HIKMAH SEJATI
...Selamat datang ke Pusat Rawatan Hikmah Sejati...(No.ca0147017-x).....menyediakan rawatan alternatif secara islami.
Sunday, March 30, 2025
Monday, March 24, 2025
Memburu lailatulqadar
Mengapa Nabi Shallallahu alaihi Wasallam mengkhususkan doa ini dan mengulang2nya kala lailatul qadar ?
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا
Pemahaman kata " al afwu " yang terkandung dalam doa ini ada 3 macam :
1. Afwu fil abdan
2. afwu fil adyan
3. afwu minad dayyan
1. Afwu fil abdan : Kesembuhanmu dari segala macam penyakit.
2. Afwu fil adyan : Engkau beroleh taufiq ALLAH dalam mengerjakan kebaikan2, ibadah2 dan amalan2 akhirat.
3. Afwu minad dayyan : Kelapangan, kemaafan dan ampunan ALLAH Yang Maha Memberi dengan dihapusnya dosa2, dihilangkannya dosa2 ( seakan tidak pernah mengerjakan ) dan tidak adanya hukuman atas dosa2.
Dalam bahasa Arab kata afwu memiliki erti : kelebihan dan banyak.
Afwul maal ertinya kelebihan dari harta, seperti termaktub dalam ayat : يسألونك ماذا ينفقون قل العفو " mereka bertanya padamu ( Muhammad ) tentang apa yang mereka infakkan , katakanlah ( wahai Muhammad ) infakkanlah kelebihan dari harta, ertinya : Harta yang lebih setelah digunakan untuk nafkah yang diperlukan, Maka ketika kita berdoa meminta afwu NYA ALLAH ertinya kita meminta agar ALLAH memberi apa2 yang kita minta dan bahkan lebih dari apa2 yang kita minta.
Perbanyaklah doa ini dimalam2 terkahir bulan Ramadhan ini. Demi ALLAH doa ini cukup.
Mintalah berulang2, jangan bosan dan jangan menyia2 kan waktu :
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعفُ عني
Ibnu qayyim rahimahullah berkata : Bila engkau mendapat afwu NYA maka seluruh keperluaanmu akan terpenuhi tanpa engkau minta.
منهاج القاصدين،【١/٣٤٣】

Sunday, March 23, 2025
Doa malam lailatul qadar
DOA MALAM LAILATUL QADAR
Doa ini adalah satu doa yang ringkas tetapi sangat bermakna, khususnya dalam bulan Ramadan kerana ia diajar oleh Rasulullah SAW kepada Saidatina Aisyah RA. Doa ini berbunyi:
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
"Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni."
Maksud:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, dan Engkau suka kepada kemaafan, maka maafkanlah aku."
Huraian Doa:
1. اللهم (Allahumma) – Seruan kepada Allah SWT sebagai satu bentuk doa dan permohonan.
2. إنك عفو (Innaka ‘Afuwwun) – Mengakui bahawa Allah SWT adalah Maha Pemaaf, iaitu Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya tanpa mengira sebanyak mana kesalahan itu jika bertaubat.
3. تحب العفو (Tuhibbul ‘Afwa) – Allah SWT bukan sahaja Maha Pemaaf, tetapi Dia juga mencintai perbuatan memaafkan. Ini menunjukkan betapa luasnya rahmat Allah SWT.
4. فاعف عني (Fa’fu ‘Anni) – Permohonan agar Allah SWT mengampunkan dosa dan kesalahan kita, serta menghapuskan segala keburukan yang telah dilakukan.
Kepentingan Doa Ini:
Ia dianjurkan untuk dibaca terutama dalam 10 malam terakhir Ramadan, terutamanya pada malam Lailatul Qadar.
Mengandungi permohonan ampun yang sangat mendalam dan mudah dihafal.
Mengajarkan kita untuk bersikap pemaaf, sebagaimana Allah mencintai sifat kemaafan.
Doa ini sangat ringkas tetapi penuh makna kerana ia memohon kepada Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun dan Maha Pemurah.

Friday, March 14, 2025
ZIKIR DUA JUTA KEBAIKAN
ZIKIR PAHALA DUA JUTA
Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., Rasulullah saw. bersabda, Sesiapa membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, maka Allah akan menulis baginya dua juta kebaikan . (Riwayat Thabrani).Zikir ini mengandungi 2 bahagian iaitu:
1) Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah (Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, dan Allah itu Zat yang Maha Esa dan tiada sesuatupun yang menyamaiNya)
2)Ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad.. yang juga kalimah daripada surah Al-Ikhlas (Qul huwallah). Yang Maha Esa. Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Di dalam zikir ini terdapat kalimah tauhid yang sangat berat timbangannya iaitu “Laa ilaaha illallah” dan juga ayat-ayat yang mengesakan Allah s.w.t.
Amalkanlah zikir ini sebelum tidur, selepas bangun tidur dan juga semasa berjaga malam mencari Malam Qadar (Lailatul Qadar).

Subscribe to:
Posts (Atom)