Tuesday, April 7, 2015

Inilah Air Yang Sejuk Untuk Mandi dan Minum



بسم الله الرحمن الرحيم



Setiap huruf di dalam Kitab Suci ini mengandungi rahsia, khasiat dan ubatnya, apatah lagi apabila ada kalimah seperti "..ini adalah air sejuk untuk mandi dan untuk minum." Semestinya kehebatan dalam arahan Allah itu bukan sesuatu yang patut dipandang rendah atau terus diabaikan begitu sahaja.


SURAH SAD, AYAT 41-43

Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika dia menyeru Tuhannya, “Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan penderitaan (penyakit) dan bencana.”

(Allah berfirman)
“Hentaklah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.”

Dan Kami anugerah dia dengan mengumpulkan kembali keluarganya dan Kami lipatgandakan jumlah mereka sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang berfikiran sehat.

Ayat-ayat ini merupakan dalil dan pegangan dalam sistem rawatan aromaterapi . Nabi Ayyub a.s. telah mengalami keadaan yang sangat kronik dan ada ulama’ tafsir yang mengatakan bahawa penyakitnya yang sebenar ialah kanser kulit.

Namun penawar yang diberikan kepadanya oleh Allah Yang Maha Esa merupakan sesuatu yang sangat asas tetapi nyata hebat jika diketahui ilmu disebalik air sejuk dan unsur-unsur lain yang terlibat.

Di dalam hadith juga terdapat ajaran tentang mandi air sejuk iaitu hadis riwayat At-Tirmizi dalamJami’ nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ yang bermaksud:

“Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam – dan demam itu adalah percikan api neraka- hendaklah ia memadamkan demam itu dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari. Hendaklah ia mengucapkan Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan RasulMu.

Lalu menyelam sebanyak tiga kali, selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga ulangi lima hari. Jika belum sembuh juga maka tujuh hari. Biasanya tidak lebih dari tujuh hari dengan izin Allah.

Air sungai, air mata air atau air perigi boleh digunakan untuk rawatan mandian kerana
kandungan mineral dan oksigen di dalamnya.
Kata-kata kunci dalam hadis tersebut boleh dihuraikan seperti berikut:-

"Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam – dan demam itu adalah percikan api neraka..”

Penyakit yang boleh dirawat dengan mandian atau rendaman bukan sahaja demam semata-mata tetapi semua penyakit yang berunsur panas seperti jangkitan, keradangan (kecuali radang usus), kanser, migraine, masalah kardiavaskular, tekanan darah tinggi dan semua keadaan yang berpunca dari “oxidative stress”, berlebihan toksin dan asid.

“..hendaklah ia memadamkan demam itu dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir.”

Sekiranya pesakit mampu berjalan maka berendam di sungai adalah yang terbaik. Oleh kerana tidak mudah pergi mencari sungai untuk tujuan tersebut maka Mandian ais disediakan sebagai simulasi mandi sungai. Jika pesakit boleh bangun tetapi tidak mampu untuk berjalan maka boleh dijiruskan air yang sejuk, dan sekiranya pesakit langsung tidak dapat bangun , maka jerlunkannya dengan air yang sejuk sekerap yang boleh.
Arahan untuk mandi di dalam air sungai adalah disebabkan beberapa faktor terutamanya apa yang terkandung di dalamnya. Komposisi mineral di dalam air sungai berbeza di satu tempat dengan tempat yang lain tetapi secara amnya kandungan adalah lebih kurang seperti berikut:-


Bicarbonate, 58ppm
Sulphate, 11ppm
Chloride, 7.8ppm
Nitrate, 1ppm
Calcium, 15ppm
Magnesium, 4.1ppm
Sodium, 6.3ppm
Potassium, 2.3ppm
Iron, 0.7ppm
Silica, 13ppm
Jumlah 120ppm


AIS
Ais adalah “painkiller” semulajadi. Penggunaannya di dalam rawatan dikenali sebagai “cryotherapy” atau “cold therapy”. Terapi ini kini digunakan untuk merawat kanser yang menyerang hati, paru-paru dan buah pinggang. Terapi sejuk melegakan tisu yang meradang dan menghalangnya daripada terus berlakunya kerosakan.

Terapi mandian air sejuk membantu mengeluarkan kotoran metabolisma yang merbahaya dari otot-otot. Banyak pasukan-pasukan sukan dan pelari jarak jauh luar negara berendam dalam ais bukan sahaja untuk melegakan kesakitan dan merawat otot-otot tetapi juga sebagai pencegahan dari kecederaan sukan.

Rasulullah saw pernah berdoa:

“Ya Allah, bersihkanlah diriku dengan air, air batu dan embun.”

Di sini, “bersihkanlah” tidak bererti secara fizikal atau zahir tetapi kebersihan secara spiritual, dari segi jiwa dan rohani. Hanya air yang sejuk boleh melakukannya. Ini adalah bersangkut-paut dengan hukum makruh mengambil wudhuk dengan air yang telah dipanaskan dengan pancaran matahari.

“Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari.’

Terdapat dua sebab yang diketahui kenapa disebut waktu mandian di sini iaitu selepas fajar. Pertama ialah suhu air sungai pada waktu itu yang paling rendah, seperti sejuknya air batu. Pentingnya terapi sejuk telah diterangkan di atas.

Kedua ialah kerana pada waktu itu,sinaran infrared jauh adalah yang paling banyak dan pada ukuran yang paling sesuai untuk rawatan(ukuran infrared jauh antara 8-14 mikron). Supaya mandian dapat dilakukan bukan sahaja pada waktu fajar, sinaran infrared jauh digunakan di kolam Mandian Sistem An Nisaa supaya pesakit akan mendapat rawatan dari sinaran ini tidak kira waktu mandiannya.

Sinaran infrared jauh mudah diserap jauh ke dalam kulit dan tisu dan bertambah berkesan apabila kulit dibasahi dengan air. Infrared jauh memanaskan tisu dan otot-otot lalu melancarkan darah, menggetarkan sel supaya menjadi aktif dan merangsangkannya supaya berfungsi dengan lebih effisien.

Sel seterusnnya menyebarkan getaran itu lebih jauh untuk sampai ke sel tubuh yang lebih dalam. Sinaran ini akan merangsang tenaga infrared semulajadi yang sedia ada dalam tubuh dan memecahkan gumpalan atau ketulan asid dan toksin supaya lebih mudah dinyahkan dari sistem tubuh.
Infrared jauh diperlukan oleh semua benda hidup untuk proses pembentukan dan reproduksi sel. Sinaran ini sangat efektif melegakan kesakitan.

“Hendaklah ia mengucapkan Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan RasulMu.”

Nyata di sini bahawa tanpa menyerah diri dan tanpa keimanan terhadap penyembuhan yang hanya akan berlaku dengan izinNya, tidak ada ertinya pada mandian yang dilakukan walaupun di dalam suasana yang sempurna. Juga, hadith-hadith dan sunnah Nabi wajib diterima sebagai utusan dari wahyu Allah dan diamalkan oleh setiap orang yang beriman.

“Lalu menyelam sebanyak tiga kali..”

Semasa mandian di dalam kolam, pesakit akan dikehendaki menyelam sebanyak tiga kali. Amalan ini adalah supaya tekanan dari air menolak segala unsur yang negative atau unsur yang tidak patut berada dalam tubuh badan samada dalam bentuk gas, cecair atau pepejal. Bermacam-macam benda akan kelihatan atau dibau dalam air yang mana pesakit akan dapat melihatnya atau merasanya sendiri.

Kombinasi air yang sejuk, batu, garam dan aromaterapi
menjadikan selaman seperti ini satu pengalaman yang amat sukar untuk diceritakan.
Ketenangan yang luarbiasa dapat dikecapi jika pesakit melakukannya dengan
baik dan penuh yakin.

“..selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga ulangi lima hari. Jika belum sembuh juga maka tujuh hari. Biasanya tidak lebih dari tujuh hari dengan izin Allah.”

Ini merupakan tempoh yang telah ditetapkan dan diikuti di dalam rawatan Mandian.Dalam kebanyakan kes, tiga hari sudah mencukupi kecuali kes kronik seperti angin ahmar dan kanser di mana mandian selama tujuh hari berturut-turut adalah perlu.


Berbagai sumber ilmiah.

2 comments:

  1. “Ya Allah, bersihkanlah diriku dengan air, air batu dan embun.” Sungguh besar kuasaNya

    ReplyDelete