Tuesday, February 26, 2013

Terapi Air Putih



Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.
Malah, Japanese Medical Society juga sudah melakukan kajian membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan gemar meminum air putih mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Namun, tahukan di antara kita bahawa terdapatnya waktu-waktu tertentu yang terbaik untuk mengamalkan minum air putih?
Seeloknya, kita digalakkan untuk minum segelas air putih sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur.
Selain itu, minum air putih sebelum mandi juga dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.
Mengamalkan minum air putih sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang lebih elok, mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita.
Bagi mereka yang sentiasa menitik beratkan tentang kesihatan dan bentuk tubuh yang cantik, mengamalkan minum air putih 30 minit sebelum menjamah makanan adalah terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan kesihatan perut dari membuncit. Selepas kita mengambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu banyak berikutan kandungan perut kita sudah hampir penuh dan membuatkan kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk menjamah makanan yang terlalu banyak.
Bukan sahaja air itu sememangnya penting untuk tubuh kita, mengambilnya mengikut waktu saranan penasihat kesihatan juga terbukti berkesan untuk kita mengekalkan kesihatan bagi jangka masa panjang. Jadi, eloklah kiranya kita mengubah cara dan waktu minum air putih supaya dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Terapi air putih
  1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
  1. Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
  1. Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
  1. Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

Kelebihan Minum Air putih ketika perut kosong 

Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi. Ia juga baik untuk penyakit  antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak

Kaedah-kaedahnya :
1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit

3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam

5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.

6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan di samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan  mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)

7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kerap kencing beberapa kali.
Adalah lebih baik jika kita teruskan kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang-orang Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan. Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum .

Bolehkah Minum Air Sambil Berdiri?
 Rasulullah SAW menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum air berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang.

Adapun minum air berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut.Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.”
Selain itu, ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Apabila kita minum airsambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.


berbagai sumber

Tuesday, February 5, 2013

Pusingan Tawaf Asas kepada HUKUM ALAM

 

“Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya
beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Al-Anbiya, 21:33)
Ayat Al-Quran di atas menerangkan kepada kita secara saintifik berkenaan dengan sistem yang berada di angkasa lepas yang mana semuanya bergerak di atas orbit dan landasan masing-masing. Semua planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain selagi mana Allah mengkehendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah pergerakan Sunnatullah atau pergerakan fitrah. Bumi beredar mengelilingi matahari selama setahun pada satu arah, bulan beredar mengelilingi bumi selama satu bulan pada satu arah dan semua planet yang berada di angkasa mengelilingi matahari dalam satu arah pusingan yang dikenali sebagai pusingan Tawaf atau pun pusingan Anticlockwise/Counterclockwise.

Atlet olahraga juga berlari pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) kerana mempunyai hubung kait dengan kecepatan semasa berlari


Bumi mengelilingi matahari pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise), bumi sendiri berputar pada paksinya pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise), bulan megelilingi bumi pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise), semua planet dan bintang yang berada di dalam sistem solar sebenarnya juga mengelilingi galaksi pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise). Masing-masing beredar di atas paksi dan orbitnya pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) dan pergerakan ini menjadi hukum (cosmic law) kepada pergerakan alam semesta (Sunnatullah/Fitrah).


Galaksi Bumi juga berputar pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise)


Bulan beredar tetap di atas orbitnya pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise)

Sebenarnya hukum pergerakan alam semesta atau hukum pusingan Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) ini bukan sahaja melibatkan objek di angkasa lepas malah ia juga melibatkan ciptaan Allah yang hanya sekecil zarah atom dan hanya mampu dilihat di bawah mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nucleus atom pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise). Benda-benda yang konkrit, cair dan bergas juga terbina daripada jutaan gabungan zarah atom dan ini bermakna hukum pusingan Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) di aplikasikan hampir kepada semua benda yang ada di alam semesta ini; planet-planet, tumbuh-tumbuhan, bulan-bulan yang berada pada setiap planet, binatang, tanah, air dan sebagainyanya. Kerusi yang kita duduk dan mouse computer yang kita pegang juga mengandungi zarah-zarah atom.


Elektron di dalam struktur atom juga berputar pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise)



Sitoplasma (cytoplasma) mengelilingi nucleus pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise)

 Hal ini tidak terkecuali juga dengan sel tubuh badan kita kerana tubuh badan manusia itu sendiri terdiri daripada banyak sel. Sitoplasma (cytoplasm) yang berada di dalam sel, beredar mengelilingi nucleus pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) juga.

Tumbuhan-tumbuhan jenis yang menjalar juga sekiranya kita perhatikan memanjat pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise).


Kulit siput pun mempunyai corak mengikut arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise).

Begitulah ciptaan Allah S.W.T daripada yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada yang sebesar-besar matahari masing-masing melakukan pusinga pada arah lawan jam, tawaf atau Anticlockwise/Counterclockwise. Masing-masing dengan rendah dirinya mengikut pusingan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetapi kenapa kita manusia yang mampu berfikir tidak pernah merenungkannya. Semua ciptaan Allah S.W.T melakukan pusingan mengikut arah tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) dan pasti mempunyai hikmahnya tersendiri tetapi kita dengan ego sekali mencipta dan memakai jam yang bertentangan dengan Sunnatullah/Fitrah alam.



44. Allah mencipta langit dan bumi Dengan cara Yang layak dan berhikmat; Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman.(Al-Ankabut, 29:44)




Apabila melakukan tawaf di kaabah, bahu kiri akan sentiasa dikiri dan hati akan menjadi lebih dekat dengan kaabah berbanding pada pusingan clockwise. Kita tawaf seiring dengan pergerakan semua benda yang ada di alam semesta; planet, bulan, matahari, sel-sel, atom dan darah dalam tubuh badan sekaligus menjadikan kita lebih tenang selepas daripada itu. Pusingan Tawaf(Anticlockwise/Counterclockwise) di kaabah yang berlaku sejak berkurun-kurun lamanya sebenarnya sekira dikaji secara saintifik menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang menuju ke atas. Prinsip yang digunakan adalah sama seperti prinsip di dalam kelas sains fizik iaitu prinsip tangan kanan.




Mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik ini secara tidak langsung mampu menghasilkan tenaga yang menuju ke atas. Kemungkinan besar daya tenaga inilah yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada pusingan tawaf yang kerap disana sejak berkurun lamanya menghasilkan satu gelombang tenaga atau gelombang doa yang menuju ke atas.



Secara saintifiknya pergerakan Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) ini menghasilkan tenaga elektromagnetik yang menuju ke atas. Sekiranya seseorang itu memakai jam yang memusing pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise), secara tidak langsung orang itu akan merasai gelombang yang menuju kepadanya setiap kali orang itu melihat jam.

 Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang benar-benar mengetahui hikmah di sebalik pusingan pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise). Sebagai seorang muslim tidak salah sekiranya kita mengikut apa yang Fitrah atau Sunnatullah kerana kita tahu pasti ada banyak kebaikan di sebalik ciptaannya itu. Allah semesta alam mencipta benda dari yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada galaksi, semuanya berputar pada arah yang satu, arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) Marilah kita berhijrah hijrah cara kita berfikir, hijrah dari keburukan kepada kebaikan dan hijrah dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.