Artinya:
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
1. Katakanlah: "dialah Allah, yang maha esa."
2. Allah adalah tempat bergantungnya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada diperanakan.
4. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan dia
Surah
Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan
dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :
.
1. Mengusir
Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat
ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda
masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan
kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan
menyahut.
Membaca
ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya
daripada kefakiran dan kemiskinan.
.
* Nota –
Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam
pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat
akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.
.
.
2.
Sebahagian Al-Quran
Dari Imam
Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan
surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang
kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka
bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang
nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
.
Abu Hurairah
r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga
Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)
,
Sabda
Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia
telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
.
Dari Abu
Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga
akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.
.
.
3. Khatam
Al-Quran
Orang yang
membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran
membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali
mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
“Sesiapa
yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca
Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)
.
Rasulullah
SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang
dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina
Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas
sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda
Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali,
dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali
khatam.”
.
.
4. Pahala
membacanya
Dari Ubay
Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu
kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman
kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia
menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”
.
Daripada
Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak
jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada
tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap
satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib).
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya
membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka
berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami
berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.”
Sambung
Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul
Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’
itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap
Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”
.
.
5. Penebus
Diri
Membaca
Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa
yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari
neraka.”
.
Diriwayatkan
oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu
Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka
menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa
sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan
dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang
dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan
diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”
.
.
6. Diampuni
Dosanya Oleh Allah SWT
Orang yang
membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni
dosanya selama 50 tahun.
Rasullullah
SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali, maka
Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara;
Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan
Minuman keras.”
.
“Sesiapa
membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat
memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”
.
.
7. Selamat
Di Alam Barzakh
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat
dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
.
Sabda
Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan
sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya
diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
.
.
8. Balasan
Syurga
Dari
Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan dengan
Rasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas.
Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?”
Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”
.
Rasululllah
SAW bersabda: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak
11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.” (HR.Ahmad dan Muadz bin
Anas).
Sabda
Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali setiap
hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”
Rasululllah
SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam;
Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam
Adarimi.)
.
Sebuah kisah
yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah
sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu
dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam.
Malam ke2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga.
Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat
engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”
Jawab si anak:
“Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x
dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di
dalam syurga sekarang.”
.
Subhanallah,
hanya sekadar surah yang begini pendek, dapat memberikan kegembiraan kepada si
mati tadi. Maka eloklah kita sama2 amalkan supaya kita juga dipilih oleh Allah
dalam apa jua perkara yang kita lakukan.
.
Diriwayatkan
pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang
membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan
tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”
.
.
9.
Dipelihara Keselamatan
Rasululllah
SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai
solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari
tersebut.”
Membaca
surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan
Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari marabahaya sehingga tiba Subuh dan
Asar berikutnya.
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.”
Khasiat
Surah Al-Ikhlas
Hadis-hadis
di atas menunjukkan betapa agungnya Surah Al-Ikhlas, kerana di dalam Surah
Al-Ikhlas ini sepenuhnya menegaskan ‘Kemurnian’ atas ‘Keesaan’ Allah SWT.
Adapun
khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya banyak sekali, di antaranya:
.
1. Tercapai
Setiap Hajat
Bacalah
Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa
yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
.
2. Penawar
Penyakit
Apabila kita
membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri
kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas
adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
.
3. Menghindari
Kesukaran
a. Jika
dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya
tidak mengalami apa-apa kesusahan.
b. Bacalah
Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari.
Allah selamatkan dari segala kejahatan.
.
4.
Menundukkan Orang Zalim
Bacalah
Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya
daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama
orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah
berhasil.
.
5. Dijauhkan
Dari Ketamakan Orang Lain
a. Bacalah
lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita
dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b. Bacalah
lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung
badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
.
6.
Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga
Bagi
menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau
ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka
bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya.
InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya,
sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
.
7.
Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana.
Baca Surah
Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari
bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.
.
8. Beroleh
Kebaikan Dunia dan Akhirat
Bacalah
Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah
berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di
dunia dan akhirat.
.
9. Terhindar
Dari Fitnah Dan Siksa Kubur.
Bacalah
Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu
meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala
fitnah kubur.
.
10. Pelbagai
Guna
Dawamkan 100
kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu… InsyaAllah banyak
manfaatnya, antaranya adalah :
- sebagai
benteng/pagar diri
- sebagai
suplemen/vitamin lahir/batin (sihat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
- pelindung
sihir/santau
- mahabbah
- murah
rezeki
- perubatan
- membuka
hijab
-
perlindungan dari zina
- bersih dan
sucikan hati kita.
.
.
Kita telah
lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas
ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik
untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar
dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar
diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas
secara istiqamah.
.
Namun
begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia
merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan
membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah
Rasulullah SAW. Maka marilah kita beramal dan memperbanyakkan membaca surah
ini secara istiqamah.
No comments:
Post a Comment