iman Abu Qasim Qushairi juga pernah menceritakan kaedah larutan tulisan dalam air bersih ini yang digunakan untuk mengubati anaknya. (Kitab Uswai Rasuuli Akram dari Madarijun Nubuawah.)
Imam Al-Qurtubi dan Imam Al-Hakim pernah meriwayatkan seperti dalam kitab “Al-Mustadrak” bahawa Abu Jaafar Muhammad B Ali pernah berkata; “Sesiapa merasa dalam hatinya rasa kasar(keras) maka hendaklah dia menuliskan surah Yasin pada sebuah pinggan dengan air dan Zaáfaran, kemudian hendaklah dia meminumnya.”
Saintis terkemuka Jepun, Masaru Emoto pernah datang berceramah ke Malaysia juga telah menggunakan teknologi canggih mengambil imej molekul air yang diperdengarkan bacaan Al-Quran dan yang didedahkan kepada tulisan Al-Quran telah mendapati bahawa molekul air tersebut berubah bertukar menjadi amat cantik dan tersusun yang mana amat menakjubkan beliau sendiri.
Sebagai umat Islam kepercayaan kita kepada ayat-ayat Allah mestilah jitu walaupun tanpa apa-apa sandaran logik akal. Kini, Allah SWT telah membuka sedikit demi sedikit rahsia dan mukjizat ayat-ayatNya menerusi penemuan demi penemuan berasaskan kajian saintifik.
Malangnya penemuan-penemuan ini dianugerahkan kepada orang bukan Islam yang mungkin lebih berfikiran terbuka berbanding dengan umat Islam kini yang masih terperangkap dalam ilmu sendiri tanpa mahu membukanya kepada fakta-fakta lain yang telah dibuka rahsia alam ini oleh Allah Yang Maha Mengetahui. Mungkin kerana mereka bukan beragama Islam, maka kajian mereka itu semuanya palsu. Malang sekali mereka yang berfikiran sebegini.
Bukalah minda bukalah dada, tidak semua perkara yang tak logik akal itu adalah salah atau khurafat dan bida’ah, apatah lagi sesuatu yang telah dibuktikan oleh para pengkaji sains yang mampu memberi kesan dan membawa manafaat kepada manusia.
Umat Islam kini mesti terus maju secara intelektual, fizikal dan ekonominya disamping terus taat dengan kepercayaan akidah Islamiah. Rapatkan ukhuwah dan berjuanglah atas dasar persamaan bukan atas dasar perbezaan. Sediakan diri menghadapi segala cabaran dahsyat yang sedang melanda kini. Jangan menuding jari dan mencemuh usaha orang lain tanpa usul mendalam. Kepandaian dalam pendidikan agama tidak boleh dijadikan batas kepada mendalami kajian saintifik, fizik, biologi, kimia dan lain-lain.
Sains telah menemui jawapan dan kebenarannya, apakah kita mahu menyangkalnya? Atas dasar syirikkah? Makan panadol dengan mengiktikadkan boleh menyembuhkan sakit kepala, adalah syirik. Salah panadol atau salah pemakannya? Salah makan atau salah iktikad? Sama-sama kita halusi permasalahan ini.
Syukur, satu penambahan maklumat sangat berguna sebagai satu perbandingan santifik dan iliamiah.
ReplyDeleteUntuk yang gemar pembuktian secara logik.
Tetapi hakikatnya jauh lebeh baik dari itu, masa dan kajian akan membuktikan.