Kajian Awal Tentang Aura
Pengkajian tentang aura juga telah dipermodenkan di mana ia dikaji secara saintifik. Sejenis kamera khas dicipta untuk merakam warna2 aura yang menyelubungi seseorang. Beberapa kaedah dan tips juga diperkenalkan bagi melihat aura dengan mata kasar. Dan ini boleh dibuktikan dan diulangi berulang-ulang kali dalam kajian. Dalam tafsiran moden, aura ditafsirkan sebagai gelombang elektro magnetik yang terpancar dari benda2 hidup. Malah kawasan atas muka bumi juga dikatakan mempunyai aura yang berbeza2.Elektro magnetik adalah gelombang yang terhasil daripada ayunan menerus sendiri yang terdiri daripada medan magnet dan elektrik. Ia adalah satu bentuk sinaran atau cahaya. Sinaran elektromagnet dibahagikan mengikut frekuensi gelombang iaitu gelombang radio, gelombang mikro (microwave), sinaran inframerah, cahaya nampak, sinaran ultraungu, sinar-X dan sinar gamma. Hanya pada julat frekuensi tertentu gelombang elektro magnetik itu boleh dikesan oleh mata dan ia dikenali sebagai spektrum nampak.
Menurut bidang perubatan (neurologi), saraf2 dalam badan manusia menghantar isyarat melalui impuls (denyutan) elektrik dari satu deria ke otak. Oleh itu badan manusia boleh dikatakan mempunyai cas elektrik yang kecil. Manakala bumi sebagaimana yang diketahui mempunyai medan magnet, ini boleh ditunjukkan oleh jarum kompas. Adakah gabungan medan elektrik dari badan manusia dan medan magnetik bumi boleh menghasilkan sinar elektro magnetik? Tiada kajian lagi tentang perkara ini?
Tidak banyak kajian mengenai aura dan kesan, pengaruh serta kegunaannya secara saintifik.
Adakah aura suatu yang asing dalam Islam?
Dalam bahasa mudah, adakah aura itu bidaah dan sesat seperti dakwaan sesetengah pihak? Agak pelik juga jika kewujudan aura yang boleh disahkan berulang-ulang kali dengan mata kasar iaitu dengan kaedah melihat aura di hujung jari, di tapak tangan, menggunakan cermin dan latar putih dalam cahaya suram, boleh dikatakan sesat, bidaah. Apa yang mereka lihat aura itu sebagai cahaya putih atau berwarna, adakah itu dikatakan sesat dan bidaah? Adakah sains itu satu bidaah dan sesat? Ini kerana sains adalah satu ilmu kajian, kajian tentang alam dan kehidupan.Memang benar terlalu banyak elemen2 diserapkan ke dalam pemahaman tentang aura terutama dari pelbagai agama. Tetapi oleh kerana aura adalah satu juzuk atau unsur yang kehadirannya boleh dibuktikan secara sainstifik berulang-ulang kali seperti kewujudan elektrik dalam wayar tanpa pembalut di mana kehadiran dan kewujudan elektrik itu boleh dibuktikan, maka aura tidak wajar dikatakan elemen2 agama ardhi atau berteraskan agama ardhi.
Firman Allah SWT :
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِقُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِMaksudnya : Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Az-Zumar : 9.
Maksud hadis: “Kelebihan seorang alim atas seorang a’bid, laksana kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang2″.Apa yang aku nak maksudkan di sini, jangan hentam ikut suka tanpa asas yang kukuh. Teringat satu doa’ Nabi Muhammad SAW, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam Mukhtarul hadiths, yang bermaksud:
“Ya Allah! Jadikanlah hatiku bercahaya, dan pada lidahku bercahaya dan jadikanlah pada penglihatan ku bercahaya dan pada pendengaranku bercahaya, dan dari kanan ku bercahaya, dan dari kiriku bercahaya, dan daripada atas ku bercahaya, dan daripada bawah ku bercahaya, dan dari muka ku bercahaya, dan dari belakang ku bercahaya, dan jadikanlah pada diriku bercahaya dan sebesar-besar bagiku bercahaya.”Cahaya adalah satu bentuk gelombang elektromagnetik dan aura juga adalah satu gelombang elektromagnetik. Kedua-duanya terpancar daripada suatu jisim atau dan jumlah pancaran bergantung kepada sumbernya. Aura adalah satu bentuk cahaya atau sinaran elektomagnetik yang terpancar dari hidupan. Walaupun cahaya dalam hadis itu mungkin boleh dikaitkan dengan aura, TETAPI jangan salah faham dan jangan pula salah fokus@tumpuan. Jangan pula beramal untuk aura pula.
Sekali lagi dikatakan aura terpancar bergantung kepada sumbernya. Fokus doa itu adalah kepada sumbernya iaitu kepada jiwa muslimin dan bukannya kepada aura. Aura terpancar mengikut jiwa dan fisiologi seseorang. Salah faham seperti ini menghasilkan fahaman misalnya jika sakit kepala maka gunakan produk aura X, ia memperbaiki aura yang kononnya menyebabkan sakit kepala. Padahal sakit kepala mungkin disebabkan oleh keradangan saraf, tegangan atau tekanan seperti akibat cuaca panas, stress atau masalah kesihatan lain. Kenapa tak gunakan “panadol” sahaja, kan lagi senang. Lain yang sakit, lain pula yang dirawat!
Lagi hadis yang boleh dikaitkan dengan kewujudan aura. Maksud hadis:
Hadis riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Kalian adalah orang-orang yang memiliki cahaya muka, cahaya tangan dan cahaya kaki pada hari kiamat, kerana penyempurnaan wudu. Maka barang siapa di antara kalian yang mampu, hendaklah ia memanjangkan cahaya putih tersebut.Walau tidak disebut dengan istilah aura dalam Al-Quran, tetapi terdapat beberapa ayat yang menerangkan tentang cahaya “aura” ini dengan agak jelas.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِيَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mu’min yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” At Tahriim : 8
Kesimpulan dari ayat2 dan hadis menunjukkan aura itu wujud dan merupakan salah satu ciptaan Allah SWT, satu cabangan ilmu yang kita namakan sebagai mekanik kuantum, atau fizik atom, cahaya, elektrik dan elektro magnet. Masalah istilah bukanlah masalah besar. Misalnya istilah “orbit” tak wujud dalam Al-Quran, sebaliknya ia disebutkan sebagai garis edaran.يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُم بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِم بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mu’min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada meraka): “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar”. Al Hadiid : 12
يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِن نُّورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِن قِبَلِهِ الْعَذَابُPada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”. Dikatakan (kepada mereka): “Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”. Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa. Al-Hadiid: 13
Firman Allah SWT yang bermaksud:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِلَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَTidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. Yaa Siin : 40
Perhatikan kuatnya cahaya aura itu adalah berpunca dari sumber yang memancarkannya.
Firman Allah s.w.t:
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(An Nur: 35)
Eksperimen tentang Aura
Segmen ini adalah petikan dari blog/web lain, boleh cuba untuk lihat sendiri kewujudan aura. Rasanya, tiada unsur2 pemujaan, spiritual, atau pelik2 dalam eksperimen di bawah. Selamat mencuba.1. Melihat Aura Dengan Jari Tangan
Carilah tembok yang berwarna putih, lalu duduklah dengan tenang pada jarak 1/2 meter dari tembok. Ambil nafas sebanyak mungkin dan tahan selama mungkin. Lakukan sebanyak 5 kali. Gosoklah kedua telapak tangan hingga terasa hangat. Rapatkan masing-masing jari tangan kanan dan kiri saling berpasangan. Letakkanlah kedua tangan yang masih berpasangan tadi 30 cm di depan mata dengan latar belakang tembok berwarna putih. Renggangkanlah perlahan-lahan kedua telapak tangan saling menjauh. Perhatikanlah, antara kedua ujung jari tadi akan mengeluarkan garis cahaya putih. Itulah aura yang memancar dari ujung jari kita.
2. Melihat Aura Dengan Telapak Tangan
Tariklah nafas dan gosokkanlah kedua telapak tangan seperti pada cara No. 1. Tempelkanlah salah satu telapak tangan pada tembok yang berwarna putih. Tariklah nafas, tahan dan hembuskanlah. Lepaskan telapak tangan dari tembok. Amatilah bekas telapak tangan yang tertinggal ditembok. Itulah aura yang memancar dari telapak tangan dan lama kelamaan akan larut dalam aura alam.
3. Melihat Aura Diri Sendiri
Letakkanlah cermin besar dihadapan kita. Duduklah dengan tenang. Usahakanlah latar belakang tembok berwarna putih dan penerangan berupa lampu neon. Tariklah nafas sebanyak mungkin dan tahanlah selama mungkin. Ulangilah sebanyak 5 kali. Tataplah bayangan diri kita yang ada di cermin. Pandangan mata diusahakan tidak melihat tubuh maupun bayangan tubuh, namun lihatlah batas tepian kepala dengan latar belakang tembok. Setelah pandangan mata kita terfokus, maka perlahan-lahan dari kepala dan bahu akan keluar cahaya aura kita. Sinar yang pertama kali terlihat, biasanya berwarna putih. Putih ini biasanya bukan merupakan warna aura kita yang sesungguhnya, melainkan dari warna aura yang sesungguhnya. Tataplah terus sampai kita melihat warna lain yang tidak berubah. Setelah berhasil, mulailah untuk melihat aura orang lain.
4. Melihat Aura Orang Lain
Mintalah bantuan seseorang yang akan menjadi objek untuk berdiri didepan tembok yang berwarna putih. Usahakanlah penerangan di dalam ruangan dibuat remang-remang atau redup. Berdirilah lebih kurang 3 meter di depan objek. Fokuskanlah pandangan mata pada bagian tepi kepala dan bahu objek. Perlahan-lahan akan keluar sinar aura dari tepi kepala objek. Fokuskanlah pandangan pada seluruh tepian tubuh objek, maka seluruh tubuh objek akan memancarkan warna aura.
Dalam sejarah sains, alkimia (bahasa Arab: الكيمياء, al-kimia) merujuk kepada kedua-dua jenis penyelidikan sains alam dan disiplin falsafah dan rohaniah yang menggabungkan unsur kimia, metalurgi, fizik, perubatan, astrologi, semiotik, mistik, spiritualisme dan seni yang digabungkan menjadi suatu daya yang kuat. Perkataan alchemist itu sendiri berasal dari bahasa Arab الكيمياء al-Kimia, dan ia pula berasal dari kata Parsi Kimia کيميا. Tamadun Islam telah merevolusi alkimia dan ia menjadi asas kepada kimia moden hari ini.
sumber : wikipedia.org
No comments:
Post a Comment