Sunday, April 8, 2012

Selowat Tafrijiyah




Allohumma sholli ’sholaatan kaamilatan wa sallim salaaman taaamman ‘ala sayyidina Muhammadinilladzi tanhallu bihil ‘uqodu wa tanfariju bihil qurobu wa tuqdho bihil hawaaiju wa tunalu bihir roghooibu wa husnul khowaatimu wa yustasqol ghomamu biwajhihil kariem wa ‘ala aalihi wa shohbihi fie kulli lamhatin wa nafasim bi’adadi kulli ma’lumin laka

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.

Sholawat Tafrijiyyah (selowat memohon kelepasan dari kesusahan dan bencana) adalah antara sholawat yang terkenal diamalkan oleh para ulama kita. Sholawat ini juga dikenali sebagai Sholawat at-Tafrijiyyah al-Qurthubiyyah (dinisbahkan kepada Imam al-Qurthubi), dan ada juga ulama yang menisbahkannya kepada Imam 'Ali Zainal 'Abidin bin Imam al-Husain r.anhuma. Di negeri sebelah maghrib, ianya dikenali sebagai Sholawat an-Naariyah karena menjadi amalan mereka apabila ingin melaksanakan sesuatu hajat atau menolak sesuatu bencana, mereka akan berkumpul dan membaca sholawat ini 4444 kali lalu terkabul hajat mereka dan tertolak segala malapetaka secepat api yang menyambar atau membakar. Ianya juga dikenali sebagai Miftahul Kanzil Muhiith li naili muraadil 'abiid (kunci perbendaharaan yang meliputi untuk menyampaikan harapan si hamba). Selowat ini mempunyai keistimewaannya kerana selain sholawat ianya merupakan tawassul kepada Allah dengan Junjungan Nabi s.a.w. di mana kita menyebut nama dan dhamir Junjungan s.a.w. sebanyak 8 kali.
Menurut Imam al-Qurthubi siapa yang melazimi akan sholawat ini setiap hari 41 kali atau 100 kali atau lebih, nescaya Allah melepaskan kedukaan, kebimbangan dan kesusahannya, menyingkap penderitaan dan segala bahaya, memudahkan segala urusannya, menerangi sirnya, meninggikan kedudukannya, memperbaikkan keadaannya, meluaskan rezekinya, membuka baginya segala pintu kebajikan, kata-katanya dituruti, diamankan dari bencana setiap waktu dan dari kelaparan serta kefakiran, dicintai oleh segala manusia, dimakbulkan permintaannya. Akan tetapi untuk mencapai segala ini, seseorang itu hendaklah mengamalkan sholawat ini dengan mudaawamah (istiqomah).

Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh daripada gangguan dan persaingan sebaiknya mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardu sebanyak yang termampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau ketika menghadapi orang yang berniat jahat, maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah, sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid, nescaya tidak putus rezekinya dan dia akan mencapai darjat yang tinggi.

Kata Al-Qurtubi pula, sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali, nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.


wallahuallam

Tuesday, April 3, 2012

Tujuh Kalimah Agung


Tujuh Kalimah Agung

Sabda Rasulullah s.a.w

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmann irrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataill ahbillah :
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah :
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.




berbagai sumber

Monday, April 2, 2012

Kekuatan zikir


Keutamaan zikir
Di antara ayat-ayat al-Quran, firman Allah Ta’ala
Maka berzikirlah (ingatlah) kepadaKu, niscaya Aku akan mengingati kamu sekalian…..” (al-Baqarah: 152)
Berzikirlah (ingatlah) kepada Allah dengan zikir yang banyak.”
(al-Ahzab: 41)
Mereka yang berzikir kepada Allah dalam keadaan berdiri duduk dan sedang berbaring.” (al-Imran: 191)
“Dan apabila kamu telah selesai menunaikan sembahyang maka berzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring.”
(an-Nisa’: 103)
Berkata Ibnu Abbas: Maksud ayat di atas, hendaklah seseorang itu berzikir kepada Allah pada malam hari dan siangnya, di daratan dan di lautan ketika dalam pelayaran dan di dalam keadaan kaya dan miskin, sakit dan sihat, sama ada dengan suara rendah (dalam hati) mahupun dengan suara keras yang didengar oleh ramai.
Allah berfirman:
Berzikirlah pada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau sampai dikira orang-orang yang lalai.”
(al-A’raf: 205)
Allah berfirman lagi pada mencela orang-orang munafikin:
“Mereka itu tiada mengingati Allah melainkan sedikit sakali.”
(an-Nisa: 142)
Di antara Hadis-hadis yang membicarakan hal-hal ini ialah:
“Berfirman Allah azzawajalla: Aku sentiasa bersama hambaKu selagi ia mengingatiKu, dan selagi kedua belah bibirnya bergerak-gerak (kerana berzikir kepadaKu).”
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang ingin bersenang-senang di dalam taman-taman syurga maka hendaklah ia memperbanyakkan zikir Allah azzawajalla.”
Apabila Rasulullah s.a.w ditanya: Mana satu amalan yang paling utama sekali, baginda lalu menjawab:
“Iaitu apabila engkau menghadap maut sedangkan lidahmu lembut berzikir kepada Allah azzawajalla.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Telah berfirman Allah Tabaraka Ta’ala. Andaikata hambaKu mengingatiKU dalam dirinya, niscaya Aku akan mengingatinya di dalam diriKu. Andaikata dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, niscaya Aku akan mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari kumpulannya. Andaikata dia mendekatiKu sejengkal, niscaya Aku akan mendekatinya sehasta.”
Dari kata-kata atsar pula, berkata al-Hasan: Zikir itu ada dua macamnya: Berzikir kepada Allah azzawajalla di antara dirimu dan antara Allah azzawajalla. Alangkah baiknya ini dan besar pula pahalanya. Dan lebih utama dari itu ialah berzikir kepada Allah s.w.t pada ketika Allah mengharamkan sesuatu kepadanya.
Keutamaan majlis zikir.
Berkata Rasulullah s.a.w.
“Tiada sesuatu kaum pun yang duduk di dalam satu majlis sedang mereka berzikir kepada Allah azzawajalla, melainkan para Malaikat berkerumun di sisi mereka dan rahmat akan mencucuri mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada sesiapa yang ada di sisinya.”
Keutamaan bertahlil.
Bersabda Rasulullah s.a.w.
“Seutama-utama ucapan yang saya katakan, begitu juga para Nabi yang sebelumku ialah: Laa Ilaha Illallahu Wahdahuu Laa Sayariikalah (Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya),”
Bersabda Nabi s.a.w lagi:
“Barangsiapa mengucapkan: Laa Ilahaa Illallahu Wahdahuu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Wahuwa ‘Alaa Kullu Syai’in Qadir (Tiada Tuhan melainkan Allah, yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya kepunyaanNya segala kerajaan dan bagiNya segala kepujian dan dia Berkuasa atas segala sesuatu) setiap kali 100 kali Pahalanya sama seperti pahala memerdekakan 10 hamba sahaya, dan dicatitkan baginya 100 hasanah (keabaikan) dan dipadamkan daripadanya 100 saiyi’ah (keburukan).”
Keutamaan tasbih, tahmid dan zikir-zikir lain.
Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa membaca subhaanallah selepas setiap sembahyang 33 kali, dan membaca Alhamdulillaah 33 kali dan membaca Allahu Akhbar 33 kali, kemudian mencukupkan bilangan 100 dengan Laailaha Illallaahu Wahdahu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul hamdu Wahuwa ‘Alaa Kulli syai’in Qadir diampunkan dosa-dosanya.”
Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
“Barangsiapa yang membaca: Subhaanallahi Wa Bihamdhi sehari 100 kali akan dileburkan segala kesalahan-kesalahannya.”
Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
“Sebaik-baik pertuturan kepada Allah Ta’ala empat: (1) Subhaanallah, (2) Alhamdulilaah, (3) Laa Ilaha Illallaah, (4) Allaahu Akbar. Tidak ada halangannya untuk memmulakan yang mana satu dari empat itu terlebih dulu.”
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Dua kalimah yang ringan disebutkan oleh lidah, tetapi amat berat dalam timbangan, juga amat dicintai oleh yang Maha Pengasih iaitu: (1) Subhaanallaahi Wa Bihamdihi (2) subhaanallahi ‘Azhiim.”
Rahsia Keutamaan zikir
Sekiranya ada berkata: Mengapa zikir kepada Allah itu, meskipun amat ringan disebutkan oleh lidah dan amat ringan disebutkan oleh lidah dan amat mudah untuk dilakukan, menjadi lebih utama dan lebih berfaedah dari berbagai-bagai ibadat yang lain yang lebih berat dan sukar melakukannya. Ketahuilah bahwa untuk mentahkikkan (menerangkan) perkara ini tidak sempurna, melainkan dengan ilmu mukasyafah (ilmu penyingkapan). Tetapi di dalam ilmu mu’amalah tentang tingkatan zikir kepada Allah s.w.t. bahwasanya zikir yang menginggalkan kesan dan yang berfaedah ialah zikir yang dilakukan dengan tetap dan berterusan dengan hati yang hadir. Adapun bezikir dengan lidah sedangkan hati lalai yang hadir. Adapun berzikir dengan lidah sedangkan hati lalai tidaklah memberikan apa-apa kesan atau faedah, malah ditetapkan bahwasanya kehadiran hati dengan mengingati Allah s.w.t selalu atau pada kebanyakkan waktum ialah lebih dipentingkan dari segala ibadatnya, bahkan dengannya jugalah dapat dijamin terpeliharanya seluruh peribadatan; dan yang dinamakan buah atau hasil dari peribadatan amaliah.
Dan bagi zikir itu ada permulaannya dan ada pula pengakhirannya. Permulaannya menimbulkan kelapangan dalam diri serta kecintaan dan pengakhirannya yakni sesudah dilakukan zikir itu berkali-kali dan menjadi kelazimannya pula, dia tidak akan merasakan ketenangan dan kesenangan diri serta kecintaannya melainkan dengan berzikir. Itulah peringkat yang harus dituntut dalam berzikir.

Sunday, April 1, 2012

Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik


Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di
Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi
jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui
sebelum ini.

Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.


2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian
yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun
badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.


4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi =
doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam
masa serentak.


5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar
tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan
kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah.


6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.


7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di
dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang
ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..


8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan
garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah
jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka
tanpa bumbung masih terasa sejuk.


9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat
yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme
sifar dan tempat yang paling dirahmati.


10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah
akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel
darah.


11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga
hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam
ini bergerak mengikut lawan jam,
Allah telah tentukan hukumnya begitu.


12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan
jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna
peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.


13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga
banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu
banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat
ibadat yang tidak terhad jumlahnya.


14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan
bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang
baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan
haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala
yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya
yang baru.


15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya
untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia
di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari
segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima
oleh tubuh.

 Orang Islam bertawaf bersama seluruh benda di alam semesta

Apakah manusia pernah memperhatikan bahwa sesungguhnya benda-benda di
semesta ini bertawaf (mengelilingi) sesuatu yang merupakan suatu
bentuk simbol bersujud pada Allah SWT.
Sebenarnya kegiatan bertawaf itu merupakan simbol bersujud kepada
Allah yang merupakan pencipta alam semesta ini.
Kenapa yang dikelilingi itu bukan Allah saja secara langsung, kenapa
harus menjadikan suatu poros untuk menjadi kiblatnya?

Orang Islam percaya bahwa Allah berada di arsy yang terletak di
langit
tertinggi di atas sidratul muntaha.
Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas 'Arsy. (QS. Thaha :
5)

Abu asy-Syaikh juga meriwayatkan hadis dari asy-Sya`bi yang
menerangkan bahwa Rasulullah Saw. bersabda, "`Arsy itu terbuat dari
batu permata yakut merah. Kemudian, satu malaikat memandang kepada
`arsy dengan segala keagungan yang dimilikinya". Lalu, Allah Swt.
berfirman kepada malaikat tersebut, "Sesungguhnya Aku telah
menjadikan
engkau memiliki kekuatan yang sebanding dengan kekuatan 7.000
malaikat. Malaikat itu dianugerahi 70.000 sayap. Kemudian, Allah
menyuruh malaikat itu terbang. Malaikat itu pun terbang dengan
kekuatan dan sayap yang diberikan Allah ke arah mana saja yang
dikehendaki Allah. Sesudah itu, malaikat tersebut berhenti dan
memandang ke arah `arsy . Akan tetapi, ia merasakan seolah-olah ia
tidak beranjak sedikitpun dari tempatnya terbang semula. Hal ini
memperlihatkan betapa besar dan luasnya `arsy Allah itu."

Jadi malaikat yang memiliki kekuatan 7000 malaikat saja tidak dapat
mengelilingi arsy tersebut apalagi makhluk lainnya yang sangat lemah
dan lambat dalam bergerak.

Arsy itu sangat luas sekali. Arsy ini sangat luas lebih luas dari
langit dan bumi. Langit yang luas ini jika dibandingkan dengan luas
`arsy sama dengan perbandingan di antara luas sebuah kubah dan luas
padang sahara.

Sebagai rasa cinta kepada makhluknya dan untuk mempermudah setiap
makhluk dalam menyembah Allah, maka Allah menciptakan kiblat bagi
setiap ciptaannya di alam semesta untuk bersujud kepada Allah.

Allah mejadikan Baitul Makmur yang dibangun di bawah Arsy sebagai
kiblat untuk thawaf para malaikat.
Allah juga menjadikan kabah sebagai kiblat untuk bertawaf di bumi.

Sebenarnya bukan hanya manusia dan malaikat saja yang bertawaf dengan
poros atau kiblat. Setiap benda memiliki kiblatnya sendiri dalam
bersujud kepada Allah SWT. Hal ini dinyatakan dalam AlQuran sebagai
berikut:
Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih
kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan
memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. (QS.
17:44)

Perhatikan bagaimana setiap benda melakukan tawaf:
-elektron berputar mengelilingi inti (nucleus) atom.
-Bulan berputar mengelilingi Bumi
-Bumi berputar mengelilingi Matahari
-Matahari berputar mengelilingi Pusat Galaksi
-Dan menurut ahli astronomi sebenarnya galaksi juga melakukan
gerakkan
mengelilingi sesuatu yang para ahli belum mengetahui apa yang
dikelilingi galaksi tersebut. Pastilah ada pusat semesta yang menjadi
poros seluruh benda langit itu.
Semua benda itu sebenarnya mengelilingi Arsy Allah. Arsy adalah
singgasana Allah tempat Allah bersemayam.

Jadi anda tidak perlu hairan mengapa setiap benda itu bergerak
mengelilingi sesuatu. Tidak perlu bingung kenapa planet, matahari,
dan
bintang serta galaksi-galaksi melakukan peredaran melingkari sesuatu.
Hal tersebut merupakan sebagai tanda sujud pada Allah SWT.

Maka kita sebagai manusia juga haruslah bersujud pada Allah SWT.
Karena tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah
SWT.

Doa Pembuka 12 Pintu





Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Doa ini  bagi memohon agar dimudahkan segala urusan kita pada setiap hari. Siapa yang belum bertemu jodoh, yang inginkan keberkatan hidupnya setiap hari, digalakkan untuk membaca doa ini setiap hari apabila hendak keluar dari rumah. Dan jadikanlah doa ini amalan lepas solat.

wallahuallam