Monday, December 24, 2012

Khasiat mandian garam dan Aromaterapi





Mandi bukan cuma hanya untuk membersihkan tubuh. Di balik kesegaran yang didapat, ternyata mandi juga mempunyai berbagai khasiat untuk kecantikan dan kesehatan. Menurut sebuah penelitian, mandi memiliki peranan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mencegah penyakit kulit. Selain itu, mandi juga mampu membangkitkan mood dan energi.
Mandi juga terdiri atas berbagai jenis, misalnya Anda tentu sudah pernah mendengar tentang mandi susu atau mandi bunga. Namun, bagaimana dengan mandi garam? Apa manfaatnya?
Garam ternyata dapat digunakan sebagai bahan pelengkap saat kita mandi. Garam yang digunakan biasanya dicampur dengan minyak wangi atau essential oil (minyak nabati yang berwujud cairan kental dan mudah menguap pada suhu ruang sehingga memberikan aroma yang khas) yang mengandung melati, lavender, dan produk kesihatan lainnya.
Mandi garam berkhasiat untuk menghilangkan kepenatan dan mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Racun tersebut dibuang melalui pori-pori kulit dan keringat. Mandi garam adalah mandi yang kosnya paling murah dan mudah dilakukan. Namun, mandi jenis ini dilarang untuk orang yang memiliki penyakit hipertensi karena sifat garam yang boleh menaikkan tekanan darah.

Cara mandi garam.
masukkan beberapa sudu garam serta beberapa titis minyak wangi non alkohol ke dalam air mandi.
kacau hingga garam larut dan merata.
buat mandian

Aromaterapi - Bunga dan Pati Bunga
Aromaterapi telah diasaskan oleh tokoh-tokoh sains Islam (Ibn al-Baitar, pakar botani dan penemu bahan aktif dalam bunga-bungaaan dan Ibn Sina, pencipta kaedah mengekstrak pati dari proses penyulingan) dan merupakan sebahagian yang penting dalam sistem Perubatan Alternatif.

Aromaterapi yang menggunakan hanya pati bunga asli akan meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan mencegah penyakit. Apabila harumannya dihidu melalui hidung, ia bergerak ke selaput patu-paru dan menyerap ke dalam darah melalui sistem limbik.
Wangian dari bunga, daun , kulit atau batang pokok adalah penawar bagi roh dan ini merupakan kaedah pencegahan dan rawatan penyakit yang amat signifikan dalam perubatan Islam. Pati bunga mawar putih adalah wangian yang paling efisien meningkatkan tahap dan kekuatan spiritual.

Pati bunga boleh merangsang pembinaan tisu dan merangsang sel saraf dengan menambahkan kadar oksigen dan nutrisi ke dalam sel-sel tersebut. Minyak seperti Tea Tree dan Lavender dikenali sebagai pembunuh virus dan bakteria yang baik, dan tidak seperti antibiotic buatan, patogen-patogen tidak boleh membina ketahanan terhadap bahan anti-virus dan anti-bakteria dalam minyak pati bunga.


Aromaterapi dan air yang sejuk adalah gabungan dua unsur yang menjadikan kaedah rawatan ini teramat hebat. Hidroterapi sebegini terbaik untuk masalah kerohanian dan impaknya dapat menyatu semula kekuatan-kekuatan dalaman termasuk daya graviti dan daya magnetik tubuh yang terlerai. Kehilangan tenaga-tenaga ini disebabkan oleh segala gangguan, masalah dan penyakit yang dialami akibat pencemaran dari udara, pemakanan, terlalu banyak ubat-ubatan kimia dan juga dari pemikiran, percakapan dan perbuatan kita sendiri.

Daya kerohanian yang tinggi akan menentukan daya mental dan daya emosi yang tinggi juga. Inilah sebenarnya rahsia pencegahan dan rawatan penyakit fizikal yang semulajadi dan secara fitrah yang dianugerahkan kepada orang-orang Islam.

Khasiat Haruman Aromaterapi

haruman aromaterapi dapat membantu mempertingkatkan kesihatan tubuh anda!. Berikut merupakan antara haruman aromaterapi dengan fungsi-fungsinya tersendiri.

1. Rosemary. Ia berkesan untuk mempertingkatkan konseterasi minda. Kajian dari International Journal Of Neuroscience mendapati, respondan yang menghirup haruman rosemary sepanjang ujian dilakukan, mempamerkan konsenterasi yang lebih baik berbanding dengan yang lain.

2. Eucalyptus atau minyak kayu putih. berkesan dalam mengubati demam selsema. Kandungan eucalyptus membantu pesakit mengeluarkan hingus dan kahak.

3. Vanila. Haruman vanila bertindak mengawal nafsu makan trhadap makanan manis. Haruman vanila akan merangsang fungsi hormon Serotonin yang dapat menhilangkan keinginan untuk menikmati makanan yang manis.

4. Lavender. Jika anda menghadapi masalah stress, haruman lavender dapat membantu anda. Menurut journal Psychiatry Research, dengan hanya menghidu haruman ini selama lima minit, mampu menurunkan tahap hormo Kortisol yang terhasil semasa stress.

5. German Chamomile. Ia berfungsi merakan senak perut dan sindron pra menstruasi. Kandungan yang ada padanya berfunsi sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot disekitar rahim.


berbagai sumber