Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah).
Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut
tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada
dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau
“dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan
darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al
Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan
ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.
Peristiwa-peristiwa penting bulan Muharram:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat
penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu
banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan
yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah
bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja
Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang
dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah
berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa
dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharram iaitu:
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala
seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan
sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah
selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10
Muharram )
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke
dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga
bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar
jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah
Taala.
9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah
diakhirat nanti
11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat
rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa
nikmannaseer”
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.
14.Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah
dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Lagi
bagus kalau boleh puasa sunat 9 dan 10 Muharam. Ini seperti yang ditunjukkan
dalam hadis-hadis berikut;
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa
pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim dalam sahih mereka).
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya
tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan
dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w
bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa
pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
berbagai sumber
ilmu yang sgt bermanfaat
ReplyDelete