Monday, June 3, 2013

Minyak Kasturi Aura Bio Hikmah


MINYAK KASTURI AURA BIO HIKMAH

Aura yang kuat, segar dan hidup akan menyebabkan seseorang itu memiliki daya tahan,
daya juang, daya pemikiran, daya tahan penyakit,dan tarikan yang kuat. Secara tidak
langsung akan melibatkan kehidupan seharian yang lebih harmoni, ceria dan bermakna
sama ada bagi diri sendiri mahupun mereka yang berkaitan rapat dengan segala urusan
anda. Pada manusia ia suatu pancaran berupa kabus atau lapisan cahaya terdiri 7 lapisan
warna yang menyerupai warna pelangi, ia mempunyai fungsi dan pengaruh tertentu di
dalam kehidupan
seharian.

DIANTARA FUNGSI MINYAK AURA BIO HIKMAH

1. Mind (Minda): Merangsang minda supaya lebih segar dan cergas, menenangkan fikiran yang tegang dan
runsing. Ia juga berkesan dalam menjana minda yang lebih positif, serta menguatkan daya ingatan dengan
meransang bahagian otak yang berkaitan.

2. Body (Tubuh): Memberi kesegaran dan kecerdasan kepada tubuh, menaikkan aura seri wajah, pesona,
mengurangkan sakit-sakit badan dan keletihan.

3. Spiritual (Semangat / Jiwa): Menjana emosi yang positif, mengatasi sikap panas baran, mengurangkan
rasa malas, mengatasi kemurungan dan gangguan kejiwaan dari unsur psikologi mahupun unsur negatif
yang lain.

4.Ikhtiar Benteng diri dan Penyembuhan
Perisai tempat kediaman, tempat kerja,tempat perniagaan dan sebagainya.
Menghindarkan gangguan makhluk halus, jin dan binatang buas.
perlindungan dari disihirkan orang, histeria, rasukan,saka dan sebagainya.

4. Communication (Perhubungan): Memberi keyakinan dan semangat yang tinggi dalam komunikasi serta
perhubungan harian. Menjadikan diri mudah didampingi dan memiliki personaliti dan mempunyai daya
penarik.
dan banyak lagi kegunaan yang tak dapat dinyatakan disini, ianya dapat diolah mengikut niat individu itu sendiri insyaallah biiznillah.

Kandungan minyak wangi aura bio hikmah dari adunan bahan alamiah teras kemuning hitam,penawar hitam,gemunggal, pati-pati bunga & kasturi serta didoakan
dengan doa-doa khusus diantaranya:
Doa Nurun Nurbuwwah, Ayat-Ayat Syifa', Ayat-Ayat Ruqyah, Himpunan Doa Kalimah, Selawat Fatih
Selawat Tafrijiyah, Doa Nur, (Ibu syifa’), Hizib Bhar, Hizib Sakran dan beberapa rangkaian doa terpilih.

DAPAT DILIHAT KESANNYA DIWAJAH SEKETIKA SEBELUM DAN SELEPAS,WANGIAN TEMBUS TAPAK TANGAN

IANYA JUGA TIDAK MELANGGAR HUKUM, SYARIAT AGAMA,TIADA PANTANG,SUCI DAN BOLEH DI BAWA SOLAT.

SOLAT. MINYAK INI TINGGI NILAINYA KERANA TIDAK DI JUAL DIPASARAN TERBUKA, YAKINLAH PADA
KUASA DAN RAHMAT ALLAH, JADIKANLAH IA SATU IKHTIAR LAHIRIAH UNTUK KITA BERJAYA 

kaedah aplikasi hajat

1.sapukan sedikit minyak di jari manis juga ibu jari cantumkan kemudian tarik nafas tahan

baca bismillahirohmannirohim 3x (senafas)

selowat 3x

niat (bergantung hajat )
sapukan di kedua kening lurut ke atas.

2.kaedah aplikasi umum

sapukan ditapak tangan, gosok lawan jam sambil selawat 3 kali. Niat yang positif kemudian hirup baunya kemudian 
raup muka ke atas.

3.Penyembuhan
Titiskan beberapa titik minyak kedalam bekas mandian yang berisi air sejuk juga sesudu garam. Kacau arah lawan jam sambil selawat 7 kali. Biar seketika saat mandi niatkan mandi sunat taubat juga pembersihan dari segala apa yang batil.Bismillah 3x selowat 3x disapukan permukaan bawah botol atau cawan ikut lawan jam berisi air niatkan untuk penyembuhan penyakit zakir batin biarkan 5minit lalu dibuat minum

4.Ikhtiar Benteng Diri
bismillah 3x selowat nabi 3x sapu minyak dikedua kening serta di kedua belakang cuping telinga.

5.Pembersihan juga pemagaran rumah atau tempat
bismillah 3x selowat nabi 3x titiskan kedalam bekas penyembur air,semburkan dari pintu utama ikut lawan jam hingga bertemu kembali pintu utama.

6.Pembersihan diri/cleansing
sapukan ditapak tangan, gosok lawan jam sambil selawat 3 kali. Niat yang positif kemudian hirup baunya,letakkan tapak tangan kanan diubun2 niatkan benamkan segala yang batil kedalam bumi hingga terasa tubuh ringan baru lepaskan tangan.

7.Menarik rezeki
letak minyak ditempat niaga atau buat semburan setiap kali mula berniaga waktu pagi

saranan
buat mandian selama 7 hari untuk kesan menyeluruh.

Untuk pesanan sila hubungi :
 Agp Maza 0179145756






Pengujian Diameter Aura mengunakan dowsing rod pada produk X




Pengujian Diameter Aura mengunakan dowsing rod pada produk minyak Aura syifa lihat perbezaannya..





Gambar foto aura pertama:sebelum memakai minyak aura syifa



Gambar foto aura kedua : selepas memakai minyak aura syifa
lihat perbezaannya...


Benteng mukmin di Muadzam Shah



RAWATAN ISLAM benteng mukmin adalah satu-satunya Rawatan Islam yang menyediakan AMALAN BENTENG DIRI yang MENCEGAH kita dari 3 jenis unsur khianat :-

1. KHIANAT DARI SERANGAN MANUSIA - Memukul, Merompak, Meragut, Merogol, Menyamun, Membunuh dan sebagainya.
2. KHIANAT DARI SERANGAN JIN - Sihir, Santau, Busung, Guna-guna, Pukau dan sebagainya. Jin itu sendiri boleh menyerang kita ketika kita berada ditempatnya contohnya seperti rumah lama, hutan dan sebagainya.
3. KHIANAT DARI SERANGAN BINATANG BERBISA - Ular, Anjing, Lipan, dan sebagainya.
* Jadi ini adalah salah satu jalan IKHTIAR kita untuk keselamatan diri kita dan keluarga untuk mengelakkan diri kita dari SERANGAN KHIANAT. InshaAllah.
* Selain itu, AMALAN BENTENG DIRI ini juga dapat MERAWAT diri kita dari segi ROHANI & JASMANI. Sekiranya didalam badan terdapat penyakit, gangguan jin, bisa-bisa, angin dan sebagainya. Ia akan merawatnya dari hari ke hari. InshaAllah.
* Amalan Benteng Diri ini juga tidak menggunakan unsur-unsur JIN, KHADAM, SERUAN, JAMPI SERAPAH, MENTERA, PUJA MEMUJA dan sebagainya. Kerana Amalan Benteng Diri ini 100% menggunakan Ayat-ayat dari AL-QURAN & HADITH Rasulullah S.A.W.
* InshaAllah dengan IKHTIAR ini kita dapat hidup bahagia & sejahtera. Dengan Izin Allah S.W.T.



TAHAP KEILMUAN YANG KAMI AKAN AJARKAN ADALAH

AMALAN BATHAMIM
ASAS PERTAHANAN DIRI

AMALAN BATHAMIM
RAWATAN ISLAM

AMALAN BATHAMIM PELENGKAP


Menurut Imam Yusuf al-Qardhawi,
“Belajar ilmu mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memiliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, “Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.

Dalam hal ini, Imam Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa,
“Islam tidak menghendaki tubuh yang rapuh, yang tidak boleh menangung beban ketika sedang dituntut darinya, tidak mampu menghadapi kesengsaraan, serta tidak kuat ketika mendapat tentangan

Menurut Iman Ibnu Qudamah : ” Hikmah ialah gabungan antara ilmu dan amalan. ” Manakala menurut Ibnu Qutaibah : ” Tidaklah seseorang itu dinamakan bijaksana sehingga digabungkan antara ilmu dan amalan. ”
Hikmah disini juga bermaksud rahsia atau maksud yang tersirat kadang-kadang di luar jangkauan batasan akal manusia.

Memiliki ilmu dan amal adalah perkara yang amat penting untuk kita usahakan, agar kita mendapat hikmah. Hikmah tidak akan di dapati dengan sendirinya tanpa mencari serta di dahului bersama ilmu dan amal



sekiranya tuan / puan berminat dalam memiliki ilmu yang bertindak sebagai pendinding DALAM MENJAGA KESELAMATAN DIRI hubungi kami di 
No 0199274242 AGP Mohamad maza

Saturday, June 1, 2013

Terapi Hikmah Sejati



Alhamdulillah kini Terapi Hikmah Sejati telah beroperasi di :




MM82 JALAN DARA MEDAN MEWAH,

26700 BANDAR MUADZAM SHAH,
PAHANG DARUL MAKMUR,

Untuk rawatan atau temujanji boleh hubungi :




Agp Mohamad maza 0199274242


Mohd Hafiz 01119933707

Abdul Rahim 0169513729

Yusnizam 0179985991




Waktu beroperasi : 

10.00 pagi hingga 1.00 tengahari


2.00 tenghari hingga 6.00 petang

8.30 malam hingga 11.30 malam

Saturday, May 11, 2013

Penyembuhan melalui Terapi Air bacaan Yassin








Penggunaan air yassin sebagai penyembuh kepada pelbagai penyakit seperti yang disenaraikan dibawah ini 

Kepada pesakit yang sedang dalam rawatan doktor dan makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan. Teruskan makan ubat seperti biasa. Boleh amalkan terapi ini juga.

Senarai Penyakit Yang Dapat disembuhkan dengan Terapi Air Yassin adalah:
Tekanan Darah Tinggi
Anemia (Kekurangan darah)
Rematik (Sakit pada sendi/otot)
Kelumpuhan
Kegemukan
Radang sendi
Resdung
Tachycardia-degupan jantung pantas dan tidak normal.
Selalu pening dan mual
Batuk
Leukimia
Asma
Bronkitis
paru-paru berair
Radang selaput
Batu Karang
Penyakit urogenital (organ seks)
Kandungan Asid Tinggi dalam darah.
Perubatan Hermorrhage & Opthalmia (Mata berair dan merah)
Haid Tidak Teratur
Kanser Payudara
Migrain
Sakit Dalam Kepala
Cara-cara rawatan.

1. Minum enam (6) gelas air Yassin (1.5 liter) sehari.

2. Pada waktu pagi setelah anda bangun dari tempat tidur, (tanpa gosok gigi) minum 1.5 liter air iaitu Yassin, 5 hingga 6 cawan. Baru anda boleh mencuci muka setelahnya minum air yassin.

3. Perkara ini sangat penting untuk rawatan yang lebih berkesan, jangan minum atau makan apapun selepas diminum dalam tempoh waktu 1 jam sebelum dan sesudah minum ini 1.5 liter air Yassin.

4. Elakkan minum air limau atau lemon, air tapai atau minuman yang beralkohol pada malam sebelumnya.

5. Jika sukar untuk minum 1.5 liter air Yassin pada satu masa, bolehlah dilakukan secara berperingkat. Untuk permulaannya, anda boleh minum empat gelas dulu dan tunggu dua atau lima minit kemudian habiskan dua gelas lagi.

Anda mungkin akan buang air kecil 2 sampai 3 kali dalam masa satu jam, namun ia akan menjadi normal setelah beberapa waktu.

Nota:
Disarankan agar pesakit Artheritis atau rematik melaksanakan terapi ini tiga kali sehari, pagi siang, dan malam iaitu, 1 jam sebelum makan selama satu minggu, dan kemudian dua kali sehari sampai penyakit hilang.

Bagaimana peraturan meminum Yassin Air?

Meminum air minum Yassin biasanya dapat memurnikan dan membersihkan tubuh manusia secara zahir dan batin. Ia akan membuat usus besar lebih berkesan dengan cara membentuk darah baru, dalam istilah perubatan dikenali sebagai "aematopaises". Bahawa mucousal fold pada usus besar dan usus kecil diaktifkan oleh cara ini, merupakan fakta yang tak diragui, seperti teori yang menyatakan bahawa darah segar baru dihasilkan oleh mucousal fold.

Bila usus dibersihkan, maka nutrient dari makanan yang dimakan beberapa kali sehari akan diserap dan dengan kerja mucousal fold itu diubah menjadi darah segar. Darah merupakan hal penting dalam menyembuhkan penyakit dan memelihara kesihatan dan kerana itu air yassin hendaknya diminum dengan teratur.

InsyaAllah segala penyakit dan penawarnya, kita mohon dan berdoalah kepada Allah SWT. Hanya Allah berkuasa menentukan segalanya keatas sesuatu. Kita sebagai hambaNya hanya berusaha dan berikhtiar sahaja.

Pelbagai Kegunaan Air Yaasiin
Rawatan untuk keluarkan angin dari badan:
Rawatan ini sesuai untuk sesiapa yang selalu perut kembung, kencing tidak teratur dan juga mereka yang terasa terkena sampuk atau sihir.

1. Ambil 1/2 gelas air biasa, masukkan dalam periuk dan panaskan selama 5 minit.
2. Kemudian tumbuk halia basah sebesar ibu jari, dan masukkan dalam periuk.
3. Tapiskan air halia dalam gelas.
4. Penuhkan gelas dengan air Yaasiin.
5. Tambahlah sedikit ais dan gula (untuk sedapkan rasa).
6. Bila air dah sejuk minum, InsyaAllah, sendawa kita, dan terkeluar angin dari badan.
Rawatan untuk badan bagi cramp, lenguh-lenguh, sesak nafas:
Rawatan ini sesuai untuk mereka yang sudah berapa kali berurut tetapi cramp dan lenguh-lenguh masih tidak mahu hilang.
1. Ambil halia basah satu genggam.
2. Tumbuk sampai lumaat (atau guna blender tetapi jangan tambah air). Basuhkan dulu bekas cili di blender atau lesung dengan air limau nipis – untuk elakkan pijar cili pada kulit kita.
3. Curahkan 1-2 sudu air Yaasiin.
4. Bancuhkan dalam bekas plastik (yang ada tudung).
5. Sapu bancuhan halia pada bahagian badan yang hendak dirawat:-
Kejang kaki (cramp) – sapu seluruh kaki dari paha ke jari kaki, juga dari pusat ke ari-ari (elakkan kemaluan untuk elakkan pijar)
Lenguh-lenguh otot – sapu di seluruh tulang belakang, perut, dan bahagian lenguh tersebut kalau kencing tidak teratur – sapu dari ari-ari
Sesak nafas – sapu di dada dan perut
Penyeri muka – sapu di seluruh muka, termasuk kelopak mata (hati-hati jangan sampai masuk mata)
6. Halia yang lebih simpan dalam peti ais.


InsyALLAH mana-mana tempat yang ada angin akan rasa panas (seperti terbakar) selama 20 minit lebih. Ulang lagi selama 3-4 hari sehingga rasa panas dari halia tidak terasa lagi.
Memagar rumah:
Cara memagari guna sembur air Yaasiin untuk rumah baru, sekiranya kita tidak tahu amalan pagar rumah, atau tidak mampu/sempat panggil orang memagari rumah. Selain itu cara memagar ini amat sesuai sekiranya kita menginap di kediaman sementara seperti di hotel.
1. Ambil penyembur baju.
2. Masukkan air paip biasa sampai 3/4 penuh.
3. Masukkan air Yaasiin.
4. Sembur semua penjuru-penjuru bilik rumah kecuali bilik air — Tidak perlu basah, sembur sikit sahaja.
5. Untuk tempat-tempat yang selalu kita duduki seperti bilik TV, bilik makan dan bilik tidur, sembur ke siling-siling.
6. Sembur bahagian luar pintu rumah dan pintu dapur.
7. Sembur pagar-pagar di sekeliling rumah.



Berbagai sumber

Thursday, April 18, 2013

Wangian Kasturi Kijang


Kasturi merupakan wangian yang terbaik di dunia,kehebatan haruman kasturi telah diperkatakan sejak zaman berzaman,Kita biasa mendengar,apa sahaja yang berbau wangi akan dikatakan seharum kasturi,ia mudah ditemui pada bait-baik puisi,kisah-kisah romantis,lagu-lagu,epik-epik cinta dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW sendiri.

Nabi Muhammad SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).

Namun apakah rahsia,khasiat dan keistimewaan yang terkandung di dalam haruman kasturi sehingga baginda bersabda sedemikian?

Dari manakah asalnya kasturi ini?

Terdapat beberapa riwayat yang jelas tentang perkaitan antara wangi-wangian itu dengan nikmat di syurga. Iman Ibnu Qayyim rah pernah menulis,"Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga, Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."
ABU Hurairah berkata: "Ya Rasulullah SAW,daripada apakah dibuat syurga itu? Jawab Baginda: "Daripada air." Kami bertanya: "Beritakan mengenai bangunan syurga!" Jawab Rasulullah bermaksud: "satu bata daripada emas dan satu bata lagi daripada perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan vakut. (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).
Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

Bagaimanakah haruman kasturi ini sampai ke dunia?

Mengikut rujukan pengarang Kitab Iq Al-Alqaa dan juga Kitab Jaami Karaamat Al-Aliyaa, sesungguhnya ketika Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi,baginda telah diziarahi oleh seekor kijang betina,lalu Nabi Adam A.S telah menghadiahkan kijang tersebut secebis daun dari syurga,dengan izin Allah SWT menjadikan kijang itu berbau harum seharum kasturi.

Pada hari ini,keturunan/nasab kijang tersebut telah menghasilkan wangian kasturi yang tumbuh di bahagian bawah perut kijang jantan dipanggil bintil kasturi (musk deer gland/pods).
manusia memproses kasturi tersebut untuk dijadikan minyak wangi dan ubat-ubatan.

Kasturi daripada Kijang merupakan hasil daripada haiwan yang paling mahal di dunia.


Khasiat Memakai Haruman Kasturi 


Kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman.Abu Yusuf Ya'quq ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi merupakan antara tokoh-tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan menggunakan kasturi didalam kajiannya mengenai kimia dan haruman.Beliau telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama Kitab Kimiya al'Itr (Book Of the Chemistry of the Perfume)
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam yang lain,kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan,antaranya:
1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi merupakan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim).
2) Memberi Ketenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Mampu menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Menguatkan tubuh badan.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).


Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu
1) Mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan
2) Melancarkan peredaran darah
3) Merangsang penyingkiran darah haid
4) Mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.

Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser.
Di negara-negara barat,penggunaan kasturi lebih kepada penghasilan wangi-wangian kerana mereka sedar bahawa haruman daripada kasturi mempunyai keistimewaan dan nilai terapi yang tersendiri.Harga minyak kasturi juga amat mahal di sana berbanding di negara asia.



PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN



Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit.


Kaedah Penggunaan Kasturi Kijang


Bagi mendapatkan keberkesanan kasturi kijang yang telah dibacakan ayat Al Quran dan doa syifa' ini maka perlulah secara adabnya digunakan dengan bertertib. Berikut adalah beberapa panduan untuk pengguna kasturi kijang bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Perubatan Kasturi Kijang untuk masalah dalaman wanita:

1. Keputihan
2. Kegatalan
3. Senggugut
4. Berbau

Kaedah:

1. Mulakan dengan bismillah
2. Baca Al Fatihah 1X, Selawat - 3X
3. Sapu kasturi kijang pada jari telunjuk. Ratakan
4. Sapukan dalam faraj 7 malam berturut-turut
(Agak sedikit pedih kerana minyak kasturi kijang bersifat panas)


Minyak Kasturi Kijang untuk masalah:

1. Histeria
2. Kena Sampuk
3. Gangguan Jin

Kaedah:

1. Baca Bismillah, Fatihah dan Selawat
2. Sapu pada lidah dan hidung
3. Titis 3 titik pada air dan minum (Mungkin MUNTAH)

InsyaAllah.

Kasturi  Kijang untuk:

1. Sawan Tangis
2. Sawan Malam/Terkejut-terkejut

Tanda:

- Telinga/Tangan/kakii Sejuk
- Menangis airmata tak keluar
- Bayi sentiasa nak berdukung/melekat di badan 

Penggunaan:

1. Baca bismillah dan selawat
2. Sapu pada kening, belakang telinga, ubun-ubun, dan tapak kaki

(peringatan: untuk bayi hanya disapu sedikit sahaja minyak kasturi kijang ini) 


Kasturi Kijang untuk masalah berikut:

1. Sesak nafas
2. Dada berdebar-debar
3. Rasa Seram Sejuk
4. Batuk
5. Lelah
6.Sakit Jantung

Kaedah:

1. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan Selawat
2. Sapu pada dada dan leher
3. Sapu SEDIKIT SAHAJA pada lidah




Untuk masalah seperti berikut:

1. Pukau
2. Menghilangkan Gangguan Makhluk Halus
3. Cerdaskan Akal

Cara Penggunaan

1. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan Selawat ke atas Nabi s.a.w.
2. Sapu minyak kasturi pada urat nadi.
3. Calit minyat pada kening dan belakang telinga

Untuk masalah:

1. Sihir
2. Santau

Kaedah:

1. Mulakan dengan bismillah
2. Baca Fatihah 3X
3. Baca Selawat 7X
4. Ambil 1 jag besar air mineral/air masak 
5. Tuang 5 titik kasturi kijang ke dalam air
6. Bagi pesakit minum SAMPAI MUNTAH
7. Jika muntah berdarah, tolong pantang makan - benda tajan, bisa dan pedas selama 1 minggu
8. Selain darah, mungkin akan muntah benda lain
9. Rawatan muntah - 3 malam berturut-turut
10.Jika muntah berdarah - sambung hingga malam ke 5,, dan ke 7 jika perlu, sehingga bersih.

Kijang kasturi untuk membantu menguatkan organ luaran lelaki

Cara penggunaan :

1. Mulakan dengan bismillah dan selawat
2. Sapu rata dari pangkal hingga ke hujung zakar
3. Biarkan hingga 20 minit sebelum bersama isteri

Khasiat kasturi kijang

1. Suami mendapat kekuatan luar biasa
2. Isteri mendapat nikmat luarbiasa3. Mengelakkan benih dari gangguan jin dan syaitan
4. Mengelakkan anak downsyndrome
5. Membantu menyelesaikan masalah dalaman wanita



berbagai sumber moga bermanafaat

Tuesday, March 19, 2013

Zikir sebagai Penyembuh Diri


Konsep berzikir yang diamal secara beristiqamah dapat memberi tenaga yang kuat dalam tubuh badan dan membentuk aura positif sebagai benteng diri dari unsur negatif.

1. Firman Allah s.w.t

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"ketahuilah dengan mengingat Allah itu hati akan menjadi tenang" (Ar-Ra'du:28)

2. Ini bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w yang bersabda:

"Dalam jasad anak Adam ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah segala anggota badan yang lainnya. Jika buruk maka buruklah seluruh anggota yang lainnya maka ketahuilah ia ada lah Hati (Bukhari dan Muslim)

3. Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pernah berkata:

"Tiada yang membezakan seseorang wali itu dengan manusia yang lain dari segi amalannya kecuali ia memiliki kekuatan jiwa yang besar dan hebat dalam menghadapi musibah. Dan bagi wali itu karamah yang paling besar ialah istiqamah dengan Tuhannya, redha dan patuh pada qada dan qadarnya."

4. Berkata pula para Ariffinbillah:

"Keimanan seseorang itu bukannya boleh diukur dengan ibadat luarannya tetapi lihat bagaimana ubudiyahnya dalam menghadapi ujian dari Allah s.w.t

5. Para pencinta Allah juga sering mendapat ujian daripada Allah, malah dugaan mereka jauh lebih berat berbanding dengan manusia biasa, namun dengan pemilikan jiwa yang teguh dan bertaut rapat dengan khalik mereka memiliki jiwa yang kuat bagai gunung yang akarnya terpasuk pada bumi puncaknya memiliki aura yang cahayanya sampai ke langit lantaran zikrullah yang sentiasa hidup pada lidah mahupun secara sirrnya.

6. Manusia akan menjadi kuat jika jiwanya sering bertaut rapat dengan Tuhan. Dengan kata lain apabila seseorang itu sering berhubung dengan Allah dalam ibadat dan zikrullah akan menjadi tenanglah jiwanya. Ketenangan ini amat perlu untuk mengawal emosi, akal dan jasad. Kekuatan jasad amat terhad dan ianya mengikut kata hati. Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ianya pula boleh dirancang, bijak dalam segala tindakan dan keputusan. Tetapi hakikat sebenar kehidupan menunjukkan terdapat banyak perkara luar batasan dan dugaan akal yang berlaku (mencarik adat). Akal akan menjadi lemah bila perancangannya gagal, kecewa bila menghadapi musibah, kematian, kesakitan, kehilangan dan sebagainya. Emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan ketuhanan.

7. Firman Allah s.w.t

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
"Dan kami lebih dekat kepadanya dari urat marikh (lehernya sendiri) (Al-Qaf: 16)

Kaum sufi memulakan pembinaan jiwanya dengan kekuatan ruh bukan akal atau emosi. Dia mengingati Allah hingga perasaan dan emosinya merasai cinta yang mendalam. Berdasarkan sirah dan sunnah Rasulullah s.a.w yang menyampaikan dakwah tauhid ke dalam masyarakat Arab ketika itu menerusi kaedah ibadat zikir sahaja selama 13 tahun. Zikir yang sungguh-sungguh akan menyebabkan seseorang itu merasa zauk dan wajidan iaitu asyik dengan Allah. Mereka menjadi fana' dan merasai kehampiran dengan tuhan, hingga hati merasa gementar bila disebut nama Allah menitis airmatanya bila mengingatinya. Seperti firman Allah: إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ - "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal. (Al-Anfal: 2)

8. Seseorang yang bertaut dengan zikrullah dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan dengan senyuman keindahan tanpa stress, khusyuk dan tawaduk. Juga redha dalam menghadapi apa jua musibah dan dugaan. Hati mereka lebih tenang dari lautan lebih sejuk dari air di gunung malah ketenangan yang dimiliki akan dapat dirasai dan dikongsi dengan sesiapa sahaja yang mendampinginya. Inilah yang dikatakan tenaga dan aura yang positif dalam diri seseorang itu.

9. Aqidah adalah tali yang berpilin atau simpulan. Manusia juga diberi kebebasan mengikut sepanjang mana tali simpulan yang ada padanya. Semakin kuat simpulan jiwanya dengan Tuhan semakin terbatas pergerakan nafsu amarahnya. Begitu juga cahaya hatinya semakin terang cahaya ketuhanan semakin hancur segala kotoran mazmumah dan semakin nipis dinding hijab pendekatan dengan Allah. Hati yang terikat dengan Allah bagaikan kapal yang utuh dengan sauhnya.

10. Ulamak Tasawuf telah menyusun pelbagai cara dan kaedah zikir untuk memberi pelbagai cara dan kaedah zikir untuk memberi kesan pada jiwa pengamalnya. Pendapat jumhur ulamak Tasawuf, seseorang yang ingin mencapai ketenangan hati hendaklah ia mengambil talkin zikir dari seseorang yang telah memiliki maqam jiwa yang tenang.

11. Hati yang hidup dengan zikrullah, takwa, tawakal, yakin, redha, ikhlas dan memiliki salsilah atau sanad zikirnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah pegangan seluruh kaum sufi. Dengan menerima zikir yang diajar dan ditalqin oleh guru akan memberi tenaga yang positif dan mempercepatkan kesan pada diri dan hati. Salsilah ini ibarat talian elektrik itu sendiri, jika terputus bekalan elektrik pada satu tiang maka terputuslah bekalan elektrik di rumah.

12. Hati memerlukan cahaya yang hanya boleh didapati dengan cara mengilap hatinya dengan zikir. Hati pada dasarnya memiliki cahaya yang gemilang namun ia tertutup lantaran sifat-sifat mazmumah zahir dan batin. Malah ia boleh menjadi buta dan tertutup dari alam-alam rahsia yang maujud. Dengan kata lain manusia itu hanya melihat pada zahir perbuatan Allah tetapi tidak dapat melihat ke dalam lautan hakikat dan makrifat.

13. Bila hati itu digilap dengan zikrullah dengan istiqamah kotoran jiwa akan terluntur maka terpancarlah Nur sedikit demi sedikit yang bermula dari alam malakut, jabarut, lahut itulah cahaya Ruhul Kudus yang makrifat pada Allah. Cahaya suci inilah akan memusnahkan unsur negatif yang menular dalam batin manusia. Kebanyakan manusia hari ini hanya menggunakan cahaya dunia pada hatinya dan bukan cahaya hati yang bersifat nurani sedangkan cahaya dunia itu adalah serendah-rendah cahaya jika mereka mengetahui.

14. Perinsip berzikir banyak disusun para ulamak tasawuf. Syarat utama bagi yang ingin menerima zikir hendaklah terlebih dahulu berwuduk dan sempurna fardu ainnya. Ada juga guru yang mengajar pada murid yang fasik dengan mengamalkan zikir atau kalimah tauhid Laa illaha illallhu dengan jumlah tertentu.

15. Guru ibarat menanam benih dalam qalbi muridnya dan murid pula perlu menjaga benih tersebut dengan menyiram, membaja dan memeliharanya dari kerosakan agar cahaya itu subur hingga jadi pohon yang kuat dan menghasilkan buahnya.

16. Para sufi adalah pakar membina jiwa manusia bermula dari hati dengan penyucian kotoran melalui zikrullah dengan perinsip yang betul ibarat menyuci kotoran pada baju yang putih. Dengan cara ini akan menghasilkan tenaga yang hebat yang dipanggil Aura positif pada jiwa.

17. Para sufi berzikir dengan perinsip tertentu pada anggota tubuhnya yang dibuat berulang kali sehingga terasa kesan pada qalbinya seperti aura panas atau pedih. Ini selari dengan hukum fizik yang menyatakan bahawa melakukan gerakan atau geseran pada tempat yang sama berulang alik akan menghasilkan tenaga elektrik. Bagi sufi tenaga ini diqasadkan untuk menghancurkan sifat amarah yang menjadi syaitan di dalam jiwa manusia. Bila terlucut nafsu amarah ini manusia bagaikan dilahirkan kembali. Mereka akan merasa kehidupan yang berlainan walaupun jasadnya masih sama namun rohani sudah berbeza.

18. Kebahagiaan itu di dalam diri yang maujud ia bagaikan mutiara di dalam lautan. Hati manusia bagai lautan, semakin dalam ia menyelam semakin indah dan terpegun memandang keindahannya. Di dalam dasarnya ada mutiara yang amat mahal dan menawan. Tanpa menyelam kedasar hakikatnya tiadalah ia merasai masin tawar air itu. Di sebalik masin air ada kemanisan yang sukar diertikan. Itulah RahsiaNya seperti firman Allah: يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ - "Dari keduanya keluar mutiara dan marjan, maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar Rahman: 22:23)

19. Kaum sufi amat mementingkan latihan pernafasan. Bila elok pernafasan maka eloklah perjalanan roh dengan tuhannya. Emosi amat mempengaruhi pernafasan sama ada dalam keadaan amarah "stress" atau tenang. Jika seseorang itu berjaya mengawal pernafsan maka ia berjaya mengawal emosinya.

20. Nafas adalah sumber kehidupan. Nafas adalah al-hayat yang datang dari zat Allah. Ia adalah rahsia illahi. Ulamak sufi mengamalkan zikir nafas untuk membersihkan rohani. Ahli tenaga dalaman mengamalkan pernafasan untuk mengaktifkan tenaga ghaib atau dipanggil batin sehingga dapat melakukan perkara di luar kekuatan jasad.

21. Latihan pernafasan yang betul berserta dengan tafakur terbukti dapat membentuk peribadi seseorang. Di luar negara juga ramai yang dapat membentuk diri menjadi baik dengan teknik pernafasan dan tafakur. Ia tidak mengira golongan dan agama. Banyak kes berkaitan psikologi dan stress telah berjaya dirawat dengan tenaga zikir dan nafas juga tafakur sufi. Ia mampu merawat penyakit berkaitan gangguan makhluk halus sihir dan jin. Kajian pakar mendapati 70% dari penyakit adalah berpunca dari ketidakstabilan emosi atau masalah psikologi. Lantaran itu rawatan yang paling baik ialah membina motivasi seseorang itu kepada kekuatan dalaman iaitu pendekatan dengan Rabbnya.

22. Level pertama ia perlu diajar mengenali Tuhannya dan hakikat kehidupan. Level kedua ia diberi rawatan dengan teknik zikrullah dan tafakur. Dengan eleman ini yang diamal dengan sungguh-sungguh maka jiwa akan pulih dan mempunyai kekuatan untuk menghadapi ujian kehiduapan.

23. Firman Allah s.w.t فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ - "Maka ingatlah kepada Ku nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melidungi hambaNya" -(Al-Baqarah:152)

Allah memberi jaminan kepada hambaNya yang kukuh iman dan jiwa akan mendapat perlindunganNya dari gangguan Syaitan.

Rawatan Diri dengan Aura dan Zikir

1. 70% punca penyakit disebabkan masalah psikologi. Oleh sebab itu para doktor atau perawat tradisional akan memulihkan kekuatan jiwa pesakit dengan pelbagai kaedah. Menerus kaedah psikologi bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan diri pesakit. Dengan pemulihan kekuatan jiwa pesakit, rawatan akan cepat memberi kesan untuk proses penyembuhan. Sebenarnya 70% proses penyembuhan itu datang dari pesakit sendiri dan hanya 30% rawatan dari perawat atau ubat-ubatan.

2. Kelemahan jiwa atau mental akan menyebabkan pesakit mudah kecewa atau tiada semangat juang. Dengan sebab itu ia tiada kekuatan melawan penyakitnya sendiri. Malah amat merbahaya jika dia mengatakan "penyakit yang ada padanya tidak boleh sembuh!" Dia menjadi lemah dengan pendapatnya sendiri dan rawatan akan menjadi lambat untuk sembuh.

3. Gangguan makhluk halus amat mudah menyerang mereka yang lemah jiwanya. Dengan kata lain orang yang lemah jiwanya memiliki tenaga yang rendah dan menyamai frekuensi (gelombang) jin dan syaitan. Bila frekuensinya sama maka mudah lah mendapat gangguan makhluk halus ini. Lantas membisikkan kejahatan dan menggangu emosi serta mental hingga menjadi histeria dan kerasukan seperti firman Allah: قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦) "Katakan: Aku berlindung kepada Tuhan Manusia yang menguasai manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh manusia dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi dan membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari jin dan manusia" (An-Nas 1-6 )

4. Kajian seorang ahli psikologi menunjukkan bahawa menyebut kalimah "Allah" di dalam hati dapat menyembuhkan penyakit stress. Ini kerana pada setiap huruf kalimah itu mengandungi getaran tenaga di mana frekuensinya mampu melegakan sistem pernafasan dan menstabilkan nadi.

5. Untuk menghancurkan tenaga yang frekuensi lemah atau gelombang getaran jin dan syaitan, perawat biasanya memasukkan doa dan zikir tertentu pada pesakit yang disalur secara langsung atau dipindahkan melalui air yang diberi minum pada pesakit.

6. Perawat biasanya akan membantu dengan menolong mempercepatkan pembinaan tenaga zikir dan doa di dalam badan pesakit. Doa dan ayat-ayat Al-Quran akan menguatkan tauhid, kepercayaan, keyakinan kepada Allah dan kebenaran yang hak lantas menguatkan jiwa pesakit yang mempercepatkan proses penyembuhan kepada pesakit.Wallahuallam  



Sumber aura nursyifa