Saturday, December 24, 2011

Rawatan Islam dan holistik



Rawatan alternatif kaedah Islam dan holistik ini bukan sahaja berperanan sebagai satu bentuk kesinambungan usaha rawatan moden malah menjadi pelengkap dalam menilai dan menyelesaikan masalah sesuatu penyakit. Rawatan ini bukan sahaja sebagai langkah reaktif yang bertindak untuk mengubati penyakit sahaja malah bertindak preventif dan proaktif yaitu menilai aspek menyeluruh dari segi sebab penyakit, langkah pencegahan dan sebagainya.

Holistik dan Menyeluruh
Pendekatan secara holistik ini adalah satu cara penyelesaian untuk jangka panjang. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mendapat penyakit yang disebabkan kuman yang dibawa oleh lalat, kita tidak hanya merawat penyakit tersebut dan mencari punca penyakit itu. Punca jangkitan disini adalah kuman yang datang dari lalat. Pendekatan moden hanya memberi penawar penyakit dan pembunuh kuman serta lalat sebagai reaksi jangkitan itu. Tetapi dalam holistik, kita turut menilai sebab kehadiran lalat membawa penyakit itu. Lalat itu kemungkinan datang dari longgokan sampah terbiar yang berada dikawasan tempat pesakit menginap.
Sekiranya sampah tersebut dialihkan atau dibersihkan, maka masalah lalat itu akan berakhir. Contoh ini walaupun tidak dapat memberi gambaran yang lebih tepat berkenaan pendekatan prenventif dan proaktif dalam holistik tetapi jelas untuk difahami peranannya sebagai satu rawatan alternatif selain rawatan moden.

Gaya Hidup Sihat dan Harmoni.
Islam bukan sekadar agama atau kepercayaan kepada Tuhan yang Esa dan Muhammad Pesuruh Allah tetapi menjadi tunjang dalam setiap aspek kehidupan. Bidang dan ilmu perubatan sama ada moden, alternatif atau tradisional termasuk dalam Islam. Islam adalah gaya kehidupan yang menaja keamanan dan keharmonian. Islam menyarankan kita mencintai diri sendiri, keluarga dan orang lain.

Gaya kehidupan yang sihat ini merangkumi cara pemakanan, pergaulan, pemikiran, kerohanian dan sebagainya. Semua gaya hidup yang baik dan sihat ini disarankan oleh semua orang, semua kaum, semua agama dan semua kepercayaan. Bagaimanapun, panduan yang digunakan dalam islam untuk menilai dan menentukan standard gaya hidup yang baik dan harmoni itu berdasarkan Al Quran dan ‘Role Model‘ Muhammad Pesuruh Allah. Gaya hidup yang baik dan sihat adalah satu usaha menurut Islam berhubung kait dengan keyakinan dan kepercayaan bahawa menjaga diri, fizikal, mental dan spiritual adalah tanggungjawab setiap individu.

Tanggungjawab ini bukan sahaja tanggungjawab umum sebagai seorang manusia didunia tetapi juga sebagai amanah dari Pencipta manusia dan alam semesta ini. Pencipta manusia ini telah mencipta akal manusia dan alam semulajadi. Hubungan antara Pencipta, Manusia dan Alam termasuk dalam satu sistem. Alam dan manusia ini boleh berusaha bantu membantu tetapi hanya Pencipta yang akan mengizinkan, memperbaiki, menguruskan dan memudahkannya.

Perawat bukanlah yang menyembuhkan penyakit, bukan juga teknologi dan ubat penawar yang menyembuhkan. Tugas perawat menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang terbaik adalah untuk bersama – sama membantu memohon keampunan dan rahmat dari Allah, tuhan pencipta. Adalah salah sekiranya perawat meminta pertolongan dari kuasa alam atau kuasa ghaib selain dari Allah, tuhan pencipta manusia dan alam.

Kaedah Islam bukan hanya menggunakan pendekatan secara fizikal dan mental, tetapi turut mencari penyelesaian melalui aspek kerohanian. Dewasa ini, banyak pendekatan motivasi mempraktikkan aspek ini yang dikenali sebagai Spiritual Intelligence – SQ, selain menyentuh aspek Mental – IQ dan Emotional Intelligence – EQ. Gabungan pendekatan tersebut dikenali sebagai ESQ.

Terapi Informasi
Selain itu, rawatan kaedah islam juga mengamalkan terapi secara informasi (Information Therapy) yang menggabungkan bacaan doa, zikir, bacaan Al Quran, tazkirah dan motivasi dalam rawatan. Sebahagian dari anda mungkin terfikir adakah logik jika anda telah disahkan oleh doktor mendapat barah hati setelah sekian lama batuk berdarah terus mendapat rawatan hospital tetapi pada masa yang sama ingin mencuba rawatan alternatif lain yang hanya menggunakan bacaan doa?

Sesungguhnya asas perubatan ini adalah bermula dari keyakinan. Keyakinan itu bukan sahaja melalui minda atau akal, tetapi dari  dalam hati. Setiap manusia dianugerahkan kuasa ajaib yang dapat menakluki bumi ini dan berbeza dengan makhluk lain. Kuasa ini adalah akal atau minda kita. Kuasa pada minda kita ini mampu untuk menguasai pergerakan sistem badan kita sendiri.


sumber
seiringsyariat wordpress
  



Wednesday, December 14, 2011

Memahami sejarah tentang sihir serta gangguan jin



Sejak kebelakangan ini saya banyak menerima kes-kes yang melibatkan sihir dan ada diantaranya saya juga di sihir berulang kali dari puak-puak dukun hitam juga serangan dari jin-jin perantaraan sihir,kepada Allah saya berlindung juga bertawakal dalam mengatasinya namun masih ada diantaranya golongan yang terlebih cerdik pandai dalam menafikan fenomena sebergini dan ada pula terlalu meletakkan pergantungan kepada perawat-perawat.Suka saya ingatkan letakkanlah pergantungan sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi ujiannya yang mana baik dan buruk itu dari Allah,yang mana Allah mungkin mahu kita lebih lagi mendekatkan diri kepadanya yang mana mungkin satu ketika kita lalai juga lupa kepadanya dan adakalanya juga ianya kifarah di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.Lakukan segala amalan juga pengisian rohani secara istiqamah dan bukan pula hanya bila kita di timpa masalah ataupun sakit.Bila senang kita lupa padanya dan apabila susah barulah kita mahu ke tikar sejadah,Allah itu tidak zalim melainkan manusia itu yang menzalimi dirinya sendiri wallahuallam.
Sebelum membicarakan lebih lanjut mengenai perkara ini, ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan terlebih dahulu. Satu dilema berlaku masyarakat natijah daripada mazhab moden yang dibawa oleh golongan intelektual hasil didikan sekularasi barat, mengatakan perkara-perkara spiritual seperti sihir, jin, syaitan dan gangguannya adalah halusinasi akibat keletihan atau pun masalah mental akibat tekanan berterusan. Ini kerana tiada bukti2 sainstifik bagi membuktikan dakwaan perkara-perkara ini. Sebagai orang yang memahami bidang sainstifik, sepatutnya mereka lebih faham bahawa sains itu adalah satu cabang ilmu hasil daripada kajian.
Penyelidikan dan pembangunan dalam sains berlaku sejak dari tamadun dahulu hingga ke hari ini dan ia tak terhenti selagi manusia masih hidup atas muka bumi ini. Oleh itu ilmu sains hari ini bukanlah suatu yang muktamad, masih ada banyak perkara yang cuba diterokai, difahami dan dipelajari. Jadi janganlah mereka seperti orang bongkak yang terlalu ujub dengan kelebihan ilmu yang diperolehi hingga peringkat universiti.

Firman Allah SWT :
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِن شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِن بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَّا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” – Al-Luqman  : 27.


SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Sulaiman dan kisah itu dijelaskan dalam surah al-Baqarah, ayat 102, di mana syaitan menggunakan ilmu sihir yang akibatnya jelas membahayakan umat manusia untuk diajarkan kepada tukang tilik. 
Sihir adalah kesepakatan atau perjanjian antara tukang sihir dengan syaitan dengan syarat si tukang sihir harus melakukan perbuatan2 haram dan syirik sebagai imbalan dari bantuan dan kepatuhan syaitan kepadanya.

Dalil wujudnya sihir

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ

Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. Al-Baqaroh : 102.


Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.
ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka" (Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah ijmak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit penyakit".

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

 
Pertamanya Dalil ayat Al-Quran boleh buat Penawar ialah, ketika nabi Muhammad disihir. Ayat yang digunakan untuk mengubat sihir ialah surah -Al-Alaq dan An-Nas.. Kenapa Nabi tidak mohon terus kepada Allah untuk pulihkan sakitnya… kerana Nabi mahu mengajar kita supaya berubat dan ikhtiar.. bukan hanya bermohon serta berserah  pada Allah..
Al-quran itu sendiri adalah penawar, maka carilah penawar didalamnya.

Jin dan Syaitan


Kadang-kadang masalah juga bila orang cerdik terlebih cerdik, mereka beranggapan syaitan dan jin adalah perkara tahyul atau kurafat. Mungkin sebab itu mereka menganggap syaitan, jin dan iblis itu adalah suatu imiginasi dari halusinasi disebabkan oleh keletihan dan stress. Hairan juga orang seperti ini mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji, tetapi memegang iktikad mazhab moden barat seperti ini? Terlalu banyak dalil mengenai kewujudan syaitan, jin dan iblis dalam Al-Quran dan Hadis.  Antaranya.


Firman Allah SWT:

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. Al-Jin:6.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاء وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. An-Nur:21.


Kesimpulan terhadap mazhab moden barat mengenai sihir, jin, syaitan dan iblis yang mengatakan ia adalah satu halusinasi, sebenarnya pengikut mazhab moden barat ini yang sedang berhalusinasi dengan egoistik dan tidak berpijak di dunia yang nyata.

Saka juga merujuk kepada jin atau syaitan yang kononnya mengikat perjanjian seseorang manusia atau lebih tepat jika dikatakan orang itu yang sebenarnya membuat perjanjian dengan jin atau syaitan dengan menjadikan seluruh keturunannya korban kesesatannya. Misalnya seorang moyang telah mengikat perjanjian dengan jin atau syaitan untuk sesuatu tujuan, jin dan syaitan ini akan diturunkan ke anak, cucu serta keturunannya setelah ia mati.Ada juga saka yang tidak aggresif, tidak memaksa anak-cucu serta keturunan itu menerimanya. Ia mungkin tinggal bersama mana2 keluarga yang lebih disenanginya atau sekadar memerhati dari jauh.
Apa yang ingin kita bincangkan di sini adalah masalah sihir dan juga gangguan jin dan syaitan, termasuk syaitan manusia. Jika mengikut teori atau falsafah moden barat itu, maka kepada mereka yang menderita akibat gangguan sihir serta jin yang dilakukan oleh tukang2 sihir, mereka akan kebuntuan dan terpaksa menanggung derita hingga ke akhir hayat.


Pesakit atau mangsa mungkin berputus harap kepada Allah SWT atau mungkin juga akan melemahkan akidah atau seterusnya dalam kes yang lebih teruk, ia akan merosakkan akidah pesakit atau mangsa. Seolah-olah syaitan si tukang sihir itu berkuasa dan bebas melakukan apa sahaja kejahatan atas muka bumi ini, atau dalam kata lain syaitan si tukang sihir ini amat berkuasa dan kejahatannya amat digeruni atas muka bumi. Mungkin sebab inilah yang menyebabkan ada sesetengah golongan dalam masyarakat yang takutkan jin/hantu lebih daripada takutkan Allah SWT. Atau mungkin juga berlaku, mangsa mendapatkan bantuan tukang sihir lain atau mempelajari dan melakukan sihir sendiri untuk serangan balas atau balas dendam. Dalam istilah “sihir lawan sihir”, kedua-duanya murtad dan rosak akidah dan syaitanlah yang menang.


TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.


CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t. 


RASUKAN

Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi" - pengikut-pengikut
9. Al Qarna" - pengawan-pengawan
10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur





Doa pendinding diri





berbagai sumber









Wednesday, December 7, 2011

Jangan Mengharap “Terima Kasih” dari Seseorang.


ALLAH menciptakan para setiap hamba agar selalu mengingat-NYA, dan DIA menganugerahkan rezeki kepada setiap makhluk ciptaan-NYA agar mereka bersyukur kepada-NYA. Namun, mereka justeru ramai yang menyembah dan bersyukur kepada selain DIA.

Tabiat untuk mengingkari, membangkang, dan meremehkan sesuatu kenikmatan adalah penyakit yang umum menimpa jiwa manusia. Kerana itu, anda tidak perlu hairan dan resah apabila mendapatkan mereka mengingkari kebaikan yang pernah anda berikan, mencampakkan budi baik yang telah anda tunjukkan. Lupakan sahaja bakti yang telah anda persembahkan. Bahkan, tidak usah resah apabila mereka sampai memusuhi anda dengan sangat keji dan membenci anda sampai mendarah daging, sebab semua itu mereka lakukan adalah justeru kerana anda telah berbuat baik kepada mereka.

Dan, mereka tidak mencela (ALLAH dan Rasul-NYA) kecuali kerana ALLAH dan Rasul-NYA telah melimpahkan karunia-NYA kepada mereka.
(QS. At-Taubah: 74)

Cuba anda buka kembali catatan dunia tentang perjalanan hidup ini! Dalam salah satu babnya diceritakan: Syahdan, seorang ayah telah memelihara anaknya dengan baik. Ia memberinya makan, pakaian dan minum, mendidiknya hingga menjadi seseorang yang pandai, rela tidak tidur demi anaknya, rela untuk tidak makan asalkan anaknya kenyang, dan bahkan mahu bersusah payah agar anaknya bahagia. Namun apa imbalan seorang anak kepada ayahnya yang telah banyak berkorban untuknya? Ketika sudah kuat tulang-tulangnya, anak itu bagaikan anjing galak yang selalu menggonggong kepada orang tuanya. Ia tidak hanya berani menghina, tetapi juga melecehkan, acuh tak acuh, bongkak dan bersifat durhaka terhadap orang tuanya. Dan semua itu, dia tunjukkan melalui perkataan dan juga tindakan.

Kerana itu, sesiapa sahaja yang kebaikannya diabaikan dan dilecehkan oleh orang-orang yang menyalahi fitrahnya, sudah seharusnya menghadapi semua itu dengan fikiran yang dingin. Dan, ketenangan seperti itu akan mendatangkan balasan pahala dari Dzat Yang Perbendaharaan-NYA yang tidak akan pernah habis dan selalu sirna.

Ajakan ini bukan pula untuk menyuruh anda meninggalkan kebaikan yang telah anda lakukan selama ini, atau agar anda sama sekali tidak berbuat baik kepada orang lain. Ajakan ini hanya ingin, agar anda tidak goyah dan terpengaruh sedikit pun oleh kekejian dan pengingkaran mereka atas semua kebaikan yang telah anda perbuat. Dan janganlah anda pernah bersedih dengan apa sahaja yang mereka perlakukan.

Berbuatlah kebaikan hanya demi ALLAH semata, maka anda akan menguasai keadaan, tidak akan pernah terusik oleh kebencian mereka, dan tidak pernah merasa terancam oleh perlakuan keji mereka. Anda harus beryukur kepada ALLAH kerana dapat berbuat baik  ketika orang-orang di sekitar anda berbuat jahat. Dan, ketahuilah bahawa tangan yang selalu memberi itu lebih baik dari tangan yang sering menerima.

Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan ALLAH. Kami tidak mengharapkan balasan daripada kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.
(QS. Al-Insan: 9)

Masih ramai orang berakal yang sering hilang kendali dan menjadi kacau fikirannya saat menghadapi kritikan atau cercaan pedas daripada orang-orang sekitarnya. Terkesan, mereka seolah-olah belum pernah mendengar wahyu ILLAHI yang menjelaskan dengan jelas tentang perilaku golongan manusia yang selalu mengingkari ALLAH. Dalam wahyu itu dikatakan:

Tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
(QS. Yunus: 12)

Anda tidak perlu terkejut manakala menghadiahkan sebatang pena kepada orang bebal, lalu ia menggunakan pena tersebut untuk menulis cemoohan kepada anda. Dan anda tidak usah terkejut, apabila orang yang anda beri tongkat untuk mengiringi domba gembalaannya justeru akan memukul kepala anda dengan tongkat hadiah daripadamu. Itu semua adalah watak dasar manusia yang selalu mengingkari dan tidak pernah bersyukur kepada Penciptanya sendiri Yang Maha Agung nan Mulia. Begitulah, kepada Tuhannya sahaja mereka berani membangkang dan mengingkari, maka apalagi kepada saya dan juga anda.



Ini bukan sahaja peringatan untuk sahabat-sahabat semuslimku, tetapi juga untuk diri ini yang terlalu banyak kekurangannya.





sumber 
la tahzan

Friday, December 2, 2011

Aurad Asma ul Husna (seminggu)


Agar sesiapa yang mengamalkan memperolehi keinsafan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat, amalkanlah aurad asma ul husna ini setiap hari. Aurad ini telah dijadualkan untuk diamalkan setiap hari walaupun tidak secara kesuluruhan. Berikut di kongsikan:

1. Pada hari Isnin, bacalah "Yaa Rahman Yaa Rahim." (Wahai dzat yang pengasih lagi penyayang)


2. Pada hari Selasa, bacalah "Yaa Malikul Quddus". (Wahai Dzat yang Merajai lagi Maha Suci)


3. Pada hari Rabu, bacalah "Yaa Kashiru Yaa Muntahaa". (Wahai Dzat yang Maha Banyak lagi Sempurna)


4. Pada hari Khamis, baca "Yaa 'Aliyyuu Yaa 'Azhiim". (Wahai Dzat yang Luhur lagi Agung)


5. Pada hari Jumaat, bacalah "Yaa Kaafii Yaa Mughnii". (Wahai Dzat yang Maha Cukup lagi Memberi kekayaan)


6. Pada hari Sabtu, bacalah "Yaa Fattahaahu Yaa Razzaq". (Wahai Dzat Pembuka Hati lagi Pemberi Rezeki)


7. Pada hari Ahad, bacalah "Yaa Hayyu Yaa Qayyum". (Wahai dzat yang hidup dan berdiri sendiri)



Amalkan zikir-zikir diatas paling tidak 500 kali sehari. InsyaAllah secara tidak terasa akan memperoleh manfaat yang besar dalam kehidupan sehari-hari wallahuallam.


sumber
dr.lee mind 


Saturday, November 26, 2011

Kelebihan bulan muharram


Sesungguhnya   bulan  Allah Muharram merupakan bulan yang agung lagi penuh berkah, Muharram adalah awal bulan pada tahun hijriyah dan termasuk salah satu dari bulan-bulan haram, sebagaimana firman Allah سبحانه وتعلى yang artinya :

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu” (QS. At Taubah :36)
     
Adapun maksud dari firman Allah سبحانه وتعلى :Janganlah kamu menganiaya diri kamu  yakni, pada bulan-bulan haram karena kesalahan atau dosa yang dikerjakan waktu itu lebih besar dibandingkan dengan kesalahan atau dosa yang dikerjakan pada bulan-bulan selainnya. Berkata Qatadah رحمه الله : “Sesungguhnya kezholiman yang dikerjakan pada bulan-bulan haram lebih besar dosanya dibandingkan jika dikerjakan di luar bulan-bulan haram, walaupun sebenarnya kezholiman di dalam segala hal dan keadaan merupakan dosa besar akan tetapi Allah سبحانه وتعلى senantiasa mengagungkan dan memuliakan beberapa perkara/urusan menurut kehendakNya”. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir surat At Taubah: 36).
     
Diriwayatkan dari Abu Bakrah , Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
...السَّــنَةُ اثْــنَا عَشَرَ شَـهْرًا مِنْـهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَــاتٌ ذُو الْـقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَـيْنَ جُمَادَى وَشَعْـبَانَ رواه البخاري
“…Setahun terdiri dari dua belas bulan di dalamnya terdapat empat bulan haram, tiga diantaranya berurutan, yakni Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram dan  keempat adalah Rajab yang diantarai oleh Jumadil (awal dan tsani) dan Sya’ban” (HR. Bukhari)
      
Dinamakan Muharram karena tergolong bulan haram dan sebagai penekanan akan keharamannya.

Keutamaan Memperbanyak Puasa Sunnah Pada Bulan Muharram :
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu ia telah berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
أَفْضَلُ الصّـِيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ  رواه مسلم
“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah bulan Allah Muharram” (HR. Muslim).
     
Lafadz "شهر الله" (Bulan Allah), penyandaran “Bulan” kepada “Allah” dimaksudkan sebagai bentuk pengagungan-Nya kepada bulan tersebut. Imam Alqari رحمه الله berkata: Nampaknya maksud dari hadits tersebut adalah berpuasa pada seluruh bulan Muharram”.
     
Akan tetapi telah diriwayatkan, bahwasanya Nabi صلى الله عليه وسلم tidaklah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan saja, jadi hadits ini hanya menunjukkan keutamaan memperbanyak puasa pada bulan Muharram, bukan berpuasa dengan sebulan penuh.
      
Dan telah diriwayatkan juga bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم senantiasa memperbanyak puasa pada bulan Sya’ban, hal ini mungkin dikarenakan belum turunnya wahyu kepada beliau yang menjelaskan tentang keutamaan bulan Muharram kecuali pada akhir hayatnya sebelum beliau sempat berpuasa pada bulan tersebut. (Lihat Syarh Shohih Muslim oleh An Nawawi)


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih
Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

Puasa hari 'Asyura', Tasu'a' dan kesebelas Muharram Puasa hari 'Asyura' ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu 'anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Ini adalah hari 'Ayura' dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari) Hikmat berpuasa pada hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata:

Maksudnya: "(Tatkala) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sampai di Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura'. Baginda bersabda: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu" Nabi bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu" Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)" (Hadits riwayat Bukhari) Kelebihan berpuasa di hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:

Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari 'Asyura'? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim) Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari 'Asyura', berpuasa pada hari Tasu'a' iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata:

Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa pada hari 'Asyura' dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Wahai Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari 'Asyura' itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, insya Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan" Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim) Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a' (sembilan Muharram) itu dari berbagai-bagai aspek: 1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura' (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." (Hadits riwayat Ahmad) 2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari 'Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya. 3. Bagi maksud menyambung puasa hari 'Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari 'Asyura'. (lihat I'anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari 'Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu'a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi'e Rahimahullahu Ta'ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu'a'), kesepuluh ('Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


wallahuallam berbagai sumber

Wednesday, November 9, 2011

Solat Istikharah – Pembuka Ketenangan Jiwa dan Kedamaian Hati


Pertama sekali, marilah kita sama-sama beristighfar dan mengucap syukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada kita berupa kemanisan iman dan islam.
Dengan dua nikmat ini, Allah memberikan kita kebersihan hati dalam menilai segala perkara dan menenangkan kita terhadap musibah yang menimpa.
Sebagai permulaan, mari kita melihat dan merenung , apakah yang dimaksudkan dengan istikharah.
Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah , tunduk kepadaNYA.
Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah.
Isi terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah,itulah yang dimahukan dari istikharah.
Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan , tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan.
selain dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjukNYA dalam setiap perkara yang dilakukan.
Ada yang memahami, bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi. Tidak sekali-kali.
Istikharah merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Tuannya.
Dan istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan.
Sebagai contoh , dalam bab mencari jodoh, seseorang gadis didatangi seornag pemuda yang entah dari mana datangnya berjumpa dengan keluarganya, menyatakan hasrat di hati ingin memperisterikan gadis tersebut. Maka adalah menjadi tugas warisnya dan dirinya menyelidiki siapakah pemuda tersebut. Apakah benar baik agamanya , kedudukannya seperti yang diberitakan.
Maka perlu bagi warisnya atau diupah seseorang untuk pergi ke kawasan perumahan pemuda tersebut, bertanyakan jiran-jirannya, tentang akhlaknya, agamanya, pekerjaannya, sikapnya. Setelah selesai semua penyelidikan, maka perkara seterusnya, terserahlah pada gadis tersebut.
Di sinilah peri pentingnya istikharah, dalam menentukan bahawa keputusan yang diambil tidak berdasarkan kegopohan bahkan dari ketenangan hati.
Contoh kedua , apabila sedang dalam pertimbangan mencari sebuah rumah. Maka setelah segala usaha dibuat, diselidiki dan dibuat perbincangan, maka solat istikharah dilakukan, agar segala keputusan yang hadir benar-benar dari ketenangan hati.
Perbincangan , penelitian yang hadir  serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu satu cara  seseorang itu memohon istikhrah dari Allah.
Penyerahan kita pada Allah dalam menentukan hasil yang akan kita perolehi adalah setelah kita berusaha secara optimum sebelum dan selepas solat sunat istikharah.
Isi Terpenting Istikharah
Mengapa dalam pelbagai hal, perlu kita istikharah?
Apakah tidak boleh terus sahaja kita melakukan hal tersebut?
Kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir punyai hijab yang kita tidak boleh menyingkapnya, itulah perkara akan datang.
Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan.
Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadanya.


Oleh itu, ingatkan kamu kepadaKU (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKU) supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU) (152)
Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar (153) (Sapi Betina -Albaqarah)

Bila Mahu Dilakukan?
Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Mengapa Solat?
Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Tuannya.
Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hambaNYA, itulah sujud.
Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya.
Kasih sayang Tuhan, melebihi kasih sayang seorang ibu.
Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum.
Setiap tindakan , ruku’ , i’tidal, sujud , berdiri , tahiyyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekelian Alam.
Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan.


Sebahagian besar daripada kecemasan jiwa yang menimpa manusia adalah disebabkan permainan fikiran yang sentiasa khuatir jika dirinya ditimpa oleh kejadian-kejadian buruk atau perkara-perkara yang tidak diingininya. Padahal apa yang difikirkannya itu belum tentu akan terjadi pada dirinya.
Syaikh Ibnu ‘Athaillah mengatakan:
“Tenangkanlah jiwamu daripada urusan kepentingan dunia, kerana segala sesuatu yang sudah dijanjikan oleh Allah, janganlah engkau turut memikirkannya.”
Perkara seperti ini biasanya dirasakan oleh orang-orang yang kurang bertawakal (berserah diri) kepada Allah dan tidak mengamalkan firman-Nya yang bermaksud :
“Barangsiapa yang berserah diri (tawakal) kepada Allah, nescaya Dia akan memenuhi keperluannya.” (Surah At-Thalaq : 3)
Firman Allah di atas di perkuat lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Seandainya kamu semua bertawakal sepenuhnya kepada Allah, nescaya kamu akan memperolehi rezeki bagaikan rezeki burung-burung yang pada waktu pagi berkeadaan lapar dan kembali ke sarangnya (di waktu petang) dengan perut kenyang.” (Riwayat At-Tirmidzi)
Jika kita mahu berpegang teguh kepada firman Allah dan sabda Rasul-Nya sebagaimana yang sudah kita nukilkan di atas, nescaya jiwa kita akan merasa tenang dan tenteram. Ketenangan dan ketenteraman jiwa ini akan mendatangkan kebahagiaan, baik di dunia mahupun di akhirat kelak.
Hati yang tenang dan tenteram dapat membentuk tindak-tanduk yang cemerlang dan sempurna. Bagaimana jiwa yang kusut dapat membuat keputusan yang bijak dan mengurus kehidupan dengan teratur?
Selain itu juga, terdapat beberapa ayat Allah dan sabda Rasul-Nya yang patut kita renungkan, supaya tercapai ketenteraman dan ketenangan jiwa yang kita harapkan. Antara lain firman-Nya yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah (berzikir) kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya dan pujilah (bertasbih) kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” (Surah Al-Ahzab : 41-42)
Firman-Nya lagi, yang berbunyi :
“Dan sembahlah Tuhanmu, hingga datang kepadamu yang diyakini (ajal).” (Surah Al-Hijr : 99)
Firman-Nya lagi, yang bermaksud :
“Dan tiada satu haiwan melatapun di permukaan bumi, melainkan rezekinya ditanggung oleh Allah.” (Surah Hud : 6)
Dalam ayat lain, Allah berfirman :
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, melainkan kesenangan dan permainan (sementara) dan sesungguhnya kehidupan yang hakiki adalah kehidupan akhirat, andainya mereka mengetahui.” (Surah Al-Ankabut : 64)
Perhatikan pula firman-Nya yang bermaksud :
“Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain di samping Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.” (Surah Qasas : 88)
Firman-Nya lagi :
“Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.” (Surah At-Talaaq : 4)
Selanjutnya, marilah kita perhatikan pula firman-Nya yang berbunyi :
“Tidak ada kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak juga bergembira dengan apa yang diberikan kepadamu. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Surah Al-Hadid : 22-23)
Begitu besar kasih dan sayang Allah kepada hamba-Nya dan cinta Rasul kepada ummahnya, yang memberikan petunjuk untuk kebahagiaan hidup manusia. Namun semuanya itu bergantung kepada kita sendiri, apakah kita mahu mengikuti petunjuk-petunjuk itu atau hendak mengabaikannya.
Untuk lebih jelas lagi mengenai pengertian tawakal, Rasulullah SAW didatangi orang Badawi dan berkata,
“Bolehkah saya melepaskan unta saya, lalu saya bertawakal kepada Allah, wahai Rasulullah? Nabi menjawab: Tambatlah unta itu, lalu engkau bertawakal kepada Allah” (Al-Hadis).
Daripada penjelasan di atas maka bolehlah kita mengambil satu rumusan bahawa segala bentuk urusan atau pekerjaan yang dihadapi hendaklah berusaha terlebih dulu sebelum bertawakal kepada Allah SWT.
Sebagai manusia yang inginkan kejayaan dan kesejahteraan hidup, haruslah berusaha dan bekerja dengan tekun. Lantaran kesempurnaan hidup (di dunia dan di akhirat) tidak akan tercapai apabila ada sikap malas. Islam sama sekali tidak menghendaki umat-Nya menganggur dan berpeluk tubuh, hanya berserah buta kepada Allah SWT.
Tawakal mesti didahului dengan ikhtiar.
Jangan mengharapkan cinta Allah, kalau masih sukar taat.
Jangan mengharapkan redha Allah, kalau masih derhaka.




wallahuallam
berbagai sumber

Friday, October 7, 2011

Amalan-amalan bagi pesakit gangguan jin dan Benteng diri

Sakit akibat‘gangguan jin’ memang memeritkan. Datangnya tidak menentu. Namun, jika diamat-amati ternyata penyebabnya ialah nipisnya ‘benteng’ diri pesakit (walaupun bukan semua pesakit). Seandainya pesakit sudah disahkan sembuh, amalan-amalan kerohanian seumpama amalan fardu dan sunat (sunnah) amat perlu dititik-beratkan.
Jika anda leka dan bermalas-malasan, maka bersiap siagalah dengan gangguan-gangguan mereka. Anda harus akur bahawa tubuh badan anda sudah bukan seperti insan normal lainnya. Di dalam badan anda sudah ada highway laluan mereka. Tutupi jalan-jalan tersebut dengan amalan-amalan agama.
Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى amat mengasihi anda. Dia memberi ujian tersebut kerana hakikatnya Dia mahu memberi anda amalan tambahan agar anda lebih dekat kepadaNya.
Menurut sepotong hadith, (mafhumnya lebih kurang); Allah سبحانه وتعالى telah menetapkan kedudukan seseorang pada suatu darjat tertentu. Namun apabila Allah mendapati orang tersebut belum juga dapat mencapai tahap yang telah Dia tetapkan melalui amalannya, maka Allah سبحانه وتعالى menurunkan ujian berupa sakit dan sebagainya.
Semuanya adalah agar dengan pahala penanggungan sakit dan lain-lain ujian itu, hamba tersebut akan sampai ke darjat tersebut. Oh, betapa Maha Pengasihnya Allah.

1- Memurnikan Tauhid Dan Meluruskan Akidah:

Proses bagi memurnikan tauhid, iaitu hanya bertuhankan Allah s.w.t. dan tidak selainNya perlu menjadi amalan dan diperjuangkan seumur hidup, sehingga individu itu berjaya mengucapkan kalimah tauhid pada akhir kalamnya. Dalam erti mendalam ialah mengeluarkan segala kebesaran makhluk (selain Allah s.w.t.) dan hanya ada kebesaran Allah s.w.t. di dalam hati, jiwa dan minda. Sehingga tiada sebarang makhluk yang menjadi sumber ketakutan, ketaatan dan kepatuhan selain Allah s.w.t. Akidah wajib diluruskan pada setiap waktu melalui menuntut ilmu serta mengamalkannya dan sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk terus bertaqarrub kepada Allah s.w.t.

Semua manusia hanya perlu menyembah kepada Allah s.w.t., meminta hanya kepada Allah, berharap hanya kepada Allah, mengadu dan berdoa hanya kepada Allah s.w.t. serta mengingati Allah s.w.t. pada waktu susah dan senang. Hubungan dengan Allah s.w.t. perlu dijaga dan disuburkan dengan sentiasa bermunajat, berzikir dan mencintai Allah s.w.t. Dengan adanya perasaan ini, kita tidak perlu lagi menggunakan tangkal dan azimat. Kita tidak perlu bergantung harap kepada manusia ataupun apa jua makhluk Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang perlu diagungkan, dimuliakan dan dibesarkan.

2. Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Umat Islam perlu meyakini dan memahami bahawa tiada kejayaan melainkan mentaati perintah Allah s.w.t. serta mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Wajib meyakini bahawa setiap ajaran yang ditunjukkan oleh baginda adalah yang terbaik dan kita perlu mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Beliau adalah seorang yang maksum, iaitu terpelihara daripada segala dosa. Beliau juga yang memberi syafaat di padang mahsyar kelak. Setiap perkataan, perbuatan dan buah fikirannya adalah daripada Allah s.w.t. semata-mata.

Segala sunnah begitu dibenci oleh syaitan, iblis dan jin-jin yang jahat. Amalan sunnah Nabi s.a.w. bukan sahaja mempunyai faedah kerohanian tetapi juga perlindungan daripada gangguan mereka. Antara contoh amalan harian berdasarkan sunnah Nabi s.a.w. adalah seperti berikut:

Mengamalkan doa sebelum tidur, membaca ayat Kursi dan 3 Qul sebelum tidur. Doa-doa ini diamalkan bagi mendapatkan perlindungan daripada gangguan syaitan dan iblis.
Membaca doa dan menyebut nama Allah s.w.t. ketika masuk dan keluar rumah. Amalan ini menjadikan rumah itu terhindar daripada didiami jin, syaitan dan iblis pada hari itu.
Membaca ayat Kursi ketika keluar rumah. Allah s.w.t. melindungi orang yang mengamalkan ayat ini daripada gangguan syaitan dan iblis.
Membaca doa ketika jimak dapat mengelakkan persetubuhan dari disertai oleh jin dan syaitan, insyaAllah zuriat yang dilahirkan akan mendapat perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan syaitan dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Terdapat banyak lagi amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu kita perlu mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan sunnah Nabi s.a.w. dengan cara berguru dengan para alim ulama secara berterusan bagi memperkasa benteng diri daripada gangguan jin, syaitan dan iblis.

3. Menjaga Solat

Solat adalah tiang agama. Ia adalah salah satu dari rukun-rukun Islam. Mendirikannya adalah wajib bagi mereka yang cukup syarat-syaratnya. Selepas iman, solat adalah amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah s.w.t. Mereka yang mengaku Islam wajib mendirikan solat. Solat menghubungkan diri dengan Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w. sudah pun menunjukkan kadar minimum yang wajib dilakukan adalah 5 kali sehari semalam.

Amalan solat perlu sempurna dari segi perlaksanaan fizikal, iaitu mengikut hukum fiqh yang betul dan perlaksanaan khusyuknya. Solat yang betul dari segi perlaksanaan syariat tetapi tidak khusyuk tetap dapat pahala tetapi kurang memberi kesan pada hati. Solat yang khusyuk tetapi tidak betul seperti yang diajar oleh Nabi muhammad s.a.w. tidak diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu solat mestilah betul dari segi syariatnya dan benar dari segi khusyuknya untuk menjadi benteng kerohanian yang kuat demi melawan segala godaan jin, syaitan dan iblis. Solat yang sempurna akan dapat mencegah manusia daripada melakukan perkara-perkara keji dan mungkar. Perlaksanaan terbaik mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. ialah dengan solat berjemaah…..baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjemaah hingga baginda wafat.

Selain solat fardhu, solat-solat sunat amat perlu dilakukan sebagai cara mengukuhkan hubungan dengan Allah s.w.t. Di antara solat sunat yang amat digalakkan memperbanyakkannya ialah solat tahajjud, solat dhuha, solat witir dan solat sunat rawatib.


4. Memperbanyakkan Membaca al-Quran Dan Mentaddabur Isi Kandungannya

Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t. sebagai panduan. Al-Quran juga adalah sebagai sumber penyembuh dan rahmat yang diturunkan kepada orang-orang beriman. Al-Quran perlu dibaca setiap hari bagi mendapat petunjuk, keberkatan dan nur. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang dapat dijadikan amalan harian ataupun amalan ruqyah sebagai rawatan penyakit yang berpunca daripada jin, syaitan dan iblis. Ayat-ayat seperti ini perlu diamalkan dengan yakin kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. sahaja zat yang Maha Penyembuh. Amalkan ayat-ayat tersebut setiap hari secara istiqomah (konsisten) agar sebati dengan diri sehingga tidak ada lagi jin, syaitan dan iblis yang mampu mengganggu kita.

5. Memperbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W. Dan Ahli Keluarga Serta Sahabat-sahabat Beliau

Umat Islam digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat beliau. Orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekali , Allah s.w.t. berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali. Memperbanyakkan selawat mendatangkan rahmat Allah s.w.t. kepada pembacanya. Kita digalakkan menutup doa kita dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., supaya Allah s.w.t. mendengar doa itu. Memperbanyakkan selawat juga dapat menjamin orang itu mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. ketika berada di padang mahsyar kelak.

Bolehlah diamal mana-mana selawat dan terlebih afdhal selawat dianjurkan dalam hadis-hadis sahih seperti selawat di dalam tahiyyat akhir dalam solat.

6. Menjauhi Dan Meninggalkan Maksiat Dan Dosa

Amalan dosa dan maksiat disukai oleh jin, syaitan dan iblis. Melakukan dosa besar ataupun mengekalkan dosa-dosa kecil akan menggelapkan hati. Hati yang hitam dengan dosa sukar mendapat hidayah dan sukar mendengar nasihat. Sekiranya orang itu berkekalan dengan segala bentuk maksiat, Allah s.w.t. akan menghantar jin,syaitan dan iblis menjadi temannya. Pesakit gangguan jin digalakkan melakukan taubat nasuha, iaitu meninggalkan amalan-amalan dosa dengan melakukan solat taubat dan ditambah dengan beristighfar kepada Allah s.w.t. supaya diampuni dosanya. Amalan-amalan yang dapat melalaikan seperti bercakap lucah, mendengar muzik yang melekakan, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan perlu ditinggalkan dan dijauhi.

7. Memperbanyakkan Amalan-amalan Sunat

Setiap perkara yang baik dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. tidak disukai oleh jin, syaitan dan iblis. Melakukan banyal amalan-amalan sunat adalah cara bagi mendapatkan cinta dan kasih sayang Allah s.w.t. Antara amalan sunat yang perlu diperbanyakkan adalah solat-solat sunat, puasa sunat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, bersedekah dan bercakap yang baik-baik.

Pesakit gangguan jin juga digalakkan memperbanyakkan munajat dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya Allah s.w.t. memberkati proses penyembuhan penyakit yang dilaluinya. Selagi Allah belum memakbulkan kesembuhan, beliau perlu redha dengan sakit yang dialami dengan harapan, Allah s.w.t. memberi keampunan dosa. Kemungkinan penyakit itu akibat dosanya sendiri atau sebagai kafarah baginya. Bertahajud serta berzikir dan bertaubat juga dapat menguatkan rohani. Ia juga dapat menjadi benteng daripaga segala bentuk gangguan jin, syaitan dan iblis.

Allah s.w.t. tealh berfirman yang bermaksud:”Dan Kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Isra’ ayat: 82

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang bermaksud:”Setiap penyakit ada ubatnya (penawar) dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah” – hadis riwayat Muslim

Junjungan kita Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk mengubati bebagai macam penyakit, samada disebabkan tukang sihir seperti guna-guna atau disebabkan gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lain atau terkena gigitan binatang bisa seperti kala-jengking, lipan, ular dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. juga menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk tujuan memohon perlindungan Allah s.w.t. (pelindung diri). amalan ini telah diteruskan hinggalah ke zaman ini. Telah terbukti dengan mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang diajar oleh Rasullah s.a.w. dapat menyelesaikan masalah walaupun perubatan moden tidak mampu menanganinya. Semuanya adalah dengan kehendak Allah s.w.t.

Keberkesannya adalah bergantung sejuah mana keyakinan seseorang itu kepada Allah s.w.t. Mari kita tingkatkan iman dan yakin kita kepada Allah s.w.t. dengan mengamalkan ayat-ayatNya dalam segenap aspek kehidupan agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t.: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada siapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu, dan jika Dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? Dan (ingatlah) kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal (berserah diri) – surah ali-Imran: ayat 160

AMALAN WAJIB PESAKIT:

Amalkan zikir pendinding selepas solat subuh dan maghrib 100x sehari

Sarana untuk membentengi diri dari ganguan jin itu dinyatakan juga oleh baginda Nabi saw. dalam sabdanya: Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


dalam sehari sebanyak seratus kali, niscaya dia mendapat pahala sebagaimana orang memerdekakan sepuluh budak. Dia juga diampunkan seratus kejahatan, dibuatkan untuknya benteng sebagai pelindung dari setan pada hari itu hingga petang hari. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik darinya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak darinya.

Tasbih Nabi Yunus 100x sehari




Surah al-Fatihah
- Ayat al-Kursi
- Subhanallah 33 kali.
- Alhamdulillah 33 kali.
- Allahu Akbar 33 kali.
- Baca khawatim (penutup) surah al-Baqarah iaitu ayat 285-286 seperti di bawah:


 


(285) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.
(Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

(286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Makna mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kejahatan dan bencana syaitan atau manusia dan jin, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.

13. Baca surah-surah berikut ketika hendak tidur dan ulangi sebanyak tiga kali:
- al-Ikhlas sekali.
- al-Falaq sekali.
- an-Nas sekali.
- Bismillah 21x
- KEMUDIAN DOA: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kejahatan JIN dan niat jahat Manusia”. Hembus atau meniup tapak tangan dan sapukan ke seluruh tubuh yang tercapai oleh tangan tanpa pengecualian.
 
14. Amalkan bacaan surah al-Baqarah (seluruhnya) setiap 3 hari sekali.
15. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم sekurang-kurangn
ya 100 kali sehari.


Amalan keluar rumah

Bismillah 5



Maksudnya:

1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Khasiat Ayat Ini

1. Penawar bisa
2. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang, bisa bisa badan,gila merian
3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
4.pendinding diri
5.penggerak
6.dibaca pada minyak untuk urutan

Amalan untuk pendinding diri dan rumah


Disini diantara kaedah ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir
dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para anbiya. Ilmu ini
tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kesungguhan juga istiqamah.
 

 
Dilakukan Waktu selepas solat maghrib, seeloknya pada hari selasa bagi memagar
diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana
Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,
buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembok/benteng yg amat kebal dan juga memagar diri dengan jarak sejauh mata memandang . Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembok/benteng itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk
tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 7 kali sehingga kita berada dalam satu
tembok empat persegi yang sempurna dan satu ditengah2 diri.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk
yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.


moga bermanafaat